Friday, June 22, 2012

Terima Kasih Adik...


Salam,


Rasa sebak sangat bila terbaca luahan hati seorang adik. Kalau la tak tergerak hati nie nak melawat blog dia, mesti aq tak akan jumpa entry luahan hati dia. Aq tau bukan dengan kerelaan hati dia pun masuk ke sekolah tu, tapi atas kehendak mama dan abah dia sanggup berkorban untuk melihat mama dan abah bahagia. Dari kecik lagi dia tak pernah membantah apa jua keputusan yang mama dan abah tetapkan untuk dia. Dia tak nak pergi ke sekolah SJK(C), tapi atas pilihan abah dia akur jugak. Lepas PMR, sekali lagi keputusan masih lagi mama dan abah yang memainkan peranan. Aq tahu ibu bapa mana yang tak nak anak mereka berjaya. Tapi bagi aq, adik aq dah tingkatan 4. Rasanya mama dan abah patut beri dia peluang untuk tentukan pilihan dia sendiri. Itu masa depan dia. 


Seriously aq menangis bila baca blog dia tadi, patut la adik yang aq kenal sebelum nie ceria, mesra, suka gelak berubah dalam sekelip mata. Kebahagiaan dan keceriaan hidup dia diragut untuk kebahagiaan serta harapan mama dan abah. Tapi mama dan abah dah silap dalam menentukan masa depan dia, jangan la anggap adik dan azwan nie macam abang dan kak tini. Kami bukan kuat macam diaorang, ma abah. Aq dan adik adalah anak yang banyak ditentukan dalam apa jua tindakan. Aq lebih banyak membantah dan mengikut apa yang aq rasa selesa. Tapi adik aq, dia tak mampu seperti itu, harapan dan kebahagiaan mama dan abah adalah keutamaan baginya berbanding kebahagiaan dirinya sendiri. 


Luahan hati adik banyak membuatkan aq sedar bahawa terlalu banyak pengorbanan adik buat mama, abah dan diriku sendiri. Keputusan untuk meletakkan adik di sekolah tu bagi aq suatu tindakan yang merugikan masa depan adik. Pesanan buat adik, tolong belajar sungguh-sungguh, dapatkan result yang baik dan adik akan bebas. Bebas untuk tentukan apa yang adik nak dalam hidup adik. Harap jangan salahkan mama dan abah sebab mereka buat keputusan atas contoh kejayaan kak tini. Tapi keputusan itu adalah kesilapan sebab kita tak sekuat abang dan kakak kita adik. Maafkan abang jugak sebab dah buat banyak salah. Semoga akan ada lagi senyuman dan gelak tawa adik untuk aq dan keluarga.


Aq dah tak mampu lagi untuk menaip lagi entry kali nie.... Hanya air mata yang mengiringi...
Terima Kasih Adik (Semperit Ungu)

No comments: