Saturday, April 6, 2013

Semoga Kau yang Terindah....


Bila aku berfantasi
terasa semua dapat aku miliki
walaupun ia sesuatu yang tidak pasti
namun segalanya adalah umpama realiti

Semua ini akan menjadi lebih indah bila kau hadir disisi
terasa keceriaan diri semakin disinari dengan senyumanmu
meski kehadiranmu cuma seketika sahaja
akan ku hargai setiap saat apabila kau bersama
Tiada apa yang mampu kugambarkan dengan keceriaan darimu
terlalu indah untuk ku gambarkan dengan kata-kata
kerana bagiku kau terlalu istimewa

Rasa ini tidak pernah pudar meski kini kau tiada lagi disisi ini
Kehadiranmu telah membekas dihati ini
kau telah memahat sebahagian hati ini 
dengan sejuta kenangan terindah buatku

Kini kau tiada lagi
dirimu tetap ku ingati 
sebagai suatu memori yang tidak pernah luput diingatan ini
walau hingga akhir hayat ini
ia akan tetap terus bernafas dihati ini

Hati ini terus merindui
dahagakan keceriaan yang pernah kau beri
aku harap akan ada insan penganti
yang mampu memberi apa yang aku ingini
walau tidak seindah dirimu kasih
cukuplah sekadar mengukir senyuman ini kembali.

Separuh hati ini masih perlu diisi 
untuk insan yang seikhlasnya mencintai dan menyayangi
dengan harapan kecil untuk kembali menyinari
bibit-bibit rasa yang indah untuk menghiasi kehidupanku ini.
Akan ku temui insan yang ku cari suatu hari nanti...

Semoga kau yang terindah....



No comments: