Showing posts with label terbaik. Show all posts
Showing posts with label terbaik. Show all posts

Sunday, December 29, 2013

KEDA Resort Bendang Man Family Gathering...


Hai lamanya Mr.H tak update kan blog nie? Maklumlah busy bebenor dengan perjalanan kehidupan seharian sekarang nie. Ok lah, kali nie Mr.H nak share tentang family gathering. Seperti kebiasaan, family Mr.H nie selalunya akan ada perhimpunan sekeluarga la. Kadang-kadang kitaorang buat makan malam bersama, tak pun lunch dekat mana-mana tempat makan yang best. Kali nie ada kelainan sikit sebab 1 family berkumpul dan bermalam di KEDA Resort Bendang Man yang terletak di Sik, Kedah. Untuk maklumat lanjut (klik sini)

Tempat nie memang suatu tempat yang sesuai untuk mencari ketenangan serta menikmati suasana yang nyaman. Di resort nie jugak ada sarang-sarang menternak kelulut. Kelulut nie macam lebah jugak la. Cerita tentang resort nie, memang disediakan banyak bilik dan kawasan sekitar jugak memang sesuai bagi yang mencari ketenangan. Kat sini jugak ada disediakan tapak perkemahan . Kebetulan semasa Mr.H sampai ada 1 kumpulan KRS dari sekolah-sekolah agama di selangor buat perkhemahan disini. Sempat jugak usha-usha adik-adik muslimah nie. Alahai sejuk mata memandang... Hehe

Untuk pilihan bilik anda boleh pilih bilik yang Mr.H sekeluarga duduk nie. Ada 1 katil queen 2 katil single dan siap ada tilam tambahan lagi 3. Apa lagi eh yang ada dalam bilik nie? 2 aircond, freezer, tv LCD 32 inch, almari dan pemanas air... Mr.H sekeluarga ambil 2 bilik sebab total ahli keluarga Mr.H 10 dewasa dan 10 kanak-kanak. Harga bilik nie rasanya bawah Rm200 seunit. Tak sure sebab akak Mr.H yang bayar dan kat sini jugak family Mr.H ada tempah untuk breakfast, lunch dan makan malam. So tak payah pening-pening kepala nak keluar cari makan. Paling best buat bakar-bakar la kalau datang sini. Aktiviti yang seronok dilakukan sekeluarga... Malas nak story panjang-panjang.. Layan je gambar kat bawah nie k... hehehe

View from depan bilik....
Mesti nampak banner nie kalau dah sampai sini.... kat belakang tu ada macam bilik mesyuarat, kantin serta surau...
Mr.H, Mama, Abah, Mia dan Adik....
Belakang Mr.H tu bilik yang di-check in.. haha
Mama dan Zafira...
Gebu(Vios) mama Mr.H...
Nie bilik kitaorang... dekat tepi katil single tu ada lagi 3 tilam tambahan...
Tv dan almari...
Pemanas air dan Freezer...
Jom bakar-bakar.. Kambing dan Sosej...
Anak-anak buah mandi...
My Family...
Saya takut air... Buat muka comel abes si Mia nie...
Zafira dan Nafis...
Abang shahidan dan anak-anak buah...
Tok ayah dan Haziq...
Budak baju pink nie suka bergambor... with mama dan adik...
Jom main air...
Photographer baru dapat mandi... opss... blur sikit... aurat2... haha
Layan.... best...
Zafira tengok ape tu? "hang nak makan dak?" tanya mama Mr.H... hehe lauk nie tempah kat resort nie je...
Istana pasir... hehe
Abang dan kak ipar...
Buat barisan.... hahaha
Akak dan aysha.... 
Aysha... tak sejuk ke?? hehe
Sempat jugak snap gambaq nie...
Peace yaw... Muka mengantok sebab sejuk kena air pepagi... Ermm kurus tak? haha
Kakak-kakak dan adik..
Mia Umairah... dah macam model plak...
Setakat itu saja yang dapat Mr.H kongsikan untuk entry kali nie... Maaf la sebab lambat update disebabkan Mr.H busy dengan hidup Mr.H yang terumbang-ambing dalam mencari perkerjaan... Insya Allah, 2 entry lagi akan menyusul sebelum menutup 2013 dengan 1001 kenangan... KEDA Resort Bendang Man telah mencatat kenangan kami sekeluarga... Suatu tempat yang best untuk bersama keluarga... Thanks for reading...

Sekian Coretan Hati....



Sunday, December 15, 2013

Pantun Kejiwangan... haha

Terkadang waktu ku biarkan kehilangan,
Hanya termenung mengenang kisah percintaan,
Kini yang tinggal cuma sebuah ingatan,
Penuh pahit dan manis yg telah dirasakan,

Hariku yg berlalu semakin kekosongan,
Tanpa ketawa mahupun senyuman,
Hingga muncul seorang teman,
Menerbitkan kembali kepada keceriaan,

Mula terdetik sebuah impian,
Semoga dia akan menjadi teman yang membahagiakan
Semakin hari kau makin ku lupakan,
Walau terkadang muncul dalam ingatan,
Ku harap dirimu turut jua merasakan sebuah kehilangan

Kita harus menerima kenyataan,
Bahawa tiada lagi apa-apa hubungan,
Mulakan semula landasan kehidupan,
Dengan cerita tanpa seorang teman.

Andai suatu hari nanti kita dipertemukan,
Apakah mampu masing-masing mengukir senyuman,
Atau sekadar saling berpandangan,
Tanpa perasaan seolah-olah tidak pernah berkenalan.

Walau apa yg akan kita lalui,
Doaku buatmu agar sentiasa dilindungi,
Jagalah diri jagalah hati,
Semoga insan terakhir akan dikau temui.

Nota hati ini sekadar ingatan,
Melepaskan rindu dalam ucapan,
Semoga akan ada insan yg membacakan,
Coretan hatiku yang penuh kejiwangan.

p/s: sekadar melepaskan idea yg terlintas... tiada maksud tersurat dan tersirat... Selamat Malam... Thanks for reading...

Sekian Coretan Hati....



Monday, November 11, 2013

Roti Paung Terangganu, Gambang dan Janda Baik... Happy Holiday...



Hye... Macam dah lambat je kan blog update kali nie... Memang dah terlambat dah pun, maklumlah sekarang nie memang sibuk dengan mencari kerja la. 31 Oktober 2013 merupkan hari terakhir Mr.H menghadapi peperiksaan sebelum sah menamatkan diploma di Politeknik. So beberapa hari sebelum 31 Oktober tu, akak Mr.H yang ada di Perak ada la call tanya nak ikut dia bercuti di Pahang tak? Kalau Mr.H nak hari jumaat 1 November 2013 Mr.H dah kena bertolak ke Perak la sebab 2 November dah nak pergi.... Akak Mr.H suruh naik bas je tapi Mr.H plak yang tak nak sebab tak reti sebenarnya. 

Mesti nak gelak je kan bila cakap tak reti? hehe memang tak biasa pun naik bas. Rela naik motor lagi rasanya. So hari khamis ada 1 paper last, kalau tak silap subjek Wireless Communication kot. Memang susah soalannya. Muka semua ketat-ketat je time menjawab dan Mr.H la orang pertama keluar dari dewan sebab awal pulak siap menjawab(yakin boleh jawab sebab banyak soalan yg spot masuk). Habis je exam terus pergi repair apa yang patut sebelum nak berjalan jauh esok dan terus balik ke rumah mama...

Pada petangnya hujan dengan lebat tapi macam mana pun tetap nak kena balik ke rumah sewa jugak untuk bawak balik semua barang. Ye la dah 3 tahun lebih duduk di rumah sewa yang sama dan kali nie masa untuk pindah so memang banyak la barang nak kena bawak balik. Mr.H pinjam kereta gebu(vios) mama dan terus drive ke Jitra. Takut jugak nak drive tapi bawak je la... Yang penting yakin je. Penuh jugak la barang di bonet kereta dan seat belakang. Dan pada malamnya terus kemas baju untuk dibawa ke Perak.

Pagi ini 1 November 2013, jam 7:00 pagi Mr.H dah mulakan perjalanan menuju ke Manjung, Perak. Perghh memang jauh la bak hang... Lebih kurang 5 jam jugak la perjalanan dengan bawak motor. Memang sakit pinggang la bawak motor jauh-jauh macam nie, tapi bila dah biasa Mr.H dah boleh budget nak rehat dekat mana, nak topup minyak dekat mana, alhamdulillah hampir jam 12 tengahari jugak la Mr.H sampai dirumah akak Mr.H. Pertama sekali call mama dulu sebab tak nak mama risau.

Keesokan harinya seperti yang dirancang perjalanan percutian Mr.H bermula. Lebih kurang jam 8 pagi kami mula bertolak dan singgah di salah sebuah kedai makan untuk breakfast dahulu. Dari Manjung kami mengikut jalan biasa sebelum keluar pada highway Sungkai rasanya. Mr.H pun tak berapa nak ingat... So destinasi pertama kitaorang ialah menuju ke Gambang, Pahang. Sepanjang perjalanan kerja Mr.H cuma pegang hanphone akak dan camera je. Snap je apa yang ada dan semestinya bentuk awan la subjek favourite Mr.H.


Semasa lalu di jalan Genting-Sempah tu la antara yang memeningkan sebab jalan dia macam nak pergi Balik Pulau, Penang ja. Di jalan nie jugak Mr.H dapat tengok pemandangan Genting Highland dari bawah. Aduhai memang cantik. Sepanjang perjalanan nie novel Love You Mr.Arrogant menjadi peneman tapi tak boleh baca sangat pun sebab rasa pening bila fokuskan mata dalam keadaan kerendaan bergerak. Lebih kurang jam 4 petang kami tiba di Homestay  di Gambang. Fuhhh penat sangattt... Jom usha gambar sikit...
Pemandangan Genting Highland dari bawah...
Menuju ke Gambang...
Tersandar kepenatan...
Bilik Tidur...

Ruang Tamu...
Dapur....
Untuk pengetahuan korang, homestay nie memang berhadapan je dengan Gambang Waterpark. So korang yang datang jauh-jauh macam Mr.H nie boleh la stay di homestay nie dulu sebelum nak pergi mandi di taman tema air tu. Rate untuk homestay nie antara Rm180-Rm250 je ikut jenis rumah. Macam rumah yang Mr.H stay tu dalam Rm180 je 1 malam. Dilengkapi dengan 3 bilik tidur, 2 air cond dan 3 bilik air. Kalau nak nak masak pun boleh sebab peralatan dapur disediakan dan mesin basuh pun ada.

Aktiviti malamnya Mr.H dan akak sekeluarga berjalan-jalan di Kuantan je dan kembali ke homestay untuk rehat sebelum meneruskan percutian ke destinasi yang seterusnya. Keesokan paginya kami semua lost plan nak kemana. Mulanya percutian kali nie abang Mr.H akan join sekali tapi last minute dia demam pulak so tak dapat join. Kalau tak memang best la nak pergi mandi manda di Gambang Waterpark nie. Fikir punya fikir last2 kitaorang menuju ke Kemaman untuk cari Roti Paung. Actually Mr.H pun first time dengar nama roti paung nie. So dari Gambang kami melalui Cherating. Best jugak pemandangan di sepanjang perjalanan nie.

Sekitar pemandangan di Cherating...

Balai Polis Cherating...
Taman Rekreasi dan Mini Zoo Kemaman
Akhirnya, setelah beberapa jam kami sampai ke destinasi yg dituju. Kalau korang dari Pahang kedai roti Paung nie teletak di sebelah kanan dan kalau korang dari Kuala Terangganu sebelum sampai di kedai roti paung nie korang akan nampak banyak orang jual jagung ditepi jalan. Cer tengok gambar yang sempat Mr.H snap. 

Nie la kedai Roti Paung tu...
Kalau dari Kuala Terangganu signboard nie sebelah kanan korang...
Roti paung... Yang nie jenis campur... ada banyak inti kat dlm nie... sedap.. hehe roti paung nie cuma ada kat sini je tau... memang susah nak dapat...
Singgah beli Satar dulu...
Pemandangan di Dungun... Kiri kanan kawasan terbesar Petronas... hehe
Belakang tu je laut...
Selepas mendapatkan roti paung, tak sah la kan kalau dah sampai ke Terangganu kalau tak makan keropok lekor yang paling sedap. So next destination of course la kedai keropok lekor 008. Memang setiap kali pergi ke Terangganu dekat sini la tempat yang mesti Mr.H akan singgah untuk beli keropok lekor dan losong. Sedar tak sedar dah terlewat sebenarnya Mr.H dan akak sekeluarga di Terangganu dan masanya untuk kami berpatah balik ke negeri Pahang. On day way nak ke Janda Baik, Mr.H ada singgah di kedai tepi jalan yang banyak jual keropok dan Satar. Mesti cuba satar kat sini sebab bukan selalu nak dapat jumpa.Memang jauh jugak la perjalanan kali nie. Ye la dari Pahang ke Terangganu kemudian berpatah balik ke Pahang. Jam 11 malam barulah kami tiba di Mak Lang Resort di Janda Baik... Letihnya badan nie...

Rumah Segi Tiga... Belakang nie je sungai...

Sungai... Keindahan Alam....

Sebelah kiri tu tempat nak buat bakar-bakar...
Jom mandi...
Mr.H tengah breakfast... Jom makan...
Nasi lemak bersama Satar... Memang sedap...
Nak mandi jugak... Sejuka bak hang... haha
The Royan Pahang... Awat la tak luruh.... hehe
Moment pagi... nak hisap madu... bunga nie putih pada waktu pagi tapi bertukar merah pada waktu petang...
Nature...
Selepas Hujan... Hari kedua disini...
Setelah 2 malam kami disini, dah tiba masanya untuk kembali semula ke Manjung,Perak. Sememangnya percutian kali nie antara yang best tapi kalau lagi ramai ahli keluarga Mr.H dapat join memang lagi best sebab di berada Resort nie memang  suatu ketenangan la... Kita dapat nikmati udara segar, jauh dari bunyi bising kerendaan, cuaca yang sejuk dan dapat rehatkan minda kita untuk seketika... Lepas dah checkout dari resort nie kami singgah di RnR Genting Sempah dan sempat jugak beli buah berangan nie... First time Mr.H makan. Sedap jugak sebab rasanya macam buah gajus yang dibakar. 

Signboard Genting-Sempah...
Usha apa? Mau beli belangan ka?? hahaha 1 kilo Rm18...
Buah Berangan...
No AES... Hahaha
Terowong Genting-Sempah...
Menuju ke Manjung...
Jauh jugak perjalanan melalui highway di KL nie. Dapat jugak Mr.H cuci mata melihat pemandangan di sekitar Kuala Lumpur. Dan kami singgah di Masjid di Teluk Intan untuk solat. Mr.H ada ternampak signboard nie. Menarik jugak. Cantik mesej yang cuba disampaikan. Akak dan abang ipar pun bertukar driver sebab penat kan bila drive sorang-sorang nie. Alhamdulillah dengan izinNya kami selamat sampai di Manjung,Perak lebih kurang jam 5:00 petang.

BMW... hehe not just a car...
Ape maksud signboard nie?? any answer please?
Maaf kalau entry kali nie terlewat Mr.H update. Dalam kesibukan mencari peluang pekerjaan sekarang memang masa Mr.H untuk update disini adalah terhad disamping masalah double entry yang masih belum dapat dikenal pasti puncanya... Tapi blog ini akan terus mencoretkan segala kenangan dan warna kehidupan dalam Diari Kehidupan Mr.H.. Terima kasih kerana sudi membaca... 

Sekian Coretan Hati....