Showing posts with label xpe la. Show all posts
Showing posts with label xpe la. Show all posts

Sunday, September 22, 2013

Coretan Mingguan 16-19 September 2013... My Life...


Hai semua, alhamdulillah masih lagi berkesempatan mencoretkan coretan kehidupan Mr.H disini. Oh ya, walaupun dah terlewat tapi tetap nak ucap Selamat Menyambut Hari Malaysia pada 16 September 2013 yang lepas. So maksudnya apa ye? Maksudnya dapat cuti laaa... Start dari hari Jumaat sehingga Isnin la cuti untuk minggu nie. Alhamdulillah lega sangat dan boleh la rehat panjang. Coretan kali nie rasanya tak panjang dan mungkin simple je kot sebab tak banyak sangat moment yang Mr.H dapat ingat. Kita mulakan dengan hari Isnin, keesokan harinya Mr.H dah start kelas so banyak la barang nak kena bawak balik ke rumah sewa. Kebetulan mama dan akak nak pergi ke Jitra so ikut sekali la pergi hantar barang kat rumah sewa.

Lepas je hantar terus mama dan akak ke Nagoya Jitra untuk shopping kain nak buat baju kurung. Haha masuk je kedai tu rasa macam nak juling mata nie tengok banyak sangat kain. Macam-macam jenis. Dan dalam kedai tu boleh dikatakan 98 % orang perempuan la. Haha cuci-cuci mata je la Mr.H tengok salesgirl kat situ. Tapi bukan awek la. Kebanyakan macam akak-akak yang berpangkat isteri orang la... Hahaha  ada seorang dua je yang macam budak lepas spm. Cer tengok gambar yang sempat Mr.H snap.

Mama dan Akak yang tengah pilih kain
Shopping punya shopping selesai jugak mama dan akak nie borong kain. Beratus jugak la habis. Yang penting puas hati... Mr.H sebagai tukang penasihat je. Yang mana Mr.H cakap ok, yang tu la diaorang pilih. Hehe so sebelum nak balik ada la singgah kejap dekat gerai tepi jalan nie untuk beli donut dan burger goreng. Memang Mr.H suka sangat beli kat sini sebab donut kat sini lembut sangat. So lunch Mr.H hari nie itu je la. Tak berapa nak selera nak makan nasi hari nie... Pada pagi selasa Mr.H ada kelas Wireless seperti biasa... Mood cuti masih menebal dalam kepala nie. Malas je rasanya nak pergi ke poli.

Donut yang sangat lembut
Gerai tepi jalan berhadapan sekolah dan mahkamah...
So sampai je kat poli lecturer pun macam tak mengajar sangat. Aktiviti Mr.H, Cik Pieja dan Zalina cuma bergurau, main game dan part paling best buat checklist senarai menu yang reti masak. Entah ape-ape la kami bertiga mengarut. Oh ya, Cik Kamila tak datang hari nie sebab demam. So tinggal kami bertiga je la hari nie. Hari rabu tibalah masa untuk presentation Microwave Devices. Hadoi ketaq sangat subjek nie. Sebab kena bersedia dengan lecturer yang agak lazer la mulut dia. So tibalah group Mr.H kena present. "boom" bunyi effect bom. Haha group Mr.H dah kena hentam sebab first slide dah salah buat. Dah la part tu Mr.H yang present. Memang terbaik la.

Ramai jugak la yang kena hentam hari nie... Tak terlepas dari yang kena adalah Cik Pieja la. Hadoi sabaq ja la dengan karenah seorang lecturer yang klakar nie. Pada khamis pulak seperti biasa ada kelas Engineering Math la. Awal pulak Mr.H sampai hari nie. Dah la pakai baju sama warna dengan Lecturer math nie. Masa kelas math nie jadi target lecturer nie la nak tanya soalan. Ada 1 soalan tu Mr.H tak dapat nak jawab. Lecturer tu cakap, "Hazwan, kalau awak tak boleh jawab soalan nie tak boleh Kahwin". Mr.H heran jugak la sebab kenapa cakap macam tu pulak. Apa kena mengena math dan kahwin? Adakah tok kadi nak tanya Formula untuk cari Sin, Tan dan Cos masa akad nikah? Hahaha senyum tanda ketenangan je la....

Haaaa cerita hari khamis jugak masa Mr.H nak pergi hantar external Hardisk dekat Yu di First Copy, entah macam mana boleh terserempak dengan Zati(kawan sekelas Mr.H). Mulanya tak perasan lagi. Tengah leka borak dengan Yu, baru nampak macam ada awek pakai tudung biru kat dalam kedai pandang Mr.H. Yu pun ada tanya Mr.H, "budak kelantan kan?". Hehe ye, Zati nie orang kelantan jugak. Mesti dia ingat Yu tu awek Mr.H. Hehe kami kawan baik je la... Apa-apa pun best jugak la kenangan-kenangan untuk minggu nie. Part present tu memang akan Mr.H kenang buat selamanya. Setakat itu saja untuk minggu ini... Thanks for reading.

Home Sweet Home
p/s: gambar semua printscreen dari account instagram saja sbb snap pakai handphone akak...

Sekian nukilan hati...   

Thursday, July 11, 2013

Kisah Hari Pertama Berpuasa...


Hahaha first time Mr.H create story macam nie taw.... Saje je nak share pengalaman hari pertama berpuasa bersama family. Rasanya hari nie kot first time sejak masuk poli berpuasa dengan family sebab tahun lepas kalau tak silap Mr.H cuma berbuka puasa di rumah sewa dengan kawan-kawan... So macam mana permulaan hari nie? Jom layan story Mr.H kat bawah nie.

Punya la semangat nak sahur, Mr.H kunci jam pukul 4:00 pagi. Bunyi je fon tu rasa macam nak baling je ke dinding... Mata mengantuk lagi... Ye la, 2-3 jam je tidur memang berat la mata nie nak bangun... Semalam memang nak tidur awal... Lepas makan nasi lebih kurang jam 11:30 malam Mr.H layan game dekat Tab sampai tertidur la... So bangun je buka pintu bilik tengok senyap je. Memang sah tak ada yang bangun lagi... Seperti biasa, kalau time sahur Mr.H akan buka TV kuat-kuat sebelum ketuk pintu bilik semua orang... Lepas dah basuh muka terus nak kejutkan mama... Tapi confused kejap sebab tak confirm mama tidur bilik mana 1. Hehehe rumah Mr.H nie ada 7 bilik. Mama kadang-kadang tidur bilik no.1 atau no.5.

So try je la ketuk pintu bilik no.1 dan mama pun terjaga... Yes... Tepat jugak.. Tapi part yang paling tak best nak kejut adik kesayangan nie bangun la... Mak aiii, dia punya tidur dasyat giler. Kalau kereta kebal lalu pun belum tentu nak bangun. Hehe tapi tips mama nak kejut dia, buka pintu bilik dan on lampu je... Confirm bangun dengan muka bebai... hahaha so pagi nie Mr.H kat dapur la tolong mama sediakan makanan. Mama goreng ikan masin je... Pembuka selera tu. Serius bila makan time sahur rasa tambah selera nie. Sambil-sambil tu Mr.H keje dok makan buah manggis je la. Memang favourite nie... Nak makan semalam terlupa so sahur nie la makan puas-puas... Ye la 4kg tu, biar lama-lama busuk pulak...

Dah siap sedia makanan Mr.H makan berdua je dengan mama sebab adik dan abah still tak mau bangun. Mulanya rasa macam tak nak makan je. Tapi ayat mama dari Mr.H dari mula puasa masa kecik-kecik dulu tetap sama setiap tahun "makan la sikit, esok hang tak larat". Hehehe setiap tahun akan dengar ayat tu. Kalau tak Mr.H yang kena pasti adik Mr.H yang akan kena... Nanti bila dah kerja jauh-jauh mesti rindu nak dengar ayat tu lagi... Lepas je siap makan, terus masuk bilik dan mengadap lappy yang tak shut down dari semalam. Maklumlah kaki download macam Mr.H nie memang selalu download movie sebelum tidur dan tinggal je lappy tu on sampai pagi...

Buka je facebook penuh newsfeed dengan status sahur dan ucapan selamat berpuasa... So Mr.H pun update la 1-2 status... 


Mata nie memang nak terpejam dan tersembam dekat lappy dah. Mengantok sangat. Tapi tahan je la sebab tidur sebelum subuh takut tak jumpa subuh tapi jumpa zohor terus... Hehe so jam dah pukul 6 pagi, terus Mr.H pergi mandi dan solat subuh sebelum kembali tidur sehingga jam 9:30 pagi... Bangun je memang berat sangat badan nie... Serius tak larat je rasanya. Aktiviti untuk hari nie Mr.H berjaya siapkan update "6 Julai Kenangan di Titi Hayun & Pantai Murni..." yang mengambil masa lama sangat untuk update entry tu. So lebih kurang 70-80 gambar, Mr.H pilih beberapa gambar yang terbaik je untuk dimasukkan dalam entry tu. Tapi suatu kepuasan sebab entry tu Mr.H dah belajar tukar font dengan edit HTML code. Susah tapi best la untuk subjek baru dalam dunia blogger nie..

Selesai je update terus shut down lappy dan masuk dapur nak tolong mama masak... Tapi mama suruh kemas bilik stor pulak, So kemas je la dengan berdebu giler bilik tu... Well biasa la rumah baru lepas renovate, memang penuh dengan debu la... Alhamdulillah, separuh dari bilik tu, sempat Mr.H kemas... Selebihnya bersambung esok je la sebab memang dah penat sangat Mr.H petang nie.. Rehat kejap, mandi dan solat asar sebelum mama suruh pergi ke bazar ramadhan... So keluar la nak pergi ke tapak pasar ramadhan. Tapi terkejut jugak sebab sunyi sepi je. Selalu dah bertahun bazar ramadhan diadakan disitu. Ronda la kejap dekat pekan nie nak cari bazar ramadhan. Ronda punya ronda last-last jumpa jugak dekat Pasar Pekan. Dekat je dengan taman mama Mr.H. 

Buat penat je pusing jauh-jauh... Tak suka sangat diaorang buat kat sini sebab tempat tak bersih sangat dan sesak sungguh dengan orang nak cari parking... Target Mr.H cuma nak cari kuih pelita dan air laicikang je. Besar jugak la tapak dekat sini sampai kena pusing 1 round baru jumpa orang jual air laicikang tu. So dah dapat apa yang dicari terus balik rumah dan kembali mengadap lappy sementara menunggu azan magrib. Menu hari nie nasi goreng putih, gulai udang campur rebung, gulai daging campur pisang, ketam goreng masak sos, masak kicap ayam dan ikan goreng. Dan untuk kuih cuma kuih karipap dan kuih pelita je. 

Apa-apa pun permulaan hari pertama nie memang puas la walaupun rasa penat tu lebih sikit la dari hari-hari biasa... Hope esok akan lebih baik dari hari nie la... Kemungkinan mama akan pergi penang esok so tinggal sensorang je kat rumah... Aktiviti yang pasti tidur je la dengan sepuas-puasnya. Rasanya setakat itu saja coretan kali nie... Mood pun dah hilang... Tak ape lah.... Thanks for reading....

Sekian Coretan Hati....

Saturday, June 22, 2013

"Jangan Paksa Aku"


Hai masih lagi sempat untuk jari ini meluahkan rasa disini. Tengok tajuk macam geram je kan? Memang geram sangat pun. "Jangan Paksa Aku", macam tajuk novel pulak. Hahaha sempat lagi nak cerita bab novel tu. Ish ish ish.. Sebenarnya macam nie, Mr.H tak suka la bila kena paksa buat sesuatu yang Mr.H tak minat. Kalau korang pun mesti tak suka kan bila kena paksa macam nie. 



Bukan la nak kurang ajar tapi fikir la perasaan orang lain jugak kan? If nak buat something tu jangan la terlalu kejar duit sangat. Ye tau, berniaga nie memang boleh dapat banyak duit tapi tengok la keadaan jugak. Macam Mr.H nie kan masih lagi study. Tambahan pulak semester akhir nie lagi la pack jadual nie so mana la ada masa nak setup semua benda dalam berniaga nie. Lagipun minat tu 'ZERO' la.

Kalau boleh pun rasanya bila bulan 12 nanti la baru free dari study nie mungkin boleh la cuba-cuba buat. Tapi sekarang nie fokus Mr.H cuma nak habiskan 4 paper final nie je. Hope tak nak la fokus nie terganggu dengan desakan untuk libatkan diri dengan perkara yang Mr.H langsung tak minat. Nanti lain jadinya. Menyesal nanti tak guna dah. Seriously memang rasa tertekan la dengan arahan buat itu buat ini. Hadoi, rasa macam nak jerit "Aku nak bagi habih study dulu laaaaa", tapi tak ape la. Jerit dalam hati suda. Malas nak bising-bising.

Hope mama boleh la nasihatkan anak dia yang sorang tu supaya jangan ganggu Mr.H nak fokus study bagi habis dulu. Bukan masanya lagi untuk buat semua tu. Memang la betul cakap orang. Kita nak mulakan sesuatu perniagaan kena mula dari awal. Tapi untuk Mr.H nak fokus dua perkara dalam 1 masa, Mr.H tak mampu la. Mr.H bukan jenis macam tu. Hope orang tu faham la. Tadi dah mengadu kat mama dengan abah. Tak tahan sangat la bila rasa pressure macam nie. Mr.H nak fokus study je sekarang nie. Bukan fikir tentang kerja lagi. Tolonglah faham. 

Maaf luahkan disini. Sebab bukan ada sesiapa yang akan dengar pun apa yang Mr.H nak. Serabut sangat walaupun baru nak mulakan semester baru nie. Hope lepas selesai 1 perkara nie. Stop cakap pasal projek bisness tu atau nak angkat call pun Mr.H dah tak mau. Ingat la. Tak semua orang ada minat yang sama dengan kita, kalau tidak semua yang ada di dunia nie nak jadi yang sempurna kan? Memang semua orang nak berjaya. Tapi setiap orang ada corak kehidupan masing-masing dan hormati kehendak orang lain jugak. Thanks for reading..

Sekian Coretan Hati...

Thursday, June 13, 2013

Kenangan Yang Harus Dilupakan...


Hai, masih lagi berkesempatan untuk update sebelum kembali ke politeknik... 13 Jun 2013, entah la kenapa hari nie kembali kepada mood slow dan sayu je rasanya... Tetiba je kenangan-kenangan lalu muncul kembali di ingatan nie... Ye, kenangan bersama Miss.Lia tetiba je teringat di fikiran nie... Rasa sedih sangat bila baca petikan entry di blog Miss.Lia nie dulu...

Sebuah kenangan lalu...

Sedar tak sedar dah hampir 5 bulan dah berlalu kisah Mr.H dan Miss.Lia nie... Cuma 2 bulan je masa kami bersama... Dalam 2 bulan nie jugak rasanya, Mr.H tak pernah rasa seindah itu selama kehidupan Mr.H nie... Memang indah... Rasa bahagia yang teramat sangat... Tapi sayang, semua tu seketika saja sebelum semuanya berakhir... Walau sekuat mana pun Cinta kita pada seseorang itu, tak semestinya perasaan yang sama akan dirasakan oleh orang yang kita Cinta dan Sayang itu terhadap kita... Kita tak boleh nak paksa perasaan orang lain untuk merasakan apa yang kita rasa... 

Selama dua bulan perkenalan tu jugak, Mr.H boleh dikatakan jiwang la sehinggakan terciptanya sms-sms jiwang yang jarang Mr.H ciptakan buat seseorang yang istimewa... Tapi semua sms-sms di dalam gambar sekadar berada di dalam draft mesej seperti kubur tak bernisan... dari 83 sms yang tercipta cuma 56 sms sempat dihantar dan dibaca oleh Miss.Lia... Hadoi, kenapa hari nie perlu lagi Mr.H buka semua nie sekali lagi? Hurmm entah la... Mr.H pun tak faham dengan diri nie... Mungkin masih merindukan keceriaannya agaknya... Dan pagi tadi Mr.H ada menonton video Ainan Tasneem dalam pembikinan video cover untuk lagu Kiss Me. Tetiba watak Dahlia Darius a.k.a Miss.Lia terus muncul dalam ingatan Mr.H nie... Comel sangat dan hampir sama je macam dalam video tu. :')

Memori tinggal memori...

Mungkin bagi orang lain akan anggap Mr.H nie gila bayang... Tapi seriously kadang-kadang Mr.H akan hidup dalam dunia Mr.H sendiri seperti hari nie... Tanpa sebarang gangguan dan cuma ada Mr.H dan imagenasi Mr.H sahaja. Arghhhh... Tak faham dengan diri nie... Biarkan Mr.H bersendirian seketika... Perlukan waktu dan ketenangan untuk diri ini.... Semoga dapat Mr.H padamkan segala kenangan lalu ini agar tidak dibayangi lagi dengan kesedihan yang ditinggalkan.. Mungkin ada hikmah atas apa yang telah terjadi...

Rasanya akan tiba suatu saat Mr.H perlu padamkan segalanya tentang Miss.Lia dari hidup nie. Sms-sms tu yang pastinya perlu Mr.H padamkan. Kerana setiap kali terfikirkan tentang si dia... Sms itu akan Mr.H baca berulang kali... Sampai bila diri ini terus mengharapkan pada yang tak sudi... Lebih baik terus bersendiri dari terus hidup dalam memori lalu... Berikan kekuatan untuk melepaskan segala ingatanku dari terus memikirkannya... Pasti boleh... Insyaallah... setakat itu saja coretan untuk kali nie... Maaf kalau rasa entry nie macam orang gila tengah bercakap sorang-sorang... memang meluahkan rasa pun... Thanks for reading...

Sekian coretan hati...


Wednesday, June 12, 2013

Lagu dan Cuaca... Seiringan Dalam Hariku...


Selamat Pagi semua... Alahai, pagi-pagi lagi dah mengeluh... Entah la kenapa dengan Mr.H hari nie... Rasa kehidupan untuk hari nie nak menyendiri je buat seketika tanpa buat apa-apa... Seriously... Mood untuk hari nie, sama macam cuaca je... Mendung je... Nak kata fikir something tak ada sangat pun yang memberi tekanan... Cuma rasa ingin bersendirian tu dari semalam lagi Mr.H rasakan... So aktiviti Mr.H hari nie cuma nak layan lagu, teruskan membaca novel Chan Rak Ter... Aku Cinta Kamu sampai habis, sambil-sambil siapkan draft reivew novel nie, dan tidur dengan tenang tanpa apa-apa gangguan...

Tinggal lebih kurang seminggu je lagi untuk Mr.H nikmati baki cuti semester nie sebelum kembali jalani kehidupan sebagai seorang pelajar yang normal.... So masa yang ada nie la Mr.H nak manfaatkan dengan segala aktiviti yang Mr.H ingin lakukan dengan sepuas-puasnya. Novel pun dah masuk bab ke-26, masih ada berpuluh bab lagi untuk sampai ke bab-77... Tak ape la.. Pelan-pelan baca. Nak baca novel nie kena ada penghayatan baru ada feel nak layan... Setakat baca saja tanpa perasaan, baik baca komik upin & ipin je...

Pagi nie jugak Mr.H dengar lagu yang sangat menyentuh perasaan Mr.H... Entah la kenapa setiap kali mendengarkan lagu ini bersendirian... Mata nie seolah-olah berkaca menanti pecah dan berguguran je air mata nie... Entah apa hebatnya lagu nie sampai mampu buatkan jiwa nie mudah tersentuh dengan lirik-liriknya yang sangat bermakna buat Mr.H iaitu lagu Bunga-Exist.

Tak usah ditanya mengapa ku pilih
Bunga yang mewangi terliar berseri
Yang tak akan nampak di mata pun
Berwarni dari lain-lain
Segan untuk aku sapa
Walau ada maksud yang ku sembunyi

Pernah ku mencuba terima seadanya
Sayang ia selalu calarkan sudut hati ku
Hingga lelah jiwa ku dikecewa
Yang tak mungkin berpaling kembali
Namun ku yakinkan nanti
Tuhan pasti beri gantinya

Ku mohon kau yang indah pada mu
Untuk ku tatap menawar resah ku
Kekal aku di situ harungi cinta

Dan aku pohonkan yang baik
Bersantun kata kata tentang cinta
Bicarakan rindu pada ku
Mengharum selamanya

Setiap kali mendengarkan lagu ini, rasa macam sedih sangat... Entah la. Mungkin sebab Mr.H nie jenis lelaki yang berjiwa lembut dan mudah tersentuh agaknya... Dan pagi nie jugak ada 1 lagu lagi yang mengimbau kenangan kesedihan iaitu lagu Permata Yang Dicari-D'Hearty. Banyak kenangan dengan lagu nasyid nie jugak... Memang layan perasaan sensorang je la dalam bilik nie... Tak ape la, bukan selalu nak layan macam nie... Hidup nie kalau asyik gelak je, tak lengkap la kehidupan tu kan?

Alahai tak sabar nak post ulasan novel Chan Rak Ter...Aku Cinta Kamu nie.... Lepas subuh tadi dah 40% draft Mr.H dah taip dah... Insyaallah yang selebihnya akan Mr.H siapkan selepas tamat membacanya, tersentuh jugak layan novel nie bila watak utama yang hilang ingatan dan pengorbanan seorang lelaki untuk membantu memulihkannya.. Setakat yang Mr.H baca 75% Mr.H berpuas hati la... Jalan cerita yang menarik... Nanti tunggu je la Mr.H buat ulasan penuh... Tak best la cerita kat entry nie...  Rasanya setakat itu saja luahan rasa untuk hari nie.. Thanks for reading...


My mood today...

Sekian Coretan Hati...





Tuesday, June 11, 2013

Menanti dari Mencari...

Hidup ini kadang-kadang terasa sunyi bila sendiri,
Melihat orang lain berpacaran,
Aku juga punya keinginan yang sama,
Melihat orang lain ceria dan kelihatan bahagia bersama orang tersayang,
Terdetik juga di hati ini ingin merasainya,
Namun aku sedar siapa diri ini,
Hanya insan sepi yang tidak punya apa-apa,
Cuma punya keinginan untuk memiliki sebuah rasa,
Rasa yang pastinya terindah dalam kehidupanku,
Pernah suatu masa dahulu,
Aku dibuai rasa dengan rasa yang tidak pernah aku rasakan sebelumnya,
Suatu rasa yang amat indah,
Itulah rasa Cinta yang membuatkan dunia ini cuma milik aku sahaja,
Tapi semua itu sekadar awan cerah yang hadirnya cuma seketika,
Sebelum hadirnya awan gelap yang melenyapkan segalanya,
Benarlah kata orang Cinta itu tak selalunya indah,
Bila bahagia, Kau Aku cuma kita yang ada dalam dunia kita,
Walaupun saat indah itu cuma untuk seketika,
Kenangan yang tercipta cukup kuat untuk terpahat dihati ini buat selamanya,
Kerana senyumanmu, gelak tawamu, sentuhanmu sentiasa berlegar diingatanku,
Kini kau tiada lagi bersamaku,
Melenyapkan janji kita yang dulu,
Kau pergi meninggalkan aku dengan 1001 kenangan,
Sedih...
Namun itu cuma seketika,
Kerana aku tidak mahu terus sakit menanggung derita yang kau tinggalkan,
Tak guna untuk terus bersedih dengan pemergianmu,
Kerna mungkin ini adalah takdirku,
Pertemuan kita adalah suatu permulaan,
Sebelum aku menemui insan yang benar-benar mengerti diriku ini,
Biarlah kenangan itu menjadikan aku lebih matang dalam hidupku,
Aku yakin suatu hari nanti aku akan temuinya,
Insan yang pastinya melengkapkan kehidupanku ini,
Seseorang yang akan buatkan bahagia dalam kenangan bersamamu,
Berulang kembali dengan keindahan yang jauh lebih indah,
Sehinggakan aku mampu tersenyum disaat hembusan nafas terakhirku ini,
Kini aku sendiri dalam kehidupan ini,
Masih menanti ketibaan insan yang dinanti,
Tidak ingin lagi aku untuk mencari,
Biarlah hadirnya dengan sendiri,
Ingin aku bercinta lagi,
Tapi bukan seperti Cintaku yang telah berlalu,
Aku idamkan Cinta dalam ikatan,
Suatu perasaan yang pastinya lebih bermakna antara aku dan dia,
Kerana dia adalah insan terakhir dalam hidupku,
Insan yang kekal abadi sebagai Takdirku,
Akan ku tunggu saat kau tiba wahai Jodohku.




Sekian Coretan Hati....


Tuesday, June 4, 2013

Selamat Tinggal Kenangan~~~


Hai semua, aduhai penatnya balik dari Putrajaya nie... Ingat nak update kisah di Putrajaya tu tapi disebabkan gambar yang belum sempat nak transfer rasanya nanti je la... Bila dah deactive facebook nie, hidup Mr.H rasa bertambah sunyi pulak... Ye la, kalau kat facebook tu ada jugak orang tegur dan borak-borak, kalau tak pun, mesti ajak skype. Now dah tak ada facebook cuma sekadar update di Page dan Twitter je la...

Rindu jugak nak aktifkan semula tapi bila ingatkan kenangan-kenangan sedih kat situ kadang-kadang mengalir jugak air mata nie tanpa dipinta... Alahai mudah sangat touching Mr.H nie... Mana la orang boleh tahan dengan sikap macam nie... Biarlah Mr.H bersendirian dari dunia maya nie.. Apa-apa rasa nak luahkan, Mr.H coretkan diblog nie je... Tak akan ada yang terasa hati dengan Mr.H.... Dah tak sanggup dah nak hadapi perkara yang sama seperti apa yang Mr.H lalui bersama Miss.Lia dan Miss.A...

Susah sebenarnya hati nie nak mula simpan perasaan kat seseorang... Tapi bila dah sayang, memang terlalu sayang sangat... Tapi sikap sensetif nie yang buatkan kadang-kadang orang rimas dan rasa susah bila bersama Mr.H... Buat yang luahkan perasaan kat Mr.H, maaf ye. Mr.H cuma boleh anggap korang sekadar adik-adik Mr.H sahaja... Buang la perasaan tu jauh-jauh... Tak nak sebab perasaan tu akan buatkan Mr.H akan kehilangan lagi sahabat... 

Tak sabar nak masuk semula politeknik dan mulakan hidup dan semangat baru kehidupan Mr.H pada 19/6 nie... Now biarlah perasaan sayu dan sedih nie melayan hati Mr.H nie... Apa-apa pun, Mr.H doakan buat Miss.Lia dan Miss.A, semoga bahagia dengan hidup masing-masing lepas nie.. Terima kasih atas kehadiran yang sangat membekas atas keceriaan yang diberikan... Suatu kenangan dalam kebahagiaan yang tak akan Mr.H lupakan... Mr.H abadikan semua tu di blog nie sebagai suatu kenangan terindah dalam kehidupan Mr.H... 

Mr.H dah tak nak beri apa-apa harapan lagi dalam hidup ini... Biar Allah yang tentukan yang terbaik buat kehidupan Mr.H....Now, focus to my study and work... Hidup tanpa Cinta mungkin akan lebih membahagiakan hidup ini... Doakan yang terbaik jugak buat Mr.H ok? Mr.H tetap anggap anda berdua sebagai sahabat meskipun kita tidak akan pernah berhubung lagi... Thanks for reading... 



Sekian Coretan Hati... :')

Saturday, April 6, 2013

Semoga Kau yang Terindah....


Bila aku berfantasi
terasa semua dapat aku miliki
walaupun ia sesuatu yang tidak pasti
namun segalanya adalah umpama realiti

Semua ini akan menjadi lebih indah bila kau hadir disisi
terasa keceriaan diri semakin disinari dengan senyumanmu
meski kehadiranmu cuma seketika sahaja
akan ku hargai setiap saat apabila kau bersama
Tiada apa yang mampu kugambarkan dengan keceriaan darimu
terlalu indah untuk ku gambarkan dengan kata-kata
kerana bagiku kau terlalu istimewa

Rasa ini tidak pernah pudar meski kini kau tiada lagi disisi ini
Kehadiranmu telah membekas dihati ini
kau telah memahat sebahagian hati ini 
dengan sejuta kenangan terindah buatku

Kini kau tiada lagi
dirimu tetap ku ingati 
sebagai suatu memori yang tidak pernah luput diingatan ini
walau hingga akhir hayat ini
ia akan tetap terus bernafas dihati ini

Hati ini terus merindui
dahagakan keceriaan yang pernah kau beri
aku harap akan ada insan penganti
yang mampu memberi apa yang aku ingini
walau tidak seindah dirimu kasih
cukuplah sekadar mengukir senyuman ini kembali.

Separuh hati ini masih perlu diisi 
untuk insan yang seikhlasnya mencintai dan menyayangi
dengan harapan kecil untuk kembali menyinari
bibit-bibit rasa yang indah untuk menghiasi kehidupanku ini.
Akan ku temui insan yang ku cari suatu hari nanti...

Semoga kau yang terindah....



Aku yang menati....


Sunyi...
Suatu perasaan yang akan membawa aku kepada memikirkan sesuatu
samada ianya sesuatu yang menggembirakan atau menyedihkan
cuma aku yang dapat mengerti sepi yang melanda di hati ini
Ianya hadir tanpa diminta
sekadar singgah dihati ini dikala aku sendirian
membawa memori-memori lalu bersama kembali
bercampur aduk rasa dijiwa ini
memori-memori indah memulakan cerita dikala ini
terkenang kembali saat-saat indah dimasa lalu
senyum dan gelak tawa adalah teman sejati dikala hati sedang dicintai
tidak pernah lekang pabila saat kita bersama
terasa dunia dihiasi keceriaan dari kita berdua
dan pabila keceriaan itu tiba pada kemuncaknya
luka lama terasa kembali berdarah diingatan
terkenang kembali saat kau melafazkan kata perpisahan
tanpa sebab dan alasan pemergian kau dari hidupku
hanya 1 sms sebagai tanda pengakhiran dari sebuah kebahagiaan
yang telah kita ciptakan bersama
Aku mencari apa salahku
dan kini aq masih belum menemuinya
kan ku tunggu jawapan darimu suatu hari nanti
andai jasad ini masih lagi teguh berdiri
bukan niat untuk mengungkit sejarah kita
sekadar ingin mengerti sebuah persoalan yang telah lama kucari
KENAPA?
jawablah dengan seikhlas hati
jika kau masih lagi bersimpati 
kepada diriku yang masih setia menanti
dengan penuh sabar dan tanpa jemu
kerana aq mengerti kesetiaan itu terlalu indah untuk dikhianati...

Aku yang menati....


Friday, March 22, 2013

Coretan Diari 17-21 Mac 2013...


Salam,

Coretan Diari Samprit Ungu untuk minggu ini... hehe  thanks for reading... sayang ampa... :D

17 Mac 2013

Pagi ahad dimulakan dengan kelas Tamadun Islam jam 8 pagi. Tapi aq tak masuk kelas sebab dah plan dengan kawan cina aq nak settlekan projek yang belum print out pcb layout lagi. Memang dah kesuntukan masa sangat-sangat untuk siapkan kesemuanya sebelum minggu persembahan projek pada 25 Mac 2013 nanti. Hampir jam 10 pagi kerja untuk projek aq dan kawan cina nie buat tapi tak dapat nak siapkan jugak sebab komputer dekat lab projek buat hal. Rasa bengang jugak la sebab time terdesak nie la nak meragam. Dah tak boleh nak buat apa so aq pergi la ke tepi Bengkel Pendawaian. Kat sini selalu geng trio(Cik Faeizah dan Cik Kamila) lepak. Tapi diaorang tak ada pulak masa aq pergi... Yang ada cuma Zalina, Miera dan Azira. So lepak la dengan diaorang sementara tunggu kelas Entrepreneur jam 11 pagi... Masa tu aq ada call Cik Pieja tanya dia pergi mana... Rupanya diaorang keluar dari poli pergi mana entah. Lama jugak la aq habiskan masa dengan diaorang sebelum dapat sms dari seseorang yang membawakan keceriaan kembali dalam hidupku. Meh aq nak perkenalkan, Miss.H atau nama penuhnya untuk huruf H tu bermaksud Miss Hanies. Mungkin ini adalah hikmah atas pengakhiran hubungan aq dan Lia... Tetiba rasa nak ubah nama Mr.H la pulak... haaa gataiii noh aq nie... Saja ja... dapat je sms dari Miss.H nie terus aq tersenyum sendirian. Tak tau la aura apa yang masuk dalam diri aq bila aq bersama dia... Adakah ini Cinta yang sebenarnya?? Masih terlalu awal untuk aq menilai... Mungkin kehadirannya sekadar menjadi sahabat baik seperti Lia... Biar masa yang tentukan yang terbaik buat kami. Semoga akan ada sesuatu yang lebih baik dari masa-masa silamku. Jam dah dekat pukul 11, Cik pieja ajak aq ke kafe macam selalu la... Cari breakfast sebelum masuk ke kelas. Kelas Entrepreneur pun sejam je, bosan je... Yang geng trio aq nie keja melawak ja. Aq terpaksa fokus la sebab lec nie memang suka bagi perhatian kat aq... Tak tau la kenapa. Hehe kalau la aq ponteng nampak sangat lec nie akan perasan punya. Alhamdulillah bisness plan untuk group aq dah boleh submit hari nie.. Rasa puas hati aq fokus 16 jam untuk siapkan assignment tu... Petangnya ada test math, hehe thanks untuk kawan yang da bagi hint bentuk soalan. So aq sempat la study sikit sebelum jawab test tu... Habis je kelas aq menghabiskan masa sms bersama Miss.H je. Dan malamnya pun masih sms bersama Miss.H sampai pukul 3 pagi k0t... Melampau sungguh aq sms, well aq dah lama tak rasa ceria macam nie... Tekanan study pun boleh hilang tau... Semoga keceriaan ini berterusan untukku... Lia dah pergi meninggalkanku, tapi Allah kirimkan Miss.H untuk temani sepiku ini... "seperti kata-kata yang selalu kita dengar, Allah letakkan awan hitam untuk turunkan hujan, tapi selepas itu kita akan dihadiahkan dengan keindahan pelangi kan??" Semoga Miss.H adalah pelangi disebalik hujan diantara kisah aq dan Lia dulu... Insyaallah.... Happy mood & Life now... Amin...

19 Mac 2013

Isnin, kelas aq jam 9.00 pagi. So lepas subuh aq akan baring dan dengar lagu je sementara nak mandi pukul 8.00 pagi. 3 lagu je aq pilih untuk aq dengar pagi nie, lagu pertama Merah-merah Melati-ST12, Tuhan Berikan Aku Cinta-Ayushita dan Andai Ku Bercinta Lagi-Mojo. Semua lagu favourite aq. Jam 8.50 pagi aq dah terpacak dipoli sementara tunggu jam pukul 9 pagi sempat la menelaah muka buku kejap. Kalau buku, tak ada makna aq nak buka pagi-pagi nie... So dalam kelas Data Communication pagi nie cuma buat soalan tutorial je mengikut kumpulan. Macam biasa la group aq selalu semua awek-awek la... Azira, Wawa, dan Amalina. hehe dah siap jawab soalan aq on lappy dan study untuk test pukul 12 pulak bersama Puan NurolHuda @ Ketua Jabatan Elektrik. Sementara tunggu test aq lepak dengan kawan cina aq nie dan budak india 3 orang nie... Aq sorang je budak melayu... Budak lelaki lain entah hilang kemana aq tak tau la... Malas nak amek port. So dah dekat pukul 12 aq dan kawan-kawan bukan melayu nie bergerak la ke kelas di tingkat 7. Alhamdulillah sebelum test bermula, KJ(ketua Jabatan) ada ajar semula cara nak kira untuk soalan End Of Chapter tu sebab soalan bemtuk yang sama. Hehe agak susah jugak la... sebab 10 markah k0t soalan tu, rugi sangat kalau tak jawab. dekat sejam jugak la jawab. tetiba dapat sms dari kawan fb nie... Sorry aq cuma sms bila time free je... time study dan test memang aq tak dapat layan.... Habis je test terus aq turun ke tingkat 5 untuk kelas yang seterusnya. Hadoi rasa tak selesa sangat sebab tak balik mandi. Rasa mengantok je... Heran jugak tak nampak bayang Cik Pieja. Selalu time macam nie dah melekat dah kat sebelah aq, so call la kejap tanya dekat mana... Kelas petang tu aq keja menguap je la, dengan kureng paham tajuk hari nie so memang mood tu kurang fokus la... Banyak gelak je dengan Cik Pieja, hilangkan mengantuk. Berita tak best aq dapat. Ada kelas hari jumaat nie pukul 9-12. So maksudnya aq balik lepas sembahyang jumaat la nampaknya... Habis je kelas terus balik rumah dan solat. Sebelum keluar cari lunch dalam pukul 4 petang. Menu hari nie nasi kawin je dengan Milo O ais. Part nie lawak la bila mak cik tu macam melatah sikit, nasi kahwin dengan air mak cik tu kira silap... Hehe sampai je kat rumah... Miss.H dah pun sms... Berbunga-bunga hati bak kata kawan fb aq tu... hehe memang aq nantikan je sms dari Miss.H nie. Banyak jugak la yang kitaorang berborak sampai magrib... Malamnya aq tunggu sms dari Miss.H tapi tak ada macam selalu. So aq send la dulu sms seperti yang dia mintak. Lama jugak la baru dia reply, so kitaorang sms dan berkongsi cerita sambil temankan dia buat slide presentation sehingga pukul 2.00 pagi sebelum aq yang terlelap... Sorry awak, tertidur tanpa ucapan undur diri...  1 Hari yang ceriakan lagi hidupku... Lia dalam kenangan tapi masih lagi berhubung dalam komen dan chat di facebook. Doa berterusan buat 2 insan istimewa dalam hidup Samprit Ungu kini. 

19 Mac 2013

5.45 pagi, aq terjaga awal daripada biasa, terlelap semasa ber-sms bersama Miss.H semalam. Netbook aq masih on sebab lupa nak shut down sebelum tertidur. Perkara pertama aq lakukan ialah mencari hanphone putih aq, dan akhirnya aq temui di kaki... Haiii semalam letak atas dada, entah macam mana boleh sampai ke kaki tuuu? Dah terjaga awal nie, kalau sambung tidur confirm subuh gajah nanti, so tahan la mata kejap sementara azan subuh jam 6.13 pagi. So dah selesai solat aq merebahkan kembali badan di tempat tidur. Dan handphone aq berbunyi menandakan sms masuk. Sms permulaan untuk hari yang ceria buat aq. Thanks awak buat diri ini kembali senyum. Suka sangat dapat sms time subuh macam nie... So kelas jam 9 pagi tapi 8.30 pagi aq dah pergi ke poli. Saja gerak awal sebab nak santai-santai jalan ke kelas di tingkat 5. Pagi nie aq menaiki tangga dari menggunakan lift. Nak exercise sikit... Hehe so kelas lambat lagi nak mula. So aq termenung di koridor melihat telatah students politeknik. Masuk je kelas tak ramai lagi students yang hadir. Cik Pieja pun tak nampak bayang pagi nie... Selalu aq dengan dia yang paling awal. Masuk je dalam kelas ramai pulak bertanya, "wan, pieja tak mai ka?". Ye la selalu kitaorang berdua dah terpacak dalam kelas tu... Hari nie tinggal aq sorang je la, dalam pukul 9 lebih muncul jugak Cik Pieja.. Lewat pulak dia hari nie... So time kelas Circuit Analysis nie memang bosan jugak la... Dalam bekas alat tulis aq letak handphone dan buka facebook sambil berkomen-komen dengan Lia a.k.a Cik Nina... Tamat je kelas pukul 10 terus aq ke kafe lepak bersama wawa, Azira, Miera dan Amalina... Untuk pertama kalinya aq berborak lama jugak dengan Amalina nie... Rasa segan pun ada jugak... Biasa la aq malu-malu jugak nak borak, tapi kalau gurlz tu dah start dulu. Layan je... So tak banyak topik pun kitaorang borak... Lagipun table yang aq duduk tu semuanya awek cun-cun yang duduk so ramai la mata students lelaki lain yang pandang... Haha slumber je aq pergi lepak dengan diaorang nie... dah selesai minum terus kami bergerak ke bengkel untuk buat projek final year. Mulanya jumpa PA kitaorang dulu, lepas tu baru pergi bengkel untuk etching board bersama Puan Ju. Hehe best jugak buat proses etching nie, tapi aq cuma tengok dan ambil gambar je untuk report... Sambil-sambil tu sempat jugak la aq berkomen dengan Lia nie di facebook... Adoi kelakar sangat la dia nie... Layan je la... Semoga dapat jumpa nanti ye Lia? So kelas petangnya cuma ada sedikit taklimat dari En.Sumazlin tentang presentation business plan yang aq dan group trio aq wat... 1 kumpulan 30 minit... Habis la aq nanti.. hehe sebelum balik aq jumpa kawan cina nie. Dia nak bagi penerangan untuk final report. So dengar je la apa yang dia bagitau... Dah kesuntukan masa sangat dah bab projek nie... Balik rumah sewa terus solat asar dan rehat kejap sebelum keluar dan cari makan malam. Menu hari nie nasi goreng cina je... Sampai je dekat rumah Miss.H dah sms. Tersenyum lebar aq... Memang aq nantikan je sms dari dia... Nak sms dulu takut mengganggu so tunggu je la.. Ala kesian dia sakit kepala. Mungkin sebab cuaca panas sangat... Biasa la kedah dan perlis lebih kurang je cuaca nie... So sempat jugak la bergurau senda dalam sms tu... Malamnya dia ada group discussion so aq tunggu je sms dari dia sambil menaip report yang banyak sangat... Pukul 2.30 pagi, aq masih terus menaip sambil mulut nie berkaraoke untuk hilangkan mengantok, suara time tu memang dah macam artis rock je... Mata pun berair macam orang menangis, maklumlah dah 6 jam lebih aq fokus dekat skrin nie. Ada harapan nak tukar speck baru lagi lepas projek akhir nie... Tiada sms dari Miss.H. Terlalu busy dengan kerjanya... Hehe it's ok... Students life macam tu la... 

20 Mac 2013

Hari nie aq sekali lagi terjaga awal daripada alarm yang aq set kan... Jam menunjukkan pukul 6 pagi... masih belum masuk waktu subuh. So seperti semalam jugak. Jam 7.45 pagi. Miss.H ada hantar sms beritahu tentang aktiviti dia hari nie dan dia mintak maaf sebab tak sempat nak sms langsung semalam... It's ok, SU faham la. Normal la kalau buzy tu.... Pagi nie aq mulakan dengan mandi dulu... Nak fokus kembali report yang tak siap semalaman kena segarkan badan yang terlalu keletihan. So dah selesai mandi terus aq on netbook nie dan mula sambung kembali report akhir tu.... Dah siap report dengan present projek nanti, rasa lega sangat-sangat macam baru habis final exam je rasanya walaupun lepas present projek nie nak kena fokus untuk final exam pulak.... Masa tengah menaip report tu tetiba rasa lapar pulak so macam biasa aq akan pergi beli nasi lemak dekat dengan traffic light nie. Kebetulan ada awek-awek dari kolej islam pun beli jugak nasi lemak nie... Fuhh cun-cun jugak, tapi dalam ramai-ramai tu aq suka tengok ada sorang tu yang pakai purdah, Ya Allah mata dia buatkan aq ingat kepada Lia, cuma awek tu pakai speck la.... Lepas breakfast aq kembali menyambung menaip report projek yang baru beberapa peratus siap... serius aq rasa perlu masa seminggu jugak la untuk siapkan semua nie... Tengaharinya rasa lapar so terus keluar beli nasi kerabu sedap dekat Jitra nie. Rm2.50 je tapi memang rasa puas hati la... Kelas aq pukul 4.00 petang, Ya Allah mata nie mengantok je, dengan rambut serabut dan panjang aq pergi poli, ada students pandang semacam je... Dengan kad matrik tak pakai, slumber je. Kalau jumpa lec yang tak bleh blah silap-silap boleh botak kepala aq... Kelas petang nie biasa-biasa je... Tak serius sangat sebab tajuk yang puan tu ajar sama dengan subjek lain, topik laplace transform... Habis je kelas terus aq balik, rehat dan solat asar sebelum santai-santai sebelum malamnya akan menyibukkan diri dengan report lagi... Dinner malam nie nasi lemak royale je.. tapi makan tak habis pun, badan terlalu penat dengan cuaca panas. Malamnya aq menaip je report sampai la jam berapa pagi pun tak tau la.. Sebelum tu pukul 12.05, Miss.H ada la sms. Tersenyum aq baca mesej, entah kenapa rasa happy je bila dapat sms dari dia, rasa macam waktu aq dan lia dulu je... Tapi apa-apa pun aq tak boleh terlalu ikutkan hati nie, nanti kecewa lagi seperti Lia... Macam Miss.H katakan dalam mesej dia la. "U r my bff". So SU jangan nak jatuh hati awal-awal ok? Keep mind to focus study dan buang jauh-jauh rasa nak bercinta tu. Kembalikan kata-kata penantian 7 tahun yang aq pernah cakap dulu lepas Lia tinggalkan aq. Hehe sedar kembali SU... Jangan dikecewakan lagi hati ini dek kerana menyimpan perasaan Cinta akan langit yang jauh meninggi, tapi berpijaklah pada bumi yang nyata dengan sebuah kenyataan ok??? Jom tidur, dah mengantok... 3.45 pagi(21/03/13).

21 Mac 2013

Pagi subuh yang agak terlewat buat aq gara-gara lewat tidur dek kerana menaip report yang melambak. Terus bersiap dan pergi ke Politeknik. Pagi nie aq harapkan dapat terserempak dengan Cik Fatin seperti minggu lepas tapi tak ada rezeki aq agaknya. Terus aq bergerak ke kelas. Sampai je dekat kelas aq yang terawal sampai, so tunggu je la sorang-sorang sebelum Cik Kamila dan Cik Pieja sampai... 5 minit sebelum jam 8.00 pagi, Cik kamila pun sampai dan terus kami bergerak ke kafe untuk beli breakfast sama-sama seperti selalunya... Selalu bertiga tapi Cik Pieja lewat pulak hari nie... So kelas pagi nie teori lagi bab 6 iaitu Radar System... Susah jugak dan ada kuiz ke-4 kot untuk kelas pagi nie... Hadoi soalan bab pengiraan tu tak dapat jawab sebab tak ingat formula... Rugi betul. So dah selesai kelas Microwawe Communication System nie terus bergerak ke bengkel untuk kelas Projek bersama penyelia group aq Puan Ju. Sementara tunggu puan ada la aq borak dengan Cik Kamila dan Cik Amalina kejap. Hehe tetiba makin ramah lak Cik Amalina nie, dulu nak senyum pun rasa segan k0wt. Tapi dia dah tegur aq dulu so macam biasa la. Aq nie kena orang mulakan dulu, baru aq respond dengan sebaik mungkin... So kelas projek bermula la dari jam 10.00 pagi sampai jam 1.00 petang... Dengan proses etching, soldering dilakukan oleh dua orang ahli group aq iaitu Phun dan Seow, manakala aq bersama Puan Ju untuk dapat penerangan bagi report dan slide untuk presentation. Aq tak boleh silap so kena buat dengan sebaik mungkin la report nie... 40% dalam tanggungjawab aq... hehe danger2... habis je kelas jam 1.00 petang Puan Ju cakap masih boleh sambung buat projek jam 2.00 petang. So aq terus balik rumah untuk mandi dan solat... Bagi fresh sikit badan nie... Lunch pun tak sempat dah sebab slera pun kurang fikirkan projek nie... Jam 2.00 petang aq dah sampai di poli bersama Pak Chong, Seow, Cik Miera dan Cik Pieja. So projek kitaorang bersambung sehingga jam 4.30 petang... Part yang buat aq nak nangis bila litar yang dah solder ada masalah pulak, so kena buat semula la dari proses etching... 6 jam masa terbuang macam tu je... Balik je rumah terus solat asar dan keluar cari makan. Menu petang nie nasi ayam special. So lepas makan santai je la sambil layan movie dan entah macam mana aq terlelap tanpa aq sedar... Terlalu penat dengan kelas hari nie agaknya. Orang azan magrib baru aq tersedar dari tidur. Ya Allah, lama aq tak tidur lepas asar nie... tapi hari nie tertidur jugak.. Lau kat rumah memang tak berani aq nak tertidur macam nie.. Confirm mama dan abah bising. Terus bangun, mandi dan solat. Jam 8.30 malam aq on netbook dan teruskan menaip report sampai la jam 11 malam. Rasa lapar la pulak. So keluar la makan sampai pukul 1 pagi... Sampai je kat rumah terus rehat, solat dan sambung menaip report sampai jam brapa pagi pun aq tak sedar... Tiada sms dari sesiapa.. Forever alone... :'(


Friday, March 8, 2013

Mimpi Indah Seorang Sahabat


Salam,

Hehe tetibe je terasa nak update hari jumaat nie... Aq teringatkan kata-kata seorang sahabat nie tentang mimpi dia... Hadoi, tak larat nak gelak bila dia ceritakan, mimpi yang tak mungkin jadi kenyataan dah kini... Sahabat nie cakap dia ada mimpi semangat 2013 nie tukar nama facebook kepada Nina Samprit... Fuiyoohh, dasyat betul mimpi sahabat den nie... Macam sedap je kan nama tu kalau Samprit Ungu bertukar kepada Samprit Nina... Hehe tapi susah dah nak tukar nama samprit ungu yang dah bertapak dalam kehidupanku sejak september 2009 nie.. Dah hampir tiga tahun lebih aq gunakan nama samaran nie... Tapi kalau nak tukar pun boleh je, untuk masa nie rasanya kekal je dengan nama Samprit Ungu nie sampai la tiba suatu saat yang buat SU nie cakap saya bahagia dengan dia(orang yang membahagiakan kehidupan SU)... Mungkin time tu akan tukar nama Samprit Ungu nie kepada nama orang yang akan membahagiakan tu... Wah3,  tinggi bebenor impian... jangan tinggi sangat, nanti jatuh sakit... hehe dah terlanjur cerita tentang nama Samprit Ungu nie, so meh aq story sikit. Nama samprit ungu nie tercipta masa zaman my space dulu la, masa tu aq baru bermula guna laman sosial nie... Perkenalan aq dengan semangat 2013 nie yang masa tu menggunakan nama Mrs.Chipsmore dengan gambar bertudung hijau muda yang mewujudkan nama Samprit Ungu ini... Perkenalan kami begitu indah dan cepatnya kemesraan tu terjalin. Aq dan semangat 2013 nie selalu chat di ym. Dulu aq ada story kat semangat 2013 nie yang mama aq selalu buat kuih samprit so selalu chat mesti ada sebut jugak tentang kuih samprit nie sehinggalah nama Samprit Ungu tercipta. Banyak sangat kenangan aq dengan nama Samprit Ungu nie menggantikan arjunablackgurlz. Insyaallah nama Samprit Ungu ini akan sentiasa berkekalan di blog yang paling aq sayang sehingga akhir hayat ini... Terlalu bernilai kenangan bersama nama ini buatku, tak mungkin aq padamkan dari kehidupanku... Opsss haaa aq jugak pernah berangan nanti bila dah kerja aq nak pakai kereta warna putih dan buat airbrush dekat kereta tu dengan nama Samprit Ungu... Hope tercapai la angan-angan kecil nie... Tapi angan-angan besar aq nak dapatkan Mrs.Samprit Ungu... Siapakah insan itu? Kita tunggu dan lihat je la bila tiba masanya... Pendek sahaja entry kali nie sebab menaip dengan perut kosong, laparrr... Dah pukul 4.45 petang pun tak lunch lagi... Thanks for reading a short update from SU... 

Sekian Coretan....

Friday, March 1, 2013

Coretan Kehidupanku 24-28 Febuari 2013


24 Febuari 2013

Hari ahad yang biasa saja buat aq, tak ada aktiviti atau perkara yang menarik buat aq. Seperti biasa kelas Microwave pada pagi dengan melakukan lab yang terakhir, fuh kejap je dah habis 6 lab report. Mungkin lepas nie Puan Nora akan cover dengan teori la pulak... So lepas kelas Puan Nora, aq ada kelas Entrepreneurship pulak... Memang tak ready langsung walaupun dah seminggu En. Entrepreneur dah remind yang dia nak buat Test 1. Tapi biasa la aq, 20 minit sebelum kelas start pun sempat lagi nak selak-selak nota-nota chapter 3 tentang private company dan partnership. Yang geng trio aq pulak study sebelah aq sambil melawak ja, jam 11 test pun bermula, alhamdulillah, rasa tenang aq menjawab soalan-soalan tu, apa yang aq baca sebentar tadi sebelum test bermula langsung tak ingat... Kebanyakan jawapan yang aq bagi berdasarkan teori logik aq ja... hahaha orang lain jawab guna sehelai je test pad. Aq pulak sampai 2 helai, adoi semangat betul menjawab ikut teori sendiri... Lepas kutip kertas tu Encik nie semak satu per satu dan kertas aq pilih... Hahaha tak pasal-pasal kena puji... Ingatkan nak kena tegur sebab jawapan aq bagi rasanya tak ada langsung pun dalam nota yang Encik tu bagi. Kelakar jugak bila ingat semula. Pada petangnya aq ada lagi 1 test iaitu test Engineering Math 4. Yang nie aq takut balik sebab rasa macam susah ja. Tapi alhamdulillah berkat doa, aq dapat jawab dengan tenang jugak, dan rasanya tak teruk sangat kot markah nanti... Insyaallah.. Mudah-mudahan macam tu la... Malamnya tak ada buat apa. Sunyi je dan ditemani movie sahaja.. Disamping hati yang masih merindukan kenangan bersama si dia... Terlalu rindu...

25 Febuari 2013

Pagiku dikejutkan dengan kedinginan cuaca akibat hujan yang turun semalaman. Kawan-kawan rumah sewa masih lagi nyenyak dibuai mimpi... Lepas solat subuh, aq terbaring semula sambil ditemani lagu-lagu sedih dan mengusik sedikit perasaan dikala hujan yang masih membasahi bumi. Jam 9 pagi aku melihat di luar tingkap, hujan masih belum reda, dan kawan serumah yang terjaga dari tidur memberitahuku bahawa kelas Data Communication ditunda pada Jam 10 pagi, so semasa kelas nie, Puan NurolHuda ada la pulangkan kembali kertas Quiz 1, alhamdulillah markah aq adalah salah seorang yang tertinggi dalam kelas, rasa lega sangat sebab selalu kalau kuiz dan test nie aq antara orang yang akan dapat markah terendah la... Macam tak percaya je untuk semester nie dah boleh dapat markah macam tu. Hope markah macam nie dapat kekal untuk subjek-subjek lain... Kelas Puan KJ nie sejam je untuk hari nie, so lepas kelas aq singgah dekat kafe la jumpa geng trio aq(cik Kamila dan cik Faeizah). Nampak sibuk bebenor diaorang berdua bersama dengan Zalina tengah study untuk test math, aq dah lepas semalam, so hari nie giliran diaorang la pulak.. hehe biasa la, nampak muka aq, maka akan ada la soalan bocor diaorang mintak... Aq pun teman la diaorang study sampai la kitaorang sama-sama ke kelas Circuit Analysis jam 2 petang. Masa kelas Circuit nie ramai yang tak datang sebab hujan, so tinggal 9 orang student perempuan dan 3 orang je student lelaki... Ya Allah, syukur sangat sebab rasa macam mudah sangat aq nak paham bila Puan Sharita nie ajar... Alhamdulillah, doa-doaku yang selalu ku pohon termakbul... Tamat je kelas aq redah je hujan balik, serious sejuk sangat, sampai je terus mandi dan solat. Badan pun dah panas sikit. Aq ada dapat sms dari ex yang mintak maaf pasal marah-marahkan aq masa tengahari tadi. Ceritanya macam nie, ex ada sms aq masa tengahari tu, mintak tolong sms dekat papa dia yang dia akan cuti panjang bulan 6 nie... So aq sms dia balik, kenapa dia tak sms sendiri je, dia cakap tak cukup kredit so aq pun tolong la smskan kat papa dia... Ntah kenapa dia nak melenting kat aq pun tak tau... Sebagai kawan aq terasa jugak la, tapi dah lama kawan so dah paham la dengan sikap dia tu. Just diam je la... Bagi aq, orang mintak tolong, kalau mampu aq tolong... Mungkin stress agaknya tu yang terlepas kat aq... Relaks je la... Tak penting pun bab perasaan nie nak touching lebih-lebih... Memang semua orang pun suka pijak-pijak k0t perasaan aq nie, dah tak kisah dah sebab aq memang dah kosong, kosong, kosong.... lalalala sebelum lelapkan mata, gambar Lia di handphone kutatap lalu dibawa ke mimpi yang indah...

26 Febuari 2013

Sejuknya pagi nie sekali lagi mengejutkan aq dari tidur, alarm di handphone mengejutkan aq lebih awal lagi, tapi disebabkan kesejukan, aq matikan dan kembali menyambung tidur, dan aq terjaga semula beberapa minit kemudian. Nyaris-nyaris terlepas subuh.. hehe hari nie keadaan cuaca semakin teruk la, hujan yang turun tanpa henti, aq risaukan macam mana aq nak pergi kelas je. Kalau boleh tak nak la ponteng disebabkan hujan. So lebih kurang pukul 10 aq dan kawan-kawan ke politeknik. Nasib la ada kawan yang tumpangkan naik kereta dia, so dapat jugak pergi ke poli untuk ambil baucer buku 1 Malaysia... Taraaaaa!!!



hehe amboi siap dapat sampul lagi tahun nie, bagus-bagus... Aq cuma nampak hardisk je dengan baucer buku nie.. sebab hardisk aq dah hampir penuh dengan koleksi movie.. 




Hahaha petang tadi tetibe je Cik Faeizah datang rumah sewa aq, nak install software untuk projek dan copy cerita Setia Hujung Nyawa.. Segan jugak bila kawan perempuan datang rumah sewa budak lelaki bujang... Paham-paham je la macam mana keadaan rumah... Hehe apa-apa pun cik pieja, kita ada assignment nak kena submit ahad nie nohhh... Hadoi time kelas Entrepreneurship tadi Encik tu ada pilih 6 orang untuk hadiri kursus ape ntah hari jumaat dan sabtu... Aiii tak balik jugak la aq nampaknya 8 dan 9 Mac nanti.... Hope boleh dikecualikan la... Bukan tak nak tapi minggu tu seriously sibuk gila dengan persiapan akhir pembentangan projek semester 6... Memang tak sempat la lau aq pergi kursus tu... Menu makan malam, hehe tetibe terus story bab menu makan malam nie chewah, haaa menu untuk hari nie lain sikit la... Nasi Putih bersama Ayam Merah... Haha nie pun atas cadangan Cik Pieja la, selalu aq dan dia pergi kedai makan tu, dia mesti order Ayam merah nie... So hari nie terasa nak cuba la p00llaakk... Best jugak masakan ayam merah nie, tambahan pulak bila ayam nie adalah ayam nasi ayam(maksud den, ayam yang dah masak tapi dimasak sekali lagi)... Terbaekkk.... Malamnya aq melayan bola bersama kawan-kawan.. Perlawanan antara Kedah Vs Johor Darul Takzim berkesudahan kekalahan buat team Kedah... Tak ape la... Tak ada nasib... Nak kata aq melupakan my Lia, pastinya tidak la... Sekurang-kurangnya 5 kali aq akan sebutkan namanya dalam setiap doa-doaku. Mungkin mencintai seseorang secara diam begini akan menjadi lebih indah suatu hari nanti? Insyaallah moga kesudahan yang baik buat diriku... Amin...

27 Febuari 2013

Agak terlewat aq bangun dari tidurku, mungkin sebab semalam tidur lewat, rasanya dalam pukul 3 pagi. Lepas solat subuh hanya terbaring sambil melayan game di Tab... Dan akhirnya mata yang masih mengantuk nie kembali lena dibuai mimpi sekali lagi... Hehe mimpi yang cukup menarik jika ianya menjadi suatu kenyataan buatku suatu hari nanti. Nanti la aq ceritakan dalam entry-entry akan datang. Mungkin dalam kisah cerpen yang akan aq coretkan selepas ini akan aq selitkan mimpiku disitu... Back to kisah hari rabu aq, Jam 10 lebih la aq bangun semula tidur dan mandi... Lebih kurang jam 11 pagi aq pergi beli lunch di Taman Siswa. Menu tengahari selalunya sama je. Nasi putih bersama ayam percik, bergedel dan air oren susu. So dah beli lunch terus balik rumah makan dan layan movie je la... Maklumlah rabu nie aq free sikit la sebab kelas cuma 1 jam je... Pukul 4-5 petang... Dah selesai lunch aq pinjam jap lappy kawan tengok facebook kejap... Haaaa amekau berpuluh notification, kebanyakan game request je... Dekat newsfeed terus ada status dari semangat 2013 nie... Dah tukar gambar yang sama macam dekat blog nie... Alahai, so terjah ke wall dia kejap dan baca status-status lepas tu terus log out dan terbaring dalam bilik sambil baca sms-sms lama antara aq dan lia... Teruk kan rindu aq nie?? Rindu yang tak berbalas... Kesiannn... Hehe tak ape lah.. yang penting si dia ceria dan happy je cukup la... Kelas math pukul 4, dengan berat body nya aq nak pergi(bukan berat hati tau)... hahaha malas k0t sejam je kelas... So pergi jugak la walaupun malas sebab ada tutorial hari nie. On the way nak balik tu, entah macam mana aq hampir-hampir nak excident dengan kereta persona nie, nak memotong tu bagi la signal. Ini buat jalan macam dia sorang je bayar cukai jalan. Bodoh punya lecturer. Geram aq. Nasib la tak jadi apa-apa tadi. Aq tau la orang naik moto nie kecik je,tapi tak kan la sampai tak nampak k0t. So sesiapa yang drive kereta tu bertimbang rasa la sikit dekat penunggang motosikal nie... Jangan la sampai menghimpit macam aq kena tu... Bila anda buat macam tu, orang akan caci maki anda dan mendoakan tak baik untuk anda... Sampai je rumah rasa sakit sangat kepala nie, terlalu fikirkan tentang kejadian hampir excident tadi agaknya... Malamnya cuma study sikit untuk test esok dan melihat gambar-gambar lia semasa di myspace... Kerinduan ini sentiasa terasa buatnya... Setiap masa, setiap ketika dia sentiasa memenuhi ruang fikiranku... Selamanya untuk dia hey untuk dia hey untuk diaaa...

28 Febuari 2013

Kisah kehidupanku pada hari ini bermula dengan kelas puan nora, ada test la pulak. Serius tak ready bab pengiraan tu sebab part tu la yang paling aq lemah sekali... Dah selesai test ada kelas projek pulak... Pening jugak aq bab projek nie... sebulan lagi nak present, dengan litar tak tentu arah lagi, final report pun tak mula lagi dan hardware serta komponen pun tak beli lagi... Everything need to be settle down in a month... Kerja gila semua nie... Hadoi... Dalam kepala nie aq cuma fikir bab laporan business planning yang langsung tak mula buat lagi. Ahad nie dah nak kena hantar... Susah jugak nak selesaikan semua tu sebab kerja by group so nak kena duduk semeja dan berbincang. Lupakan seketika bab Entrepreneurship tu... Kelas agama pada petangnya ada presentation, alhamdulillah Amalina dah tolong prepare slide untuk group kitaorang... Tapi time present tu macam-macam lawak la terjadi... Bila group chinese dan indian present Tamadun Islam. Macam-macam perkataan jadi lain bunyinya bila typing error contohnya Pihak dah jadi Pohak... hahaha bergema satu kelas dengan gelak tawa. Selepas tu ada kuiz dan rasanya tak susah sangat pun soalan-soalan... Balik je dari kelas aq tengok cuaca macam nak hujan so cari makan siap-siap la... Hamekau, Rm15 untuk makanan je.. Boros gila belanja. mineral water 3 liter, twisties 20 bungkus, cucur jagung Rm2 dengan ayam goreng tepung... Hehe sementara tunggu hujan berhenti so makan dan layan movie dulu la... Alhamdulillah dengan izinNya hujan akhirnya reda dan berhenti jugak. Terus aq capai beg dan terus bertolak balik. Takut sebenarnya nak balik dalam keadaan jalan basah nie... Still trauma lagi dengan kisah lalu... Walaupun hujan dah berhenti, bajuku tetap lencun dibasahi air hujan... Gara-gara follow belakang treler. Sejuk kott... hehehe Malamnya tak ada ape sangat yang aq buat. Buka facebook dan tengok wall Lia je.. Nampak dia online tapi dia tak tegur aq, dan aq hanya menunggu dan terus menunggu... sambil-sambil tengok wall dia, aq tunaikan sms-sms cinta yang masih berbaki di note facebook aq, rasanya sampai 65 je untuk minggu nie... 2 minggu lagi aq tamatkan... Next week tak dapat online... haha masih berharapkah wahai samprit ungu? Entah la.. Kata hati kadang-kadang tak tentu... Macam cuaca jugak... Sekian coretan...

Thanks sudi layan celoteh aq tiap-tiap minggu nie... Sekian... :')