Friday, April 26, 2013

Coretan Mingguan (20 April 2013)

Salam, 

Coretan hidupku untuk minggu ini akan di-publish mengikut hari... Tidak sepeti selalu kerana entry minggu ini agak panjang dan pastinya membosankan bila anda perlu scroll ke bawah terlalu lama... So Mr.H akan publish day by day... 


20 April 2013

Pagiku memang terasa pening je bila bangun. Alarm di handphone menunjukkan birthday Faizah... Yup. Hari nie 20 April memang birthday dia... Tapi jangan salah faham Cik Pieja dengan Faizah nie adalah orang yang berbeza ye. Faizah yang menyambut birthday hari nie adalah kawan semasa sekolah menengah dahulu. Orangnya memang comel dan putih sangat-sangat. Gebu-gebu je. Teringat jugak masa dulu mama pun berkenan jugak dengan dia nie... Entah dimana dia sekarang nie... Dah lama terputus hubungan sejak tingkatan 3 lagi. Rasa nak cari kembali tapi susah la sebab dia asalnya orang Terangganu... Insyaallah ada jodoh kita bertemu lagi... 

Aktiviti pagi ini dimulakan dengan mandi sebelum mengemas dapur kerana masak kek pada tengah malam semalam. Agak mengecewakan la sebab kek tu kurang rasa manis je.. Kalau tak memang dah sedap dah... Tak apa, nanti cuba lagi.  Setelah selesai mengemas Mr.H kembali mengadap laptop menyiapkan proses editing untuk entry sebelum ini... Selalunya hari jumaat Mr.H dah publish. Tapi terlewat pulak untuk kali ini. Sambil online tu nampak Miss.Lia di facebook tapi dia tak tegur pulak macam selalu, sibuk agaknya so Mr.H meneruskan proses edit entry sehingga publish. Mr.H dan Miss.Lia cuma komen-komen je di status Mr.H. Dalam bergurau ada jugak la perbincangan bersama tentang blog perkongsian dalam proses pembinaan... Insyaallah start Mr.H cuti sem kami akan siapkan blog baru tu bersama-sama... 

Dalam pukul 12 tengahari Mr.H keluar nak beli nasi bungkus dekat kedai sebelah hospital, tiba-tiba tengok ramai pulak orang. Baru teringat yang hari nie hari penamaan calon, memang terbaik la keluar time nie. Jalan jammed teruk sangat. Biasa la rumah Mr.H nie dekat je dengan Pusat Pas dan Barisan Nasional. Rasa menyesal jugak keluar time kemuncak macam tu... Tapi dah lapar punya pasal terpaksa jugak la keluar... Dah selesai beli nasi terus topup minyak motor siap-siap dan terus balik rumah. Menu nasi putih, ayam masak kicap dan sayur sawi gemok(sawi ape ntah yang besar tu, Mr.H bagi nama sawi gemok je la.. hahaha suka-suka hati).  Aktiviti seterusnya Mr.H cuma siapkan report Tamadun Islam je sambil download lagu. Kemudiannya, Mr.H dan adik buat operasi kemas dapur sebelum masing-masing nak balik kejap lagi. Dah siap kemas je Mr.H kembali ke bilik dan kemas barang yang bawa balik ke rumah sewa. Dalam pukul 2:07 petang handphone celcom masuk mesej. 



Laaaa Cik Pieja yang sms, saja nak borak-borak dengan Mr.H. hehe layan je la sambil main facebook. Hairan jugak sebab selalu kalau ada kerja baru mesej. Nak mesej saja-saja nie ada la tapi jarang. So lama jugak la kami mesej sampai Mr.H nak balik Jitra baru stop. Cik Pieja pun ada ajak study malam nie.. Tapi tak confirm la jadi ke tak...  Jiran Mr.H pun dah sampai untuk hantar adik Mr.H ke asrama... Geram tengok kereta mama nie... kenapa la takut nak drive... Hishhh... Sebelum balik Mr.H check keseluruhan rumah sebelum kunci, buang sampah dan bertolak balik ke Jitra. Sebelum nak balik ada update status mohon maaf kat semua orang di facebook tu takut ada buat apa-apa salah... Ye la kita nie manusia biasa je... lagipun dekat exam nie sebaiknya kita mintak maaf dengan semua orang... Cari ketenangan hati.... 



Perjalanan balik kali nie slow sangat la Mr.H bawak... Rasanya 60 km/j je dari rumah mama sampai la ke rumah sewa. Malas nak laju-laju... Tapi bila slow mata nie pulak rasa layu. Hadoi... Sampai rumah sewa rasa lapar pulak... So keluar ke kedai depan rumah nie kejap beli nasi lemak sebungkus dan air oren bancuh. Sambil makan layan kejap movie sehingga la azan magrib. Dalam pukul 8:15 macam tu la dapat sms dari Cik Pieja ajak study sama-sama... Ingatkan dah tak jadi... So Cik Pieja datang ambil Mr.H kat rumah sewa. Masa dia sampai hairan jugak sebab tak ada pulak Cik Kamila... Nampaknya Mr.H study berdua je la dengan Cik Pieja... Ehem3.. hahaha dating?? Oh tidak.. Study bersama je.. lalala Kali nie Mr.H dan Cik Pieja study di tempat baru la... Selalu dekat D'Aman Cafe je... Tapi kali nie kitaorang study di sebuah kedai makan dekat dengan Bank Islam Jitra. Ok la tempatnya... Sunyi dan tenang je. 

Menu makan malam hari nie untuk Mr.H ialah nasi goreng kampung dan oren susu manakala Cik Pieja pulak order Nasi goreng daging dan horlick ais... Tersenyum seketika Mr.H lalu Cik Pieja pun hairan. "kenapa wan?". Mr.H jawab "macam adik wan la... dia pun suka nasi goreng daging jugak". Ketawa bersama seketika sebelum mulakan study bersama-sama... So kami mengulangkaji bersama-sama soalan final semester-semester lepas bersulamkan borak dan gelak tawa menghilangkan bosan sementara menunggu menu yang dipesan tiba.... Hehe makanan kat sini memang FAIL la.. langsung tak sedap... SERIUS TAK SEDAP... hahaha bukan caps lock rosak saja nak tulis besaq-besaq. Lama jugak la kami study sehingga jam 10:30 malam Cik Pieja dah ajak beredar sebab dah makin ramai orang lelaki yang datang untuk tengok bola, memang tak selesa la kan kalau anda seorang perempuan bila banyak mata lelaki fokus pada anda... 

So kami beredar dari situ dan singgah ke kedai phostate dia Taman Aman untuk copy soalan yang Mr.H dapat dari BFF Mr.H kat poli iaitu Cik Giey Abd Rahman... On the way nak balik untuk hantar Mr.H balik ke rumah sewa, ada pulak lagu Harapan dari hyperact... So berkaraoke berdua la sehingga sampai di traffic light berhadapan KFC ke-dua di Jitra nie... Ramai couple dekat KFC tengah study. Tu pun jadi topik borak kami bersama... Hadoi... Rasa senang sangat berkawan dengan Cik Pieja nie... Mudah nak faham watak Mr.H nie macam mana, kelakar, dan dia banyak bercakap. Yang tu Mr.H suka la... Dapat dengar dia bercakap cukup la... Mr.H diam pun tak apa... Rasa macam tengah berhadapan dengan Miss.Lia je... Hampir sama watak mereka berdua nie... Hari yang best jugak buat Mr.H bila bersama Cik Pieja malam nie... Rindukan semua orang yang Mr.H sayang la... Ramai sangat la nak taip pun... Miss.H where are you?? Hurmmm... bersambung...

No comments: