Thursday, January 2, 2014

Selamat Tinggal 2013... Selamat Datang 2014...


Alhamdulillah kita masih lagi diberi kesempatan merasai kesempatan kehidupan di tahun baru nie... Tahun 2013 telah pergi meninggalkan Diari Samprit Ungu ini dengan 1001 kenangan samada yang indah mahupun sebaliknya. Sememangnya banyak sangat kenangan untuk Mr.H luahkan disini tapi cukuplah dengan ringkasan ini sebagai penutup tahun 2013. Antara insan yang banyak menghiasi Diari Samprit Ungu sepanjang tahun 2013 ini adalah Miss.Lia... Kisah cinta sementara antara Mr.H dan Miss.Lia ini banyak dicoretkan diantara bulan Januari hingga Febuari kerana terlalu banyak memori suka dan duka Mr.H bersama...

Bermula disaat itu jugak blog ini semakin aktif mencoretkan apa jua karya-karya dari cetusan idea Mr.H sendiri seperti ayat-ayat jiwang, pantun, dan lain-lain lagi... Disamping itu ada jugak la Mr.H join Giveaway dari blog-blog lain untuk cuba nasib dan sekadar tambah traffic ke blog nie... Moment yang paling Mr.H suka bila ada orang share tentang blog Mr.H di account google mereka... Sedikit sebanyak dapat jugak promote blog Mr.H nie... Hehehe bab edit pulak jangan cakap la... Entah berapa kali blog ini di edit sehingga jadi macam yang terkini. Rasa tak mau edit dah sebab dah kekurangan masa untuk update dah lepas nie...

Maafkan Mr.H jugak kerana menggunakan perkataan 'aku' dalam beberapa entry pada tahun 2013 nie. Alhamdulillah setelah difikirkan rasa kasar sangat gunakan perkataan tu lalu terciptalah watak "Mr.H" di blog ini iaitu ringkasan kepada nama sebenar Mr.H (Hazwan Hafiz)... Dalam 2013 ini jugak, kemunculan seseorang yang tidak diduga iaitu Miss.A. Perkenalan di facebook membawa kami kepada skype dan pertemuan pertama di KFC. Tak sangka sampai sekarang kami masih lagi mesra sebagai seorang sahabat... 

Insan yang turut memberikan sinar buat Diari Samprit Ungu adalah Miss.H... Nama nie Mr.H yang ciptakan bagi sepadankan dengan Mr.H Chewahhh... hehehe Hope Miss.H tu akan bertukar kepada Mrs.H suatu hari nanti, Insya Allah... Ok lah, Miss.H nie ringkasan nama kepada Cik Hanies la. Miss.H nie sahabat Mr.H sejak kecil lagi... Parents kami pun dah lama kenal. Tak sangka perpisahan sejak SPM 3 tahun yang lalu mempertemukan kami sekali lagi dan mengeratkan lagi hubungan kami. Dan setelah 3 tahun, kami bertemu semula pada hari raya yang ke-4 iaitu pada open house rumah Mr.H. Memang rasa bahagia tak terkata....

Cik Pieja iaitu sahabat Mr.H di Polimas jugak insan yang cukup mewarnai suka duka kehidupan Mr.H dengan cerita kami berdua.. Dia la sahabat yang paling rapat dengan Mr.H kat poli. Pergi kelas sama-sama, buat group discussion, pergi mandi manda, dan kemana pun selalu bersama. Banyak moment indah jugak antara Mr.H dan Cik Pieja yang dikongsikan bersama. Antaranya semasa kami pergi mandi manda di Titi Hayun,Yan, lepak di Kuala Kedah, selalu datang ambil Mr.H kat rumah sewa dan moment paling Mr.H suka masa keluar berdua pergi gunakan baucer buku. Rasa macam keluar dengan awek je masa pergi teman cik pieja nie beli buku dan lekomayo di Aneka Jitra... Memori terindah bersama Cik Pieja...

Dan insan terakhir yang turut mendapat tempat dihati Mr.H iaitu Kak Bunga Chienta Kobis iaitu seorang akak yang Mr.H anggap macam kakak Mr.H sendiri la... Perkenalan kami bermula pada bulan febuari 2013 di facebook... Tak sangka perkenalan yang tak dijangka telah menjadikan kami sahabat yang baik. Tapi yang klakornye sampai sekarang Mr.H tak dapat tau lagi nama sebenar akak Mr.H nie. Orangnya memang cun la dan bila chat tak pernah buat Mr.H tak senyum sorang-sorang mengadap laptop dan hanphone nie... Hope tahun 2014 nie Allah izinkan untuk kami bertemu. Insya Allah. Memang teringin sangat nak jumpa dengan orang yang menceriakan nie...

Rasanya setakat itu saja sebagai penutup yang agak panjang lebar untuk tahun 2013 nie... Yang mana tak disebut jangan marah... Anda juga ada dalam hati Mr.H tau... Selamat datang Tahun 2014.. Berikan keceriaan buat Mr.H ya... Semoga cerita-cerita disini akan mengukir sejuta senyuman buat anda yang membacanya... Amin... Thanks for reading...
*terlambat skit publish... hehehe

Sekian Coretan Hati....

No comments: