Tuesday, June 26, 2012

Baru Je Cakap Teringin....Pulut Durian~~~

Salam, 

Hehe wahh untungnya bila cuti panjang nie. Kerja duduk rumah makan & tidur je setiap hari. Siap dapat nasihat lagi. "lepas makan sat lagi tidur la balik'. Best kan?? Biasa la mama aq memang seorang ibu yang terbaik. Hehe biasa la anak teruna seorang nie je kat rumah. Cheeewah. 

Hari ini plan aq nak pergi bank tak jadi jugak la sebab jiran mama aq masa tinggal dekat balai polis dulu singgah rumah. Bukan apa, just nak hantar ubat cellfood dengan nak tunjuk anak dia dekat aq. Anak dia nie akan masuk Poli aq 8 Julai nie. So nak mintak aq tolong tengok-tengokkan la anak dia tu. Cepat sungguh masa berlalu, dulu anak dia tu aq tengok masih pakai Pampers lagi. Tengok tadi terkejut jugak dah besar dah. Hehe tak pe tak pe. Masuk je poli jangan risau. Nie dia abang senior ada. hahahaha 

Back to my mama. 2 hari lepas aq ada la cakap yang terbau jiran sebelah rumah nie ada masak pulut durian. Aq just cakap je, tak mintak pun mama aq masakkan. Tengok tadi dah ada pulut, santan pekat, dan DURIAN... Perrgghh...


Haha pulut sikit je. Durian?? 


Hahaha sedap betul!!

Hehe licin je pinggan tu. Actually hari nie rasa letih sangat badan nie. Dari pagi tadi asyik pening je. Mungkin sebab rambut dah panjang sangat kot?? hehe dah kena tegur dengan mama tadi tapi rasanya nak potong bila birthday nanti je. Rasa nak nak botakkan je kepala nie. Lama tak buat rambut pendek macam tu.Confirm mama tak bagi

Seriously setelah habis dua biji durian hari ini. Terasa ibarat diawang-awangan je. Hehe layan je. Report dah nak masuk fasa terakhir dah. Harap dapat siapkan dengan segera. Insyaallah.

Sekian!!!









Post a Comment