Jam baru je pukul 10.15 malam, tapi mata nie dah mengantuk sangat-sangat. Mungkin letih sangat kot mengadap laptop je dari tengah hari tadi sampai pukul 7 tadi. Alhamdulillah, banyak jugak la yang dah siap dalam report tu. Cuma tinggal lagi beberapa bab lagi untuk disiapkan. Yuran untuk masuk ke poli pun dah settle kelmarin. Bengang jugak la dekat pak guard yang SPOIL bt0l. Aq sampai 3 kali kena isi borang tu. Nasib la bank tak ramai orang sangat. Apa-apa pun dah settle bab yuran so tak pening kepala sangat. Bukan apa, kalau tangguh & nak bayar bila dekat nak masuk nanti lagi la susah sebab memang ramai orang time tu. Biasa la last minit macam tu memang ramai student akan pergi bayar yuran.
Hari nie rasa lemah je badan nie, mau tak lemah kalau duduk je kat sofa dan menaip report je sepanjang hari nie. Sambil menaip sorang-sorang mengantuk jugak kan? So dengar lagu je la dekat fon. Nak mesej tak ada sapa nak mesej. Dulu ada awek, ada jugak la teman berborak, bergurau senda. Tak ada la Kesunyian macam nie.
Hehe mamai dah aq nie sampai terbawa-bawa ke sejarah silam... Wah diam tak diam dah nak sampai bulan Julai dah. Tak lama lagi my birthday. Ya Allah dah nak masuk umur 20 tahun dah aq bila 8 JULAI 2012 nanti. Tapi tahun nie tak best la sebab kena sambut sorang-sorang dekat poli... Bersyukur sangat masih diberi kesempatan untuk terus bernafas. Dah macam-macam aq cerita kat entry nie, lain yang aq plan nak tulis, lain pulak yang ditulis. Terima kasih sudi ziarah. Nanti akan update lagi. Insyaallah
No comments:
Post a Comment