Saturday, June 30, 2012

Tidur Di Kampung!!!

Salam,


Seriously aq menaip entry kali nie dengan penuh rasa mengantok dimata nie, bukanlah Euro antara Italy dan Jerman yang menjadi puncanya tetapi, akibat tidur di kampung yang terlalu banyak nyamuk. Rasanya lama gila k0t aq tak tidur kat kampung. Fuh, pengalaman tidur malam tadi memang dasyat beb. Balik kampung dengan tak ada TV, No Internet access, perghhh mencabar gila mental aq yang tak boleh berpisah dengan dua Element penting dalam hidup aq. Boring tahap gaban kot. Dengan line handphone pun tarak. Haiyak.. Boleh mati wa kalau duduk lama-lama maaa... 


Apa-apa pun niat nak jumpa tok den dah tercapai dah. Lega sikit. Buat pengetahuan hangpa semua, tok den nak poi buek umrah bulan 7 nie. Sebab tu la ada kenduri sikit. Kelmarin masa sampai je aq ingatkan ramai la cousin. Masuk je rumah ada Damia dengan Hisyam je, anak pak andak aq. Nasib la Damia nie comey, boleh jugak usik-usik dia. Cerita bab nyamuk tadi, biasa la duduk kampung, nyamuk memang la banyak la.. tak lena aq sampai ke pagi walaupun tak tengok pun game antara Italy dan Jerman... hehe<-----(aq taip pukul 6.30 petang 29/6)


Hehe nie sambungan entry kat atas yang aq save dulu sebab tak sempat nak taip bagi habis. Ok nie entry yang ditulis pada jam 4.58 pagi 30/6. Walaupun tak ada Euro game awal pagi nie, mata aq tetap tak dapat nak pejam sebab risaukan report yang tak siap-siap lagi nie. Rasanya esok sempat kot nak siapkan dan hari ahad dah boleh print out dah. Pening sebab format mengarut nie la... sakit otak memikirkan. sekarang nie pun kepala nie dah rasa ringan je macam orang kena dadah.. nak fikir banyak pun dah tak boleh sebab badan nie dah terlampau letih. Apa-apa pun tengahari esok aq akan berjuang habis-habisan untuk siapkan last part of report


Hari tu aq ada cakap nak pergi bank kan? Yes akhirnya dapat jugak keluarkan duit dari bank tu walaupun lama giler nak kena tunggu. Hehehe yang ada dalam fikiran aq sekarang nie aq nak DSLR tu jugak dalam bulan birthday aq nie... walaupun bukan hadiah dari orang lain, aq nak beli jugak dengan duit hasil titik peluh sendiri masa cuti semester lepas... Duit simpan lama-lama pun tak guna jugak. So nak menikmati sikit la duit titik peluh sendiri nie. hehehe dah nak dekat subuh dah nie. Nak mandi n bersiap untuk solat subuh. Waaa mengantoknya mata nie.. hehehe 


Sekian!!!

Tuesday, June 26, 2012

Baru Je Cakap Teringin....Pulut Durian~~~

Salam, 

Hehe wahh untungnya bila cuti panjang nie. Kerja duduk rumah makan & tidur je setiap hari. Siap dapat nasihat lagi. "lepas makan sat lagi tidur la balik'. Best kan?? Biasa la mama aq memang seorang ibu yang terbaik. Hehe biasa la anak teruna seorang nie je kat rumah. Cheeewah. 

Hari ini plan aq nak pergi bank tak jadi jugak la sebab jiran mama aq masa tinggal dekat balai polis dulu singgah rumah. Bukan apa, just nak hantar ubat cellfood dengan nak tunjuk anak dia dekat aq. Anak dia nie akan masuk Poli aq 8 Julai nie. So nak mintak aq tolong tengok-tengokkan la anak dia tu. Cepat sungguh masa berlalu, dulu anak dia tu aq tengok masih pakai Pampers lagi. Tengok tadi terkejut jugak dah besar dah. Hehe tak pe tak pe. Masuk je poli jangan risau. Nie dia abang senior ada. hahahaha 

Back to my mama. 2 hari lepas aq ada la cakap yang terbau jiran sebelah rumah nie ada masak pulut durian. Aq just cakap je, tak mintak pun mama aq masakkan. Tengok tadi dah ada pulut, santan pekat, dan DURIAN... Perrgghh...


Haha pulut sikit je. Durian?? 


Hahaha sedap betul!!

Hehe licin je pinggan tu. Actually hari nie rasa letih sangat badan nie. Dari pagi tadi asyik pening je. Mungkin sebab rambut dah panjang sangat kot?? hehe dah kena tegur dengan mama tadi tapi rasanya nak potong bila birthday nanti je. Rasa nak nak botakkan je kepala nie. Lama tak buat rambut pendek macam tu.Confirm mama tak bagi

Seriously setelah habis dua biji durian hari ini. Terasa ibarat diawang-awangan je. Hehe layan je. Report dah nak masuk fasa terakhir dah. Harap dapat siapkan dengan segera. Insyaallah.

Sekian!!!









Hiburkan Hati sambil Buat Report !!!

Salam,



Hahaha tak ada keje btoi aq nie pagi-pagi ambik gambar macam tu.. saje je nak hilangkan mengantok mata nie. Penat sungguh menaip report nie. Banyak lagi nak kena siapkan.. hehe bila tengok gambar sendiri, nak gelak je. Sapa-sapa nak komen poyo ke atau pa pe ke, ikut suka korang la. Haaa bab bantal warna pink tu jangan tegur.... Buat-buat tak nampak je.  (#^o^#) = Malu*... Bukan aq yang pilih.... Omak den yang bagi bantal tu... Aq tak kisah pun so guna je la walaupun jambu je warnanya kan?? Jangan pikir aq lembut & jambu plak. Muka je mcm shy-shy sikit kan dalam gambar tu. Dush2 banyak la aq punya shy. Itu bukan shy la... Muka lapar nasi tu pukul 3.30 pagi

Orang dibuai mimpi aq masih lagi mengadap lappy nie lagi menaip report yg tak tau la bila akan siap. Yang pasti mesti sebelum 2 Julai nie. Hope tercapai la target aq tu. Ala beribu-ribu perkataan lagi pun nak taip. hahaha prap2.. Habis la jari nie mengalami kekejangan nanti. Entah macam mana dari buat report boleh sampai ke blog nie. hahaha dah boring kot mengadap Microsoft Word tu lama-lama.

Esok nak pegi bank pulak. Nak tidur ke tak ye? kalau tidur takut terlajak sampai tengahari pulak. Kalau tak tidur confirm macam Mayat hidup je. hehehe dekat-dekat nak habis cuti nie semakin kurang idea nak update blog nie. Mungkin terlalu fokus kat report yang semakin menekan hidup aq sekarang nie. Serius stress giler kot nak siapkan 1 bab pun. Ok lah. Nak sambung buat report la.

Sekian!!!


Sunday, June 24, 2012

My Novel?? No lah...

Salam,


Hahaha petang nie tak ada apa sangat nak diceritakan. Lagipun aq masih sibuk menghabiskan masa dengan menaip laporan Latihan Industri yang tak siap-siap lagi. Banyak lagi la yang belum disiapkan. Mengantok jangan cakap la. Dari tadi asyik menguap je. Mengadap facebook pun bosan jugak. Ingat petang nie nak baca sikit la novel yang belum sempat nak baca. 


Taraaa!!! *buat-buat muka terkejut. hahaha :P


Zoom in atas

Zoom in bawah


Semua tu novel aq.... hahaha fake statement.. Bukan semua la novel nie milik den. Semua novel nie atas perkongsian bersama adik & akak aq. Kan bagus kalau dapat berkongsi macam nie, boleh tukar-tukar novel. So tak la membebankan kalau kita sorang je nak beli. Sharing is Caring. Betul tak??? hehehe Banyak lagi yang aq tak sempat nak baca. Nanti je la. Lepas dah masuk poli mungkin tak busy macam cuti nie. Rasanya sikit je kot entry kali nie...Kalau boring sorry ok, jari ini penat sangat menaip hari nie... Nanti la aq update panjang sikit. hahaha

Sekian!!!

Saturday, June 23, 2012

Lelaki buat blog (Lembut)??

Salam,






Haaa yang nie sebenarnya aq nak story petang tadi.. Actually semalam, aq berjalan-jalan la dekat wall kawan-kawan di facebook, saje je nak tengok status diaorang. Pastu ternampak la sorang kawan nie update status macam nie ' Lelaki buat blog. Tak _ _ _ _ _  la'. Adoi. Aq tak larat nak gelak status hot macam tu. Dia tu kalau update status je memang ramai yang like. Betul ke lelaki buat blog (Lembut)?? Agak-agak korang? Hehehe


In my opinion(chewah, ayat bahasa inggeris masa UPSR dulu) hehe. Pada pendapat aq la itu pendapat yang boleh didengar pastu campak je masuk dalam tong sampah. Kena buka sikit pemikiran tu dari pandangan terhadap sesuatu objek kepada pemandangan ke arah laut. Maksud aq buka pemikiran tu kepada yang lebih luas sikit.


Kalau la semua blogger lelaki nie(Lembut), tak akan ada la lelaki yang buat blog hacking sana sini, tak ada jugak la lelaki yang buat blog pasal DSLR, tak ada la yang buat blog tentang Islam dan lain-lain lagi. Kalau blog peribadi macam blog yang korang tengah baca nie nak kata Lembut terpulang la sebab nama blog nie pun Diari. Tak kan nak story yang ganas-ganas & lain-lain topik yang  tak sesuai kan. Eh ini kan blog aq. So suka hati la nak tulis apa pun.


Hahaha ala biasa la facebook kan?? tempat orang nak cari publisiti dengan status hot, dengan gambar budget. Untuk aq setiap orang ada pendapat masing-masing. Kalau nak kata lelaki yang buat blog(Lembut) agak-agak la kan? Silap hari bulan aq hack facebook dan tutup terus account nanti... hahaha acah je. Aq mana la reti hack facebook nie. Bukan tahap aq la nak buat macam tu. 



Haha lelaki buat blog bukan (Lembut) ok?? tengok gambar aq kat atas Gagah kan?? Tu masa kecik baru. Sekarang?? hahaha korang imagine la sendiri... Nanti update lagi nah...

Sekian!!!

Story Of Today~~~

Salam,




Hehe mesti ramai pernah jadi macam gambar kat atas nie kan? Setan nie memang suka mengacau je time kita nak solat. Aq pun selalu jugak jadi macam nie. Kadang-kadang dah rasa macam dah 3 rakaat dah. Tapi bila dah was-was. Paham-paham je la. 

Bosan btul petang-petang nie... Nasib la hujan turun. Sejuk sikit kat Kedah Darul Aman nie. Letih dah mata nie mengadap lappy(laptop) nie dari tengah hari tadi lagi. Bangun tidur pun dah lewat pagi tadi gara-gara tengok Euro, Jerman Vs Greece. Memang best la. 15 minit pertama tu aq tak layan sangat sebab tengah fokus dekat nasi kenduri. Hehe orang tengok bola. Aq fokus makan dulu. Letih kot sampai lapar time 3 pagi tu. Dah kenyang baru la tengok bola. 

Rajin benor aq makan lewat-lewat pagi macam tu. Bila tengok badan tak ada pulak bahagian yang nampak kenaikan yang ketara. Chewah nak kata maintain kurus la tu. Hahaha aq memang sekeping je pun. Susah nak nampak gemokss... Sebenarnya aq plan nak story tentang Naziha(awek den), ehehehe. Tapi lain pulak perginya. Next entry la ek aq update.. Malas nak tulis panjang-panjang... Hehe mengantokkk...

Sekian!!!

Friday, June 22, 2012

Terima Kasih Adik...


Salam,


Rasa sebak sangat bila terbaca luahan hati seorang adik. Kalau la tak tergerak hati nie nak melawat blog dia, mesti aq tak akan jumpa entry luahan hati dia. Aq tau bukan dengan kerelaan hati dia pun masuk ke sekolah tu, tapi atas kehendak mama dan abah dia sanggup berkorban untuk melihat mama dan abah bahagia. Dari kecik lagi dia tak pernah membantah apa jua keputusan yang mama dan abah tetapkan untuk dia. Dia tak nak pergi ke sekolah SJK(C), tapi atas pilihan abah dia akur jugak. Lepas PMR, sekali lagi keputusan masih lagi mama dan abah yang memainkan peranan. Aq tahu ibu bapa mana yang tak nak anak mereka berjaya. Tapi bagi aq, adik aq dah tingkatan 4. Rasanya mama dan abah patut beri dia peluang untuk tentukan pilihan dia sendiri. Itu masa depan dia. 


Seriously aq menangis bila baca blog dia tadi, patut la adik yang aq kenal sebelum nie ceria, mesra, suka gelak berubah dalam sekelip mata. Kebahagiaan dan keceriaan hidup dia diragut untuk kebahagiaan serta harapan mama dan abah. Tapi mama dan abah dah silap dalam menentukan masa depan dia, jangan la anggap adik dan azwan nie macam abang dan kak tini. Kami bukan kuat macam diaorang, ma abah. Aq dan adik adalah anak yang banyak ditentukan dalam apa jua tindakan. Aq lebih banyak membantah dan mengikut apa yang aq rasa selesa. Tapi adik aq, dia tak mampu seperti itu, harapan dan kebahagiaan mama dan abah adalah keutamaan baginya berbanding kebahagiaan dirinya sendiri. 


Luahan hati adik banyak membuatkan aq sedar bahawa terlalu banyak pengorbanan adik buat mama, abah dan diriku sendiri. Keputusan untuk meletakkan adik di sekolah tu bagi aq suatu tindakan yang merugikan masa depan adik. Pesanan buat adik, tolong belajar sungguh-sungguh, dapatkan result yang baik dan adik akan bebas. Bebas untuk tentukan apa yang adik nak dalam hidup adik. Harap jangan salahkan mama dan abah sebab mereka buat keputusan atas contoh kejayaan kak tini. Tapi keputusan itu adalah kesilapan sebab kita tak sekuat abang dan kakak kita adik. Maafkan abang jugak sebab dah buat banyak salah. Semoga akan ada lagi senyuman dan gelak tawa adik untuk aq dan keluarga.


Aq dah tak mampu lagi untuk menaip lagi entry kali nie.... Hanya air mata yang mengiringi...
Terima Kasih Adik (Semperit Ungu)

Thursday, June 21, 2012

Di Buai Kenangan dan Birthday???

Salam,


Jam baru je pukul 10.15 malam, tapi mata nie dah mengantuk sangat-sangat. Mungkin letih sangat kot mengadap laptop je dari tengah hari tadi sampai pukul 7 tadi. Alhamdulillah, banyak jugak la yang dah siap dalam report tu. Cuma tinggal lagi beberapa bab lagi untuk disiapkan. Yuran untuk masuk ke poli pun dah settle kelmarin. Bengang jugak la dekat pak guard yang SPOIL bt0l. Aq sampai 3 kali kena isi borang tu. Nasib la bank tak ramai orang sangat. Apa-apa pun dah settle bab yuran so tak pening kepala sangat. Bukan apa, kalau tangguh & nak bayar bila dekat nak masuk nanti lagi la susah sebab memang ramai orang time tu. Biasa la last minit macam tu memang ramai student akan pergi bayar yuran. 


Hari nie rasa lemah je badan nie, mau tak lemah kalau duduk je kat sofa dan menaip report je sepanjang hari nie. Sambil menaip sorang-sorang mengantuk jugak kan? So dengar lagu je la dekat fon. Nak mesej tak ada sapa nak mesej. Dulu ada awek, ada jugak la teman berborak, bergurau senda. Tak ada la Kesunyian macam nie. Chewah.. Blog nie pun baru je tukar link. Sebelum nie akucintaungu.blogspot.com. Tapi lepas dah BREAK-OFF aq tukar terus link nie. Bukan apa, cuma takut. Takut menyakitkan hati Si Dia lagi. Biar lah blog nie cuma untuk tatapan orang lain bukan Si Dia. Susah sebenarnya Cinta Kawan Baik. Putus Cinta, Putus Kawan. Betul ke ek?? Tapi aq tak la sampai putus kawan cuma nak kata mesra macam kawan baik dahulu memang susah la. 


Hehe mamai dah aq nie sampai terbawa-bawa ke sejarah silam... Wah diam tak diam dah nak sampai bulan Julai dah. Tak lama lagi my birthday. Ya Allah dah nak masuk umur 20 tahun dah aq bila 8 JULAI 2012 nanti. Tapi tahun nie tak best la sebab kena sambut sorang-sorang dekat poli... Bersyukur sangat masih diberi kesempatan untuk terus bernafas. Dah macam-macam aq cerita kat entry nie, lain yang aq plan nak tulis, lain pulak yang ditulis. Terima kasih sudi ziarah. Nanti akan update lagi. Insyaallah



Sigma-Istikharah Cinta

Salam,


Wah lewat lagi terjaga pagi nie, nasib baik mama cool je. Tak marah-marah pun. Dah paham dah anak lelaki sorang nie selalu tido lewat pagi. Letih sangat kot sebab penat memerah otak memikirkan nak taip apa lagi dalam isi kandungan report tu. Idea tu bertaburan macam hujan tapi tak tau nak susun macam mana bagi nampak kemas, padat dan tak membosankan membaca report yang lebih kurang sepuluh ribu perkataan tu. Sekarang baru aq tau menulis blog ini tak susah macam buat report tu.. 9 hari lagi yang tinggal. Harap dapat siapkan la dengan sempurna. Ok kali nie nak share la lagu yang aq dengar dekat blog kawan poli aq. Rasa macam best jugak. hehe jom dengar...






Bersaksi cinta diatas cinta

Dalam alunan tasbih ku ini

Menerka hati yang tersembunyi
Berteman dimalam sunyi penuh do'a

Sebut nama Mu terukir merdu
Tertulis dalam sajadah cinta
Tetapkan pilihan sebagai teman
Kekal abadi hingga akhir zaman

Istikharah cinta memanggilku
Memohon petunjukmu
satu nama teman setia
Naluriku berkata

Dipenantian luahan rasa
Teguh satu pilihan
Pemenuh separuh nafasku
Dalam mahabbah rindu

diistikharah cinta..


Salah ke?? Pendapat Je Pun...

Salam,


Hahaha jam sekarang menunjukkan sudah pukul 3.35 a.m. Ini la akibatnya bila dah selalu berjaga lewat pagi nie. Tak ada perlawanan bola sepak pun mata masih segar lagi. Tapi tak ape la. Ada juga masa untuk aq siapkan Laporan Akhir Latihan Industri nie... Serius memang malas nak menaip report, itu sebab tangan nie menaip benda lain pulak sekarang nie. hehe

ada benda yang aq rasa tak puas hati sangat dengan seorang mamat nie yang BUDGET macam USTAZ. Aq nie sejujurnya bukan la orang yang baik sangat. Kalau nak lepas geram tu macam-macam yang aq taip dekat status facebook tu. So hari tu ada la aq lepas geram kat status tu tulis pasal bibik. Lepas tu mamat yang BUDGET baik macam USTAZ tu komen "Tak baik Sialkan orang. Bibik pun manusia jugak". 


Aq yang tengah panas nie malas nak layan komen tu terus padam je komen mamat tu, bukan apa marah macam mana pun akal Wajib kena waras. Nanti tak pasal je orang sakit hati kat kita. So tadi dia pulak update status macam nie :



Hehe terbaik kan ayat ustaz tu?? aq just nak pulangkan balik je ayat yang dia bagi kat aq hari tu.. Bukan apa kita sebagai manusia nie kena saling memperingati antara 1 sama lain. Just nak tegur untuk kebaikan. Tak salahkan? Kalau nak tegur orang dengan ayat macam tu hari tu, kena la tapaw sikit untuk bekal diri sendiri. Dah kena batang hidung sendiri baru tahu kan bahawa "bau kentut sendiri macam mana". 

Hehehe "kalau xtaw hal jngan nk snang2 azan kan org k". Dia ingat dia baby baru lahir ke aq nak azankan kat dia? hahaha aq nak marah pun ada tapi bila pikir balik rasa nak gelak je. Allah Maha Kuasa dan Maha Adil... Sekejap je orang tu dah dapat CASH=Balasan Dunia. 

Pada aq tak ape sangat la dengan mamat tu. Aq pun da remove dah sebab malas nak kena tegur kalau aq marah dekat status facebook. Lagipun tak boleh blah la lelaki taip or update status bunyi macam GEDIKS terokk.. Kalau nak baca sedia bekas untuk muntah dalam tu. Oh please la. Anda lelaki jangan la update macam tu, eewww. Hilang macho mamat tu walaupun badan dia tuff!!!... ^^ Lebih baik kurangkan musuh dari JODOH kan? Hahaha merapu je sampai ke Jodoh tu. 


Hehe kat atas nie bukan iklan okey? Gambar hiasan semata-mata... Aq bahagia dengan family tersayang. Dah pukul 4.04 a.m. Nak kena rehat sekejap sebelum subuh sampai. Sorry kalau merepek sikit entry aq nie. Selalu memang akan melencong jugak dari tajuk utama. Akan diupdate lagi. Terima kasih kerana sudi membaca.

Sekian!!!

Wednesday, June 20, 2012

Posing yang tak boleh blah...~~~DuCk fAcE dan Sewaktu dengannya....

Salam,


hai, makin kerap pulak jari-jemari ini menaip kat blog nie... Mentang-mentang baru renovate je blog nie. rajin pulak nak keluarkan entry baru... hahaha apa-apa pun thanks buat rakan-rakan yang sudi singgah dan follow blog nie. Nie blog budak lelaki ok? Jangan cakap blog awek-awek pulak ye. Dah la kat facebook pun bila orang add je selalu dapat ayat macam nie, "Thanks approve kak". WHAT?? KAK? Nie abang la adik oi. Pelik sangat ke dengan nama Samprit Ungu tu ye? hehehe tak kisah la yang penting nama tu adalah yang teristimewa buat aq. 


Dah melencong dah aq nie. Tajuk kat atas tu tentang posing gambar oleh awek-awek di facebook yang tak boleh blah punya. Maaf bukan niat nak mengutuk atau apa. Cuma kadang-kadang gambar macam tu menampakkan KEGEDIKKAN yang melampau la, tambah-tambah yang pakai tudung, lagi la tak boleh blah. Jom tengok gambar kat bawah sikit :


ala tmbam suda pipi... ngeee!!

Posing bibir terseliuh...
Terbaek la Imam Muda Fatah

Imam lagi comey la.. Serius... 2 juta like... hahaha

Hehe Imam tu lagi comey kan... Confirm ramai yang pernah ambil gambar macam abang imam tu terasa tercabar kan dengan posing maut tuuu... Apa-apa pun teguran nie bukan la bertujuan nak menyakitkan hati sesiapa.. tapi benda yang tak elok tak payah la kita ikut kan? Terpulang la pada individu nak menerimanya sebagai sesuatu yg positif atau tak.

Nie la real duck face.. comey gila kan???

Sekian!!!





Layan EURO 2012~~~

Salam






hehe macam biasa la kan, nak mulakan menaip nie dah jadi suatu kebiasaan dah buat aq ucap salam pembuka kata untuk orang-orang sudi check in kejap kat blog halus nie. Merepek je aq subuh-subuh nie... Bukan apa, sementara nak tunggu nak kejutkan mama aq so gatal pulak tangan nie nak menaip sikit dekat blog nie. Actually mata nie dah berair dah pun sebab tak tido lagi dari kelmarin. Nie gara-gara EURO 2012 la yang membuatkan siangku menjadi malam dan begitu jua sebaliknya.. Hahaha bleh tahan jugak la mata nie dari semalam tak tidur. Tak ape la, yang penting hasrat nak tengok game England dengan Ukraine dah tercapai dengan jayanya. Macam dah boleh jangka je England akan menang. tapi Perancis pulak kalah dengan Sweeden 2-0.So lepas nie game lagi best la bila masuk peringkat kalah mati nie...aq tak tertidur lagsung time game tu, mana tak nya kalau tangan asyik menyuap nasi je pukul 3.30 pagi tadi... Hahaha nak buat macam mana kalau dah berselera. Kalau orang perempuan mesti cakap macam nie, 'makan nasi?? Eeeeww tak nak la nanti gemoks la'. Padahal makan ais cream Cornetto tu tak takut gemuk pulak. hahaha blog aq nie memang banyak merapu sikit. tapi layan je la. Ya Allah mengantuk la pulak, kalau tertidur lepas subuh nie CONFIRM pukul 1.30 jap lagi la nak bangun pulak... Nanti tetangguh lagi plan aq untuk settlekan yuran Politeknik nie. Alahai, dah tak tahan dah mengantuk, kena lena kejap nie...Nanti update aq akan update lagi....






Sekian

Tuesday, June 19, 2012

Comel la pulak!!!!

Salam,

hehe actually tak tau nak story tentang pe... tiba-tiba teringat kat gambar yang aq tangkap 2-3 hari lepas.. Jiran aq nie ada la baru bela arnab. tapi dia selalu lepas time petang-petang. Biasa la. Kalau orang pun tak boleh kurung lama-lama dalam rumah so macam tu jugak la dengan haiwan nie. Aq time petang selalu santai dekat depan halaman rumah. Sempat la snap beberapa gambar arnab nie. Geram jugak tengok.




hehe aq tengok je.. nak pegang tak berani takut kena gigit... ingat lagi masa bela hamster dulu... selalu kena gigit.. tu yang TRAUMA nak pegang tu.... hehe seronok sebenarnya rehat dan ambil angin petang-petang kat halaman rumah nie... Santai je... dapat la release stress sikit... so sambil santai-santai boring jugak kan kalau duduk je. So tangan nie pun tak boleh nak duduk diam. Ada je benda yang nak dibuat.











Hehe ada la gambar sikit nak snap.... saja bosan-bosan... nak kata hebat macam orang yang guna Dslr tu tak ade la sebab guna camera biasa je lepas tu make-up sikit dengan sofware editor... Simpan jgk impian nak miliki Dslr tapi nanti je la.. hehe nak kongsi dengan adik la beli... tapi dia tu mengada-ngada nak beli macam-macam. Body pn tak beli lagi, dah sibuk nak lens macam tu la macam nie la... Budget ciput ja.. tu yang tak tahan tu.... Apa-apa pun aq tak mau pikir lagi tentang camera tu sebab report akhir Latihan Industri yang tak siap-siap lagi... cer tengok aq tengah buat report kat bawah nie.

Ops yang nie selalu jadi bila aq nak buka report!!!
Geram la bila nak buka report.. mesti melencong ke blog dan facebook.. memang wajib jadi macam nie.. Hope dapat siapkan la report nie secepat mungkin.. Insyaallah. 

Sekian!!!



Thursday, June 14, 2012

Nikon oh Nikon!!

Salam,


hahaha tiba-tiba rasa rajin pulak nak update blog sekarang nie... ai maklum la cuti semester pun da dekat nak habis. Takut bersarang pulak blog nie bila tak ada apa-apa entry. So today I am going to talk about DSLR camera(oh my english.. hehe). Berbelit lidah je speaking mat salleh nie. Mungkin sebab orang melayu makan nasi k0t tu yang susah nak cakap tu... hahaha mengarut. Ok kembali pada tajuk utama, aq rasa memang nak sangat-sangat ada camera DSLR tu sebab minat la bidang fotografi nie. Lagipun ini menjadi kegilaan remaja sekarang nie(nasib tak dapat lagi.kalau tak confirm sam-sama gila. hahaha). Hai tapi apakan daya, mahal sangat la untuk memiliki gadjet macam tu.


Hehe nak yg nie ... 


Nikon D5100... rasanya nanti nak dapatkan yang nie k0t... Kalau D90 mahal sangat la... tapi kalau ikut spesifikasi, untuk begineer sesuai D90 la, D5100 nie kalau dah pro ok la guna (sumber). Hehe kalau la aq mintak benda nie sebagai hadiah hari lahir yang ke-20 la, cer teka boleh dapat ke x? Confirm dapat NASIHAT je la. Hehe ye la, kalau nak sesuatu barang nie kena usaha sendiri la. Nak harap abang & akak-akak aq? Suruh tukar astro punya dekoder pun tak tukar-tukar lagi. Euro pun dah tinggal beberapa game je lagi. Malas nak cakap ape dah. Untuk masa terdekat nie rasanya tak mampu lagi nak beli sendiri, banyak duit nak guna untuk projek akhir poli. Mau Rm2k jugak budget tu. Tak ape la... Nie kehendak je bukan keperluan. So sabar dulu la. Mana nak tau kan kalau nak jadi rezeki ada la sumber-sumber yang akan dapat tambah duit poket aq. Insyaallah. Hehehe

Sekian!!!

Euro 2012 & Report Latihan Industri...

Salam,

Hehe alhamdulillah, dalam sibuk-sibuk menaip report akhir LI aq tu masih sempat lagi aq update blog yang tak seberapa nie.... Maklumlah, report LI aq tu sememangnya susah sangat nak buat dan mengambil masa yang lama jugak la untuk disiapkan. Dengan format baru lagi ai maklumlah aq nie first batch untuk budak-budak politeknik yang menggunakan Kod subjek yang baru. So macam-macam la yang diaorang nak dalam report tu. Setakat jam 2.10 pagi 14 Jun nie aq dah siap 1 bab la... Insyaallah esok aq akan guna gear yang lebih laju untuk buat report nie. Harap-harap dapat siap awal la sebelum daftar poli sebab nak habiskan jugak baca 3 novel nie...

Da baca sikit.... tapi akak aq dah ambik.

Hehe memang best.. Baru separuh bab.

Akan dibaca kalau report LI aq siap!!
Hehe rasa nak habiskan baca novel-novel nie dulu sebelum masuk poli. Sekarang nie memang busy sangat-sangat. Dengan demam yang teruk nie. Adoi, ulser pun teruk jugak. Nasi pun tak boleh nak makan. Tapi alhamdulillah la dah boleh makan sikit hari nie walaupun menitik jugak air mata tahan sakit.. Oh ulser... Menyakitkan!!! Haaa sekarang nie kan dah musim EURO so aktiviti aq layan bola je la sambil-sambil buka facebook dan taip report. Untuk kali nie aq rasa ini la kali pertama aq jadi fanatik sangat tengok bola... Tak tau la kenapa. Dulu piala dunia pun tak layan sangat... Tapi la nie, tak ada kat tv pun aq tettap layan jugak secara online. Hehe untuk EURO nie tak tau la nak pilih team mana sebab banyak yang jadi favourite Spain pun minat, England pun minat, Belanda pun minat jugak. Alahai. Tengok je la... Kalau diaorang menang pun bukan aq dapat apa-apa pun kan3?? Just a game & hiburan je untuk aq... Ok lah nak layan game kat bawah nie dulu.. Nanti aq update lagi. Terima kasih yang singgah dan baca.... 
Sekian!!!

Layan dulu sebelum kejut mama aq bersahur...^_^


Friday, June 8, 2012

Hati Adalah Salah 1 Keajaiban~~it's True...

Salam, 


HEHEHE kali nie aq nak share sikit status dekat facebook yang aq rasa menarik la untuk didengar... Ayatnya lebih kurang macam nie...


Cikgu : Murid2.. Sape yg tahu apakah 7 bende ajaib dalam dunia?
Boon Kok Keong : Piramid cikgu..
Cikgu : Bagus...lagi siapa yg tau..sila bangun..!!!
Gopal : Taj Mahal..cikgu..
cikgu : Bagus...lagi....!!!
Husin : HATI..cikgu..!!!
Cikgu : Aik..kenapa pulak hati ???boleh kamu terangkan pada kelas..???
Husin : Sbb hati manusia ni.. Orang x nampak. Tapi boleh rasa.. Kalau hati menangis.. Xde sape buleh dengar. Dalam hati ada macam2 rasa..marah,geram,kecewa,gembira dan macam² lagi. Tuhan ciptakan
hati manusia ni sama tp tak serupa. Bende² yg manusia cipta tu bukannya ajaib cikgu.. Itu cuma tinggalan sejarah lama. Sbb manusia hari ni.. Boleh buat bende² yg serupa dengan bende² tu semua.tapi xde sape yg buleh cipta hati manusia..cikgu...!!!
Cikgu : (tersenyum)



Bijak kn si Usin tu... Kadang-kadang aq pun tak terpikir yang hati nie adalah sesuatu yang sangat unik dalam kehidupan seseorang manusia... Cuba tengok satu per satu jawapan si Usin tu...


1) Hati manusia orang tak nampak tapi boleh rasa..
   ~~>Tepat sekali... hati manusia nie susah nak tengok kecuali time pembedahan je.. hehe merepek je aq nie..          
          tapi hati manusia boleh dirasa... Betul kan??


2) Hati menangis tak ada sesiapa yang mendengar...
  ~~>Pun tepat... kalau hati seseorang tu sedang menangis(sedih) tak ada orang lain yang boleh mendengar.... 
         Serius. Contoh: dua orang sedang duduk di satu meja, seorang tengah sedih sangat.... yang sorang lagi tenang 
         je makan mee maggie... Confirm yang tenang tu tak dengar kan hati orang yang tengah sedih tu menangis... 
         hahaha...


3) Hati ada macam rasa dan perasaan tu berbeza walaupun bentuk hati nie sama....
  ~~> Betul jugak kan... Bentuk hati nie sama je Allah ciptakan. Cuma rasa untuk seseorang tu tak sama dalam suatu masa. Ada yang tengah sedih, ada yang happy, yang nak marah, yang frust dan macam-macam lagi.


4) Ciptaan manusia itu hanya tinggalan sejarah.
  ~~Memang betul. Semua tu hanya tinggalan sejarah untuk manusia di abad nie hargai dan menilai usaha orang zaman
       dulu membina mercu tanda pada zaman kegemilangan. Tapi memang terbaik la orang-orang zaman dulu kan?        
       Buat piramid tak de nak pakai Crane pun macam zaman sekarang... tapi perubahan zaman tu untuk ke arah
       memudahkan manusia. So sebagai manusia, sejarah itu guru untuk berjaya pada masa akan datang. Chewah
       ayat.. Macam doktor falsafah je.. hehehe tak boleh blah betul aq... 


5) Tak ada siapa pn yang boleh cipta hati(kecuali Allah S.W.T)
  ~~> Orang jepun yang kaya dengan teknologi, orang China yang hebat dalam membuat barang yang sama rupa pun belum ada yang boleh cipta hati manusia... sebab hati ini istimewa. Suatu ciptaan yang amat bernilai dan perlu dijaga dengan sebaiknya.


Moral of da story: Hati itu salah 1 ciptaan yang terindah untuk manusia... Dulu orang aq pun terpikir macam mana la bentuk hati nie... ramai yang cakap macam nie



tapi setelah tamat sekolah tingkatan 5, barulah aq tahu yang itu bukannya hati yang sebenar... itu hanyalah gambaran semata-mata... Hati yang sebenar adalah seperti yang di bawah ini...

Hehehe 

Hakikatnya hati yang sebenar tak kurang menariknya... Jagalah hati anda baik-baik ok... hehe
Sekian!!!
P/s: Mengarut sungguh entry kali nie kn3??