Hidup ini kadang-kadang terasa sunyi bila sendiri,
Melihat orang lain berpacaran,
Aku juga punya keinginan yang sama,
Melihat orang lain ceria dan kelihatan bahagia bersama orang tersayang,
Terdetik juga di hati ini ingin merasainya,
Namun aku sedar siapa diri ini,
Hanya insan sepi yang tidak punya apa-apa,
Cuma punya keinginan untuk memiliki sebuah rasa,
Rasa yang pastinya terindah dalam kehidupanku,
Pernah suatu masa dahulu,
Aku dibuai rasa dengan rasa yang tidak pernah aku rasakan sebelumnya,
Suatu rasa yang amat indah,
Itulah rasa Cinta yang membuatkan dunia ini cuma milik aku sahaja,
Tapi semua itu sekadar awan cerah yang hadirnya cuma seketika,
Sebelum hadirnya awan gelap yang melenyapkan segalanya,
Benarlah kata orang Cinta itu tak selalunya indah,
Bila bahagia, Kau Aku cuma kita yang ada dalam dunia kita,
Walaupun saat indah itu cuma untuk seketika,
Kenangan yang tercipta cukup kuat untuk terpahat dihati ini buat selamanya,
Kerana senyumanmu, gelak tawamu, sentuhanmu sentiasa berlegar diingatanku,
Kini kau tiada lagi bersamaku,
Melenyapkan janji kita yang dulu,
Kau pergi meninggalkan aku dengan 1001 kenangan,
Sedih...
Namun itu cuma seketika,
Kerana aku tidak mahu terus sakit menanggung derita yang kau tinggalkan,
Tak guna untuk terus bersedih dengan pemergianmu,
Kerna mungkin ini adalah takdirku,
Pertemuan kita adalah suatu permulaan,
Sebelum aku menemui insan yang benar-benar mengerti diriku ini,
Biarlah kenangan itu menjadikan aku lebih matang dalam hidupku,
Aku yakin suatu hari nanti aku akan temuinya,
Insan yang pastinya melengkapkan kehidupanku ini,
Seseorang yang akan buatkan bahagia dalam kenangan bersamamu,
Berulang kembali dengan keindahan yang jauh lebih indah,
Sehinggakan aku mampu tersenyum disaat hembusan nafas terakhirku ini,
Kini aku sendiri dalam kehidupan ini,
Masih menanti ketibaan insan yang dinanti,
Tidak ingin lagi aku untuk mencari,
Biarlah hadirnya dengan sendiri,
Ingin aku bercinta lagi,
Tapi bukan seperti Cintaku yang telah berlalu,
Aku idamkan Cinta dalam ikatan,
Suatu perasaan yang pastinya lebih bermakna antara aku dan dia,
Kerana dia adalah insan terakhir dalam hidupku,
Insan yang kekal abadi sebagai Takdirku,
Akan ku tunggu saat kau tiba wahai Jodohku.
Sekian Coretan Hati....
Showing posts with label pelik. Show all posts
Showing posts with label pelik. Show all posts
Tuesday, June 11, 2013
Saturday, June 1, 2013
Jumaat Yang Terindah Bersama Kakak
Hye semua, alhamdulillah hari nie Mr.H masih diberi kesempatan untuk terus mencoretkan kisah kehidupan Mr.H disini.... Hari nie Jumaat (31 Mei 2013), hehe ada apa dengan hari nie? Sebenarnya tak ada apa yang menarik sangat pun, cuma Mr.H nak share je aktiviti Mr.H untuk hari nie... Ok lah, hari nie kakak Mr.H cuti la sebab nak prepare barang untuk pergi ke KL esok pagi... So hari nie, Mr.H temankanlah kakak seharian shopping dan jalan-jalan... Lagipun dah berhari-hari Mr.H terkurung dalam rumah tanpa kena cahaya matahari nie... *rasa macam pokok pulak nak kena cahaya matahari.. hahaha
So pagi nie, lepas Mr.H bangun terus mandi dan ikut kakak pergi breakfast di kedai mamak nie... Menu pagi nie, roti telur dan Milo O ais... Air yang akan membuatkan Mr.H terkenangakan Miss.Lia... Setiap kali minum mesti teringatkan gelak tawa dan chat Miss.Lia di facebook dan skype dulu... Indahnya kenangan lalu tu, tapi mesti sukar nak berulang kembali dah rasanya... Alahai. Kenangan nie kadang-kadang buatkan kita tersenyum sendirian dan bila fikirkan akhrnya sebuah kenangan tu membuatkan kita kembali termenung dalam kesedihan... Oh kenangan..
So dah selesai breakfast Mr.H dan kakak pergi cuci kereta dulu di kedai yang selalu kitaorang datang untuk cuci kereta... Sambil menunggu kereta dicuci, Mr.H pinjam la Note kakak untuk update status di page Diari Samprit Ungu...Bila buka page terkejut jugak sebab ramai yang dah like... Terima Kasih Mr.H ucapakan dan harap semoga akan bertambah lagi lepas nie, Insyaallah... Masa tengok pada notification page, Mr.H ada nampak 1 komen dari seseorang yang Mr.H sayang... Iaitu adik angkat Mr.H yang ke-3... Nafisah... Hehehe sorry dik abang deactive facebook tak bagitau adik...
![]() |
| Cucak?? hahaha |
| 2 Helai T-Shirt Purple... Untuk Mr.H dan Adik.. |
Kalau Mr.H dan adik pakai sekali confirm orang ingat Mr.H jalan dengan Awek.... Hehehe apa-apa pun thanks.... Selesai je di bahagian baju, kami menuju ke Popular pulak... Mr.H pun tak tau la apa yang kakak nak cari kat kedai buku nie... Akhirnya....
| Sebenarnya saya isteri dia & Teduhan Kasih.... |
Tuuudiaaa.. Dua buah novel lagi dibeli untuk koleksi bulan May nie... Hadoi, nak buat macam mana, drama kat TV3 best pulak... Sampai cari balik novel nie... Nak baca bila tak tau la... Rasanya ada dekat 10 buah lagi novel dalam simpanan yang masih belum baca... Sekarang pun Mr.H baru baca novel nie....
| Chan Rak Ter... Aku Cinta Kamu by Sara Aisha |
Selesai di Popular, kami ke kedai kasut pulak... Kedai kasut... Kat sini Mr.H duduk je dekat tempat rehat sementara tunggu kakak pilih kasut untuk dinner dia... Akak kedai kasut nie pun comel la.. Suka jugak tengok, tapi kejap je... Sekadar cuci mata... Masa pandang akak tu tetiba ada je idea nak cipta sesuatu datang... Tak pe, tunggu je update Mr.H nanti kat blog nie...
Dah siap shopping kat Jusco, kami singgah pulak di Tesco dan cari barang sikit... Tak banyak sangat barang yang dibeli cuma sekadar barang dapur je... Hahaha kat sini pun ada seorang akak nie... Dia pandang je Mr.H, lama jugak dia tengok je... Mr.H pun segan la... Takut jugak kot-kot ada yang tak kena dengan pakaian Mr.H nie.. Tengok ok je... Dia pandang lagi... Mr.H pun pandang dia lama jugak la..Akhirnya dia beredar dari situ... Comel jugak la akak tu sebab dia chubby sikit... Muka bulat... Kulit cerah kemerahan... Hahaha Mr.H dah buat discription suda... tapi memang comel la...
Hampir pukul 1 petang jugak la kami pulang ke rumah untuk Mr.H bersiap untuk solat jumaat... Bagi Mr.H hari nie rasa ceria sikit la... Rasa tenang sikit dari duduk dalam rumah 24 jam.... Dapat tengok orang, ambil angin luar... Hahaha best sangat... Bagi orang lain biasa je... Untuk Mr.H rasanya suatu hari yang best bila dapat luangkan masa dengan kakak... Bukan selalu ada masa untuk kita bersama dengan ahli keluarga sendiri kan..?? Masa yang ada telah Mr.H manfaatkan dengan sebaiknya untuk "Jumaat yang terindah Bersama Kakak". Thanks for reading....
Sekian Coretan Hati....
Monday, May 20, 2013
Luahan Hati & Ciri-Ciri Wanita Idaman Mr.H
Terkadang rasa sunyi jugak bila keseorangan nie... ramai orang cakap "couple is trouble, single is simple". Tapi bagi orang yang dah pernah couple kemudian single, mulanya akan berasa ok je, tapi bila kenangan datang mengusik minda. Mula la berfikir sunyi juga bila single nie... Nak cari kawan baik? Mungkin boleh tapi untuk dapatkan dalam masa yang segera adalah sukar rasanya. Bila nak cari couple nie, untuk orang lain mungkin mudah untuk Mr.H nie lain dari yang lain. Entah la... Mungkin dah kembali kepada basic habit... Hahaha pendiam, pemalu dan sukar nak mulakan sesuatu perkara... 3 element nie dah cukup untuk membuktikan siapa Mr.H a.k.a Samprit Ungu nie yang sebenarnya...
Pendiam nie memang dah jadi kebiasaan la untuk Mr.H dari kecik lagi, memang rasa susah je nak bercakap... Macam-macam yang Mr.H akan fikir sebelum nak bercakap nie... Ye la, perkara yang paling Mr.H risaukan ialah sakitkan hati orang la... Kita nie kan manusia biasa yang kadang-kadang terlepas jugak cakap samada kita sedar atau tak, kita telah melukakan hati dan perasaan seseorang. Pemalu? Sifat lelaki nie selalunya kalau bab-bab mengorat nie pemalunya tak la tebal sangat la kan? Setakat "Hai awk, hai comel, boleh berkenalan?" Itu ayat normal la bagi lelaki nak mengorat awek-awek nie kan? Mungkin bagi ramai lelaki rasa itu normal la kan? Bagi Mr.H pulak errr, entah la. Rasa segan pulak nak cakap macam tu...
Hahaha susah la kan nak kenal-kenal dengan awek tu, kalau nak menyapa pun dah segan. Kalau dalam facebook pun nak tegur orang pun malu-malu apatah lagi kat luar kan? Mesti ramai orang akan cakap sombong la mamat tu, budget la, dan macam-macam lagi la kan k0men-komen negatif kat Mr.H nie... Berkenalan dulu baru tau Mr.H macam mana... Dah start borak, ada je topik-topik yang boleh dikongsikan bersama. Takut untuk memulakan sesuatu perkara adalah salah satu simptom yang melekat dalam diri nie... Tapi part nie rasanya dah plan-plan mula berubah... Dulu masa bercinta, nak sms dengan awek pun selalunya awek yang akan sms Mr.H dulu... Dua tahun lebih bercinta, beberapa kali je Mr.H sms dia dulu.
Bukan apa, takut mengganggu je. Untuk Mr.H pulak, walau dalam keadaan busy macam mana pun selagi Mr.H mampu layan memang akan ada masa untuk sesiapa sahaja... Suka sangat nak berkawan nie sebab dalam hidup nie kawan yang tetap tu tak cukup, tapi ia perlu ditambah kan? Biar kawan kita ada beribu-ribu orang pun dan bercinta biarlah setia hanya untuk si dia seorang... Chewah ayat macam orang ada awek je kan? Tak ada la.... Mr.H still single sejak hampir 2 tahun putus Cinta nie... Tahun 2013 nie, rasa macam nak bercinta lagi macam lagu mojo tu "andaiku bercinta lagi untuk tahun ini". Hahaha suka-suki je tukar tajuk lagu favourite Mr.H tu...
If nak cari awek / calon masa depan lepas nie kretiria paling penting mama Mr.H perlu diutamakan, bila mama Mr.H cakap "Mama Suka", baru awek tu melepasi ujian saringan peringkat pertama.. hahaha.. Ciri-ciri wanita idaman Mr.H adalah seperti berikut:
- Menerima Mr.H seadanya
- Sebagai lelaki, mengharapkan Cinta seorang wanita itu umpama memandang langit yang tinggi dan berharap dapat menggapai awan disana... Tinggi sangat sampai kadang-kadang susah nak jumpa perempuan yang dapat menerima lelaki itu dengan sepenuh dan seikhlas hatinya. Bila muka ala-ala Kpop, muka macam cina sikit, kulit cerah, tinggi, dan macam-macam lagi la kretiria-kretiria yang wanita inginkan... Mr.H tak ada la semua ciri-ciri tu kerana diri ini lebih banyak kekurangannya... Tapi yang sudi itu semoga dia insan yang terbaik untuk mengisi hati ini...
- Menutup Aurat dengan sempurna
- Part nie mesti ramai orang fikir nak kena pakai purdah ke, tudung labuh ke?. Senang cerita wanita itu wajib tutup aurat dengan sebaik mungkin... Tak guna muka cantik rambut masih nampak... Kahwin nanti dosa si lelaki jugak nak tanggung... Tapi Mr.H suka tengok perempuan tudung labuh la... Nampak sweet je. Tapi jangan fikir yang tudung labuh je kerja ustazah je. Mind set tu dah kena ubah dah. Tak semestinya tudung labuh tu ustazah je. Orang kerja nursery or office pun ada jugak tudung labuh... Entah la bagi Mr.H, tudung labuh tu adalah sesedap mata ini memandang... wawwawa
- Hormati parents Mr.H dan ahli keluarga Mr.H yang lain
- Insyaallah, bila seseorang tu ikhlas menerima Mr.H dengan seadanya pasti orang tu dah bersedia untuk menerima keluarga Mr.H jugak kan? Well bila cakap soal hormat menghormati nie susah jugak sebab nie element penting untuk seorang wanita yang baik. Kadang-kadang si wanita nie hanya sukakan pada si lelaki tapi nak terima mertua seperti ibu bapanya agak sendiri susah. Hope insan di masa depan Mr.H tak macam tu... hehehe amboi besaqnya harapan....
- Seorang yang manja dan pandai memujuk
- Hahaha yang nie Mr.H demand sikit la kan? Nak buat macam mana. Wanita yang manja nie dapat menyejukkan hati la.. .Serius betul apa yang Mr.H cakap nie... Dulu Mr.H ada kawan yang ada kategori manja nie... Perghhh bayangkan la tengah stress dengan masalah boleh lupakan kejap masalah tu... Memang hebat penangan sifat manja nie... Pandai memujuk, yang nie kalau ada memang terbaik dan bonus la... Tapi insyaallah, wanita nie dilahirkan dengan sifat lemah lembutnya kan? Mesti part nie akan ada untuk si dia yang terindah buat Mr.H...
- Pandai memasak
- Wahhh demand lagi Mr.H nie... untuk kategori nie banyak yang FAIL k0t sebab ramai tau update status fb dan twitter je "Penad titew masyak taw". Eeeerrr... Padahal mak jugak yang masak...update status dan instagram, yang tu pandai... Hehe gurau je. Memasak nie tak semua yang mahir la kecuali mak kita je, tapi untuk jadi mahir kena la selalu practice. Practice make perfect right? hehehe dan kalau nak tambat hati suami dan anak-anak mesti la dari masakan... walaupun cuma ayam masak kicap, telur dadar dan sup sayur je. Itu pun dah memadai kerana yang penting masakan dari air tangan seorang isteri tu memang terbaik la. Hahaha bukan apa, Mr.H nie jenis suka makan dirumah, so tak kan nak makan lauk kedai je kan? hehehe tak sedap pun tak ape, pelan-pelan belajar sampai bagi sedap... Eh cerita bab awek dah terus kepada isteri... Hahaha tak sedar menaip...
Rasanya itu je ciri-ciri utama yang Mr.H letakkan untuk seseorang yang akan jadi insan yang teristimewa dalam hidup Mr.H... Walaupun macam demand je tapi semua tu adalah demi masa depan kan? Tapi kalau tak ada semua ciri-ciri tu pun tak ape, kita hanya manusia biasa kan? Banyak lagi kekurangan yang perlu kita lengkapkan. Mencari kesempurnaan itu adalah impian, sebab tu tak semua impian kita akan jadi kenyataan kan? Sekadar perkongsian dan luahan hati serta impian Mr.H la untuk masa akan datang... Semoga tercapai dengan izinNya.. Insyaallah... hehehe panjang pulak Mr.H membebel dalam entry blog kali nie... Thanks for reading sahabat semua...
Sekian coretan hati....
Sunday, April 28, 2013
Gwiyomi, Gwiyomi, Gwiyomi...
Salam,
Haaaa fenomena Gwiyomi dah menyerang mentaliti rakyat Malaysia selepas kegilaan terhadap Gangnam Style... Kalau kita tengok dekat youtube, facebook dan twitter, dah bersepah rakyat Malaysia yang buat video korea nie... Apa itu Gwiyomi? Jom tanya pak cik google dia kata apa...
The Song Gwiyomi , atau Kwiyomi Song (귀 요미 송), adalah K-pop tunggal oleh Korea Selatan penyanyi Hari dan telah dibebaskan pada 18 Februari, 2013. Ia telah diilhamkan oleh isyarat dari rapper Korea Selatan Jung Ilhoon budak kumpulan BtoB . Isyarat ini dipanggil 'Gwiyomi Player', yang menjadi meme Internet pada bulan Oktober 2012 diikuti dengan kemunculan pertamanya di South rancangan realiti Korean oleh SBS MTV bernama MTV Diary. Isyarat ini juga telah memberi inspirasi kepada banyak netizens Asia untuk memuat naik versi mereka sendiri ke internet. (sumbercopypasta)
Mr.H pun tak berapa faham sangat apa yang pak cik google bagitau... Tapi yang Mr.H tau Gwiyomi nie memang dah jadi 1 trend ramai rakyat Malaysia terutama remaja la kan... Dari orang awam sampai la ke artis-artis tengah demam buat benda nie... Pendapat Mr.H la, tak ada faedah pun buat Gwiyomi nie... Kalau rasa comel tu memang, kalau orang korea buat la... Mungkin sebab budaya diaorang... Hahaha confirm awek-awek melayu tak suka punya Mr.H punya entry nie... Well, rasanya tak perlu kot semua perkara kita tiru budaya yang entah apa-apa dari luar negara nie...
Tapi bila dah muncul video-video Gwiyomi nie tak lengkap kalau tak ada video Parodi tentang Gwiyomi nie seperti mana sewaktu fenomena demam Gangnam dahulu.. Yang terbaik Mr.H pernah tengok macam video yang kat bawah nie... Comel sangat dan ada mesej dalam video nie... Wajib layan... hehehe dan paling best bila ada jugak geng-geng troll di facebook nie buat troll tentang Gwiyomi... Jom tengok video nie dulu...
Best kan? Mr.H pun suka sangat dengan video-video dari bro nie... Banyak lagi video-video best yang boleh korang layan... Dakwah dalam hiburan.. Memang terbaik la... Lebih baik dari buat tarian Gwiyomi yang tak mendatangkan apa-apa faedah pun... Kalau muka cun, comel dan buat Gwiyomi nie. Mungkin la ramai orang akan puji macam nie "awak comel la, saya suka la video awak, umur berapa nie". Confirm komen-komen macam nie korang akan dapat. Kalau sebaliknya "nie la video paling buruk, baik delete je la, booooo, blah la". Tak pasal je kena komen-komen negatif... Korang jugak bebal dan sakit hati kan? Hehe
Untuk video dari artis, ramai jugak la yang buat antaranya Wawa Zainal, Nora Danish, Faizal Ismail dan ramai lagi la... Tapi video kat bawah nie antara paling comel la... hahaha terbaek la Abon....
Hahaha apa-apa pun Mr.H pun tak tau apa yang best sangat dengan Gwiyomi nie... Tak perlu rasanya kita terlalu fanatik sampai nak tiru semua budaya barat nie... We have our own originality right? Terpulang la kepada anda nak tiru atau tak Gwiyomi nie... Bagi Mr.H pilihan yang terbaik macam video yang atas tadi "gi ngaji, gi ngaji". Hehehe itu lebih baik kan, pahala pun dapat... Sekadar pendapat dari hati... Tak ada niat nak kutuk sesiapa pun... Just share pendapat... Thanks for reading...
Sekian coretan.....

Friday, April 26, 2013
Coretan Mingguan (25 April 2013)
Salam,
Entry terakhir untuk coretan minggu ini,
25 April 2013
Pagi nie ok la, tidak kelam kabut seperti semalam... Seperti biasa, bangun solat, dan terus bersiap untuk ke poli... pagi nie Mr.H keluar dari rumah sewa awal sikit sebab hantar kawan Mr.H yang tumpang tidur dirumah sewa semalam ke kilang dimana Mr.H practical dulu... Dah selesai hantar kawan Mr.H tu, terus bertolak ke poli... Dah siap kunci motor so tunggu la kejap dekat parking motor tu sebab tak tau bilik kuliah mana untuk exam pagi nie.. hahaha boleh pulak macam tu... Tak lama lepas tu Cik Kamila sampai... So kami bersama-sama berjalan menuju ke kelas di bilik kuliah 21. Tak lama selepas tu Cik Pieja pun muncul. Tak sah kalau tak gelak dan senyum pagi-pagi nie bila kami bertiga bersama...
So dah ready untuk masuk ke bilik kuliah sempat jugak tengok formula-formula penting untuk jawab soalan kejap lagi... dan Mr.H sempat pesan dekat geng trio nie untuk tengok soalan laplace tu... Dan terbukti soalan ramalan Mr.H masuk dalam paper final tu... Hahaha Mr.H pun tak dapat jawab sebab rumit sikit bab tu... Soalan bahagian B memang menguji kesabaran la nak jawab... 1 soalan 20 markah, jalan kira untuk jawapan je dekat 3 helai kertas... Memang panjang... Nasib Mr.H fokus lebih bab tu masa study semalam... Alhamdulillah, selesai jugak paper final kali nie... Harap semua dapat lulus la... So dah habis je paper last tu, Mr.H, Cik Pieja dan Cik Kamila nie pergi ke Jabatan Kejuruteraan Elektrik bersama-sama sebab nak temankan Cik Pieja jumpa Puan Circuit Analysis. Cik Pieja ada tertinggal kertas jawapan untuk End Of Chapter... Rugi la kan sebab orang lain dah dapat 100% tapi dia cuma dapat 40%.
Dari semalam dia sms dekat Mr.H mengadu pasal nie. Sebab tu la Mr.H temankan dia.... Dah selesai jumpa je terus kami bertiga lunch bersama di Taman Siswa... Menu Mr.H hari nie cuma nasi dan sup daging saja... Jemu dah tengok ayam... Cik Pieja pun sama jugak menu dengan Mr.H cuma tambah ikan ketul je... So baca doa sama-sama sebelum makan. Hadoi, lawak pun ada bila ingat balik bila kami bertiga bersama... Masa makan pun sempat lagi melawak... Nasib tak tersembur nasi nie.. Alahai... Tiga-tiga boleh tahan la... Semua jenis suka bergurau... Bila duduk sekali memang terbaik la...
Dah selesai makan Mr.H pulang ke rumah sewa dan dua awek nie ke Jitra mall jalan-jalan, ada jugak ajak Mr.H join tapi malas la... Mr.H dah nampak rumah mama dah... Terus balik rumah ambil barang-barang dan terus bertolak pulang ke rumah mama... Aktiviti pertama di rumah mama mesti la online facebook. Masa online nie ada la seorang sahabatdi facebook nie mintak edit blog dia... So banyak masa dihabiskan untuk mencari kesesuaian warna dan mood blog tu... Blog yang islamic nie tak boleh hardcore sangat dari segi design dan text dalam isi blog tu... Petangnya terus cari goreng pisang dan power root Ali cafe. Sebab memang plan nak online 24 jam malam nie... Miss Lia ada tegur jugak petang tu dan ajak skype malam nie... So malamnya hujan lebat sangat sampai Mr.H pun tak dapat nak keluar beli makan malam.. So menu kat bawah je la sebagai dinner Mr.H...
So seperti yang dijanjikan malam nie Aariz Danial dan Dahlia Darius kembali online... Cuma line menghilangkan mood Mr.H malam nie... Lalu offline skype dan kembali menaip blog... Sedih la bila jadi macam tu... So dah plan nak online sehingga pagi jumaat, Mr.H online je la di facebook sehingga jam saat entry nie di-publishkan... Arghhhhhhhhhh sunyinya hidup nie... Nothing to say anymore... Just that for this week.. thanks for reading...
*Maaf entry minggu nie tidak seperti selalu, Mr.H rasa macam telalu panjang sangat nak gabungkan kesemuanya sekaligus... Rasa lebih selesa macam nie... Hope korang pun selesa membaca... :D
Sekian Coretan Dari Hati....
Entry terakhir untuk coretan minggu ini,
25 April 2013
Pagi nie ok la, tidak kelam kabut seperti semalam... Seperti biasa, bangun solat, dan terus bersiap untuk ke poli... pagi nie Mr.H keluar dari rumah sewa awal sikit sebab hantar kawan Mr.H yang tumpang tidur dirumah sewa semalam ke kilang dimana Mr.H practical dulu... Dah selesai hantar kawan Mr.H tu, terus bertolak ke poli... Dah siap kunci motor so tunggu la kejap dekat parking motor tu sebab tak tau bilik kuliah mana untuk exam pagi nie.. hahaha boleh pulak macam tu... Tak lama lepas tu Cik Kamila sampai... So kami bersama-sama berjalan menuju ke kelas di bilik kuliah 21. Tak lama selepas tu Cik Pieja pun muncul. Tak sah kalau tak gelak dan senyum pagi-pagi nie bila kami bertiga bersama...
So dah ready untuk masuk ke bilik kuliah sempat jugak tengok formula-formula penting untuk jawab soalan kejap lagi... dan Mr.H sempat pesan dekat geng trio nie untuk tengok soalan laplace tu... Dan terbukti soalan ramalan Mr.H masuk dalam paper final tu... Hahaha Mr.H pun tak dapat jawab sebab rumit sikit bab tu... Soalan bahagian B memang menguji kesabaran la nak jawab... 1 soalan 20 markah, jalan kira untuk jawapan je dekat 3 helai kertas... Memang panjang... Nasib Mr.H fokus lebih bab tu masa study semalam... Alhamdulillah, selesai jugak paper final kali nie... Harap semua dapat lulus la... So dah habis je paper last tu, Mr.H, Cik Pieja dan Cik Kamila nie pergi ke Jabatan Kejuruteraan Elektrik bersama-sama sebab nak temankan Cik Pieja jumpa Puan Circuit Analysis. Cik Pieja ada tertinggal kertas jawapan untuk End Of Chapter... Rugi la kan sebab orang lain dah dapat 100% tapi dia cuma dapat 40%.
Dari semalam dia sms dekat Mr.H mengadu pasal nie. Sebab tu la Mr.H temankan dia.... Dah selesai jumpa je terus kami bertiga lunch bersama di Taman Siswa... Menu Mr.H hari nie cuma nasi dan sup daging saja... Jemu dah tengok ayam... Cik Pieja pun sama jugak menu dengan Mr.H cuma tambah ikan ketul je... So baca doa sama-sama sebelum makan. Hadoi, lawak pun ada bila ingat balik bila kami bertiga bersama... Masa makan pun sempat lagi melawak... Nasib tak tersembur nasi nie.. Alahai... Tiga-tiga boleh tahan la... Semua jenis suka bergurau... Bila duduk sekali memang terbaik la...
Dah selesai makan Mr.H pulang ke rumah sewa dan dua awek nie ke Jitra mall jalan-jalan, ada jugak ajak Mr.H join tapi malas la... Mr.H dah nampak rumah mama dah... Terus balik rumah ambil barang-barang dan terus bertolak pulang ke rumah mama... Aktiviti pertama di rumah mama mesti la online facebook. Masa online nie ada la seorang sahabatdi facebook nie mintak edit blog dia... So banyak masa dihabiskan untuk mencari kesesuaian warna dan mood blog tu... Blog yang islamic nie tak boleh hardcore sangat dari segi design dan text dalam isi blog tu... Petangnya terus cari goreng pisang dan power root Ali cafe. Sebab memang plan nak online 24 jam malam nie... Miss Lia ada tegur jugak petang tu dan ajak skype malam nie... So malamnya hujan lebat sangat sampai Mr.H pun tak dapat nak keluar beli makan malam.. So menu kat bawah je la sebagai dinner Mr.H...
| Comey dak pinggan? hehe |
*Maaf entry minggu nie tidak seperti selalu, Mr.H rasa macam telalu panjang sangat nak gabungkan kesemuanya sekaligus... Rasa lebih selesa macam nie... Hope korang pun selesa membaca... :D
Sekian Coretan Dari Hati....
Coretan Mingguan (21 April 2013)
Salam,
Hari kedua Mr.H di Jitra,
21 April 2013
Pagi ini masih sunyi, tak tau nak buat pagi-pagi lepas subuh nie... Terus on netbook dan layan cerita Nikita Seasons 1...
Memang best jugak cerita nie... Lebih kurang CSI jugak la... Layan je la... Ingat nak mandi, tapi takut kawan yang tidur bilik sebelah nak mandi pergi kelas... So layan dulu la 1 episod cerita Nikita nie sambil tunggu kawan tu nak bangun mandi... Bukannya tak nak mandi dulu, tapi Mr.H nie kalau mandi pagi memang lama sangat... Selalu 10-20 minit baru siap. Tunggu punya tunggu last-last kawan bilik sebelah nie tak angun mandi pun errrr, terus Mr.H capai tuala dan pergi mandi. Siap je mandi terus bersiap, ambil wallet, cermin mata dan terus cari breakfast la...
Menu pagi nie nasi lemak dan air Justea purple je... Sambil makan tu tak sah la kan kalau tak tengok movie dekat netbook nie sehinggalah tengahari... Sebelum tu sempat la buka facebook kejap dekat laptop kawan dan ada 1 mesej dari sahabat nie Cik Eida sampaikan ucapan dari Cik Miera...
Rasa lapar lagi la bila duduk tak buat apa-apa... So keluar lagi la cari lunch. Nasi kerabu la pilihan selera untuk hari nie... Tapi 15 minit jugak la nak kena beratur dan tunggu giliran... Dah sedap kan? Memang ramai la pelanggan kat situ... Akhirnya dapat jugak nasi kerabu tu. Ayam bakar dia memang sedap.. Yummie...
Masa nak beli tadi tak ada pulak loghat orang utara kat situ. Semua bunyi kelantan je. Rasa macam Mr.H je orang utara kat situ. Well orang utara pun suka jugak makanan orang pantai timur nie... Tapi serius memang sedap la nasi kerabu dekat situ. Kalau tak, tak kan la orang sampai sanggup beratur kan? Hehehe so aktiviti Mr.H petang tu cuma layan movie je sehingga jam 7:02 petang bila Mr.H terima sms dari Cik Pieja mengingatkan Mr.H supaya tak lupa bawak slip peperiksaan dia yang ada kat Mr.H. Hehe risau betul dia.
So lepas magrib Mr.H pun start la study sambil ditemani sms Cik Pieja. Dan malam nie ada jugak kawan rumah Mr.H yang masuk bilik Mr.H dan study bersama... Selalunya Mr.H study sorang-sorang je, tapi kalau time nak final memang diaorang akan penuhkan bilik Mr.H tu la untuk study bersama... Mr.H ok je kalau diaorang nak mintak ajar apa-apa. If subjek teori tak ada masalah, bila subjek pengiraan memang tak berapa nak ok la...
Mr.H ada jugak sms abah mintak doa mama dan abah di makkah.
Akhirnya jam 2:00 pagi Mr.H terlelap jua kepenatan study... bersambung...

| Thanks Miera... |

| Memang sedap la.. Terbaek... |

| hahaha time study... sepah je kan?? |
Mr.H ada jugak sms abah mintak doa mama dan abah di makkah.
![]() |
| Terima Kasih Mama dan Abah |
Akhirnya jam 2:00 pagi Mr.H terlelap jua kepenatan study... bersambung...
Tuesday, April 23, 2013
Memori Membuat Kek Bersama Adik Tersayang
Salam,
Hehe entry kali nie macam tutorial la pulak... Tak ada la... Sebenarnya aktiviti buat kek nie tak dirancang pun oleh Mr.H dan adik... Tiba-tiba je rasa nak buat lepas kami sama-sama habis layan bola... Sebelum nie pun Miss.Lia dan Cik Eida pun ada bertanyakan tentang Mr.H nak buat kek... Dan inilah hasilnya Mr.H coretkan dalam entry khas. Jom kita tengok apa yang dua beradik nie buat ye. Opsss sebelum mula masak meh nak bagitau, nama Kek nie Kek Coklat Lembab... tak tau la lembab ke tak kita tengok la apa hasilnya.. Resepi tak dapat nak share ye sebab projek kek kat bawah nie tak berjaya sangat...
Kek ini tak begitu menjadi la... sebab tu resepi tak bagi kat korang.... Lama dah Mr.H tak buat... So nak refresh balik memang lambat la... Walaupun kek nie meletop kat tengah, kalau letak topping rasanya Comey jugak macam Kak Ton.. hahaha rasa kek nie pun kureng manis la sebab kurang susu pekat manis tu... Insyaallah nanti Mr.H akan cuba lagi buat kek nie sebab Cik Pieja pun nak belajar buat jugak... Well yang nie je la Mr.H tau buat pun.. Resepi lain nanti Mr.H belajar lagi ye... Hehe Thanks for reading short update from Mr.H...
Hehe entry kali nie macam tutorial la pulak... Tak ada la... Sebenarnya aktiviti buat kek nie tak dirancang pun oleh Mr.H dan adik... Tiba-tiba je rasa nak buat lepas kami sama-sama habis layan bola... Sebelum nie pun Miss.Lia dan Cik Eida pun ada bertanyakan tentang Mr.H nak buat kek... Dan inilah hasilnya Mr.H coretkan dalam entry khas. Jom kita tengok apa yang dua beradik nie buat ye. Opsss sebelum mula masak meh nak bagitau, nama Kek nie Kek Coklat Lembab... tak tau la lembab ke tak kita tengok la apa hasilnya.. Resepi tak dapat nak share ye sebab projek kek kat bawah nie tak berjaya sangat...
| Ok ini bahan yang diperlukan... hehe *tepung wajib cap TESCO. hahaha |
| Tudiaaa Mr.H tengah masukkan serbuk koko... |
| Adik Mr.H tengah masukkan tepung gandum... |
| Secawan minyak sayuran / minyak masak pun boleh... |
| Susu cair cap apa-apa pun boleh... |
| Ini yang merosakkan resepi kek kitaorang... Susu pekat manis yang tak cukup sukatan... |
| Proses sebatikan bahan-bahan yang dicampurkan tadi... Senyum.... hahaha |
| Nampak tak kuning tu? Masukkan telur, baking powder dan esen vanilla... hehe |
| didihkan air dalam periuk kukus cepat!!! |
| Setelah sebati... korang tuangkan dalam bekas... |
| Masukkan ke dalam periuk kukus yang dah telah dididihkan tadi... |
| Tunggu sehingga 1 jam... sempat la korang solat isyak ke, buka facebook ke dan paling penting, basuh cawan dan peralatan yang digunakan tadi... hehehe |
| Setelah sejam menunggu... Aucakk!! Opocot... Kek Mr.H meletop pulak kat tengah... hahaha konfirm kesan baking powder nie... |
| Setelah di transferkan ke dalam pinggan.. inilah hasilnya... |
Sekian Coretan...
Thursday, March 28, 2013
Coretan 24-28 mac 2013
Salam,
Alhamdulillah, masih lagi dapat meng-update lagi blog kecil ini untuk perkongsian diari kehidupan Samprit Ungu... TQ sudi baca coretan pajang berjela nie.. hehehe keep support me k sahabat-sahabat semua...
24 Mac 2013
Hari nie kelas aq dibatalkan sehingga petang, jadi masa aq sepenuhnya diberikan kepada projek akhir aq yang akan dipersembahkan esok. Jam 9 pagi aq dah sampai di poli bersama Cik Kamila. So kami terus ke Unit Exam, tempat penyelia aq selalu buat perbincangan dengan para pelajarnya. So tunggu agak lama kat situ sambil berborak dengan Cik Kamila, beberapa ketika kemudian Puan Ju call dan suruh Cik Kamila jumpa di bengkel projek. Aq pun turut sama pergi ke sana. Di bengkel projek Seow tengah bincang pasal program yang akan dimasukkan dalam PIC projek kitaorang dan Phun pulak membuat proses drilling pada circuit board. Lepas Seow dah selesai bincang tentang program, aq pulak sambung bincang dengan Puan Ju tentang slide show dan report akhir. Disamping tu ada jugak tips dan hint bentuk soalan yang sering ditanya sewaktu pembentangan projek. Cik Kamila pulak mengambil tempat aq selepas selesai sesi aq bersama Puan Ju untuk bincang tentang program projek dia... Aq membantu Seow dan Phun untuk siapkan casing projek dengan memotong prospek. Jam 12.30 tengahari aq dapat sms dari kakak. "Nak pizza tak?".. hehe kata orang rezeki jangan ditolak. Terus aq cakap hantar dekat rumah sewa, so dah selesai kemas barang dekat bengkel projek terus aq balik ke rumah sewa... Hehe dalam 15 minit macam tu la, kakak sampai dengan pizza. Hahaha panas-panas pizza tu dan makan lak time lunch lak kan? memang layan habis la... Tu ada dua slice lagi tu... Tolong habiskan ok? Dah kekenyangan nie...
Jam 2.00 petang Phun dan Seow sampai kat rumah sewa aq sebab nak siapkan casing projek kitaorang. Fuh mencabar jugak nak pasang litar projek nie dalam casing prospek nie... Cloroform digunakan untuk lekatkan... Rumah aq memang jadi pusat projek Geng Dep6C la dari petang nie sampai subuh keesokan harinya.. Projek group aq siap dalam pukul 5 petang... Kawan-kawan lain masih meneruskan projek mereka, dengan laporan dan slide presentation. Lelaki ada perempuan pun ada. Memang meriah la time tu. Rasa macam kerja gotong-royong. Rasa macam nak ambil gambar. Tapi keadaan rumah sewa dah macam bengkel time tu dengan bahan-bahan projek untuk 3 kumpulan pun dah pening aq tengok. Hehe biasa la, budak politeknik nie kerja mesti mau gempak punya. Aq habiskan masa sorang-sorang dalam bilik dengan mengadap slide presentation sambil menggegarkan bilik dengan lagu-lagu dari speaker nie.. Siap ada permintaan lagu dari Cik Pieja lagi... Hiburan untuk hilangkan tekanan projek disaat terakhir. Jam 2 pagi jugak aq terlelap lepas selesai slide presentation group aq. Kawan-kawan lain aq rasanya tak tidur sehingga subuh rasanya sebab Jam 5 pagi aq terjaga dari tidur sekejap dan aq tengok kawan-kawan masih bertungkus lumus menyiapkan projek diaorang... Aq dah tak mampu bertahan dah, dari petang lagi mata aq dah mengantok sampai Cik Miera pun gelak tengok aq... Memang dah letih sangat-sangat hari nie... Semoga penantian 3 tahun untuk present projek akhir esok sesuatu yang berbaloi buat aq dan kawan-kawan... Insyaallah. Opsss hampir terlupa. Ada somebody special wish best of luck for me... Ahaks. Miss.H la. Thanks ingat jugak kat wan... Rindu sms anis tau... Tersenyum je hati nie... hehe bersambung esk.....
25 Mac 2013
Pagi subuh aq dikejutkan dengan alarm yang menjerit ditelingaku. Terus bangun solat dan relak kejap sambil tengok kawan-kawan yang masih membuat pemeriksaan terakhir projek dan slide pembentangan projek diaorang. Diaorang antara group pertama yang akan dinilai pagi nie iaitu diantara jam 9.00 pagi sehingga jam 9.30 pagi. Manakala group aq adalah sesi terakhir pada jam 10.30 pagi sehingga 11.00 pagi. Ada yang memakai baju kemeja dan ada yang hanya memakai baju bengkel sahaja... Tapi untuk aq, tips yang Puan Ju berikan, pakai bagi nampak kemas, so of course baju kemeja la. Well pilihanku, kemeja putih berjalur purple bersama tali leher hitam membuatkan aq kelihatan seperti pelajar Akauntansi saja(skema abesss). Hehe jam 9.00 pagi aq dah sampai di politeknik untuk membuat perbincangan bersama ahli kumpulan yang lain mengenai slide yang aq dah buat serta penyusunan giliran bagi membentangkan bahagian masing-masing. Tapi apek dua orang nie pulak lambat sampai, so duduk sorang-sorang la aq di bengkel pendawaian elektrik tu. Dalam 10 minit macam tu la, Puan Ju ternampak aq dan terus duduk kat bangku yang aq duduk. Puan Ju memberikan panduan pemarkahan untuk penilaian markah kali nie dan aq masih dalam gemuruh seperti selalu. Semasa aq dan Puan sedang berbincang Seow dan Phun pun sampai dengan kemeja berwarna cerah seperti aq jugak... Haha cuma beza aq sorang sahaja melayu. So cadangan Puan Ju, Phun akan mulakan present dengan Introduction, Problem statement, Scope Of Project, Objective of Project dan Methodology(Proses Projek) manakala aq akan memberi penerangan tentang Litar lengkap dan operasinya, Seow pulak akan present tentang program yang digunakan dalam projek serta kesimpulan... Hehe Puan cadangkan macam nie bukan apa, Phun nie bab penerangan dia tak berapa ok, puan pun risau kalau pensyarah penilai tak paham apa yang dia cakap so part yang paling mudah diberikan pada dia. Dan part yang agak rumit dan susah diserahkan kepada aq dan seow. Mulanya aq pun tak yakin nak bagi penerangan tentang proses perjalanan litar nie sebab memang susah la nak explain dengan gambar je. Bayangkan slide untuk aq cuma 1-2 slide je. Text dalam slide tak ada so memang kena bantai ayat sendiri la jawabnya... Nak buat macam mana, aq yang buat slide so tanggung sendiri je la. Lagipun kalau nak masuk text rasanya tak seronok pulak nak present kalau membaca je. So time aq present tu memang just tengok litar dan aq explain pelan-pelan je kat pensyarah dua orang sampai diaorang paham konsep projek group aq nie. Mulanya risau jugak sebab masa first group present aq tengok macam teruk jugak diaorang kena komen dengan pensyarah yang akan menilai group aq nie... Aq dah ketaq dah tapi mungkin Allah nak permudahkan dan terima doa aq agaknya, langsung tak kena komen teruk-teruk dan siap dapat cadangan dari pensyarah tu sendiri lagi... "projek awak nie ok, kenapa tak cari pensyarah dekat JTMK(Jabatan Teknologi Maklumat Dan Komputer) untuk bantu buat program nie? Jabatan kita(JKE) memang tak ada yang mengajar program untuk RFID nie, sayangnya, present dah cantik dah, model projek pulak tak berfungsi kalau dak nak calonkan dah untuk projek inovasi". Aq dan group hanya tersenyum. Memang aq tengok lecturer tu berminat sangat dengan projek kitaorang cuma program je yang masalah. Adesss rugi betul. Haaa time present tu jugak aq la paling banyak kena tanya, biasa la analisis litar aq yang buat so setiap apa dalam litar tu aq kena explain. Nasib la aq prepare baekk punya... Hope markah 4/5 untuk bahagian soal jawab dapat la.
![]() |
| Projek group aq yang separuh siap... serabut je kan tengok wayar tu... hahaha cuba bayangkan aq explain macam mana... |
Lepas je habis present tu rasa lega dan nak menjerit je dekat banggunan tingkat 7 tu. Selesai jua penantian aq sejak semester dua lagi untuk present projek nie... Terus kami pergi ke bengkel pendawaian dan ambil nasi yang disediakan untuk students yang present projek untuk Jabatan Kejuruteraan Elektrik. Dah siap ambil nasi terus aq balik rumah sewa dan rehat kejap sebelum pergi kenduri kahwin rumah Cik Kamila. Jam 12 lebih macam tu la, Cik Pieja sampai kat rumah sewa kitaorang dan terus Aq dan kawan-kawan lain pergi ke rumah Cik Kamila. Menu untuk nasi kenduri ada nasi putih dan nasi minyak, ayam masak merah, daging masak hitam, gulai daging campur kentang dan ape ntah lagi 1 aq pun tak ingat... Laksa pun ada jugak. Pencuci mulut pulak ada oren, rojak dan tapai. Aktiviti aq pada petang nie layan movie je, sebab kelas Circuit Analysis dibatalkan. Habis je movie terus solat asar dan entah macam mana aq terlelap smpai pukul 7 jugak la... Adess.. Malamnya terus beli lunch dan mengadap report projek yang nak kena hantar hari khamis nie... Kawan-kawan lain semua pergi main futsal, aq je duduk sensorang buat report. Sunyi k0wt... Buka facebook dan update status kejap sambil komen-komen dengan Lia. Ingat nak call dia tapi dia macam busy je... So tak ape la... Lepas nie tak akan tanya dah macam tu... Akhirnya si Dia yang aq tunggu tiba. Miss.H dah sms. Hadoi tersenyum sorang-sorang baca sms dia smbil kawan sebelah pandang semacam je. Tak peduli dah orang kiri kanan bila mata fokus dekat handphone nie... Banyak jugak la gurau senda termasuk formula cinta yang aq bagi kat dia... Hehe Insyaallah aq habis final paper 25/4 dan dia pun start cuti mid sem 20/4 so boleh la dating dekat KFC belakang rumah aq tu... Nak ajak datang rumah dia pulak segan. Ala bukan mama aq tak kenal. Kami membesar bersama dulu... Hahaha thanks sudi temankan sms hampir jam 2.00 pagi.. Aq pun terus dibuai mimpi indah bersama sms-sms dari Miss.H... Suatu hari yang terindah untuk aq... 25 Mac 2013 dalam kenangan....
26 Mac 2013
Pagiku dimulakan dengan solat subuh dan terbaring seperti selalunya, hanya membuka facebook dan membaca mesej dari Miss.H semalam, entah kenapa pagi-pagi nie terfikirkan si dia... Ah jauh aq mengelamun membayangkan pertemuan di KFC nanti... haha SU2.. Macam dah teruk ja aq nie... Rasa macam saat bersama Lia dulu je... Punya la rindu dan sayang macam orang gila, last-last ending jugak... Sedeyh je kan? Biasa la tu. Sebab tu ada pesan pernah berkata, "Jika kita sayangkan seseorang jangan terlalu berlebihan kerana suatu hari nanti, jika kita membencinya, kita tidak akan terlalu membencinya kerana dia jugak pernah buatkan kita bahagia suatu ketika dahulu". Back to my life story for today, jam 8.00 pagi aq mandi dan bersiap untuk ke kelas Circuit Analysis. Rasa tenang sangat hari nie lepas segala beban projek akhir dah lepas kelmarin... Rasa macam kosong kepala nie dari memikirkan tentang projek... So dalam pukul 8.35 pagi aq dah siap dan panaskan enjin moto, terus ambil wallet, dua handphone kesayangan, kad matrik, beg, helmet dan cermin mata sebelum meninggalkan bilik. Belum sempat aq nak gerak kawan rumah sewa panggil dan bagitau kelas dibatalkan... Hahaha nasib la aq tak gerak lagi. Kalau tak memang bengang abes la... Dah kelas batal, so masuk rumah dan on netbook dan main facebook kejap sementara kelas seterusnya jam 11 pagi... Rasa lapar la pulak. Ape lagi terus keluar cari nasi lemak la... Haha hari nie tak ada pulak awek-awek kolej islam yang selalu beli nasi lemak dekat mak cik nie... Macam biasa la, kalau tak borak memang tak sah la... Mak cik nie mintak no telefon pulakk??? Hai tak kan nak mengorat aq pulak... Teettt jangan perasan dan jangan buat hipotesis atau kesimpulan lagi ok? Mak cik nie mintak no telefon tuan rumah sewa aq, sebab nak bagi awek-awek kolej islam sewa dekat situ lepas aq dan kawan-kawan rumah sewa nie keluar nanti. hahaha bikin suspen je. dah selesai beli nasi lemak aq singgah kat kedai makan dekat dengan rumah sewa aq jugak beli air. Teh O ais... Tapi rasanya nak kata manis tak sangat, nak kata tawar pun tak jugak, apa yang aq boleh komen teh O ais mak cik nie rasa PELIK je... hehe lain macam je. Tak rasa teh O ais langsung... Balik je rumah sewa aq kembali fokus kepada movie sambil makan nasi lemak. Kelas jam 11, aq dan kawan-kawan dah sampai ke Poli, masa tengah parking ada la kawan kitaorang yang call bagitau kelas cancel. Alahai memang aq cuti la hari nie nampaknya... Penat je datang poli... Sementara tunggu kawan yang call tu datang dekat parking, ada dua orang kawan aq nie bergurau nak sorokkan moto kawan yang call nie... Hadoi lawak sangat, diaorang angkat moto kawan yang call tadi dan letak kat tempat parking kereta... Memang gila betul... Students lain tengok semacam je, dan ada jugak yang gelak tetibe je ada sebiji moto dekat parking kereta... Bila kawan yang call tadi sampai dekat parking, aq dan kawan-kawan lain pandang kat tempat lain je. Tak tahan nak gelak tengok muka cuak dia bila tengok moto dia tak ada. Ini kalau time masing-masing dah kerja dan buat balik reunion 10 tahun lagi confirm tak larat nak gelak bila ingat balik semua nie... So lepas tu aq terus balik rumah, tukar baju dan keluar balik pergi beli lunch. Menu hari nie Nasi Kerabu dan Teh Bunga... Hehe macam biasa time makan mesti kena ada movie depan mata... Dah terbiasa macam nie, so susah nak ubah sikap nie... Time kahwin nanti la k0t nak ubah pun sebab makan depan isteri. Kalau time kahwin pun buat perangai macam nie, ada harapan nak tengok pinggan terbang time makan... hahaha mengarut je aq nie... Petangnya aq tidur agak lama la, rasanya lepas solat zohor je aq terus terlelap sampai pukul 5.15 petang. Bangun je terus solat asar dan keluar cari makan malam. Selalu dinner kat sini dalam pukul 6.30 la... Jarang nak makan lepas pukul 8.00 malam. So keluar la cari menu makan malam, dalam dilema jugak petang nie. Nak makan nasi goreng or nasi lemak royale, dan akhirnya aq pilih nasi goreng cina je sebab rasa tak lapar sangat petang nie... Malamnya tak ada aktiviti menarik sangat yang aq lakukan, update status facebook, sambung menaip report projek dan layan bola dengan kawan-kawan. Perlawanan antara Malaysia Vs Palestine. Aq layan gitu-gitu je, tak fokus sangat sebab sibuk dengan edit report projek yang banyak lagi tak siap... Alahai, penat-penat... Dah tak larat edit report terus aq stop dan main facbook kejap, dan ada mesej dari miss.H ... hanya tersenyum aq membaca mesej dari miss.H nie, lalu ku capai hanphone no celcom dan terus reply mesej dia tu... Saja malas nak reply kat facebook sebab dia dah out... Dah tak ada sapa nak layan aq kat facebook tu terus out dan main game je la sampai pukul 3.45 pagi... mata nie segar sangat sebab time buat projek dulu dah lewat tidur, campur pulak petang tadi baik punya tidur... Hasilnya tak dapat tidur awal... Lebih kurang jam 4 pagi baru mata nie dilelapkan... Mimpi yang indah di KFC bersama miss.H. Hadoi lawak betul mimpi tu....
27 Mac 2013
Hehehe eh kenapa pulak aq mulakan entry hari nie dengan gelak dulu?? dah la tidur lewat, dapat pulak mimpi best kan? Tu yang bangun subuh pun boleh gelak dalam gelap nie... hahaha tak apa, lepas paper final jadi realiti la mimpi tu SU... So dah selesai solat subuh, mata nie masih lagi terasa mengantok dek kerana 2 jam lebih je tidur, so kembali lelap kejap mata nie sehingga jam 8.30 pagi... Terdengar macam ada orang masuk bilik yang buatkan aq terjaga dari tidur. Rupa-rupanya kawan sedang bersiap untuk ke kelas Jam 9.00 pagi... Nasib la hari rabu nie sejam je kelas aq so boleh la bermanja dengan bantal lama-lama... Dah dikejutkan dari tidur memang susah nak sambung balik la. Terus on laptop dan main game lagi sampai pukul 10 pagi. Kawan-kawan lain semua tengah sweet dreamz lagi, entah pukul berapa diaorang tidur semalam aq tak tau la.. Yang ada kelas pagi nie cuma dua orang je... kami berempat je kelas petang... So pukul 10 aq pergi mandi dan kembali baring dan baca sent item dekat handphone nie... Entah kenapa tergerak hati nie nak baca sms-sms lama dekat handphone maxis aq nie.. Ada la 1 sms tu buat aq touching bila membacanya semula (14/01/2013 jam 01:12) "Tidurlah sygku, bce doa sblum tdo ok, nanti abg msuk dlm mimpi syg. Abg akn ada 24 jam dlm ingatan syg. Nite and Sweet dreamz. Abg da mula jatuh dgn cinta yg sbnar tp msih menanti syg. Smoga ada yg menyambutnya. Amin. Jgn sdey2. Smile always. Love you so much. <3 font=""> Terus tanpa diminta jatuh air mata nie. Entah kenapa rasa sebak dan sedih bila baca sms tu... Alahai, tu la masalah bila duduk sensorang nie... Mula la nak feeling sorang-sorang... Tak apalah, yang berlalu biarkan berlalu, doa untuk si dia tak akan putus kerana sebuah nilai persahabatan yang terindah... Dalam pukul 10.50 pagi aq keluar pergi beli lunch. Menu hari nie nasi putih, sambal telur puyuh, sayur bersama bebola, bergedel, kuah kari dan air oren susu... Mulanya nak beli nasi kerabu lagi tapi akak kelantan tu selalu datang 11.30 pagi... Tak larat nak tunggu so makan dulu la kat taman siswa nie... Jemu betul menu kat sini... Hadoi... Macam biasa la aq beli bungkus je, tak adenye nak makan kat situ kecuali Cik Pieja dan Cik Kamila ada... Tak pun kalau ikut kawan-kawan lelaki, tu pun bila aq ada mood nak makan kat situ... Entah la, rasa selesa makan kat rumah rasanya... Dah selesai beli terus balik rumah, dan mengadap laptop sambil makan... Tabiat-Tabiat... haha time tengah makan tu dengar bunyi enjin kereta, laaa Cik Pieja rupanya cari kawan rumah sewa aq... Ingatkan cari aq.. Cehhh perasan la SU nie... Tak ada maknanya... So aq continue je makan sampai selesai dan kembali terbaring di bantal sambil pasang lagu sekuat mungkin dekat speaker aq nie... Lagu dah pasang so belasah nyanyi la duduk sensorang dalam bilik nie, sekarang nie lagu andai ku bercinta lagi-mojo, saat-saat terindah-rama band, mahligai air mata-lestari dan romantis-spring memang lagu wajib la sambil gelak memandang kipas... Terus update status dan Lia pun like, dalam pukul 1 lebih dia ada miss call... Heran jugak, tak pernah-pernah miss call tetiba je ada miss call dari dia(Lia)... So aq pun call dan gayut kejap dengan dia, 30 minit borak pun tak lekang dengan gelak. Hadoi, tak ada la topik sangat pun tapi seronok bila dapat dengar suara dia. Ada ke patut dia cakap suara aq sengau? Memang la sengau sebab SU tak sihat dan tak cukup tidur hari nie. Tapi part last bila nak letak fon nie still macam dulu jugak, aq jugak kena mengalah letak dulu, kalau tak sampai bila pun tak stop gelak kitaorang nie... Opss haaaa Lia call nie sebab dia terbaca status yang aq update seolah-olah mimpi dia semalam...Lia nie adalah seseorang yang pelik sikit sebab dia susah nak dapat mimpi tapi semalam dia mimpikan yang hampir sama dengan status yang aq update. Aq puntak tau kenapa tergerak hati nie nak taip status tu... Macam ade link plak kitaorang nie... :3... Rasa macam realiti pulak status tu... Kakak angkat aq pun ada tegur jugak... Maybe sebab sad ending k0t untuk love story yang menunjukkan bertapa kesetiaan seorang lelaki itu tak perlu diragui apabila dia telah meletakkan nama orang yang dia sayang dalam hatinya, walau hingga akhir hayatnya, insan yang istimewa dalam hidupnya akan sentiasa dia ingati, aq pun berharap akan jadi macam watak lelaki yang aq ciptakan tu, kesetiaan tu tak dapat dibeli kerana ia suatu anugrah yang hanya orang tertentu yang dapat miliki dan hanya wanita yang paling istimewa sahaja yang layak mendapatkannya dari hati seorang lelaki yang ikhlas mencintai, menyayangi dan merinduinya tidak kita sebagai kekasih atau sahabat... Alamak, nie la masalah bila SU berkata-kata, habis keluar ayat-ayat jiwang... hahaha Insyaallah sms-sms lia dulu aq akan transfer dari fon ke netbook nie nanti, takut jugak memory full dan ter-delete pulak... Biasa la... Aq nie jenis hidup dalam kenangan so setiap yang indah itu aq akan simpan dalam memori kehidupan nie... Dah selesai gayut, terus ambil tuala, mandi dan solat zohor serta bersiap-siap untuk ke kelas pukul 4.00 petang... Cuaca petang nie, mak aii panas sangat... So dalam kelas tunggu je pensyarah tu masuk dan mengajar sampai pukul 5... Balik rumah terus solat asar dan salin baju. Rehat kejap dan terus pergi cari mineral water, test pad, sabun, dan coklat polo. Dah selesai beli singgah kejap kat tempat biasa beli makan malam. Menu malam nie nasi kahwin dan teh o ais... Mulanya nak order milo ais, entah macam mana boleh tersasul pulak... Hadoi.. SU2... Time tengah tunggu makanan siap. Ada sorang awek nie, comey la tapi datang dengan pakwe dia la... Hadoi, sayangnya dia naik moto dengan balak dia... Hahaha Reject trus... FAIL buat awek kalau macam tu... Dulu mungkin la aq suka jenis-jenis macam tu, tapi manusia boleh berubah kan? Tapi serius awek tu cun la bila dia buat muka ala-ala stress tadi. Dugaan SU dugaan.. hahaha... Yang balak dia usha semacam je kat aq... Awek cantik depan mata, peduli apa aq balak dia tak puas hati pun... Bukan laki dia pun... Just sekadar hiburan je, tak ada niat pun nak couple-couple nie.. Aq kan pemalu, tunggu je awek datang mengorat... Lepas tu aq terima je... hahaha nampak gaya macam nie je la sampai tua... Aktiviti malamnya sekadar main game, tengok-tengok report sikit dan dengar lagu je... Alahai bosannya hidup aq nie... Kawan-kawan main futsal, aq tak join sebab kurang minat... Lagipun aq nie jenis tak boleh bersukan sangat... Cepat cedera... selalu kalau bersukan pun main bola dekat netbbook je, berpeluh jugak bila main dengan stress.. hahaha jam dah pukul 12.30 pagi, mata tak mengantok lagi, perut pulak lapar, hujan pun rintik-rintik, so keluar la cari makan. Ingat nak pergi kedai mamak je tapi tak jadi pulak so singgah dekat burger bakar don. Hehe kawan rumah sewa aq cakap sedap, so try je la. Rm5 je sebiji. Boleh tahan la... Lembut je ayam dia.... Hehe so dah kenyang perut nie baru mata nie rasa layu-layu nak tidur. Pukul 2 pagi jugak la aq terlelap.... Hari yang penuh keceriaan untukku... Syukur Alhamdulillah....3>
28 Mac 2013
Pagiku dibangunkan dengan sendirinya, alarm yang aq kunci langsung tak menyedarkan aq, nie la akibatnya bila tidur dalam kekenyangan. Bila aq pandang sebelah rasa macam ada orang yang tidur, tapi disebabkan terlalu gelap so aq pun tak sure siapa yang tidur sebelah aq semalam, terus aq bangun dan solat subuh... Dan selesai je baru perasan kawan aq, min yang tidur sebelah. Selalu tidur sorang je, tetiba bangun je ada orang kat sebelah, terkejut la jugak.. Dah selesai bersiap terus aq ke poli sendirian sebab memang kalau hari khamis aq akan pergi awal, masa on the way nak sampai dekat poli tu aq ternampak 1 excident dekat dengan pintu pagar poli, teruk jugak la moto tu, kalau tak silap budak Kejuruteraan Awam rasanya semester 1 atau 2 aq tak sure... Sebab students tu pakai baju poli bridget... Aiii pagi-pagi tengok excident nie buat aq rasa lemah je nie... So dah selesai parking terus aq berjalan ke kelas. Masa lalu dekat kafe aq ternampak Fasha, budak Akauntansi, lama tak tengok dia... Dulu masa semester dua aq selalu duduk belakang dia masa sama-sama dalam kuliah Bulan Sabit Merah Malaysia(BSMM) dulu... dia akan duduk dengan Along kot kawan baik dia tu dan aq akan duduk sebelah arwah izzam(ikan bilis). Teringat balik kenangan kejap sambil senyum sorang-sorang(pagi lagi so tak ada orang sangat, tak ape senyum sorang-sorang, hahaha). So perjalanan ke kelas diteruskan. Sampai je kat kelas aq dapat miss call dari Cik Pieja, eh tetiba je miss call, pelik jugak. So aq sms la tanya kenapa. Tak sampai beberapa minit Cik Pieja dan Cik Kamila dah sampai. Dia cakap salah tekan... Ingatkan ada ape la tadi... So macam biasa, group trio nie akan breakfast sama-sama la. Tapi pagi nie lain sikit la, Teh o ais aq rasa teh o ais limau pulak... Suruh Cik Pieja rasa & dia cakap kafe nie selalu macam tu... Kelas pagi nie kelas Microwave System, belajar tentang radar system sehingga habis bab... Fuh dua jam full dengan teori.. Habis je kelas terus aq berjalan ke unit exam sorang diri sebab nak jumpa Puan Ju tentang report projek yang aq tak sure format dan susunannya... So dah jumpa puan Ju, tapi time tu dia sibuk pulak so postpone 10.30 pulak aq nak jumpa... Lepak kejap la dekat bangku dekat dengan dewan Sri Mas nie... Tetiba ternampak seorang sahabat yang dah lama aq tak jumpa di Poli nie... Nur Barirah Ishak... Kawan yang aq kenal di myspace dulu lagi sebelum jumpa di realiti nie... Dia nie junior aq kat poli nie tapi kos Mekanikal la.. So borak kejap dengan dia, hadoi rasa segan pulak sebab lama tak borak. Dia nie macam seorang lagi sahabat yang aq kenal di facebook sebelum jumpa di poli iaitu Yu(Nurul Shaidatul). Haaaa hari nie jugak aq nampak Yu dengan baju kurung biru, sama warna baju dengan aq... Ramai pulak orang pakai baju warna biru hari nie... Heran betul... Bosan jugak duduk sensorang dekat situ, so aq bergerak kat kelas area koperasi dan jumpa kawan masa sem 5 dulu, awek kelas DET6A, senyum je diaorang bila tengok aq. Semester lepas aq ada tumpang kelas diaorang untuk subjek Embded system so kenal la jugak dengan diaorang... Masa tengah tunggu kelas jugak, sempat la aq memerhatikan gelagat budak-budak poli especially junior la... Hadoi, macam-macam gaya. Ada yang comel-comel, ada yang gelagat kelakar, yang budget hot dan macam-macam lagi la.. Dan tak lama lepas tu kawan aq dari kelas DEP6A, Rambo datang tegur aq dan tanya pasal present projek... Sempat la borak kejap, hadoi tak larat nak gelak bila ada yang kantoi masa present project. Pukul 10.30 pagi, kawan cina aq call dan kami pergi ke Unit Exam semula untuk jumpa puan Ju sekali lagi... Kelas pukul 10.30 kitaorang cancel sebab ramai yang tak datang... Dah selesai jumpa Puan Ju terus aq balik dan nak cari lunch siap-siap... Tapi sayangggg(gaya saleem iklim) akak nasi kerabu tak jual la pulak hari nie... So terpaksa tukar menu nasi putih, sayur bersama bebola dan ayam bakar serta oren susu... hehe dah selesai makan terus rehat jap dan terlelap mata nie sampai jam 1.20 petang... Terus bangun mandi dan solat zohor seterusnya bersiap untuk ke kelas jam 2.30 petang... Kelas petang nie cuma presentation slide je... aq tak buat lagi... postpone next week je la... Habis je kelas terus kemas beg dan balik ke rumah mama... Masa on the way nak balik nie, dua kali jugak la nyaris-nyaris nak excident... hehe tapi dah biasa macam tu so tak ada apa sangatlah... rasa macam cepat jugak aq sampai rumah mama, selalunya 40 minit jugak la, tapi hari nie, tepat-tepat 30 minit.. Maybe traffic light banyak yang kebetulan hijau masa aq lalu agaknya... Sampai rumah mama terus singgah kat stesen minyak nak isi minyak siap-siap sebab esok nak merempit balik Jitra balik sebab ada kelas... So time isi minyak nie, slumber je mak cik nie potong Q... Nasib la mak cik, kalau bukan mak cik aq baling dengan kunci tayar nie... Sabaq-sabaq... Senyum je lah... Malamnya tak ada buat apa sangat... Mengadap je blog dan facebook nie... Ada orang tegur chat aq layan je.. lau tak ada blogwalking je la kat blog-blog lain... Dan ada seorang sahabat nie call kejap tadi ucapkan terima kasih atas bantuan aq, it's ok.. aq akan cuba membantu apabila diperlukan kerana aq Samprit Ungu... Chewah ayat.. hahaha.. Itu je kot untuk hari ini... Thanks for reading kisah hidupku sahabat semua... Love you so much...
Sekian Coretan dari Hati seorang insan yang Sepi....
Subscribe to:
Posts (Atom)