Tuesday, June 26, 2012

Hiburkan Hati sambil Buat Report !!!

Salam,



Hahaha tak ada keje btoi aq nie pagi-pagi ambik gambar macam tu.. saje je nak hilangkan mengantok mata nie. Penat sungguh menaip report nie. Banyak lagi nak kena siapkan.. hehe bila tengok gambar sendiri, nak gelak je. Sapa-sapa nak komen poyo ke atau pa pe ke, ikut suka korang la. Haaa bab bantal warna pink tu jangan tegur.... Buat-buat tak nampak je.  (#^o^#) = Malu*... Bukan aq yang pilih.... Omak den yang bagi bantal tu... Aq tak kisah pun so guna je la walaupun jambu je warnanya kan?? Jangan pikir aq lembut & jambu plak. Muka je mcm shy-shy sikit kan dalam gambar tu. Dush2 banyak la aq punya shy. Itu bukan shy la... Muka lapar nasi tu pukul 3.30 pagi

Orang dibuai mimpi aq masih lagi mengadap lappy nie lagi menaip report yg tak tau la bila akan siap. Yang pasti mesti sebelum 2 Julai nie. Hope tercapai la target aq tu. Ala beribu-ribu perkataan lagi pun nak taip. hahaha prap2.. Habis la jari nie mengalami kekejangan nanti. Entah macam mana dari buat report boleh sampai ke blog nie. hahaha dah boring kot mengadap Microsoft Word tu lama-lama.

Esok nak pegi bank pulak. Nak tidur ke tak ye? kalau tidur takut terlajak sampai tengahari pulak. Kalau tak tidur confirm macam Mayat hidup je. hehehe dekat-dekat nak habis cuti nie semakin kurang idea nak update blog nie. Mungkin terlalu fokus kat report yang semakin menekan hidup aq sekarang nie. Serius stress giler kot nak siapkan 1 bab pun. Ok lah. Nak sambung buat report la.

Sekian!!!


Post a Comment