Sunday, April 7, 2013

Terima Kasih untuk Insan yang Terindah


Dalam kehidupan hari-hariku kini
terasa semakin disinari kembali
kehadiranmu umpama cahaya mimpi
yang menghidupkan kegelapan dan kesunyian hati ini,
setiap kali kemunculanmu buatkan diriku ternanti-nanti,
kerana pasti akan ada senyuman dan gelak tawa dibibirku ini,
kau hadir membawa sejuta makna dan harapan,
bersamamu kau lampirkan segenggam rindu,
untuk diberikan sebagai penawar kepada luka lamaku,
rindu yang akan membuatkan aq leka dengan keceriaan bersamamu,
perkenalan sejak kecil membuatkan hubungan ini lebih mudah mesra,
sehari tanpamu kini buatkan diriku tertanya,
terlalu banyak persoalan yang tenanti dalam fikiran ini,
tapi ku pendamkan saja,
setiap kata-katamu akan ku ingati,
dan setiap sujudku,
namamu pasti akan kuselitkan dalam doa-doaku,
semoga dikau sentiasa dilindungiNya, 
diberikan kesihatan yang baik,
dan supaya rinduku ini akan menjadi kerinduan dihatimu,
bagi diriku pabila ada insan yang mampu berikan keceriaan,
akan ku tempatkannya disalah sebuah ruang terindah dihati ini,
untuk terus menyinari hatiku ini dengan perasaan yang indah,
semoga tempat itu akan terus menjadi milikmu,
dalam gurau senda kita kadangkala ada seriusnya,
cuma mungkin belum tiba masanya untuk benar-benar mengakuinya,
biarkan masa membawaku untukmu nanti,
kita mulakan salam perkenalan ini sekali lagi dari sebuah persahabatan,
andai ada jodoh antara kita,
pastinya akan jauh lebih indah ku layarkan hati ini berterbangan diudara,
terasa aq telah miliki segalanya,
kini,
biarlah ia menjadi mimpi sementaraku 
yang mungkin akan direalitikan dengan izinNya,
jangan pernah pergi dari hidupku,
kerana kau telah menyentuh hati ini umpama pedang yang menusuk dihati ini,
biarkan ia tertanam disitu selamanya,
jika dicabut pastinya lukanya berdarah kembali,
Mungkin terlalu melampau kata-kataku ini,
tapi biarlah sekadar luahan hatiku ini melalui kata,
kerna aq tak mampu melontarkan bicara,
lidahku kelu tidak berdaya,
Bagiku kini, kau antara yang terindah,
yang mampu buatkan aq kembali bahagia dengan gelak tawa,
terima kasih untuk insan yang terindah
kerna kau menjadi Pelengkap Hidupku yang hilang sebuah senyuman...

Aku Bahagia dengan Keceriaanmu insan yang terindah....


2 comments:

Unknown said...

hehe...jiwangnya... thanks foolow me.. done follow u back.

Unknown said...

hehe tq.. blog nie penulisnya jiwang skit....