Sunday, April 14, 2013

Kisah Tudung Labuh daripada Seorang Sahabat...


Salam,

Petang sabtu nie memang selalunya Mr.H dah ada dekat Jitra dah... Tapi minggu nie maybe balik pagi ahad k0t sebab nak ikut hantar mama dan abah nak pergi umrah. Ok lah, back to da main topic. Kisahnya bila Mr.H ditegur di chat facebook oleh orang yang sangat-sangat Mr.H rindu nie... Memang dah lama Mr.H nantikan dia tegur di facebook chat tu. Maklumlah, kat situ je yang dapat kami berdua berhubung... Mr.H nie kalau tak ada orang yang tegur di chat facebook tu memang tak ada la chat dari Mr.H.

Untuk sahabat Mr.H nie memang Mr.H rindukan sangat chat dari dia, dan pernah jugak Mr.H dengar orang cakap, bila kita terlalu rindukan seseorang itu dengan sepenuh hati, pasti insan yang dirindui itu akan dapat merasakan perkara yang sama... Yes, dia pun sama jugak rindukan Mr.H. Hehe tak sangka bila doa-doa setiap hari buat dia akhirnya sampai. Mr.H tak tegur takut dia sibuk dengan laporan akhir praktikal dan dia pulak takut ganggu hubungan Mr.H dan Miss.H... Tak adalah awak, kita kan sahabat dunia akhirat... 

Kelmarin dari pagi sehingga petang kami berborak di chat facebook saja. Dan ada 1 topik menarik yang membuatkan Mr.H rasa terharu dan bangga dengan azam dan keinginan sahabat Mr.H nie... Sahabat Mr.H nie teringin nak betudung labuh. Rasa tenang Mr.H dengar sahabat nie cakap macam tu. Sebabnya tak ramai kan perempuan yang suka bertudung labuh nie... Alasan normal, panas la, old style la, tak ikut fesyen terkini la... Pada Mr.H bertudung labuh nie sebenarnya cantik sangat-sangat... Cuma jika mata seseorang itu memandang dengan nafsu memang nampak tak menarik dan cantik la... 

Well tudung labuh nie kalau digayakan dengan jubah memang cun sangat la... Biasa la, dah tudung labuh yang lain pun mesti la kena betul cara pemakaiannya.. Tapi sayang kan bila ramai orang dah salah faham konsep menutup aurat nie... Mind set orang, bertudung tu dah menutup aurat... Sedangkan hakikatnya baju dan tudung yang dipakai jarang, tudung yang tidak menutup dada, seluar @ kain yang ketat, baju yang ketat dan berlengan pendek serta macam-macam lagi la fesyen yang pelik-pelik sekarang nie... Bukan niat Mr.H nak mengutuk tapi sekadar menegur sahaja. Contoh tafsiran penutupan aurat yang salah seperti kat bawah nie....

gambar hiasan...
Tudung nie tak salah nak berfesyen tapi asalkan tidak melanggar syarat-syarat yang sepatutnya... Kalau nak terang bab aurat nie rasanya ramai dah ustaz-ustaz dan ustazah-ustazah dah ceritakan... Siapalah Mr.H nie nak cakap lebih-lebih bab nie kan? Just nak tegur dan berkongsi pandangan sahaja sebab diri ini pun masih banyak kekurangan dan kelemahannya... Insyaallah dalam perubahan jugak, perlahan-lahan... Tudung labuh nie sebenarnya kalau kita perhatikan betul-betul cantik sangat... Cuba tengok gambar kat bawah nie... 

Cantik kan?? hehe
Shawl pun ok tapi pastikan macam kat atas nie la.. Perfect larh... hehe I like...
Tapi kalau yang nie memang idaman semua lelaki la... Perghhh terbaik.... 
Cantik kan?? So siapa yang cakap bertudung labuh tu tak cantik... Memang salah la... For me it's Perfect... Untuk sahabat Mr.H yang bercadang nak ke arah tu, silakan. Mr.H sentiasa sokong untuk awak ke arah tu... Biarlah orang nak panggil awak ustazah pun... Itu kan doa yang baik... Walaupun bukan jadi ustazah di sekolah, boleh kan jadi ustazah untuk anak-anak nanti ye Umi? hehehe so teruskan ye dan Mr.H harap ianya akan tercapai... Insyaallah... 

Sekadar Renungan bersama~~~

Amin... Setiap perkara yang baik itu disertakan dengan Ujian yang berat...  Teruskan usaha... !!!

Thanks for reading just for a short update to my lovely friend forver..

Sekian Coretan hati....

2 comments:

Condoriano said...

Betul tu siapa kata ustazah je yg bertuduh labuh kan? Bukan ustazah je yg nak masuk syurga, kita semua nak :)
Kalau kita nak tutup aurat dgn bersungguh-sungguh inshaa Allah, Allah pun akan tutup hati orang lain yg cuba utk mengaibkan kita.

Unknown said...

Condoriano: yup.. Niat sahabat Mr.H nie harap2 tercapai la... nak sangat tengok perubahan yang baik nie... sama-sama kita doakan ye kawan? :)