Sunday, December 15, 2013

Pantun Kejiwangan... haha

Terkadang waktu ku biarkan kehilangan,
Hanya termenung mengenang kisah percintaan,
Kini yang tinggal cuma sebuah ingatan,
Penuh pahit dan manis yg telah dirasakan,

Hariku yg berlalu semakin kekosongan,
Tanpa ketawa mahupun senyuman,
Hingga muncul seorang teman,
Menerbitkan kembali kepada keceriaan,

Mula terdetik sebuah impian,
Semoga dia akan menjadi teman yang membahagiakan
Semakin hari kau makin ku lupakan,
Walau terkadang muncul dalam ingatan,
Ku harap dirimu turut jua merasakan sebuah kehilangan

Kita harus menerima kenyataan,
Bahawa tiada lagi apa-apa hubungan,
Mulakan semula landasan kehidupan,
Dengan cerita tanpa seorang teman.

Andai suatu hari nanti kita dipertemukan,
Apakah mampu masing-masing mengukir senyuman,
Atau sekadar saling berpandangan,
Tanpa perasaan seolah-olah tidak pernah berkenalan.

Walau apa yg akan kita lalui,
Doaku buatmu agar sentiasa dilindungi,
Jagalah diri jagalah hati,
Semoga insan terakhir akan dikau temui.

Nota hati ini sekadar ingatan,
Melepaskan rindu dalam ucapan,
Semoga akan ada insan yg membacakan,
Coretan hatiku yang penuh kejiwangan.

p/s: sekadar melepaskan idea yg terlintas... tiada maksud tersurat dan tersirat... Selamat Malam... Thanks for reading...

Sekian Coretan Hati....



No comments: