Friday, April 12, 2013

Coretan Mingguan 7-11 April 2013... Diari Hidupku...


Salam, 

Seperti biasa coretan mingguan dari Mr.H, cuma coretan untuk 9 April 2013 Mr.H keluarkan dalam entry yang lain...  jom layan kehidupan Mr.H minggu ini...

7 April 2013

Pagi nie agak terlewat terjaga dari tidur dek kerana menyiapkan entry bertajuk "Terima Kasih untuk Insan Yang Terindah". Khas ditujukan buat Miss.H. Rasa happy dapat luahkan semuanya dalam kata-kata tu.... So dah terlewat bangun terus mandi dan solat subuh sambil on lappy untuk update status. Sambil tu jugak Mr.H kembali melihat entry yang Mr.H taip semalam... Macam tak percaya kata-kata tu Mr.H luahkan diblog nie... Alahai bukan nak jiwang tapi kadang-kadang kita nak hargai seseorang yang buat hidup kita nie semakin ceria dan bahagia dengan pelbagai cara kita dapat luahkan... Untuk Mr.H lebih selesa menaip dari bercakap... Rasa sifat malu tu dah kembali semula macam dulu... Jam dah menunjukkan pukul 7.20 pagi. Terus salam abang, kakak dan mama... Rasa macam tak nak lepas je dari pelukan mama. Selalu macam tu time nak balik rumah sewa... Biasa la... Rapat sangat la dengan mama nie... Nie mama nak pergi umrah 2 minggu nie habis la Mr.H rindu teruk la dengan mama... Adesss... So bertolak balik ke Jitra dengan malasnya... Dah la sejuk-sejuk memang bertambah la malasnya... 

Sampai je rumah sewa terus letak beg dan kemas bilik dulu... Biasa la, tinggal 2 hari je dah berhabuk... Dah siap kemas baru Mr.H breakfast... Selalu makan kat dalam bilik je sebab ruang tamu dipenuhi dengan kawan-kawan yang still tidur... Kelas jam 9 bermula dengan retest subjek microwave, semalam wakil kelas ada bagitau tajuk yang masuk test, tapi bila nak jawab satu tajuk pun tak masuk... Terpaksa la perah otak gila-gila ingat balik teori dan nota-nota... Rasa macam jawab sikit je.. Dah selesai kelas microwave, Mr.H lepak bersama geng trio kejap di bangku sambil bergurau senda seperti biasa... Jam 11 kami semua pulang sebab kelas entrepreneurship dibatalkan, so bersambung kelas jam 2.00 petang. 

Masa jam 12.00 tengahari, Mr.H lunch dekat taman siswa. Menu hari ini ialah nasi putih, sotong masak sambal, daging bakar dan oren susu. Saja tukar menu sikit... Selalu ayam, ayam, ayam je... Rasa jemu la. Kelas jam 2 petang Engineering Math, cuma buat group discussion je. Habis je kelas terus balik rumah, rehat dan solat asar sebelum terlelap kejap dek kerana sakit kepala yang teramat sangat... Cuaca yang terlampau panas agaknya... Ulser pun semakin berkurang la bila ikut tips dari salah seorang tips yang diberikan oleh Miss Eida. Meh Mr.H nak share sikit tips yang dikongsikan Miss Eida untuk Mr.H. Letakkan planta / butter pada ulser tu... Memang pada mulanya macam tak ada kesan pun... Tapi 2-3 hari lepas tu insyaallah lega.. Jangan lupa jugak minum air masak banyak-banyak dan mandi kerap sikit ye... Hehehe menu untuk makan malam Mr.H pilih untuk makan nasi kahwin je dan air barli. Selalu pilih teh o, tapi disebabkan sakit kepala so Mr.H tak minum teh o la... takut angin naik ke kepala ada harapan nak muntah teruk lagi... 

So lepas makan sempat la layan movie Skyfall yang Cik Pieja bagi hari tu... Jam 7.20 terus ambil towel dan mandi serta menunggu azan magrib. Aktiviti malamnya sempat update status di facebook via mobile je.. Kepala pun sakit teruk jugak malam nie... terbaring je, sampai la dekat pukul 12 tengah malam Mr.H usya dekat facebook sebelum nak tidur, ada mesej dekat inbox, Miss.H teringatkan Mr.H la... Hanya Tuhan saja yang tau bertapa bahagianya rasa hati nie, rasa bersalah jugak sebab buatkan Miss.H tak dapat nak fokus study. Sorry, bukan niat nak menjadi pengganggu dalam kehidupan seharian Miss.H, sekadar ingin menumpang sedikit keceriaan yang diberikan bagi menghilangkan kesunyian hati ini. Cuma satu Mr.H harap Miss.H fokus study elok-elok, mungkin kita jarang sms di handphone, cukuplah dengan 1 sms difacebook setiap hari dan skype sekali di hujung minggu untuk buatkan diri kita terus berhubung dan Mr.H tersenyum... Mungkin dengan ini kita akan lebih mesra dan saling merindui seperti ini berpanjangan... Kehadiranmu umpama pengganti Miss.Lia yang pernah Mr.H dambakan suatu masa lalu... semoga kita bertemu secara realitinya nanti... Akan Mr.H nantikan saat itu tidak lama lagi...

8 April 2013

Pagi nie pun Mr.H terlewat bangun lagi, mungkin kesan panadol yang buatkan Mr.H tidur dengan nyenyaknya bersama mimpi yang indah... Terus bersiap dan ke politeknik. Hari ini Mr.H mengenakan pakaian serba hitam hari nie... Kelas untuk hari ini dibatalkan kerana memberi ruang kepada pelajar semester 6 untuk menghadiri seminar dari pensyarah Management Science Universiti (MSU). Jam 8.30 pagi semua pelajar semester akhir untuk jabatan elektrik masuk ke dewan kuliah 6. Pada mulanya hampir kesemua rakan sekelas Mr.H join la. Tapi tak sampai 15 minit diaorang dah blah dah. Dan tinggal Mr.H seorang je wakil untuk kelas Mr.H... Hahaha hampeh betul. Yang Mr.H tak blah bukan apa, rasa macam ada something yang berguna jugak Mr.H boleh dapat dari program nie daripada tidur je kat rumah sewa tu... So dalam pukul 9 lebih, Mr.H dah nampak group trio dan zalina dah sampai... Ada la semangat sikit nak stay dalam dewan kuliah tu... 

Untuk sesi pertama, taklimat tentang resume dan serba sedikit diberikan... Muka pensyarah yang bagi taklimat tu sebijik macam kakak angkat Mr.H iaitu kak Erni... Lepas selesai sesi pertama, slot kedua diteruskan dengan sesi mock interview oleh pensyarah yang kedua... dalam sesi kedua nie jugak, pensyarah nie ada bagi gambaran jugak jenis-jenis orang belajar dengan kaedah melihat, kaedah mendengar, dan kaedah melihat pergerakan... Ada jugak gurauan diselitkan dalam penyampaiannya... serius kelakar la pensyarah comel dan chubby nie... part paling best bila dia cakap sebutkan no "tiga" dalam bahasa KL la. Sebab dengan menyebut no nie anda akan tersenyum dengan sendirinya... untuk sesi pensyarah kedua nie memang best, kelakar dan banyak tips yang menarik diberikan sampai part boxer dan bra pun dia kasi... Memang terbaek la...  hahaha bukan nak loglaq(tak sopan) tapi memang pensyarah tu bagi tips kaw-kaw la dari segala aspek sebelum pergi ke sesi temuduga. Kadang-kadang benda tu kita nampak remeh je tapi impaknya agak memberi kesan so kena bersedia la dengan sebaik mungkin sebelum menghadiri sesi temuduga... 

Geng Elektrik je... elektronik??? Mana eh?? haha
Lecturer klakar sedang bercakap... hehe
Jam 12.30 tengahari dah tamat seminar untuk sesi pagi. So para pelajar boleh dapatkan makanan sebelum pulang... Masih ada lagi sesi petang tapi Mr.H tak confirm lagi nak pergi atau tak. Nasi yang disediakan lebih kurang 200 bungkus tapi pelajar rasanya cuma 70-80 orang je... So Mr.H pun ambil la dua bungkus sebab dah lebih banyak dan terus ke kafe cari group trio (Cik Pieja dan Cik Kamila) serta Zalina. Dari jauh Cik Kamila dah melambai-lambai dekat Mr.H. Terus ke meja yang diaorang duduk. Masa tu Cik Pieja sedang beli air. Bila Cik Pieja datang terus dia ajak kitaorang masuk makan kat dalam kelas, sebab mak cik kafe macam bengang je kat kitaorang... Dah nasi orang bagi free, tak kan la nak beli kat kafe lagi... Muka memang tak puas hati betul. So Mr.H dan awek-awek nie masuk la ke bilik kuliah 34 untuk lunch nasi bungkus tu bersama-sama... Kami berempat kalau tak ada lawak memang tak sah la... Ada je gelak masa makan tu, semua jenis kaki lawak. Memang terbaik la... 

Cik Kamila ada tanya Mr.H nak pergi dengan siapa untuk Majlis Anugerah Ketua Jabatan Elektrik esok yang diadakan di Star City Hotel Alor Setar... Mr.H memang tak tau nak pergi dengan sapa. So jawab tak tau je la... Terus Cik Pieja ajak Mr.H join pergi dengan Cik Kamila dan Cik Pieja serta Zalina... So dah setuju macam mana nak plan esok terus kami berborak dan bergelak tawa sehingga selesai makan. Seronok bila makan bersama macam tu, kejap cubit lauk kawan nie, kejap ambil sayur dari kawan nie... Hehehe seronok sangat dah macam 1 family je... Dah selesai makan tu tetiba je ternampak Puan Circuit Analysis lalu, terus kami berempat tunduk rapat dekat meja, hehe lawak betoi, bukan apa, sebab petang nie kami semua nak ponteng kelas Circuit Analysis nie. Malas dan penat dengan seminar pagi tadi... Lepas dah siap makan terus balik ke rumah masing-masing... Aktiviti petangnya tak ada buat apa sangat kecuali menonton movie dan dalam jam 4.30 petang Mr.H keluar ke pasaraya untuk cari barang kejap, seterusnya beli makan malam. Menu hari nie nasi kahwin dan air barli lagi. Dan malamnya Mr.H menyiapkan laporan untuk Tamadun Islam sambil buka facebook sehingga terlelap mata ini... hari yang biasa-biasa saja... Hope untuk esok akan lebih ceria dengan aktiviti di luar Poli.

9 April 2013

-Sila rujuk Entry "9 April Suatu Hari Yang Penuh Kenangan dan Keceriaan Untukku" selepas entry ini...


10 April 2013

Keletihan aktiviti semalam masih lagi terasa di pagi ini. Serius tak pernah rasa happy dan ceria macam nie... Rasa enjoy sangat semalam. Entah bila lagi la dapat lalui saat-saat indah seperti itu agaknya. So pagi nie hanya terbaring saja tanpa melakukan apa-apa. Masih terbayang mesej yang dihantar oleh Miss.H semalam. Tersenyum sendirian. Dalam pukul 9.30 pagi baru Mr.H bangun dan mandi. Siap je mandi terus cari nasi lemak dekat traffic light tapi sayang, mak cik tu tak berniaga la pulak hari nie... So Mr.H beli dekat area depan kedai nie la... Actually tak berapa suka sangat sebab sambal nasi lemak mak cik nie manis macam gula. Orang kelantan agaknya makcik nie... Tapi heran jugak, selalu beli apa pun ada je orang nak sedekah, muka nie muka kesian agaknya.. hahaha hari nie nasi lemak yang sepatutnya harga Rm2 makcik tu cakap Rm1 je... Alahai rezeki-rezeki. Tengaharinya pulak menu untuk lunch ialah nasi kerabu dan air tebu... Memang terbaek la... 

So kelas jam 4 petang... Cuaca petang nie tak berapa cun sangat sebab macam nak hujan... Lebih kurang pukul 3.15 petang tu Mr.H dah siap untuk ke kelas... Tepat je pukul 3.30 petang terus hujan turun dengan selebatnya.. Aiii macam tak nak bagi Mr.H pergi kelas je... Tapi tak sampai 15 minit dah reda balik.. Hampeh... kena pergi jugak la nampaknya... Kelas petang nie tak ada yang menarik sangat... Ramai yang tak datang sebab inovasi projek... Balik je dari kelas, rehat jap, solat dan mengadap netbook je la sambil tengok gambar dan taip draft blog nie... Malamnya cuma beli burger je sebab malas nak keluar beli nasi dekat medan... Lagipun jemu jugak kalau hari-hari makan nasi goreng nie... So menu Mr.H burger daging je la... Aktiviti malam nie cuma bergayut di handphone je dengan seorang sahabat facebook nie... Lama dah tak cakap handphone lama-lama nie... Rindu pulak nak cakap dengan Miss.Lia tapi takut dia busy dengan report akhir practical dia... So tak nak la ganggu. Tunggu je miss call dari sapa-sapa terus Mr.H call... So dah tak ada buat apa malam nie, mengadap game kejap tapi cepat pulak bosan dan akhirnya mata ini lelap jua.... Hari yang tidak begitu banyak dengan aktiviti dan memori untuk hidup Mr.H... Semoga esok akan lebih bermakna....

11 April 2013

Permulaan hari khamis ini dengan terjaganya mata ini pada jam 5.30 pagi dek kerana nyamuk yang non stop menggigit... Hairan jugak sebab selalu tak ada sangat nyamuk nie... Bila toleh ke kiri je dah dapat detect kat mana sebabnya. Well pintu bilik tertutup rapat. Memang itu la punca utamanya... Selalunya pintu bilik nie memang Mr.H buka luas-luas. Entah macam mana kawan Mr.H la nie tutup semalam... Mr.H pun tidur awal so tak tau la kenapa diaorang tutup pintu bilik tu. So apa lagi, terus bangun dan pasang ubat nyamuk sebelum kembali lelap. Mengantok sangat... Pagi nie ada lawatan ke RTM Alor Setar dan Menara Kawalan Lapangan Terbang. Biasa la Mr.H nie student Elektronik Komunikasi so kena la dapat pendedahan tentang peluang kerjaya selepas tamat diploma nie... So sampai je di poli dalam pukul 7:50 pagi dan terus dapat sms dari Cik Pieja yang tengah tunggu dekat kerusi kayu... Aik?? Macam berjanji pulak nak pakai baju sama warna biru... hahaha kebetulan... Mr.H pun pergi la dekat Cik Pieja sebelum kami sama-sama ke kafe untuk beli breakfast dan berjalan menuju ke bas. Masa menunggu tu kami dah nampak Cik Kamila kat sana. Lebih kurang dalam 30 minit jugak menunggu sambil bergurau dengan PA kitaorang sebelum naik bas dan menuju ke destinasi pertama iaitu RTM Alor Setar. 

Ada dua trip bas untuk hari ini sebenarnya, pertama bas kitaorang ke Alor Setar dan yang kedua bas untuk geng Diploma Kejuruteraan Elektrik Teknologi(DET) ke Kulim. Akhirnya kami tiba di RTM Alor Setar. Kami disambut dengan mesra oleh Deejay kedah FM iaitu Abang Rizal yang seterusnya memberi serba sedikit taklimat mengenai RTM di Alor Setar. Dari auditoriom kami dibawa oleh Abang Rizal melawat sekitar tempat / kawasan bertugas di RTM Kedah ini... Kami dibawa ke bilik yang mempunyai kelengkapan yang digunakan oleh seseorang Deejay sebelum menjalankan tugas disamping peluang untuk mencuba sendiri mengendalikan perisian seperti seorang Deejay yang sebenar. Selain itu kami juga dibawa melihat ke konti dimana siaran Kedah Fm sedang ke udara. Dan sesi terakhir, kami dibawa ke bilik dimana suntingan berita dan berita wilayah di jalankan... Kami juga diberi peluang untuk merasai sendiri bagaimana menjadi seseorang pembaca berita dengan panduan Abang Rashid. Memang ceria sangat mood semua orang disini. 

Bab bergambar of course semua orang tak melepaskan peluang ini. Tapi macam biasa Mr.H langsung tak snap apa-apa gambar. Tunggu kawan upload je dan nanti Mr.H copy dari facebook diaorang je... Dah selesai di RTM Alor Setar, lawatan diteruskan dengan melawat Menara Kawalan di Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim Mu'Adzam Shah di Kepala Batas. Dimenara kawalan ini kami dapat melihat sendiri bagaimana sesebuah kapal terbang itu diberi arahan dan mendapat arahan untuk melakukan penerbangan dan pendaratan... Memang suatu pengalaman yang menarik. Kawan-kawan lain banyak la fokus dengan taklimat yang diberikan dekat depan... Yang Mr.H dan Cik Pieja dah undur ke belakang dah sebab tak tahan sejuk air cond kat situ... Sampai sakit kepala jugak la Mr.H dibuatnya bila ada kat menara kawalan tu. Habis je dekat menara kawalan tu kami dibawa ke balai ketibaan untuk melihat sendiri kemudahan yang disediakan di situ. Badan Mr.H memang dah longlai dah bila berjalan bersama Cik Pieja masa nak naik bas tu. Ye la, dah dekat pukul 3 petang, perut nie langsung tak makan apa... 

Sampai je kat poli terus start moto bersama Cik Kamila dan pergi ke Taman Siswa dan Mr.H makan bersama group trio nie... Asalnya kami nak makan dekat medan yang selalu Mr.H dan Cik Pieja beli makanan tu... Tapi hari khamis tu mak cik tu cuti pulak... memang lapar sangat time tu. Part best bila tengok Cik Pieja makan sampai habis, selalunya Mr.H dan Cik Pieja tak pernah habis kalau makan kat kedai... Tapi hari nie memang kepenatan dan tahap lapar yang maksimum la... hehehe selesai je makan terus Mr.H balik ke rumah sewa, rehat kejap, mandi, solat, kemas beg dan terus bertolak balik ke rumah mama. 

Masa on the way tu Mr.H dah nampak awan gelap sangat, angin pun kuat macam nak ribut je... Last-last turun jugak hujan, separa lencun jugak la Mr.H sebelum berhenti kejap dekat kedai makan mana ntah. Risaukan handphone dalam beg nie je... Netbook memang dah prepare dah dalam beg plastik. Dalam pukul 5:00 petang barulah hujan reda sikit dan Mr.H pakai baju hujan sebelum meneruskan perjalanan ke rumah mama yang tercinta... Sampai je rumah cuma kakak dan adik Mr.H je yang ada... mama ada kursus haji la petang nie... Dalam pukul 6.30 petang baru mama balik dan terus Mr.H salam dan peluk puas-puas... Tak tau la kenapa rasa rindu sangat kat mama minggu nie... Aktiviti sebelah malamnya cuma rehat dan tulis draft blog je. Dan gambar untuk entry"9 April Suatu Hari Yang Penuh Kenangan dan Keceriaan Untukku"  telah dihantar oleh Cik Kamila... hehehe rasanya setakat itu saja coretan minggu nie... Terima kasih sudi membaca... 

Sekian Coretan dari Hati....



2 comments:

Ain Norainsyah said...

Hai Mr. H, fes time kat sini.

Nampak macam mr. H sangat menghargai setiap saat dalam hidup. Untunglah kalau boleh rasa macam tu. :)

Teringat pulak kisah saya dengan arwah bf sebelum dia meninggal. Kitorang pun contact jarang sangat sejak penyakit dia dah makin teruk. Dalam sebulan, jarang sangat dapat tengok walaupun satu mesej dia. Tapi bila sekali je dia call, rasa happy sangat walaupun sekejap. :)

Unknown said...

hai Cik Ain.. TQ sudi lawat blog Mr.H nie... Mr.H nie sangat menghargai setiap saat kehidupan bersama insan2 yang buatkan Mr.H bahagia... Setiap saat yang berlalu terlalu bermakna ain. Memang rasa happy kan bila dapat sms @ call dari orang yang kita sayang? Al-fatihah untuk arwah bf Cik Ain... :')