Sunday, April 28, 2013

Gwiyomi, Gwiyomi, Gwiyomi...

Salam,

Haaaa fenomena Gwiyomi dah menyerang mentaliti rakyat Malaysia selepas kegilaan terhadap Gangnam Style... Kalau kita tengok dekat youtube, facebook dan twitter, dah bersepah rakyat Malaysia yang buat video korea nie... Apa itu Gwiyomi? Jom tanya pak cik google dia kata apa...

The Song Gwiyomi , atau Kwiyomi Song (귀 요미 송), adalah K-pop tunggal oleh Korea Selatan penyanyi Hari dan telah dibebaskan pada 18 Februari, 2013. Ia telah diilhamkan oleh isyarat dari rapper Korea Selatan Jung Ilhoon budak kumpulan BtoB . Isyarat ini dipanggil 'Gwiyomi Player', yang menjadi meme Internet pada bulan Oktober 2012 diikuti dengan kemunculan pertamanya di South rancangan realiti Korean oleh SBS MTV bernama MTV Diary. Isyarat ini juga telah memberi inspirasi kepada banyak netizens Asia untuk memuat naik versi mereka sendiri ke internet. (sumbercopypasta)

Mr.H pun tak berapa faham sangat apa yang pak cik google bagitau... Tapi yang Mr.H tau Gwiyomi nie memang dah jadi 1 trend ramai rakyat Malaysia terutama remaja la kan... Dari orang awam sampai la ke artis-artis tengah demam buat benda nie... Pendapat Mr.H la, tak ada faedah pun buat Gwiyomi nie... Kalau rasa comel tu memang, kalau orang korea buat la... Mungkin sebab budaya diaorang... Hahaha confirm awek-awek melayu tak suka punya Mr.H punya entry nie... Well, rasanya tak perlu kot semua perkara kita tiru budaya yang entah apa-apa dari luar negara nie... 


Tapi bila dah muncul video-video Gwiyomi nie tak lengkap kalau tak ada video Parodi tentang Gwiyomi nie seperti mana sewaktu fenomena demam Gangnam dahulu.. Yang terbaik Mr.H pernah tengok macam video yang kat bawah nie... Comel sangat dan ada mesej dalam video nie... Wajib layan... hehehe dan paling best bila ada jugak geng-geng troll di facebook nie buat troll tentang Gwiyomi... Jom tengok video nie dulu...



Best kan? Mr.H pun suka sangat dengan video-video dari bro nie... Banyak lagi video-video best yang boleh korang layan... Dakwah dalam hiburan.. Memang terbaik la... Lebih baik dari buat tarian Gwiyomi yang tak mendatangkan apa-apa faedah pun... Kalau muka cun, comel dan buat Gwiyomi nie. Mungkin la ramai orang akan puji macam nie "awak comel la, saya suka la video awak, umur berapa nie". Confirm komen-komen macam nie korang akan dapat. Kalau sebaliknya "nie la video paling buruk, baik delete je la, booooo, blah la". Tak pasal je kena komen-komen negatif... Korang jugak bebal dan sakit hati kan? Hehe

Untuk video dari artis, ramai jugak la yang buat antaranya Wawa Zainal, Nora Danish, Faizal Ismail dan ramai lagi la... Tapi video kat bawah nie antara paling comel la... hahaha terbaek la Abon.... 


Hahaha apa-apa pun Mr.H pun tak tau apa yang best sangat dengan Gwiyomi nie... Tak perlu rasanya kita terlalu fanatik sampai nak tiru semua budaya barat nie... We have our own originality right? Terpulang la kepada anda nak tiru atau tak Gwiyomi nie... Bagi Mr.H pilihan yang terbaik macam video yang atas tadi "gi ngaji, gi ngaji". Hehehe itu lebih baik kan, pahala pun dapat... Sekadar pendapat dari hati... Tak ada niat nak kutuk sesiapa pun... Just share pendapat... Thanks for reading... 



Sekian coretan.....

No comments: