Sunday, December 8, 2013

Kau Pergi Jua...

Pernah jua aku fikirkan,
Sampai bila kita harus begini, 
Walau hakikatnya dulu Cinta kita bersama,
Namun kini kenyataannya sekadar sebuah Persahabatan,
Terlalu banyak kenangan kau dan aku,
Mungkin aku salah menilai erti sebuah persahabatan,
Sebuah ikatan yang seharusnya aku hargai,
Namun ku siakan dengan luka yang memedihkan,
Tapi kesetiaanmu sememangnya harus ku sanjung,
Mungkin itu sifat semua wanita,
Sanggup berkorban apa jua,
Untuk insan yang mereka sayang,
Tapi lelaki yang sentiasa buta untuk menilainya,
Kini hubungan kita sampai ke kemuncaknya,
Dirimu tidak mampu lagi bertahan dengan caraku,
Sudah lama perkara ini bermain difikiranku,
Menanti waktu untuk berlaku,
Namun terbit jua rasa untuk menghalangnya dari terus terjadi,
Kerana rasa sayang yang dulu hampir muncul kembali,
Jika takdir telah tertulis hal ini harus berlaku,
Maka tiada apa yang dapat mengubahnya,
Kau pergi jua,
Pergi menoktahkan sebuah hubungan,
Yang telah bertahun kita bina,
Mematikan aku dalam cerita kehidupanmu,
Tiada lagi nama ini dalam lembaran hidupmu,
Apakah mungkin tiada lagi kenanganku bersamamu,
Andai itu mampu merawat luka dihatimu, 
Diriku jua rela melepaskan mu pergi dari hati ini,
Bukan kerana membenci,
Jauh sekali untuk membiarkan kau terus pergi,
2013 telah menoktahkan segalanya,
Kini kau pergi buat selamanya,
Tiada lagi sinar keceriaan dalam tawa buat diriku,
Dan tiada lagi insan bergelar Hawa
Yang mampu menjadi dirimu untukku,
Mulakan kehidupan barumu tanpa diriku lagi,
Semoga ketenangan dikau miliki,
Sehingga akhir hayatmu nanti,
Aku jua akan pergi dan tidak akan pernah muncul lagi,
Dalam cerita kehidupanmu...
Pemergianmu mungkin suatu kesedihan,
Mungkin jua suatu permulaan, 
Untuk aku kembali ke jalan Tuhan,
Kenangan bersamamu sentiasa dalam ingatan,
Untuk aku kenangkan sepanjang zaman,
Terima Kasih Atas Segala Pengorbanan...


No comments: