Friday, April 12, 2013

"9 April Suatu Hari Yang Penuh Kenangan dan Keceriaan Untukku"

9 April 2013

Hari nie, permulaan pagi Mr.H cuma biasa-biasa saja... Lepas solat subuh terus kembali terbaring tanpa melelapkan mata ini kembali. Dalam jam 7.50 pagi Mr.H terus iron kemeja putih berjalur purple yang akan dipakai semasa Majlis Anugerah Ketua Jabatan Elektrik(AKJ) yang diadakan di Star City Hotel, Alor Setar. So dah siap iron baju(iron cincai-cincai je sebab tak reti sangat) terus bersiap untuk ke kelas Circuit Analysis jam 9.00 pagi. Parking je moto, jalan kaki menuju ke banggunan tingkat 7 dan terus naik tangga sehingga ke tingkat 5. Sampai je kat tingkat 5 rasa penat jugak tapi tak apa la, excercise. Dah lama sangat tak bersenam Mr.H nie... Masuk je kat dalam kelas Cik Pieja dah sampai dan terus duduk di sebelah kanan dia seperti biasa. Sementara menunggu kelas bermula, kami berdua lawan game bowling dulu di handphone Cik Pieja la sambil bergelak tawa kami berdua. Kelas pagi nie diteruskan dengan kebosanan dan ketidakfahaman tajuk yang tahap susah gila... Lecturer yang mengajar pun still confused lagi dengan apa yang dia ajar. Bayangkan la... Kira pakai formula sampai jalan kira pun dekat dua page A4 paper dan jawapan akhirnya cuma dapat nilai "0" je? Memang teori tahap berat kepala nie...


Habis je kelas Mr.H, Geng trio, dan Zalina berjalan menuju ke kafe kering untuk rehat sambil bincang plan untuk petang nanti... So sambil lepak tu macam-macam topik la kami borak, bab lawak tu wajib la. Lau tak Cik Pieja dan Mr.H mesti Cik Kamila dan Zalina yang akan buat kami berempat gelak bersama. Masa tengah borak tu, Cik Pieja ada call Penasihat Akedemik (PA) kitaorang untuk dapatkan info perjalanan program AKJ tu dan kebetulan kitaorang ternampak En PA kitaorang dekat bengkel so terus kami bergerak mendapatkan En PA kami. Menurut En PA kitaorang majlis bermula jam 1.30 petang sesi pendaftaran, ucapan ketua jabatan elektrik, penyampaian anugerah dan dalam pukul 3.00 petang baru makan... Kitaorang nak tau time makan je sebenarnya.. hahaha so dah dapat jadual aktiviti mula la kitaorang plan untuk bergerak. Zalina akan singgah di rumah Mr.H dulu sebelum bergerak ke rumah Cik Kamila. Biasa la, Mr.H dan Zalina naik moto je so kitaorang tumpang kereta Cik Kamila la sebelum singgah ke rumah Cik Pieja pulak untuk ambil dia.


Dah setuju dan set masa untuk perjalanan kitaorang terus balik ke rumah... Sampai je dirumah sewa, Mr.H baring-baring dan bermalasan kejap sementara nak tunggu jam 12.00 tengahari. Dalam jam 11.45 pagi terus Mr.H pergi mandi dan bersiap dengan memakai kemeja dan slack hitam, cuma tak pakai tali leher je, nanti nampak macam nak pergi interwiew pulak... Hahaha dalam jam 12.20 tengahari jugak la baru Zalina sampai dan kami terus bergerak ke rumah Cik Kamila. Sampai je ke rumah Cik Kamila terus parking moto dan kami bertolak menuju ke Hutan Kampung iaitu rumah Cik Pieja... Well nie first time Mr.H pergi rumah Cik Pieja nie, rumah Cik Kamila dah 2-3x dah. So sampai je kat rumah Cik Pieja terus Mr.H call dia. Niat tu memang nak call dia... tapi part best bila dah call tu entah kenapa jari nie tekan button letak pulak... Hadoi. Sampai je kat pintu pagar, dah nampak Cik Pieja mengenakan pakaian jubah kelabu bersama tudung biru tua, sesuai dan cantik la untuk event macam nie. Sopan dan sedap mata memandang.


So Cik Pieja ajak la kawan-kawan dia nie masuk sebab Cik Kamila nak tukar tudung pulak. Tak match dengan jubah... Biasa la orang perempuan macam tu la... Sementara mereka bertiga sedang bersiap, Mr.H ada la borak dengan mak Cik Pieja nie. Best jugak dapat berborak dengan mak Cik Pieja nie, tapi tak banyak cakap sangat macam mama Mr.H. Antara soalan yang Mr.H boleh ingat "nie kawan Paezah yang duduk Kuala Nerang tu kan?". Jawab Mr.H "Haaa saya la tu mak cik"... Hahaha slow je mak Cik Pieja nie sembang, banyak jugak la cerita yang dikongsikan bersama Mr.H sementara sahabat-sahabat Mr.H selesai bersiap. Lepas je diaorang bersiap terus Mr.H minta izin untuk pergi dan menuju ke kereta... Mr.H duduk di depan bersama Cik Kamila dan Cik Pieja dan Zalina duduk di belakang. Jam dah menunjukkan pukul 1:00 petang. Dan untuk elakkan kesesakan lalulintas, Cik Pieja bagi cadangan untuk ikut jalan belakang... Mr.H senyap je, sebab tak reti sangat jalan-jalan kat Alor Setar nie... Masa dalam perjalanan nie pun still ada lagi gelak tawa dari kami. Haiii ceria sungguh kami bila bersama.


Dalam pukul 1:20 petang macam tu la... Kami tiba di Star City Hotel, Alor Setar tapi tengok macam tak ada orang lagi... So lepak dulu la dalam kereta sambil bergambar... hehehe dalam pukul 1.30 petang kami masuk ke lobi hotel dan terus ke tingkat dua sebab majlis kami diadakan di sana. Geng kelas DEP6B dah ready dekat atas untuk sesi pendaftaran. Untuk majlis nie, kelas DEP6B ditugaskan sebagai penyambut tetamu dan DEP6C sebagai Photographer. Hehehe so masa sesi pendaftaran kami diberikan mouse, usb adapter, atau usb light dan di kotak barang-barang tersebut di letakkan no untuk cabutan bertuah. Mr.H memilih no 163 sebab rasa cantik la no nie.. Dah siap mendaftar sesi bergambar la dulu sementara nak tunggu di meja makan... Mr.H duduk dengan geng lelaki kelas Mr.H je. Nak duduk dengan Cik Pieja dan Cik Kamila tapi diaorang tak ada kat meja masa tu sebab diaorang ditugaskan jadi penyambut Ketua Jabatan masa datang nanti... So Mr.H duduk je la dengan geng lelaki nie...



Awek-awek bersama Mr.H...
Cik Pieja, Mr.H dan Cik Kamila(geng trio)
Yang kanan skali min... banyak sangat kamera.. tak tau nak tengok yang mana...
Sentiasa bersama bertiga... Selamanya group trio
Budak kelas Mr.H bersama Ayahanda(PA)
Mr.H dan budak kelas lagi...
Awek-awek dan PijakPong... Suka plak dia dengan Cik Kamila..
Masa Cik Pieja dan Cik Kamila kembali ke meja ada la budak lelaki lain pulak duduk dekat meja Cik Kamila dan Cik Pieja nie... Hehehe hadoi, potong betul la... Tu la bila jadi orang cun nie... Ramai yang test market... Sorry je la, mereka berdua not available anymore... So majlis dimulakan dengan bacaan doa, ucapan-ucapan dan seterusnya penyampaian anugerah ketua jabatan... Dah selesai bab tu terus sesi menjamu selera. Ok lah, meh Mr.H story menu yang disediakan. Nasi apa Mr.H tak sure bersama ayam berempah, murtabak mini, spagetti, mee kuah, kuih muih, buah-buahan, cupcake, puding, dan air oren serta teh o panas. Hahaha akhirnya Cik Pieja makan mee jugak untuk kesekian kalinya... Cik Pieja nie dia tak boleh makan mee, sebab dia pernah cakap kat Mr.H masa datang rumah Mr.H dulu, kalau dia makan mesti rasa loya... Tapi sekarang dah ok la k0t, mungkin penangan mee goreng mama Mr.H hari tu la nie buat Cik Pieja punya masalah tak boleh makan mee nie kembali ok... hahaha..


Apam ape ntah...
Yang tinggi tu cucuq badak bak hang.... haha
Abaikan jari cameraman tu... hahaha
Juadah-juadah yang disediakan..
Kanan sekali Ketua Jabatan... Pakai DSLR pun bleh blur lagi... ape daaaa...  hahaha
No yang tertera pada mouse dan usb light  untuk cabutan bertuah....
Geng trio... Eh Mr.H enterframe la pulak kt belakang tu... haha
Para pensyarah dan staff di JKE..
Sesi tayangan video persembahan projek akhir terbaik..
Untuk first round mesti la makan nasi dulu, so Mr.H ambil nasi dulu sebagai permulaan. Dah selesai je Mr.H bersambung dengan menu kedua iaitu spagetti(komen Mr.H dan Cik pieja bersama, spagetti nie tak sedap.. sekian...) memang tak sedap pun sebab tak terasa sangat kuahnya... Sambil menjamu selera para tetamu dihiburkan dengan nyanyian oleh pelajar. Boleh tahan la, cuma jangan la over sangat jerit time menyanyi tu, boleh lekat tulang ayam tau tak? hahahaha seterusnya majlis diteruskan dengan cabutan bertuah, antara hadiah yang ditawarkan ialah Cooling pad, wireless usb mouse, external hardisk 500GB, cannon printer dan pakej penginapan di hotel Star City... Part paling bengang bila no Mr.H nyaris-nyaris nak kena panggil je... Hampa kejap... Yang geng lelaki kelas Mr.H kebanyakan dah blah balik dah. So tinggal Mr.H kat meja sorang-sorang. Terus pindah ke meja Cik Pieja dan Cik Kamila. Segan la nak duduk sensorang.


Nasi apa Mr.H tak sure... tau makan je... gambar nie dari pinggan photographer... hehe
Apa yang Mr.H perhatikan la, yang geng-geng perempuan kelas lain memang over la make-up dan dressing... Fuhh lain gila dari kat poli. Ini kalau buat bini memang high maintenance dan budget nie... Tak kurang jugak couple-couple yang agak over la dalam majlis nie... Mr.H tak sure la siapa yang buat aksi suap menyuap tu tapi menurut status facebook kawan kelas math Mr.H la ada couple yang buat macam tu masa majlis. Sorry to say la, ini event rasmi dan sepatutnya kalau tak ada rasa malu kat kawan-kawan pun, hormat la pensyarah yang ada kat situ... Nak duduk sebelah menyebelah lelaki perempuan it's ok tapi tak payah mesra sangat k0wt? Public nie. Kat luar suka hati la nak letak tangan atas bahu ke, tangan dalam baju ke, suap silang tangan ke it's up to you... Rasa nak cari kawan Mr.H tu la nak tanya sapa yang buat perangai macam tu. Bodoh betul. Majlis akhirnya tamat pada jam hampir 5.00 petang. Semasa nak balik tu, Zalina sempat ambil kuih pulut udang, balut dalam tisu dan masukkan ke dalam beg Cik Pieja. Hadoi macam tu p0n boley? hahaha macam-macam perangai sahabat-sahabat Mr.H nie.

Sementara nak turun ke tangga tu, Mr.H sempat la snap dua tiga gambar Cik Pieja. Masa dekat lobby, Mr.H tunggu kejap sementara awek-awek nie pergi ke toilet kejap. Cik Kamila dah tunggu kat kereta, so dah selesai je terus kami membuat agenda kami yang seterusnya. Cadangan Cik Pieja nak pergi ke mall, so singgah la ke Pacific kejap. Sebelum nak masuk tu, Mr.H mintak la Cik Pieja dan Zalina tolong lipatkan lengan baju nie kejap, biasa la nak bermanja dengan sahabat kejap(mengada-ngada je Mr.H nie.. hahaha)... Ceh manja la sangat... Tak ada la selalu pun mama yang tolong lipatkan... Mr.H nie kurang reti sikit la bab lipat nie sebab memang tak kemas... Masuk je dalam pacific dan jalan-jalan kejap, rasa bosan dan terus Cik Pieja ajak ke Marina bay k0t ala yang kat tepi laut dekat dengan kawasan nelayan di Kuala Kedah tu. Masa on the way nak pergi tu ada 1 lagu parodi yang dimainkan di ERA FM, kami semua tau lirik lagu tu dan cuba nak teka lagu tu tajuk apa, sambil-sambil nyanyi tu akhirnya dapat jugak tajuk lagu tu. Matahariku-Agnes Monica. hahaha jadi keja la 4 orang nie...


Dan pada masa yang sama jugak ada skuter nie lalu kat sebelah kitaorang, baru lagi la.. Hadoi sempat jugak kami berempat komen kat skuter akak tu... Serius lawak la skuter tu punya design.. Sampai je kat sana, kami pergi la lepak dekat dengan meriam batu sambil menikmati suasana petang dan makan pulut udang yang dibungkus dengan tisu tadi... Alahai seronok sangat dapat santai macam tu, tengok kapal-kapal nelayan, ambil gambar bersama dan menikmati angin laut.. Orang-orang dekat situ pandang pelik je. Mana taknya, awek-awek nie dengan jubah, yang Mr.H pulak dengan kemeja... hehehe memang gila la kitaorang nie... Nanti kita set lagi, hadoi rugi tak bawak DSLR tu. Kalau tak mesti banyak gambar yang cantik dapat diambil... Semua gambar di entry ini adalah dari kamera Cik Pieja, Cik Kamila dan Zalina. Dari Mr.H?? Tiada langsung... hehe bukan tak nak ambil tapi kamera hanphone nie tak ok la...



Peace... hahaha
Santai... menanti senja... best moment...
Dah selesai makan dan santai kami bertolak pulang, dan kali nie bertukar driver la.. Dari pagi Cik Kamila drive sekarang Cik Pieja pulak yang drive, part best bila radio mainkan lagu Teman Pengganti, semua nyanyi dan bila part rap tu semua gelak je sebab salah nyanyi... hadoi gelak je memanjang bila seorang lelaki dan tiga orang perempuan ini bersama... Dalam pukul 7.15 petang macam tu la, kami sampai di rumah Cik Pieja dan hantar dia balik sebelum kami bertiga pulang ke rumah Cik Kamila... Sampai je kat rumah Cik Kamila terus ambil moto dan bergerak balik bersama Zalina... Masa nak balik nie, Mr.H minta Zalina gerak dulu la sebab Mr.H tak ingat jalan dan biasa la masalah rabun nie memang susah nak bawak moto bila malam nie... Akhirnya sampai jugak dekat rumah sewa... Cuma tengok gelap semacam je, buka je pintu tengok ada yang main game dan ada yang terlena kepenatan...


Bertukar driver.... Cik Pieja pulak yang drive... 
Mr.H pun rasa penat yang teramat sangat, tapi sempat lagi tengok facebook dan ada mesej dari Miss.H tanya tentang nak reset password  blog. So Mr.H cakap khamis nie la baru dapat bantu dia sebab Mr.H tak boleh nak tolong kalau tak ada internet... maklumlah online pun hari khamis sampai sabtu je. Dan dalam mesej berikutnya ada jugak meluahkan rindu masing-masing... Insyaallah kalau ada umur yang panjang, minggu depan kita bertemu jua.. Tak sabar untuk dinantikan saat itu... Well keseluruhannya untuk hari ini, hari yang cukup terindah, hari yang paling bermakna, dan hari yang teramat menggembirakan Mr.H dengan keceriaan serta gelak tawa dan Miss.H yang membuatkan diri ini merasa kian bahagia kembali... Semoga perasaan ini berterusan.... Maaf entry nie sepatutnya dimasukkan dalam "coretan 7-11 April Diari Hidupku" tapi terpaksa dikeluarkan dari entry tersebut sebab terlalu panjang coretan Mr.H dalam entry kali nie... Rasa macam tak nak hilangkan setiap saat yang indah untuk hari ini lalu dipahatkan disini sebagai suatu memori yang terindah buat tatapan Mr.H suatu hari nanti...1 hari yang penuh dengan kenangan Mr.H dan kawan-kawan... 

Sekian coretan hati dalam diari Samprit Ungu... Thanks for reading... :')

No comments: