Saturday, June 30, 2012

Tidur Di Kampung!!!

Salam,


Seriously aq menaip entry kali nie dengan penuh rasa mengantok dimata nie, bukanlah Euro antara Italy dan Jerman yang menjadi puncanya tetapi, akibat tidur di kampung yang terlalu banyak nyamuk. Rasanya lama gila k0t aq tak tidur kat kampung. Fuh, pengalaman tidur malam tadi memang dasyat beb. Balik kampung dengan tak ada TV, No Internet access, perghhh mencabar gila mental aq yang tak boleh berpisah dengan dua Element penting dalam hidup aq. Boring tahap gaban kot. Dengan line handphone pun tarak. Haiyak.. Boleh mati wa kalau duduk lama-lama maaa... 


Apa-apa pun niat nak jumpa tok den dah tercapai dah. Lega sikit. Buat pengetahuan hangpa semua, tok den nak poi buek umrah bulan 7 nie. Sebab tu la ada kenduri sikit. Kelmarin masa sampai je aq ingatkan ramai la cousin. Masuk je rumah ada Damia dengan Hisyam je, anak pak andak aq. Nasib la Damia nie comey, boleh jugak usik-usik dia. Cerita bab nyamuk tadi, biasa la duduk kampung, nyamuk memang la banyak la.. tak lena aq sampai ke pagi walaupun tak tengok pun game antara Italy dan Jerman... hehe<-----(aq taip pukul 6.30 petang 29/6)


Hehe nie sambungan entry kat atas yang aq save dulu sebab tak sempat nak taip bagi habis. Ok nie entry yang ditulis pada jam 4.58 pagi 30/6. Walaupun tak ada Euro game awal pagi nie, mata aq tetap tak dapat nak pejam sebab risaukan report yang tak siap-siap lagi nie. Rasanya esok sempat kot nak siapkan dan hari ahad dah boleh print out dah. Pening sebab format mengarut nie la... sakit otak memikirkan. sekarang nie pun kepala nie dah rasa ringan je macam orang kena dadah.. nak fikir banyak pun dah tak boleh sebab badan nie dah terlampau letih. Apa-apa pun tengahari esok aq akan berjuang habis-habisan untuk siapkan last part of report


Hari tu aq ada cakap nak pergi bank kan? Yes akhirnya dapat jugak keluarkan duit dari bank tu walaupun lama giler nak kena tunggu. Hehehe yang ada dalam fikiran aq sekarang nie aq nak DSLR tu jugak dalam bulan birthday aq nie... walaupun bukan hadiah dari orang lain, aq nak beli jugak dengan duit hasil titik peluh sendiri masa cuti semester lepas... Duit simpan lama-lama pun tak guna jugak. So nak menikmati sikit la duit titik peluh sendiri nie. hehehe dah nak dekat subuh dah nie. Nak mandi n bersiap untuk solat subuh. Waaa mengantoknya mata nie.. hehehe 


Sekian!!!
Post a Comment