Friday, April 26, 2013

Coretan Mingguan (22 April 2013)

Salam,

Hari peperiksaan untuk paper pertama dan kedua....


22 April 2013

Pagi ini Mr.H bangun awal jugak la... Terus mandi dan solat subuh... Lepas tu kejutkan kawan serumah yang mintak Mr.H bangunkan dia untuk study sama-sama... So dah selesai kejutkan dia terus Mr.H buka buku math untuk tengok lagi sikit yang penting sebelum buka nota-nota mircrowave... Serius risau sebab nie first paper Mr.H untuk final kali nie... Sebelum bertolak ke poli Mr.H buat last checkup sebelum bertolak. Kad Matrik, wallet, Slip Exam Mr.H dan Cik Pieja serta kalkulator. Semua nie penting nie... 



Sampai je di poli, terus cari bilik kuliah 24 dimana first paper Mr.H disini. Kawan-kawan serumah Mr.H dah masuk tapi Mr.H kat luar lagi tunggu Cik Pieja datang jumpa Mr.H untuk ambil slip exam dia yang Mr.H tolong print. Haaa jumpa pun Cik Pieja... Kelam kabut jugak la dia sebab bilik kuliah kitaorang jauh jugak jaraknya.. Lepas dah bagi slip tu terus Mr.H masuk dan duduk di meja di tepi dinding. Dah dapat arahan isi maklumat pada kertas jawapan baru Mr.H isi dan baca doa sebelum menjawab. Format soalan kali nie agak lain la sebab ada 3 bahagian iaitu bahagian A ada solan 1 dan 2. Mr.H pilih soalan dua sebab soalan 1 terlalu banyak soalan pecahan... Opsss lupa nak bagitau paper apa Mr.H ambil pagi nie... Untuk pagi nie jam 8:30-10:30 pagi paper pertama Mr.H iaitu BA501-Engineering Mathematics 4. Kembali kepada soalan tadi soalan bahagian B pulak ada soalan 3 & 4. Mr.H memilih untuk jawab soalan 3 iaitu tajuk Vector sebab memang study bab tu je semalam... Dan kebetulan soalan yang keluar tu soalan yang sama sebijik macam dua semester yang lepas... Tak ubah langsung nilai macam soalan latihan yang Mr.H study semalam... Serius Mr.H ingat soalan tu... Dan untuk bahagian C pulak of course la Mr.H pilih soalan 4 daripada menjawab soalan 5. Dua-dua soalan dari tajuk yang sama iaitu Laplace Transoform cuma beza soalan 4 dengan 5 nie. Soalan 5 nie Inverse Laplace so lebih rumit la... 

Hope betul la ape yang Mr.H jawab tu... Risau tapi tawakal je la. Habis je exam terus berdiri dekat dengan tepi kelas tu tunggu Cik Pieja habis jawab. Sambil-sambil tu Miera, kawan kelas Mr.H nie ada la datang borak dan tanya tentang Microwave System. Banyak jugak la teori tentang definisi yang dia tanya... Mr.H dengan study 45 minit je pagi tadi memang tak banyak sangat la yang masuk dalam kepala nie.. Tapi alhamdulillah otak budak lelaki kan so ingat jugak la definisi-definisi yang penting-penting sambil ceritakan kat Miera nie... So nampak Cik Pieja, Cik Kamila dan Zalina dah keluar dari bilik kuliah, terus ajak Miera pergi dekat mereka berdua... Sampai je kat Cik Pieja, soalan pertama, "boleh jawab dak?". Mr.H jawab, "boleh ja, Pieja macam mana?". Dia macam stress je Mr.H tengok. So kami sama-sama berdiri dan baca nota-nota sambil-sambil tukar nota antara Cik Pieja dan Mr.H. Mr.H pun ada pesan kat dia baca topik-topik yang spot nie... Jam 10:20 pagi kelas DEP6A, DEP6B dan DEP6C dipanggil masuk ke bilik kuliah 29 dan 30. Kedudukan Mr.H agak dibelakang jugak la. So tengok soalan je, alhamdulillah semua tajuk spot dekat bawah nie masuk.... Tapi tak semua Mr.H dapat jawab sebab tak semua yang dapat ingat...




Tajuk soalan spot yang Mr.H dapat... *desktop yg telah di-edit... lalala

Abaikan wallpaper tu... Tengok dalam kotak merah sudah.. hehe so dah habis jawab rasa lega sangat untuk hari nie... Serius penat la bila dua paper pada hari yang sama... Terus balik rumah dan rehat kejap sehinggalah pukul 4:30 petang rasa nak balik rumah mama la sebab esoknya tak ada paper. Gap 1 hari. So boleh la balik rehat dan online kejap... Masa nak balik tu Cik Pieja sms Mr.H mengadu yang dia tak dapat jawab soalan Microwave nie... Alahai... Tapi sebagai seorang sahabat... Mr.H cuba la bagi nasihat dan support la sebab tak nak moral dia down sebab stress dengan paper tu.. Dah macam pakar motivasi pulak Mr.H nie.. Tapi itulah Mr.H buat sehingga dia kembali ok dan bersemangat... "orang yang tengah runtuh semangat kita perlu tarik perhatian dia dan bagi kata-kata psycologi yang membina kembali semangat dia, jangan biar dia main dengan emosi, sebab itu kunci kejatuhan diri seseorang. Sebaiknya, kita dengar luahan hati dia dan tackel(bukan mengorat hahaha) dia dengan nasihat dan kata-kata yang mencipta suatu semangat baru untuk dia kembali bersemangat meneruskan perjuangan". 

Sampai je rumah rasa sakit tangan nie... ye la, bawak moto sebelah tangan memang lenguh la... Tak ape, sahabat punya pasal... hehe terus solat asar dan online... Dalam pukul 6:40 petang keluar kejap cari makan malam. Malas nak masak. So pergi la kejap dekat kedai sebelah hospital nak cari nasi ayam yang sedap nie.. Alahai hampanya bila nasi ayam dah habis. Hadoi. Masa sampai dekat kedai nie, Mr.H perasan seorang perempuan nie macam kenal je. Yup. Memang dia. Kalau tak silap nama dia Salwa k0t. Dah kahwin rupanya dan baru dapat anak. Cepat sungguh kawan-kawan perempuan nie kahwin. Setakat nie rasanya dah 4-5 orang dah kawan Mr.H yang dah kahwin. Biasa la orang perempuan kan? Lelaki nie umur 25-28 tu sesuai la nak kahwin. Kalau awal nie bukan tak boleh cuma kewangan je la takut tak stabil lagi. Hehe orang lain tak tau la. Bagi Mr.H, nak bila kahwin nanti hidup nie lengkap dah dengan apa yang Mr.H perlukan. Baru nak kahwin. "Demand for myself to make my lovely person become comfortable and stay happy untill the last breath". Wawawawa jauh sudah fikiran nie melayang-layang terbang... 

Haipp3 sambung cerita balik... Dah nasi ayam habis so pergi la dekat kedai makan depan kedai Chin Hin Motor nie, order nasi goreng. Ada seorang awek dia panggil Mr.H adik?? OMG terasa diriku kembali 17 tahun. Chewahh... hahaha actually Mr.H kenal awek tu sebab dia famous jugak masa dekat SMK Dato Syed Ahmad dulu. Biasa la budak atlit memang la famous. Tapi dia tak kenal la Mr.H nie senior dia masa dekat sekolah dulu... Silent person so memang susah orang nak ingat kita... Tak ape la adik, bukan selalu nak bagi Abang Wan nie perasan muda kan?? Hahaha lain kali panggil adik lagi tau tau tau... hehe so order la nasi goreng kampung. Bila siap je bayar dan terus balik rumah. Masa nak balik tu ternampak kawan baik mama, Cik Ta lalu, senyum je dia. Well sapa tak kenal anak mama nie kat taman tu... Mr.H kan famous dikalangan mak cik mak cik kat situ... hahaha sampai je rumah kembali online dan jam 7:30 je terus pergi mandi... 

Aktiviti malamnya cuma online je sambil update "memori membuat kek bersama adik tersayang". Lama jugak la nak buat entry tu sebab Mr.H nak edit dan compress gambar tu yang ambil masa. 1 gambar je dah dekat 10MB. memang lambat la nak upload kalau tak compress dulu. Sambil-sambil tu Mr.H temankan la Cik Eida yang tengah study untuk paper Account esok sehingga jam 1:30 pagi... Mr.H terus online sehingga dekat subuh jugak la. Selesai solat subuh, Mr.H terdengar bunyi sms masuk. Laaaa Cik Pieja, apa la yang dia nak pagi-pagi nie... Dia just nak tau poli cuti berapa lama lepas final exam nie ja... Alahai, mata nie memang mengantok yang amat sangat dah nie. Ye la dari semalam berjaga sambil-sambil online tengok bola... 

Dalam pukul 7 macam tu la, Mr.H keluar cari nasi lemak yang paling Mr.H suka dekat rumah mama nie.. Mak Cik nie nama dia Mak Cik Milah. Start berniaga dah 11 tahun sejak Mr.H pindah disini... Dan Mr.H nie kira pelanggan tetap dan selalu jugak hantar surat khabar untuk balut nasi lemak. Memang baik mak cik nie... So pagi nie Mr.H beli nasi lemak dua bungkus. Lauk ayam, ikan bilis, telur rebus, sambal dan kuah kicap sikit. Rm1.00 je. Mana nak dapat nasi lemak murah macam nie sekarang nie... Only here tau tau.. haha terus balik rumah dan kunci pintu... Lepas tu tutup lampu yang terbuka je dari semalam dan terus tidur sehingga jam 11 pagi rasanya... Biasanya macam tu la keadaan Mr.H bila tinggal sorang-sorang dekat rumah... Susah nak tidur sebelum subuh walaupun mata dah mengantok. Eh dah masuk subuh kan? Hari lain la pulak... terlebih sudah entry untuk 22 April 2013.. Taip sampai tak sedar.. Jom ke hari yang seterusnya... bersambung...

No comments: