Showing posts with label tahniah. Show all posts
Showing posts with label tahniah. Show all posts

Thursday, January 2, 2014

Selamat Tinggal 2013... Selamat Datang 2014...


Alhamdulillah kita masih lagi diberi kesempatan merasai kesempatan kehidupan di tahun baru nie... Tahun 2013 telah pergi meninggalkan Diari Samprit Ungu ini dengan 1001 kenangan samada yang indah mahupun sebaliknya. Sememangnya banyak sangat kenangan untuk Mr.H luahkan disini tapi cukuplah dengan ringkasan ini sebagai penutup tahun 2013. Antara insan yang banyak menghiasi Diari Samprit Ungu sepanjang tahun 2013 ini adalah Miss.Lia... Kisah cinta sementara antara Mr.H dan Miss.Lia ini banyak dicoretkan diantara bulan Januari hingga Febuari kerana terlalu banyak memori suka dan duka Mr.H bersama...

Bermula disaat itu jugak blog ini semakin aktif mencoretkan apa jua karya-karya dari cetusan idea Mr.H sendiri seperti ayat-ayat jiwang, pantun, dan lain-lain lagi... Disamping itu ada jugak la Mr.H join Giveaway dari blog-blog lain untuk cuba nasib dan sekadar tambah traffic ke blog nie... Moment yang paling Mr.H suka bila ada orang share tentang blog Mr.H di account google mereka... Sedikit sebanyak dapat jugak promote blog Mr.H nie... Hehehe bab edit pulak jangan cakap la... Entah berapa kali blog ini di edit sehingga jadi macam yang terkini. Rasa tak mau edit dah sebab dah kekurangan masa untuk update dah lepas nie...

Maafkan Mr.H jugak kerana menggunakan perkataan 'aku' dalam beberapa entry pada tahun 2013 nie. Alhamdulillah setelah difikirkan rasa kasar sangat gunakan perkataan tu lalu terciptalah watak "Mr.H" di blog ini iaitu ringkasan kepada nama sebenar Mr.H (Hazwan Hafiz)... Dalam 2013 ini jugak, kemunculan seseorang yang tidak diduga iaitu Miss.A. Perkenalan di facebook membawa kami kepada skype dan pertemuan pertama di KFC. Tak sangka sampai sekarang kami masih lagi mesra sebagai seorang sahabat... 

Insan yang turut memberikan sinar buat Diari Samprit Ungu adalah Miss.H... Nama nie Mr.H yang ciptakan bagi sepadankan dengan Mr.H Chewahhh... hehehe Hope Miss.H tu akan bertukar kepada Mrs.H suatu hari nanti, Insya Allah... Ok lah, Miss.H nie ringkasan nama kepada Cik Hanies la. Miss.H nie sahabat Mr.H sejak kecil lagi... Parents kami pun dah lama kenal. Tak sangka perpisahan sejak SPM 3 tahun yang lalu mempertemukan kami sekali lagi dan mengeratkan lagi hubungan kami. Dan setelah 3 tahun, kami bertemu semula pada hari raya yang ke-4 iaitu pada open house rumah Mr.H. Memang rasa bahagia tak terkata....

Cik Pieja iaitu sahabat Mr.H di Polimas jugak insan yang cukup mewarnai suka duka kehidupan Mr.H dengan cerita kami berdua.. Dia la sahabat yang paling rapat dengan Mr.H kat poli. Pergi kelas sama-sama, buat group discussion, pergi mandi manda, dan kemana pun selalu bersama. Banyak moment indah jugak antara Mr.H dan Cik Pieja yang dikongsikan bersama. Antaranya semasa kami pergi mandi manda di Titi Hayun,Yan, lepak di Kuala Kedah, selalu datang ambil Mr.H kat rumah sewa dan moment paling Mr.H suka masa keluar berdua pergi gunakan baucer buku. Rasa macam keluar dengan awek je masa pergi teman cik pieja nie beli buku dan lekomayo di Aneka Jitra... Memori terindah bersama Cik Pieja...

Dan insan terakhir yang turut mendapat tempat dihati Mr.H iaitu Kak Bunga Chienta Kobis iaitu seorang akak yang Mr.H anggap macam kakak Mr.H sendiri la... Perkenalan kami bermula pada bulan febuari 2013 di facebook... Tak sangka perkenalan yang tak dijangka telah menjadikan kami sahabat yang baik. Tapi yang klakornye sampai sekarang Mr.H tak dapat tau lagi nama sebenar akak Mr.H nie. Orangnya memang cun la dan bila chat tak pernah buat Mr.H tak senyum sorang-sorang mengadap laptop dan hanphone nie... Hope tahun 2014 nie Allah izinkan untuk kami bertemu. Insya Allah. Memang teringin sangat nak jumpa dengan orang yang menceriakan nie...

Rasanya setakat itu saja sebagai penutup yang agak panjang lebar untuk tahun 2013 nie... Yang mana tak disebut jangan marah... Anda juga ada dalam hati Mr.H tau... Selamat datang Tahun 2014.. Berikan keceriaan buat Mr.H ya... Semoga cerita-cerita disini akan mengukir sejuta senyuman buat anda yang membacanya... Amin... Thanks for reading...
*terlambat skit publish... hehehe

Sekian Coretan Hati....

Wednesday, December 11, 2013

Cerita Balik kampung.. Bateri Handphone Clone...



Hai, dah lama rasanya Mr.H tak update cerita diari kehidupan Mr.H kan? Asyik berjiwang dan dengan puisi saja. Hari jumaat yang lepas Mr.H dan Akak sekeluarga balik ke Kedah. Ye la, sedar tak sedar dah lebih dari sebulan Mr.H menetap di Manjung nie... Memang tak sabar sangat nak balik sebab dah rindu sangat kat mama walaupun baru je 2 minggu lepas mama ada datang kat sini... Lagipun nak hilangkan stress la bila abang Mr.H macam marah je bila Mr.H stay kat sini. Target Mr.H memang nak terus menetap disini je. Macam malas dah nak kembali ke Penang dan Kedah untuk kerja kat sana. Tapi tak tau la kan kalau rezeki Mr.H ada kat sana..

So dalam pukul 7 malam jugak la kami bertolak dari Manjung nie sebab akak baru habis kerja. Penat wooo balik dari kerja terus balik kampung... Tapi masa-masa macam nie je la nak curi untuk balik pun. Sepanjang perjalanan Mr.H hanya melayan instagram je sambil gelak tengok gambar-gambar sahabat di Instagram. Lebih kurang jam 12 tengah malam baru kami selamat sampai di Kuala Nerang, Kedah. Mama dah tidur masa kami sampai. Cuma abah je masih berjaga sambil menonton tv. Penat memang penat. Mengantok pun ada tapi sempat lagi la Mr.H masuk dapur dan makan nasi. Hehe selera bila balik rumah mama nie...

Keesokkan harinya, sabtu pagi masuk dapur terus salam dan peluk mama. Rindunyaaaaa... Kebiasaannya macam tu la. Sebab Mr.H antara anak mama yang tak pernah tingggal di asrama so memang rapat la dengan mama. Pagi tu jugak dekat 5-6 kali mama cakap "hang pi potong rambut". Mr.H gelak je sebab memang sayang nak potong rambut waktu zaman belajar nie. Panjang tu memang la panjang dan bila bangun pagi macam rupa singa pun ada... Hahaha so dah siap mandi dan ready nak pergi potong rambut. Tapi motor pulak tak ada sebab abah bawa pergi ke kebun. 

So mintak kunci gebu(kereta mama) la nak drive. Dah lama Mr.H tak drive so bawak je la. Memang rasa lain sangat sebab rasa takut tu still ada lagi... Sampai je kat kedai gunting rambut kena pulak tunggu hampir 1 jam sebab ramai pulak yang mewarna rambut hari nie. Siap je potong rambut terus balik rumah dan mandi... Aktiviti petangnya cuma ber-dating dengan mama je la sambil makan buah pelam yang di petik kat pokok depan rumah nie. Mama ada jugak cerita ada orang mengandung mintak buah pelam(mangga) dekat depan rumah nie. Mengidam. Alhamdulillah pokok nie pun selalu je ada buah dan dapat jugak orang dekat taman nie merasa. Hope buahnya tak pernah putus dari terus berbuah.


Memang best pekena dengan kuah rojak Mak Bee.... Sedap!!!
Keesokan paginya, Mr.H dah pergi ke bank untuk keluarkan duit mama. Sememangnya Mr.H la akan diberi tanggungjawab untuk keluarkan duit dari account nie. Masa dalam perjalanan ke Bank tu. Ada la ternampak seorang awek nie dari jauh. Tapi Mr.H tak sure la samada betulkah si dia atau Mr.H yang tersalah pandang. Bila update di instagram. Rupanya memang si dia.Dia komen "rasanya macam nampak cik abg nie td, hehe...  Salah seorang sahabat di Instagram. Cantik orangnya. Mr.H tak perasan sangat wajahnya tapi seluar jeans yang dipakai itu yang membuatkan Mr.H teringat pada si dia... Insyaallah nanti kita bertegur sapa dan berborak-borak ye dik...

Awal jugak kami bertolak balik sebab kalau balik petang takut hujan malam pulak di Manjung nie. So sebelum balik ke Manjung, kami singgah dulu di Kedah Medical Center(KMC) untuk ambil duit claim bila anak buah masuk dekat sini hari tu. Selesai je kat situ kami bergerak ke Sentosa. Kat sini adalah pusat / gedung telefon bimbit yang besar di Alor Setar. Ala macam low yat tuuu... Buat apa kat sini? Ceritanya malam sebelumnya, Mr.H ada meng-google nak cari info samada bateri original boleh tak digunakan untuk handphone clone. Maklumlah, Mr.H guna handphone clone je.


Kedah Medical Center (KMC)
Akhirnya maklumat yang dicari dapat jugak. Yup. Boleh guna bateri ori pada handphone clone tapi kena tengok jugak kesesuaian dari saiz, power support dan jenis handphone jugak. Macam Mr.H nie guna handphone Samsung Galaxy Grand GT-19082 tapi clone Malaysia bukan Taiwan ye. Lega bila tukar bateri sebabnya dulu dekat 10 kali sehari cas handphone nie. Baterinya macam orang tengah penat berjogging minum air mineral je. Memang cepat cas dan cepat kong... Lepas je selesai di Sentosa, kami bergerak ke Perkarangan Stadium Darul Aman untuk beli barang-barang sekolah anak buah sempena karnival kembali ke sekolah...


Kiri Bateri Clone dan Kanan Original... Memang berbeza...

Bateri dah dapat ... Kita minum dulu... Favourite...
Sepanjang perjalanan Mr.H just tengok je kereta kat sebelah kiri, macam-macam ragam boleh tengok, ada yang si isteri tengah lena, couple bermanja dan macam-macam lagi la. Jam 3:00 petang kami singgah di RnR Bukit Merah untuk lunch di KFC. Ramai jugak orang singgah masa kami sampai. Selesai je makan terus continue perjalanan dan pit stop di RnR Taiping pulak untuk Solat Jamak Zohor dan Asar di situ...Lebih kurang jam 5:00 petang kami sampai di Manjung, Perak. Mak aiii memang penat... Tak sempat nak masuk rumah lagi mama dah call tanya samada dah sampai ke belum...


KFC pulak... Memang tak sihat la sebulan nie asyik bantai fast food macam nie je... Hehe
Seriously dapat balik dua hari pun dah cukup happy bila dapat menatap wajah mama dan habiskan masa mendengar cerita dari mama disamping hal tak diduga bertemu dengan rakan instagram. Memang suatu kenangan yang best la. Entah bila nak balik Kedah pun tak tau la sebab macam lambat lagi je nak balik sana semula.... Apa-apa pun fokus kembali mencari kerja sampai dapat dulu... Maaf kalau entry nie panjang dan membosankan... Tulis diari memang suka merepek 2-3kilo baru best... Thanks for reading dan support Mr.H disini, Instagram dan Fan Page Diari Samprit Ungu di Facebook.... 

Sekian Coretan Hati....

Thursday, August 1, 2013

Rebate 200... Handphone baru suda....


Hahaha poyo je kan nak story pasal handpone baru nie... Suka hati la kan nak share jugak kat sini... Genap 21 tahun usia bila 8 Julai 2013 yang lepas so maksudnya Mr.H dah layak la nak daftar rebate Rm200 untuk telefon pintar yang diberikan oleh kerajaan untuk individu yg berusia 21 tahun sehingga 29 tahun k0t. Kalau tak silap Mr.H la... So dah boleh daftar rebate kan? Tunggu ape lagi terus pergi beli la.. Sebelum tu Mr.H ada la survey dengan seorang kawan kat rumah sewa nie kat Sentosa, Alor Setar. 


Memang banyak sangat pilihan sampai rambang mata jugak la dibuatnya... Serius pening bila masuk kat Sentosa tu... Kebetulan akak Mr.H balik minggu lepas sebab nak cucuk anak dia yang bongsu tu. Mr.H pun tak lepas peluang nie untuk mintak akak tolong survey... sebab kalau dengan akak nie mudah sikit la nak pergi beli apa pun. Hari tu Mr.H ada mintak akak tolong survey dekat Perak model Alcatel sebab Mr.H tengok macam ok je Cik Pieja pakai.

Snap with my akak Leen
Kami 3 beradik... On da way to Alor Setar...
So survey dekat Digi Center pun dah habis stok galaxy nexus... Yang tinggal hanya samsung galaxy y. Oh tidakkk... So pusing-pusing la kejap dalam sentosa tengok model-model fon yang lain... Antara yang dalam senarai Mr.H samsung s3, s4, galaxy note II dan galaxy grand... Tapi yang clone je la... Original tak mampu Mr.H sebab student lagi kan? hehehe dan akhirnya Mr.H dan akak balik ke rumah mama dulu sebab nak pikir puas-puas sebelum buat keputusan... So keesokkan harinya kitorang pergi lagi sekali ke Sentosa dan akhirnya si dia yang terpilih di hati Mr.H... 


Akhirnya Kau Milikku... Hahaha
My Green phone.... Hehe Opsss wallpaper tu ... Errr no komen... my Miss.H
Haha gedabak je besaunya... Saja la nak tukar mood pakai android plak. Ramai yang bercakap pasal wechat la, whatsapp la, dan macam-macam lagi. Terasa macam ketinggalan plak. Hehehe tak ape la lambat sikit dari orang lain... Walaupun clone je fon nie tapi ok jugak la. Cuma kekurangan yang ketara ialah Screen Colour, Bateri dan kualiti gambar je... Yang lain bagi Mr.H ok2 je. Dan dengan fon nie jugak Mr.H dan Miss.H contact semula melalui Wechat... Aduhai. Lama tak dengar khabar sejak dia cuti semester.


Hehe Best dapat wechat bersama... Mengubat kerinduan hati... ^^
Ada jugak la moment-moment Mr.H dan Miss.H nak share kat sini... Hehe rasa ceria dan happy je bila borak dengan dia. Ye la, perkenalan kami dah berbelas tahun dah sejak dari tadika lagi... Now masing-masing dah besar dan ke arah yang lebih matang. Dan raya nie harap Miss.H datang la dengan parents dia beraya kat rumah... Insyaallah... Semoga kita bertemu nanti setelah 3 tahun... Rasanya cukup la untuk update kali nie... Thanks for reading...

Sekian Coretan Hati....


Thursday, June 20, 2013

Masalah Bibir Kering


Hai, tetiba hari khamis malam jumaat nie nak update 1 entry tentang bibir. Kenapa bibir? Kenapa tak mata ke, pipi ke? hehe tak ada la. Bibir kering nie masalah yang sering melanda Mr.H nie. Nak kata teruk tu boleh tahan la... Siapa yang tak biasa tengok cer tengok gambar kat bawah tu... Haaa.... 

Gambar hiasan... Bibir Mr.H lebih sexy taw. hahaha *poyo kejap
bila dah kering macam gambar kat atas nie. Tangan nie pun gatal la nak koyak kulit kering tu sehinggalah jadi macam gambar kat bawah nie.. Eeeuuu... memang pedih sebab Mr.H selalu jugak buat masa bosan. hehehe 

errr, koyak sampai berdarah... Sakit wooo... >_<
Faktor cuaca dan kurang air dalam badan la puncanya bibir kita terlalu kering macam tu. Bagi Mr.H, bila dah kering macam nie selalunya Mr.H akan sapu lips balm dermalogica nie... ok jugak masa Mr.H pakai walaupun kawan-kawan lelaki akan tengok semacam je. Ingat Mr.H pakai lipstik la tu. hahaha

Dermalogica Lips Balm.
Vaseline... Tapi Mr.H selesa pakai dermalogica lagi.. Ikut bibir masing-masing la...
Kadang-kadang selalu jugak pakai Vaseline. Yang nie pun ok jugak untuk rawatan bibir kering nie. Macam orang yang nak pergi buat Umrah @ Haji pun perlu bawak sebab cuaca yang panas sangat kat sana. Apa-apa pun bila bibir kering nie, banyakkan minum air masak la. Hehehe alhamdulillah bibir Mr.H dah semakin ok. Hope tips nie berguna jugak bagi yang mengalami masalah yang sama...

Sekian Coretan...

Tuesday, December 4, 2012

Bookmark & Pocket Calendar Cik Rongoks

Salam,

Hari nie aq nak update sikit tentang entry yang aq dapat lucky draw hari tu... hehe ok la straight to da point.... Kelmarin penantian  free gift untuk lucky draw dari blog Kesah Cik Rongoks dah berakhir... Abang posmen dah hantar tengahri kelmarin... Tengok je sampul ada cop dari Ipoh, Perak... Tersenyum je sebab dah boleh agak siapa pengirimnya...


Bookmark dan pocket kalendar....

Terima Kasih Kak Ika dari blog Kesah Cik Rongoks atas pemberian ini... Sebenarnya entry nie aq dah nak update semalam tapi disebabkan masalah teknikal diblog nie so terpaksa postpone ke hari nie... Aq pun tak tau yang ada limit untuk gambar pada setiap satu hosting blogspot nie... dan blog nie dah hampir mencecah ke arah tu.. Hahaha biasa la gambar dari DSRL tak adanya nak compress dulu sebelum upload... So saiz memang besar la... Tak pe la, nanti nak kena godek-godek lagi bak kata Cik Pieja... hehehe setakat itu sahaja untuk kali nie... Thanks for reading....

Sekian!!!

Wednesday, November 28, 2012

Lucky Draw Blog Cik Rongoks

Salam,

28 November 2012

Hari nie aq nak story sikit tentang lucky draw yang aq ada join di blog Cik Rongoks nie.. Hehe blog Cik Rongoks nie diantara Top 5 la dalam senarai blogwalking aq... Tapi untuk peraduan kali nie aq agak terlewat la sebab dalam minggu study week untuk final exam, so masa untuk online dekat facebook dan blog memang tersangat terhad la.... 



Hehe antara hadiah yang akan diberikan... aq suka dengan penanda buku tu... :)

Setelah senarai pemenang diumumkan aq dengan teliti satu per satu senarai nama-nama blog yang diletakkan.. Hehe seperti yang dijangkakan, HAMPA... Nak buat macam mana hanya 40 blog terpilih sahaja yang dapat... Aq orang yang ke-75??, memang jauh sekali la untuk dapat... hehe


Senarai 40 blog yang terpilih... Tahniah... :)

Hehe tak apa la, mungkin tak ada rezeki untuk kali nie agaknya... Tiba-tiba ada chat di facebook dari kak Ika( pemilik blog Kesah Cik Rongoks


Facebook Conversation...

Hehe apa-apa pun terima kasih kak Ika sebab sudi pilih blog kecik nie sebagai salah satu pemenang untuk kali nie... Sekarang tunggu posmen sampai rumah je la... hahaha bosan sungguh cuti semester nie... 


Nombor 75 tuuu... rasa macam orang terakhir ja.. hehe

Setakat itu sahaja untuk kali nie... Ringkas tanpa banyak celoteh, still in unstable mood... Just smile.. :) Thanks for reading... 

Sekian.....


Friday, June 24, 2011

Malaysia Layak ke Peringkat Seterusnya.... yeehhaa!!!!

Tahniah, tahniah & tahniah buat pasukan olimpik malaysia yg berjaya menewaskan Lubnan 2-1 smalam... aq pn xterlpas menonton game smalam ngan abah... perrgghh mmg cantik la game Malaysia smalam... tersusun je utk separuh masa pertama... tp masuk je second half lps sorang player malaysia kne kad merah rentak permainan pn bertukar la... banyak bertahan je sampai ke minit yang terakhir... ape-ape pn Malaysia telah pn layak ke peringkat seterusnya.... hehehe walaupun aq xreti main bola tp minat aq tentang bola ade jgk k.... hope lps nie game Malaysia akan lebih baik ye... Doakan kejayaan mereka semua.. Amin..
p/s: Team semalam lg bgus dari skuad senior.... my opinion..