Monday, December 30, 2013

Kerinduan terubat buat sahabat lama... Miss.A


Cik Ainina @ Miss.A
Hai, bertemu kembali untuk update yang seterusnya. Memang gila la Mr.H hari nie mengadap laptop dari subuh tadi lagi. Tidur semalam pun dah pukul 4 pagi... Bangun je subuh tadi terus on laptop dan menaip je entry yang dah pun publish. So entry kali nie nak update tentang apa pulak? Ok lah, semalam Mr.H layan wechat je sambil-sambil menaip update blog nie... masa tengok dekat moment tu ada komen dari seseorang nie. Terkejut jugak sebab dah lama kami tak bertegur sapa so layan je la komen dekat gambar sebiji buah nie...


Hahaha dari sebiji buah dah panjang pulak komen kami berdua. Dan akhirnya kami berubah kepada skype. Maklumlah dah lama sangat tak online disitu. So masing-masing online la. Tapi Mr.H la salah platform. Ai maklumlah ada 3 account skype nie... Tak tau yang mana 1 ada Miss.A nie... Seronok jugak la berborak dengan Miss.A nie. Dia je bercakap non stop. Mr.H cuma dengar dan tersenyum je melihat dan mendengar ceritanya... Sambil-sambil tu ada jugak la curik snap gambar dia dan update di Instagram. 



Gambar tu jugak la jadi highest like di Instagram Mr.H... Tak pernah dapat like banyak camtu... Tak kisah pun pasal like tu. Sekadar berkongsi keceriaan bersama... Lama jugak la kami berborak bersama, macam-macam cerita. Tapi part dekat KFC tu memang Mr.H asyik terkena la dengan Miss.A nie... Insya Allah nanti kalau ada kesempatan nanti kita jumpa. Hampir jam 4 pagi barulah masing-masing mengundur diri sebab dah terlampau mengantuk dah. Bila lama terpisah nie rasa segan tu ada lagi macam mula-mula kenal dulu. Hope hubungan persahabatan nie akan kekal buat selamanya. 

Kisah nie mungkin akan tercatat sebagai Diari indah kehidupan Mr.H sepanjang tahun 2013 nie. Insya Allah. Pesanan untuk Miss.A, study elok-elok kat sana, jangan lupa sahabat kat sini, jaga diri baik-baik, dan ada jodoh kita jumpa lagi nanti... Tak larat nak menaip panjang-panjang... Thanks for reading...

Sekian Coretan Hati....

Post a Comment