Showing posts with label sakit. Show all posts
Showing posts with label sakit. Show all posts

Sunday, December 8, 2013

Kau Pergi Jua...

Pernah jua aku fikirkan,
Sampai bila kita harus begini, 
Walau hakikatnya dulu Cinta kita bersama,
Namun kini kenyataannya sekadar sebuah Persahabatan,
Terlalu banyak kenangan kau dan aku,
Mungkin aku salah menilai erti sebuah persahabatan,
Sebuah ikatan yang seharusnya aku hargai,
Namun ku siakan dengan luka yang memedihkan,
Tapi kesetiaanmu sememangnya harus ku sanjung,
Mungkin itu sifat semua wanita,
Sanggup berkorban apa jua,
Untuk insan yang mereka sayang,
Tapi lelaki yang sentiasa buta untuk menilainya,
Kini hubungan kita sampai ke kemuncaknya,
Dirimu tidak mampu lagi bertahan dengan caraku,
Sudah lama perkara ini bermain difikiranku,
Menanti waktu untuk berlaku,
Namun terbit jua rasa untuk menghalangnya dari terus terjadi,
Kerana rasa sayang yang dulu hampir muncul kembali,
Jika takdir telah tertulis hal ini harus berlaku,
Maka tiada apa yang dapat mengubahnya,
Kau pergi jua,
Pergi menoktahkan sebuah hubungan,
Yang telah bertahun kita bina,
Mematikan aku dalam cerita kehidupanmu,
Tiada lagi nama ini dalam lembaran hidupmu,
Apakah mungkin tiada lagi kenanganku bersamamu,
Andai itu mampu merawat luka dihatimu, 
Diriku jua rela melepaskan mu pergi dari hati ini,
Bukan kerana membenci,
Jauh sekali untuk membiarkan kau terus pergi,
2013 telah menoktahkan segalanya,
Kini kau pergi buat selamanya,
Tiada lagi sinar keceriaan dalam tawa buat diriku,
Dan tiada lagi insan bergelar Hawa
Yang mampu menjadi dirimu untukku,
Mulakan kehidupan barumu tanpa diriku lagi,
Semoga ketenangan dikau miliki,
Sehingga akhir hayatmu nanti,
Aku jua akan pergi dan tidak akan pernah muncul lagi,
Dalam cerita kehidupanmu...
Pemergianmu mungkin suatu kesedihan,
Mungkin jua suatu permulaan, 
Untuk aku kembali ke jalan Tuhan,
Kenangan bersamamu sentiasa dalam ingatan,
Untuk aku kenangkan sepanjang zaman,
Terima Kasih Atas Segala Pengorbanan...


Tuesday, July 16, 2013

Hari ke-6 berpuasa... Terbaik....


Hai sorry dah terlambat dah update... Sepatutnya entry nie Mr.H update sebelum pukul 12 tengah malam. Tapi sekarang dah masuk hari selasa dah. So dah 7 hari dah kita menjalani ibadah puasa kan? So dah lewat pun tetap nak story jugak tentang kisah kehidupan Mr.H dalam Diari Samprit Ungu nie. 

Coretan Mr.H bermula pada jam lebih kurang 5:25 pagi bila terjaga dari tidur. Eh dah lewat la nak bersahur nampak gayanya. Ape yang sempat cuma minum air dan kembali terbaring je menanti waktu subuh. Tapi dah biasa macam tu kalau kat rumah sewa. Memang malas nak bangun sangat. Sementara menunggu waktu subuh terbaring la seketika sehingga azan dari surau belakang rumah berkumandang. Malas nak buang masa lama-lama sebab mata masih lagi layu so terus solat dan terlelap kejap sebelum bersiap untuk pergi ke kelas. 

Bangun dari tidur rasa sakit je bahu sebelah kanan nie. Rasanya mungkin salah mengiring masa tidur nie. Hadoi serius sakit. Lebih kurang pukul 8:00 pagi dah sampai ke poli. Sampai je di makmal Telekom, lecturer pun sampai pada masanya. On time betul. Topik hari nie memang mengantok dan membosankan sebab teori je. Sampaikan rasa macam nak sembam muka kat meja nie. Lebih kurang pukul 9:45 pagi. Lecturer tu bagi rehat kejap dalam 5 minit. Ramai keluar pergi toilet. Mr.H stay kat meja je sambil tengok fon. 

Entah macam mana tergerak hati nie nak buka sms-sms lama dari Dahlia Darius. Tersenyum sensorang bila baca sms-sms tu. Antara sms yang best masa si dia kena balik ke Kuantan untuk daftar di KPTM dan sms semasa nak skype. Best sangat sebab baca je terbayang balik sweet memori tu seketika. 

Habis je kelas terus tunggu di bangku sementara geng trio dan zalina pergi ke toilet. Siap je terus Mr.H dan tiga orang kawan perempuan nie berjalan menuju ke banggunan tingkat 7 untuk kelas Engineering Math 5. Sampai je kat tingkat 5 kami lepak je kat kerusi depan pintu lift sebab kelas masih ada orang guna. Sambil-sambil tu sempat jugak la study math kejap sebab takut ada kuiz. Masa tengah study tu ada la seorang junior yang ramah nie tegur. Ingatkan muda lagi rupanya dah nak masuk 24 tahun umur dia. Budak Bridging rupanya. Dia kerja dulu dalam dua tahun sebelum sambung diploma. 

So dah pukul 11:15, semua kawan dah masuk ke kelas. Baru je duduk ada seorang lecturer bagitau, kelas batal sebab puan tu cuti. Hadoi reaksi pertama Mr.H tengok muka Cik Pieja dulu baru gelak. Hadoi gila punya happy k0t.Memang tak ready la untuk kelas hari nie. Macam tau-tau je puan nie. So kelas dah cancel terus Mr.H balik ke rumah sewa, salin baju dan terus balik rumah mama. Tak larat sangat bawak motor pun. Nasib la cuaca tak panas sangat. Laju jugak la Mr.H bawak sebab takut. Mana tak takutnya. Depan Mr.H lori tanah dan belakang pulak pun lori tanah. Bahaya duduk tengah-tengah nie. Sampai je suatu simpang lori tu belok. Fuhh lega. Bahaya bila ada diantara dua gergasi nie. Risiko tinggi.

Masa nak balik tu Mr.H ada la follow lori jugak. Tetiba je nampak 1 motor yamaha LC datang dari belakang. Laju jugak dia bawak so cucuk je dia dari belakang potong lori, kereta berapa biji entah. Memang laju giler la dan baru perasan. Bukan lelaki yang bawak motor tu. Awek rupanya. Mak Aiii laju sungguh. Akhirnya sampai jugak Mr.H kat rumah mama. Letak je beg terus online facebook sampai ke petang la Mr.H mengadap laptop nie. Sambil-sambil tu ada la jugak buka instagram. Sampai la dekat waktu berbuka ada la snap beberapa gambar menu untuk hari nie. Jom kita tengok... 

Dimulakan dengan Kurma...

Mee Kari Kak Zuraidah(Jiran Sebelah rumah)... Terbaik la...

Murtabak Masjid... Memang sedap.

Bubur Kanji Masjid...

Sambal Tumis Udang Petai...

Ikan Goreng...

Ayam Masak Merah ala mama....

Sup Ayam bersama ubi kentang....

Wah macam best je kan menu hari nie. Nasib la Mr.H balik. Tak ada la bosan sangat makan lauk beli je. Apa-apa pun dah seminggu kita berpuasa. Kejap je masa berlalu. Semoga kita mampu meneruskan sehingga ke akhirnya bulan ramadhan. Thanks for reading.

Sekian Coretan Hati...

Tuesday, June 4, 2013

Selamat Tinggal Kenangan~~~


Hai semua, aduhai penatnya balik dari Putrajaya nie... Ingat nak update kisah di Putrajaya tu tapi disebabkan gambar yang belum sempat nak transfer rasanya nanti je la... Bila dah deactive facebook nie, hidup Mr.H rasa bertambah sunyi pulak... Ye la, kalau kat facebook tu ada jugak orang tegur dan borak-borak, kalau tak pun, mesti ajak skype. Now dah tak ada facebook cuma sekadar update di Page dan Twitter je la...

Rindu jugak nak aktifkan semula tapi bila ingatkan kenangan-kenangan sedih kat situ kadang-kadang mengalir jugak air mata nie tanpa dipinta... Alahai mudah sangat touching Mr.H nie... Mana la orang boleh tahan dengan sikap macam nie... Biarlah Mr.H bersendirian dari dunia maya nie.. Apa-apa rasa nak luahkan, Mr.H coretkan diblog nie je... Tak akan ada yang terasa hati dengan Mr.H.... Dah tak sanggup dah nak hadapi perkara yang sama seperti apa yang Mr.H lalui bersama Miss.Lia dan Miss.A...

Susah sebenarnya hati nie nak mula simpan perasaan kat seseorang... Tapi bila dah sayang, memang terlalu sayang sangat... Tapi sikap sensetif nie yang buatkan kadang-kadang orang rimas dan rasa susah bila bersama Mr.H... Buat yang luahkan perasaan kat Mr.H, maaf ye. Mr.H cuma boleh anggap korang sekadar adik-adik Mr.H sahaja... Buang la perasaan tu jauh-jauh... Tak nak sebab perasaan tu akan buatkan Mr.H akan kehilangan lagi sahabat... 

Tak sabar nak masuk semula politeknik dan mulakan hidup dan semangat baru kehidupan Mr.H pada 19/6 nie... Now biarlah perasaan sayu dan sedih nie melayan hati Mr.H nie... Apa-apa pun, Mr.H doakan buat Miss.Lia dan Miss.A, semoga bahagia dengan hidup masing-masing lepas nie.. Terima kasih atas kehadiran yang sangat membekas atas keceriaan yang diberikan... Suatu kenangan dalam kebahagiaan yang tak akan Mr.H lupakan... Mr.H abadikan semua tu di blog nie sebagai suatu kenangan terindah dalam kehidupan Mr.H... 

Mr.H dah tak nak beri apa-apa harapan lagi dalam hidup ini... Biar Allah yang tentukan yang terbaik buat kehidupan Mr.H....Now, focus to my study and work... Hidup tanpa Cinta mungkin akan lebih membahagiakan hidup ini... Doakan yang terbaik jugak buat Mr.H ok? Mr.H tetap anggap anda berdua sebagai sahabat meskipun kita tidak akan pernah berhubung lagi... Thanks for reading... 



Sekian Coretan Hati... :')

Saturday, April 6, 2013

Semoga Kau yang Terindah....


Bila aku berfantasi
terasa semua dapat aku miliki
walaupun ia sesuatu yang tidak pasti
namun segalanya adalah umpama realiti

Semua ini akan menjadi lebih indah bila kau hadir disisi
terasa keceriaan diri semakin disinari dengan senyumanmu
meski kehadiranmu cuma seketika sahaja
akan ku hargai setiap saat apabila kau bersama
Tiada apa yang mampu kugambarkan dengan keceriaan darimu
terlalu indah untuk ku gambarkan dengan kata-kata
kerana bagiku kau terlalu istimewa

Rasa ini tidak pernah pudar meski kini kau tiada lagi disisi ini
Kehadiranmu telah membekas dihati ini
kau telah memahat sebahagian hati ini 
dengan sejuta kenangan terindah buatku

Kini kau tiada lagi
dirimu tetap ku ingati 
sebagai suatu memori yang tidak pernah luput diingatan ini
walau hingga akhir hayat ini
ia akan tetap terus bernafas dihati ini

Hati ini terus merindui
dahagakan keceriaan yang pernah kau beri
aku harap akan ada insan penganti
yang mampu memberi apa yang aku ingini
walau tidak seindah dirimu kasih
cukuplah sekadar mengukir senyuman ini kembali.

Separuh hati ini masih perlu diisi 
untuk insan yang seikhlasnya mencintai dan menyayangi
dengan harapan kecil untuk kembali menyinari
bibit-bibit rasa yang indah untuk menghiasi kehidupanku ini.
Akan ku temui insan yang ku cari suatu hari nanti...

Semoga kau yang terindah....



Sepiku Keranamu


Kini ku sendiri 
tanpa dirimu lagi
hanya kenangan masih terukir dihati
biarkan diriku akan terus menanti
semoga dikau akan kembali

Waktu indah dulu
dunia kita menjadi satu
cuma ada kau dan aku
Terlalu indah kenangan bersamamu

Meski kini kau telah pergi bersamanya
Aku berharap kau akan bahagia dengan pilihanmu
Andai kau masih perlukan aku
Aku setia disini untukmu

Walau luka kau tinggalkan untukku
Aku biarkan ia terus begitu
Bukannya untuk terus menyakiti diriku
Tapi untuk biarkan kenanganmu sentiasa bersamaku

Hanya cuma ingin kau tahu
Kau membawa aku kepada Cinta
Kau jua mengajarku erti sebuah luka
Terima Kasih atas perkenalan ini...

Aku yg mencari erti bahagia~~~


Saturday, February 2, 2013

Semalam yang Sepi~~~


Salam,

Pagi sabtu 02 Febuari 2013, aq mulakan coretan di pagi ini dengan ucapan alhamdulillah atas izinNya untuk aq masih lagi mampu bernafas dan mencoretkan isi hatiku disini... Pagi ini tidak seperti biasa, aq bangun subuh dengan keadaan yang menyakitkan sangat pinggang nie... Jarang sekali aq rasa macam tu, entah la kenapa... Mungkin posisi tidur aq tersalah agaknya selepas terlelap di depan laptop nie... Semalam yang sunyi dalam kehidupan aq, malam yang sepi dari gelak tawa... Si dia tidak dapat online disebabkan hujan yang terlalu lebat katanya dalam sms yang dihantar pada jam 21:01. Nak buat macam mana tak ada rezeki nak jumpa minggu nie dekat skype... Tak ape la, at least beritahu macam tu pun dah ok dari terus buat aq menunggu... Sms ke-36 telah aq tunaikan... So masa yang ada aq habiskan dengan menonton running man yang telah lama aq tinggalkan....

Sambil online di facebook sendirian, aq ternampak seorang sahabat dipoliteknik nie online so dah lama tak nampak dia, aq pun tegur la... Dia dilanda masalah, cuma tak ingin berkongsi dengan aq... Mungkin dia tak nak orang lain masuk campur dalam masalah dia...Aq nie jenis suka menyebok dalam masalah orang... walaupun masalah sendiri pun banyak..  It's ok, aq hormati keputusan tu... Sebagai sahabat, aq hanya mampu beri kata-kata semangat dan doa untuk dia menghadapi masalah itu dengan tenang dalam penuh kesabaran.... Sambil tu jugak dia juga ada bagi nasihat untuk aq dengar dan ambil untuk menghadapi kehidupanku selepas nie... Thanks sahabat... Bila dia cakap nak tinggal semua orang, aq mula rasa sedih... Kenapa orang yang aq kenal dan sayang akan tinggalkan aq?? Apakah aq ditakdirkan cuma untuk hidup seorang diri?? Hurmm sabarlah wahai hati....

Semasa online tu aq ada singgah di blog dia, lama tak blogwaking disitu... >>Klik Sini<<
Banyak perubahan dan perbezaan dari mula-mula dulu... nampaknya dia dah pandai edit dan corakkan blog dia sendiri... Alhamdulillah... rasa happy bila kita dapat bantu orang lain, hope dengan sedikit tunjuk ajar tu dapat membantu dan dapat dikongsikan dengan orang lain.... Dalam perbualan semalam tiba-tiba kami teringatkan arwah seorang sahabat rapat aq dan giey semasa semester 2 dan 3 yang hampir setahun meninggalkan kami akibat kemalangan jalan raya... >>Berita Kenangan Arwah<<
Rasa sedih masih lagi bermain difikiran kami sebab kami antara sahabat yang rapat semasa dalam Persatuan Bulan Sabit Merah Polimas dulu... Aq pastinya lebih merasakan sebab dia insan yang sentiasa berada disebelahku setiap kali perjumpaan persatuan... lagipun pelajar lelaki cuma beberapa orang je dalam persatuan tu masa semester 2... Hurmm Al-fatihah buatmu sahabat...

Kesunyian semalam diteruskan dengan melayan perasaan dengan lagu-lagu di youtube sehingga terlelap di depan laptop ini sehingga subuh... Aq kena belajar untuk menghadapi situasi macam sekarang andai tiada lagi dirimu menemani kehidupanku selepas ini... Aq perlu cari perkara yang mampu buatkan diriku tenang menghadapi kehidupan dalam kesunyian untuk suatu masa yang lama... Aq perlu bersedia untuk kehilangan dia selepas ini, aq dah tak boleh menangis lagi untuk mana-mana perempuan kecuali mama dan ahli keluarga sahaja.. You need to be strong SU... Entry tentang Pengakhiran Sebuah Memori Luka tu aq cipta berdasarkan sedikit pengalaman dan rekaan semata-mata... Insyaallah jika masih berkesempatan, akan ada lagi coretan-coretan dari jari-jemari ini untuk tatapan semua... Terima kasih atas persinggahan dan meluangkan masa membaca blog yang penuh dengan mood kesedihan ini...



Sekian Coretan Pagi Sabtu...

Tuesday, August 14, 2012

Migrain!!!

Salam,

Petang-petang macam nie jarang sekali aq nak update blog nie... disebabkan kebosanan dan mengantok lepas asar nie, aq menaip la sikit dekat sini... Hari nie aq tak tau la kenapa rasa letih dan sakit sangat kepala nie sejak dari subuh lagi. Sahur untuk hari nie 1 family tak jaga... Mungkin letih terlangsung kot kelmarin... Bangun je dah subuh dah... Puasa pulak dengan cuaca yang panas sangat-sangat dekat Kedah nie.. Ini la baru rasa bertapa nikmatnya puasa... 

Back to da topic, MIGRAIN. Ada sapa-sapa kat sini yang pernah alami tak?? Sedap ke?? hahaha Seriously sakit sangat-sangat k0wt... Aq still tak boleh lupa lagi kenangan pertama kali kena serang migrain... Pergghhh terbaekk la. Aq kena time subuh sampai la jam 10 pagi... Banyangkan la beberapa jam kena tahan sakit yang teramat sangat. Hanya Allah sahaja yang tau. Sebab utama aq kena migrain yang first time tu pun sebab power speck aq dah naik. Tinggi la jugak dan silau pun sama jugak... 

Lepas dari kali pertama kena, ada la beberapa kali lepas tu kena lagi migrain tu... Rasanya untuk hari nie tak la teruk sangat tapi sakit boleh tahan la... Banyak sangat perkara yang aq fikir hari nie... Dengan cuaca yang mencairkan otak nie... Rasanya sebab tu la kot sakit kepala teruk hari nie... Bercakap pasal migrain nie rasa takut jugak bila bawak moto, bukan apa di poli aq nie banyak jugak kes students yang meninggal sebab kemalangan. Faktor utama kemalangan tu pulak disebabkan migrain... Seram aih dengar...

Tapi biasa la, ajal dan maut nie bukan kerja kita, kalau dah ditakdirkan dengan cara begitu kita pergi, redha je la... Dalam hidup nie kita kena sentiasa bersedia la dengan saat kematian untuk diri kita... Dunia hari ini sering membuatkan kita lalai dengan hiburan dan kesibukan diri kita dalam mencari kebahagiaan didunia... Sehinggakan bulan ramadhan yang merupakan bulan yang sebaik-baiknya dimanfaatkan dengan bekalan akhirat dipandang ringan oleh sesetengah orang... Entah la dengan dunia hari nie....

Buat cik eyka yang tak jumpa butang nak komen... Maafkan saya ye.. Sy dah allow untuk komen tapi tak tau la kenapa dengan blog setting nie tak view jugak butang komen tu.. Saya akan cari penyelesaiannya... Thanks 4 reading...

Sekian!!!

Thursday, June 14, 2012

Euro 2012 & Report Latihan Industri...

Salam,

Hehe alhamdulillah, dalam sibuk-sibuk menaip report akhir LI aq tu masih sempat lagi aq update blog yang tak seberapa nie.... Maklumlah, report LI aq tu sememangnya susah sangat nak buat dan mengambil masa yang lama jugak la untuk disiapkan. Dengan format baru lagi ai maklumlah aq nie first batch untuk budak-budak politeknik yang menggunakan Kod subjek yang baru. So macam-macam la yang diaorang nak dalam report tu. Setakat jam 2.10 pagi 14 Jun nie aq dah siap 1 bab la... Insyaallah esok aq akan guna gear yang lebih laju untuk buat report nie. Harap-harap dapat siap awal la sebelum daftar poli sebab nak habiskan jugak baca 3 novel nie...

Da baca sikit.... tapi akak aq dah ambik.

Hehe memang best.. Baru separuh bab.

Akan dibaca kalau report LI aq siap!!
Hehe rasa nak habiskan baca novel-novel nie dulu sebelum masuk poli. Sekarang nie memang busy sangat-sangat. Dengan demam yang teruk nie. Adoi, ulser pun teruk jugak. Nasi pun tak boleh nak makan. Tapi alhamdulillah la dah boleh makan sikit hari nie walaupun menitik jugak air mata tahan sakit.. Oh ulser... Menyakitkan!!! Haaa sekarang nie kan dah musim EURO so aktiviti aq layan bola je la sambil-sambil buka facebook dan taip report. Untuk kali nie aq rasa ini la kali pertama aq jadi fanatik sangat tengok bola... Tak tau la kenapa. Dulu piala dunia pun tak layan sangat... Tapi la nie, tak ada kat tv pun aq tettap layan jugak secara online. Hehe untuk EURO nie tak tau la nak pilih team mana sebab banyak yang jadi favourite Spain pun minat, England pun minat, Belanda pun minat jugak. Alahai. Tengok je la... Kalau diaorang menang pun bukan aq dapat apa-apa pun kan3?? Just a game & hiburan je untuk aq... Ok lah nak layan game kat bawah nie dulu.. Nanti aq update lagi. Terima kasih yang singgah dan baca.... 
Sekian!!!

Layan dulu sebelum kejut mama aq bersahur...^_^


Monday, January 23, 2012

Nera AF9 - Hatimu Milikku

Pernahkah engkau hargai cintaku yang sejati
Pernahkah engkau mengertikan diriku ini
Betapa hebatnya cintamu, memberiku sejuta pilu
Betapa agungnya asmaramu, membuatku terpaku

Disisimu ku terdiam seribu bahasa
Dihatiku bergetar sejuta rasa
Namun sukar untuk aku meluahkan ku cinta padamu
Nafasku terhenti bila melihat dirimu
Terasa pantas degupan jantungku
Mungkinkah hatiku milikmu jua
Ku sayang padamu
Kan ku abadikan dikau
Sewaktu kenangan yang manis
Yang tak mungkin aku lupa
Untuk selamanya
Kanku coretkan kenanganmu
Dalam sanubariku ini
Agar jadi yang terindah
Di dalam hidupku ini
Disisimu ku terdiam seribu bahasa
Dihatiku bergetar sejuta rasa
Namun sukar untuk aku meluahkan ku cinta padamu
Nafasku terhenti bila melihat dirimu
Terasa pantas degupan jantungku
Mungkinkah hatiku milikmu jua
Sayang padamu
Bagai bahtera dilanda badai
Gelora cinta mengoncang jiwaku
Berombak mencari daratan yang damai
Oh Cintaku
Disisimu ku terdiam seribu bahasa
Dihatiku bergetar sejuta rasa
Namun sukar untuk aku meluahkan cinta padamu
Nafasku terhenti bila melihat dirimu
Terasa pantas degupan jantungku ini
Mungkinkah hatiku milikmu jua
Sayang padamu
Kanku coretkan kenangananmu
Dalam sanubariku ini
Agar jadi yang terindah
Di dalam hidupku ini

Sunday, January 8, 2012

'Thumb print'... Rumah sewa... Futsal...

Salam,

urmm minggu nie minggu yang sangat memenatkan bg diri ini... serius penat dengan macam-macam keadaan yang dilalui dalam kehidupan seharian. Ok, situasi pertama keadaan kat tempat LI la. Minggu nie memang banyak kerja nak kena buat. Dengan assembly board la,potong papan, sambung papan, & macam-macam lagi la. Tapi yang tak boleh blah sekali bila ada satu hari yang aq tak boleh 'thumb print' langsung. Memang bebal sangat-sangat. Rasa macam nak tendang je tempat 'thumb print' tu. Akhirnya aq terpaksa tukar jari sebab ibu jari nie dah tak boleh detect langsung dah. Bodoh punya kilang Jepun. Situasi dua, rumah sewa. So duit PTPTiPU dah masuk. Tuan rumah sewa pun sms la 'Bila ye nak bank in duit umah sewa?' Semua Rm2XXX. Dah tu, nak kena bayar sampai bulan Jun. Aq ngan kawan-kawan dah tamat LI bulan Mei, so buat apa nak bayar kalau bulan Jun dah nak pindah. Esoknya sms pulak kata duit yang kawan aq bank in xmasuk sesen pun... Memang bikin panas la... Heran jugak sebab 3x buat cash deposit kat no account yang laki dia bagi, bleh cakap xmasuk sesen pun.. Last-last dia yang silap sebab salah check account. Itu la, lembu makan rumput kat padang, cari dekat KFC memang tak jumpa la cik kak oii.... Situasi ketiga, gelanggang futsal. Sempat jugak la main futsal minggu nie walaupun baru habis O.T dalam pukul 8 malam. Lama betul tak main, sampai terjatuh & peha nie rasa sakit je. Rasanya macam tersalah urat je. Serius sakit. Mintak-mintak cepat la ok, nak berjalan pun xtahan dah sakit nie... Sekrang hanya menghitung hari, bilala nak abes practical nie. Tak larat dah nie... hahahaha report tak lengkap-lengkap lagi. Insyaallah minggu nie akan cuba lengkapkan dan terus antar kat penyelia. Tak nak dah tangguh-tangguh lagi. Update lagi nanti.. Daaaaaaaaaa