Thursday, June 14, 2012

Euro 2012 & Report Latihan Industri...

Salam,

Hehe alhamdulillah, dalam sibuk-sibuk menaip report akhir LI aq tu masih sempat lagi aq update blog yang tak seberapa nie.... Maklumlah, report LI aq tu sememangnya susah sangat nak buat dan mengambil masa yang lama jugak la untuk disiapkan. Dengan format baru lagi ai maklumlah aq nie first batch untuk budak-budak politeknik yang menggunakan Kod subjek yang baru. So macam-macam la yang diaorang nak dalam report tu. Setakat jam 2.10 pagi 14 Jun nie aq dah siap 1 bab la... Insyaallah esok aq akan guna gear yang lebih laju untuk buat report nie. Harap-harap dapat siap awal la sebelum daftar poli sebab nak habiskan jugak baca 3 novel nie...

Da baca sikit.... tapi akak aq dah ambik.

Hehe memang best.. Baru separuh bab.

Akan dibaca kalau report LI aq siap!!
Hehe rasa nak habiskan baca novel-novel nie dulu sebelum masuk poli. Sekarang nie memang busy sangat-sangat. Dengan demam yang teruk nie. Adoi, ulser pun teruk jugak. Nasi pun tak boleh nak makan. Tapi alhamdulillah la dah boleh makan sikit hari nie walaupun menitik jugak air mata tahan sakit.. Oh ulser... Menyakitkan!!! Haaa sekarang nie kan dah musim EURO so aktiviti aq layan bola je la sambil-sambil buka facebook dan taip report. Untuk kali nie aq rasa ini la kali pertama aq jadi fanatik sangat tengok bola... Tak tau la kenapa. Dulu piala dunia pun tak layan sangat... Tapi la nie, tak ada kat tv pun aq tettap layan jugak secara online. Hehe untuk EURO nie tak tau la nak pilih team mana sebab banyak yang jadi favourite Spain pun minat, England pun minat, Belanda pun minat jugak. Alahai. Tengok je la... Kalau diaorang menang pun bukan aq dapat apa-apa pun kan3?? Just a game & hiburan je untuk aq... Ok lah nak layan game kat bawah nie dulu.. Nanti aq update lagi. Terima kasih yang singgah dan baca.... 
Sekian!!!

Layan dulu sebelum kejut mama aq bersahur...^_^


2 comments:

Fidza Nurl ❥ said...

jarang jumpa lelaki yg minat baca novel . selalu lelaki layan game je kan . hehe . tak terbeli lagi novel fauziah ashari tu . nampak cam best je . hee :D

Unknown said...

Hehe memang susah pun.. sy memang minat baca novel... nak cari kawan lelaki yg sama minat susah la. best jgk novel fauziah ashari. tp sy blum abes baca lg. setakat nie menarik jgk cter novel tu.