Saturday, June 23, 2012

Lelaki buat blog (Lembut)??

Salam,






Haaa yang nie sebenarnya aq nak story petang tadi.. Actually semalam, aq berjalan-jalan la dekat wall kawan-kawan di facebook, saje je nak tengok status diaorang. Pastu ternampak la sorang kawan nie update status macam nie ' Lelaki buat blog. Tak _ _ _ _ _  la'. Adoi. Aq tak larat nak gelak status hot macam tu. Dia tu kalau update status je memang ramai yang like. Betul ke lelaki buat blog (Lembut)?? Agak-agak korang? Hehehe


In my opinion(chewah, ayat bahasa inggeris masa UPSR dulu) hehe. Pada pendapat aq la itu pendapat yang boleh didengar pastu campak je masuk dalam tong sampah. Kena buka sikit pemikiran tu dari pandangan terhadap sesuatu objek kepada pemandangan ke arah laut. Maksud aq buka pemikiran tu kepada yang lebih luas sikit.


Kalau la semua blogger lelaki nie(Lembut), tak akan ada la lelaki yang buat blog hacking sana sini, tak ada jugak la lelaki yang buat blog pasal DSLR, tak ada la yang buat blog tentang Islam dan lain-lain lagi. Kalau blog peribadi macam blog yang korang tengah baca nie nak kata Lembut terpulang la sebab nama blog nie pun Diari. Tak kan nak story yang ganas-ganas & lain-lain topik yang  tak sesuai kan. Eh ini kan blog aq. So suka hati la nak tulis apa pun.


Hahaha ala biasa la facebook kan?? tempat orang nak cari publisiti dengan status hot, dengan gambar budget. Untuk aq setiap orang ada pendapat masing-masing. Kalau nak kata lelaki yang buat blog(Lembut) agak-agak la kan? Silap hari bulan aq hack facebook dan tutup terus account nanti... hahaha acah je. Aq mana la reti hack facebook nie. Bukan tahap aq la nak buat macam tu. 



Haha lelaki buat blog bukan (Lembut) ok?? tengok gambar aq kat atas Gagah kan?? Tu masa kecik baru. Sekarang?? hahaha korang imagine la sendiri... Nanti update lagi nah...

Sekian!!!
Post a Comment