Saturday, April 6, 2013

Kenduri Untuk Mama dan Abah Pada Jumaat yang Indah


Salam,

Tengok tajuk je mungkin dah tau aq nak story tentang apa kan? Oklah  Jumaat 5/4/2013, Mama dan Abah ada buat kenduri bacaan yassin dan doa selamat sebelum pergi ke Umrah pada 14 April nie. So mengikut rancangan majlis untuk hari nie, jam 11 pagi dimulakan dengan bacaan yassin oleh orang perempuan dan makan tengahari... 


Mama & Mak Cik Sariah Jiran Sebelah
Menanti kehadiran tetamu untuk mulakan bacaan yassin...

Tapi agak mencemaskan seketika bila nasi dan lauk untuk para tetamu tak sampai lagi walaupun bacaan yassin dah nak habis... tapi alhamdulillah akhirnya sampai jugak jam 11.35 minit pagi... Bukan apa, segan jugak la kan bila juadah untuk tetamu tak sampai lagi... So dah siap orang yang bawak lauk tu setup tempat terus orang ramai menjamu selera... Ramai jugak la orang perempuan yang join bacaan Yassin nie... Terutamanya geng kelas fardu ain mama setiap hari jumaat pagi... 


Menanti nasi dan lauk pauk yang sedang dihidangkan...
Aida... Anak jiran yang mama anggap macam cucu dia... Orang selangor.. hehe
Suasana semasa kaum ibu dan anak-anak menjamu selera...
Ramai kan??
Macam kenduri kahwin ja...

Lebih kurang jam 12 tengari orang yang Mr.H tunggu dah pun sampai, siapa lagi kalau bukan group trio Mr.H iaitu Cik Pieja dan Cik Kamila... Akhirnya datang jugak diaorang.... Ingatkan dah tak jadi nak datang... Tapi pagi tadi Cik Kamila dah sms tanya diaorang nak datang pukul berapa so Mr.H suruh la datang dalam pukul 11.30 pagi... Sampai je Cik Pieja dah suruh temankan diaorang makan bersama... So Mr.H pergi la duduk dekat meja hujung nie sambil tunggu awek berdua nie ambil makanan. Sambil temankan diaorang makan, berborak dan bergurau senda seperti selalu la... Ada sahaja gurauan kami bertiga. Dan selepas diaorang selesai makan, kakak Mr.H yang kedua sampai so Cik Pieja dah nampak Mia, Cik Pieja tanya Mr.H samada Mia nie jenis mau dekat orang tak, Mr.H suruh la dia dukung. So bermain je la kami bertiga dengan Mia. 


Cik Pieja yang malu-malu nak bergambar dengan Mia...
Comel kan??
Aunty Pieja & Mia Umairah
Geng trio... Cik Pieja, Mr.H dan Cik Kamila bersama gelas mengikut warna tudung kata Cik Pieja.... hahaha

Dah bosan duduk kat luar, Mr.H ajak Cik Pieja dan Cik Kamila duduk kat ruang tamu, ye la dah siap makan so bagi la orang lain duduk untuk makan pulak... Masa kami bertiga duduk kat ruang tamu tu, Diana pun datang makan dengan cousin dia... Apa lagi terus Cik Pieja tanya samada Mr.H kenal tak... Memang la Mr.H kenal sebab kitaorang 1 sekolah, lepas tu poli yang sama, cuma dia kos akauntansi la... Lebih kurang 20 minit jugak la diaorang main dengan Mia dekat ruang tamu nie sebelum meminta diri untuk balik. So sebelum balik mesti la nak jumpa mama Mr.H kan? Masa tu mama tengah layan kawan-kawan baik dia tengah makan. Mr.H pun pergi la dekat mama dan bagitau yang Cik Pieja dan Cik Kamila dah nak balik so macam first time Cik Pieja datang jumpa mama dulu. Salam peluk dan sayang dah macam peluk menantu je dekat dua orang kawan baik Mr.H nie... Adesss... Yang makcik-mak cik tengah makan nie dah start gelak kat Mr.H dah... hehehe last-last mama tahan diaorang tak bagi balik, dan suruh masuk dalam rumah makan kuih pulak... Well kalau mama Mr.H dah suruh memang tak boleh nak bantah dah... Cik Pieja dah tersenyum dah sebab dia dah paham k0wt mama Mr.H nie macam mana... So diaorang kembali masuk ke rumah dan makan kuih sambil dilayan oleh adik Mr.H. Kalau ikutkan hati nak jugak borak dengan diaorang tapi dah pukul 1 so nak kena bersiap untuk ke solat jumaat pulak... 

Habis je solat jumaat terus Mr.H balik ke rumah dan tolong kakak-kakak dan mama sediakan hidangan untuk ketua bacaan yassin. Sebelum tu Mr.H cari adik Mr.H dulu, dan adik Mr.H cakap diaorang dah balik. hehehe so ruang tamu diisi dengan semua tetamu lelaki, rasanya dalam 60-70 orang jugak la dan bacaan yassin dimulakan... Selesai je bacaan yassin Mr.H, mama dan adik layan para tetamu yang mengepalai bacaan yassin makan kat dalam rumah dan kakak-kakak Mr.H serta suami-suami diaorang dah standby dekat luar untuk topop lauk... Memang ramai sangat orang datang... Seronok tengok diaorang makan. Mr.H pun tak makan lagi sebab sibuk melayan tetamu... Menu untuk hari nie Gulai daging campur kentang, ayam masak merah. kurma daging, ikan goreng, ulam dan sambal belacan... buah tembikai dan air oren.... 


Suasana tetamu lelaki menjamu selera....
Mr.H yang baru nak makan.. Pukul 3.30 petang suda.... Layan tetamu dulu yang penting...

Alhamdulillah, banyak feedback dari tetamu yang Mr.H dapat termasuk group trio Mr.H cakap memang sedap. Memang sedap pun sebab katering yang mama tempah nie selalu buat nasi untuk kenduri arwah bila malam jumaat dekat masjid tu... Sampai jam 5.30 petang masih ada orang yang datang. Dah macam kenduri kahwin je rasanya. Tu yang Cik Pieja dan Cik Kamila bergurau masa tengahari tu, "kami nak tengok bilik pengantin lepas nie, hehe". Dalam pukul 6.30 rasanya dah selesai majlis, masa tu jugak kawan-kawan baik mama yang gelak masa Cik Pieja dan Cik Kamila tu datang salam mama Mr.H tengari tadi datang nak ambil lauk, sebab ada lebih lagi lauk kenduri... Mr.H tengah susun meja dan kerusi je masa tu... Ada sorang mak cik nie datang dan cakap "Aiii wan, calon dah ada. Bila lagi?". Hehe Mr.H reply balik "Depa kawan ja la mak cik". Sempat lagi mak cik tu nak usik Mr.H... Diaorang ingat Cik Pieja dan Cik Kamila nie awek Mr.H. Biasa la Mr.H nie jenis ramah jugak dengan makcik-makcik nie so senda gurau tu biasa la... Tapi kalau kata-kata makcik-makcik jadi kenyataan pun apa salahnya... Mama pun dah suka... lalalala tak apa lah biar masa yang tentukan.... Dua insan dalam gambar diblog nie tetap yang teristimewa buat Mr.H.... Sentiasa rindukan mereka.. Rasanya kenduri kali nie antara yang paling best la. Hope nanti kalau ada lagi kenduri akan jadi yang terindah seperti ini.. Insyaallah, mudah-mudahan seperti yang dirancang... Amin.... Terima kasih sudi membaca...

No comments: