Thursday, June 21, 2012

Salah ke?? Pendapat Je Pun...

Salam,


Hahaha jam sekarang menunjukkan sudah pukul 3.35 a.m. Ini la akibatnya bila dah selalu berjaga lewat pagi nie. Tak ada perlawanan bola sepak pun mata masih segar lagi. Tapi tak ape la. Ada juga masa untuk aq siapkan Laporan Akhir Latihan Industri nie... Serius memang malas nak menaip report, itu sebab tangan nie menaip benda lain pulak sekarang nie. hehe

ada benda yang aq rasa tak puas hati sangat dengan seorang mamat nie yang BUDGET macam USTAZ. Aq nie sejujurnya bukan la orang yang baik sangat. Kalau nak lepas geram tu macam-macam yang aq taip dekat status facebook tu. So hari tu ada la aq lepas geram kat status tu tulis pasal bibik. Lepas tu mamat yang BUDGET baik macam USTAZ tu komen "Tak baik Sialkan orang. Bibik pun manusia jugak". 


Aq yang tengah panas nie malas nak layan komen tu terus padam je komen mamat tu, bukan apa marah macam mana pun akal Wajib kena waras. Nanti tak pasal je orang sakit hati kat kita. So tadi dia pulak update status macam nie :



Hehe terbaik kan ayat ustaz tu?? aq just nak pulangkan balik je ayat yang dia bagi kat aq hari tu.. Bukan apa kita sebagai manusia nie kena saling memperingati antara 1 sama lain. Just nak tegur untuk kebaikan. Tak salahkan? Kalau nak tegur orang dengan ayat macam tu hari tu, kena la tapaw sikit untuk bekal diri sendiri. Dah kena batang hidung sendiri baru tahu kan bahawa "bau kentut sendiri macam mana". 

Hehehe "kalau xtaw hal jngan nk snang2 azan kan org k". Dia ingat dia baby baru lahir ke aq nak azankan kat dia? hahaha aq nak marah pun ada tapi bila pikir balik rasa nak gelak je. Allah Maha Kuasa dan Maha Adil... Sekejap je orang tu dah dapat CASH=Balasan Dunia. 

Pada aq tak ape sangat la dengan mamat tu. Aq pun da remove dah sebab malas nak kena tegur kalau aq marah dekat status facebook. Lagipun tak boleh blah la lelaki taip or update status bunyi macam GEDIKS terokk.. Kalau nak baca sedia bekas untuk muntah dalam tu. Oh please la. Anda lelaki jangan la update macam tu, eewww. Hilang macho mamat tu walaupun badan dia tuff!!!... ^^ Lebih baik kurangkan musuh dari JODOH kan? Hahaha merapu je sampai ke Jodoh tu. 


Hehe kat atas nie bukan iklan okey? Gambar hiasan semata-mata... Aq bahagia dengan family tersayang. Dah pukul 4.04 a.m. Nak kena rehat sekejap sebelum subuh sampai. Sorry kalau merepek sikit entry aq nie. Selalu memang akan melencong jugak dari tajuk utama. Akan diupdate lagi. Terima kasih kerana sudi membaca.

Sekian!!!

2 comments:

Noor Atikah Ramli said...

errr..xsuka nye lelaki cmtu.adoiiii
sabar je la yer ^^

Unknown said...

Hehe taw xpe cik ika... Serius GELI nak baca status cm2. Biasa la, itu nak nak menunjukkan bahawa lelaki tu manje... haha manje ke??