Showing posts with label tnsyen. Show all posts
Showing posts with label tnsyen. Show all posts

Sunday, December 8, 2013

Selamat Tinggal Sebuah Kisah Cinta...

Kesedihan hati sememangnya tidak dapat dinafikan lagi,
Pemergianmu semakin dirasakan,
Kalau dahulu ada saja teguran sms darimu,
Tapi kini handphone ku ini sepi tidak berlagu,
Baru ku sedar ertinya sebuah kehilangan,
Kehilangan yg tak mungkin aku temui lagi,
Kata nasihat dari sahabat,
Kalau ada jodoh tidak kemana,
Tapi bagiku pemergianmu adalah buat selamanya,
Hati ini telah hampir mati dari untuk merasai lagi,
Perasaan Cinta, Sayang dan Rindu,
Yang pernah mewarnai segenap daerah hati,
Suatu ketika dahulu,
Tidak akan pernah wujud rasa itu lagi buat dirimu,
Atau mungkin buat insan yang lain?
Kadang kecewa lelaki hanyalah seketika,
Kembali ceria bila bertemu kekasih baru,
Apakah aku jua akan begitu?
Tapi mungkin sebaliknya,
Hati yang luka belum tentu dapat disembuhkan,
Walau bertahun lamanya kisah ini berlaku,
Namun luka yang sembuh masih menampakkan parutnya,
Biar aku dengan caraku begini,
Rasa kosong tanpa perasaan Cinta buat wanita,
Hanya memandang tanpa sebarang rasa,
Umpama botol kosong yang terbiar ditengah lautan,
Menanti insan menemuinya untuk dibawa pulang,
Percayaku hanya takdir yang bakal menentukan,
Apakah pengakhiran kehidupanku dengan seorang insan
Ataupun sekadar bertemu pada Kematian,
Tak selalunya Jodoh itu bertemu di alam Perkahwinan,
Walau apa yang terjadi,
Aku menerimanya dengan sebuah ketentuan,
Semoga bahagia akan aku temukan,
Di dalam sebuah perjalanan kehidupan...


Kau Pergi Jua...

Pernah jua aku fikirkan,
Sampai bila kita harus begini, 
Walau hakikatnya dulu Cinta kita bersama,
Namun kini kenyataannya sekadar sebuah Persahabatan,
Terlalu banyak kenangan kau dan aku,
Mungkin aku salah menilai erti sebuah persahabatan,
Sebuah ikatan yang seharusnya aku hargai,
Namun ku siakan dengan luka yang memedihkan,
Tapi kesetiaanmu sememangnya harus ku sanjung,
Mungkin itu sifat semua wanita,
Sanggup berkorban apa jua,
Untuk insan yang mereka sayang,
Tapi lelaki yang sentiasa buta untuk menilainya,
Kini hubungan kita sampai ke kemuncaknya,
Dirimu tidak mampu lagi bertahan dengan caraku,
Sudah lama perkara ini bermain difikiranku,
Menanti waktu untuk berlaku,
Namun terbit jua rasa untuk menghalangnya dari terus terjadi,
Kerana rasa sayang yang dulu hampir muncul kembali,
Jika takdir telah tertulis hal ini harus berlaku,
Maka tiada apa yang dapat mengubahnya,
Kau pergi jua,
Pergi menoktahkan sebuah hubungan,
Yang telah bertahun kita bina,
Mematikan aku dalam cerita kehidupanmu,
Tiada lagi nama ini dalam lembaran hidupmu,
Apakah mungkin tiada lagi kenanganku bersamamu,
Andai itu mampu merawat luka dihatimu, 
Diriku jua rela melepaskan mu pergi dari hati ini,
Bukan kerana membenci,
Jauh sekali untuk membiarkan kau terus pergi,
2013 telah menoktahkan segalanya,
Kini kau pergi buat selamanya,
Tiada lagi sinar keceriaan dalam tawa buat diriku,
Dan tiada lagi insan bergelar Hawa
Yang mampu menjadi dirimu untukku,
Mulakan kehidupan barumu tanpa diriku lagi,
Semoga ketenangan dikau miliki,
Sehingga akhir hayatmu nanti,
Aku jua akan pergi dan tidak akan pernah muncul lagi,
Dalam cerita kehidupanmu...
Pemergianmu mungkin suatu kesedihan,
Mungkin jua suatu permulaan, 
Untuk aku kembali ke jalan Tuhan,
Kenangan bersamamu sentiasa dalam ingatan,
Untuk aku kenangkan sepanjang zaman,
Terima Kasih Atas Segala Pengorbanan...


Wednesday, December 4, 2013

Sorry Blog Tersayang... Ketagihan?? -_-


Hye, Ya Allah, dah lama sangat Mr.H tinggalkan blog kesayangan nie.. Maafkanlah Mr.H sebab dah jarang meng-update disini. Nak kata sibuk aktiviti Mr.H dalam tempoh sebulan nie cuma makan dan tidur je. Sementara menunggu kerja yang tak sampai-sampai lagi, memang makan dan tidur je la rutin harian Mr.H setakat nie. Banyak sebenarnya story mory nak diceritakan dalam blog nie tapi asyik tak dapat je nak update sebab Mr.H dah ketagih sekarang nie... Ketagih??

Haaa jangan pikir negatif... Haha ketagihan melayan game farming simulator dekat tab la... Bukan ketagihan dadah ye... Memang terlampau suka sangat melayan game tu 24 jam. Sampai lebih dari 6 kali sehari kena cas tab tu. Sama la jugak dengan instagram pun. Ada je update dari Mr.H. Dah dekat 500 keping gambar dah dalam account Mr.H tu. Gila sungguh melayan 2 benda nie sejak facebook deactive-kan... 

Best giler game nie...

Jom follow Mr.H... hehe keje meng-update je hari-hari...


Entry kali nie tak ada nak fokus apa sangat sebab masa menaip nie kepala kosong je tak  pikir apa-apa. Cuma mulut je memberi arahan pada jari untuk taip ape je yg dikatakan. Seriously memang Mr.H dilanda kebosanan dalam tekanan la sejak tamat study nie. Bukan apa. 24 jam terkurung dalam rumah je. Langsung tak keluar pergi mana... Kalau malam pun cuma keluar makan je dengan akak. Aduhai memang bosan sangat.

Hope cepat la dapat kerja dan boleh teruskan hidup dengan penuh keceriaan kembali... Memang tak selesa sangat dengan keadaan sekarang nie... Bagi orang lain mungkin best la makan tidur dan relax je. Tapi bagi Mr.H setakat sebulan ok lagi... Lepas sebulan je memang tak larat nak hadapi situasi macam nie... Doa-doakan la Mr.H supaya cepat dapat kerja ye. Insyaallah rezeki tu ada je kat mana-mana... Tak ada apa dah nak cakap... Entry lain nanti Mr.H update sebab tak ada gambar nak di-upload... Thanks for reading... 

Sekian Coretan Hati....

Saturday, June 22, 2013

"Jangan Paksa Aku"


Hai masih lagi sempat untuk jari ini meluahkan rasa disini. Tengok tajuk macam geram je kan? Memang geram sangat pun. "Jangan Paksa Aku", macam tajuk novel pulak. Hahaha sempat lagi nak cerita bab novel tu. Ish ish ish.. Sebenarnya macam nie, Mr.H tak suka la bila kena paksa buat sesuatu yang Mr.H tak minat. Kalau korang pun mesti tak suka kan bila kena paksa macam nie. 



Bukan la nak kurang ajar tapi fikir la perasaan orang lain jugak kan? If nak buat something tu jangan la terlalu kejar duit sangat. Ye tau, berniaga nie memang boleh dapat banyak duit tapi tengok la keadaan jugak. Macam Mr.H nie kan masih lagi study. Tambahan pulak semester akhir nie lagi la pack jadual nie so mana la ada masa nak setup semua benda dalam berniaga nie. Lagipun minat tu 'ZERO' la.

Kalau boleh pun rasanya bila bulan 12 nanti la baru free dari study nie mungkin boleh la cuba-cuba buat. Tapi sekarang nie fokus Mr.H cuma nak habiskan 4 paper final nie je. Hope tak nak la fokus nie terganggu dengan desakan untuk libatkan diri dengan perkara yang Mr.H langsung tak minat. Nanti lain jadinya. Menyesal nanti tak guna dah. Seriously memang rasa tertekan la dengan arahan buat itu buat ini. Hadoi, rasa macam nak jerit "Aku nak bagi habih study dulu laaaaa", tapi tak ape la. Jerit dalam hati suda. Malas nak bising-bising.

Hope mama boleh la nasihatkan anak dia yang sorang tu supaya jangan ganggu Mr.H nak fokus study bagi habis dulu. Bukan masanya lagi untuk buat semua tu. Memang la betul cakap orang. Kita nak mulakan sesuatu perniagaan kena mula dari awal. Tapi untuk Mr.H nak fokus dua perkara dalam 1 masa, Mr.H tak mampu la. Mr.H bukan jenis macam tu. Hope orang tu faham la. Tadi dah mengadu kat mama dengan abah. Tak tahan sangat la bila rasa pressure macam nie. Mr.H nak fokus study je sekarang nie. Bukan fikir tentang kerja lagi. Tolonglah faham. 

Maaf luahkan disini. Sebab bukan ada sesiapa yang akan dengar pun apa yang Mr.H nak. Serabut sangat walaupun baru nak mulakan semester baru nie. Hope lepas selesai 1 perkara nie. Stop cakap pasal projek bisness tu atau nak angkat call pun Mr.H dah tak mau. Ingat la. Tak semua orang ada minat yang sama dengan kita, kalau tidak semua yang ada di dunia nie nak jadi yang sempurna kan? Memang semua orang nak berjaya. Tapi setiap orang ada corak kehidupan masing-masing dan hormati kehendak orang lain jugak. Thanks for reading..

Sekian Coretan Hati...

Thursday, June 13, 2013

Kenangan Yang Harus Dilupakan...


Hai, masih lagi berkesempatan untuk update sebelum kembali ke politeknik... 13 Jun 2013, entah la kenapa hari nie kembali kepada mood slow dan sayu je rasanya... Tetiba je kenangan-kenangan lalu muncul kembali di ingatan nie... Ye, kenangan bersama Miss.Lia tetiba je teringat di fikiran nie... Rasa sedih sangat bila baca petikan entry di blog Miss.Lia nie dulu...

Sebuah kenangan lalu...

Sedar tak sedar dah hampir 5 bulan dah berlalu kisah Mr.H dan Miss.Lia nie... Cuma 2 bulan je masa kami bersama... Dalam 2 bulan nie jugak rasanya, Mr.H tak pernah rasa seindah itu selama kehidupan Mr.H nie... Memang indah... Rasa bahagia yang teramat sangat... Tapi sayang, semua tu seketika saja sebelum semuanya berakhir... Walau sekuat mana pun Cinta kita pada seseorang itu, tak semestinya perasaan yang sama akan dirasakan oleh orang yang kita Cinta dan Sayang itu terhadap kita... Kita tak boleh nak paksa perasaan orang lain untuk merasakan apa yang kita rasa... 

Selama dua bulan perkenalan tu jugak, Mr.H boleh dikatakan jiwang la sehinggakan terciptanya sms-sms jiwang yang jarang Mr.H ciptakan buat seseorang yang istimewa... Tapi semua sms-sms di dalam gambar sekadar berada di dalam draft mesej seperti kubur tak bernisan... dari 83 sms yang tercipta cuma 56 sms sempat dihantar dan dibaca oleh Miss.Lia... Hadoi, kenapa hari nie perlu lagi Mr.H buka semua nie sekali lagi? Hurmm entah la... Mr.H pun tak faham dengan diri nie... Mungkin masih merindukan keceriaannya agaknya... Dan pagi tadi Mr.H ada menonton video Ainan Tasneem dalam pembikinan video cover untuk lagu Kiss Me. Tetiba watak Dahlia Darius a.k.a Miss.Lia terus muncul dalam ingatan Mr.H nie... Comel sangat dan hampir sama je macam dalam video tu. :')

Memori tinggal memori...

Mungkin bagi orang lain akan anggap Mr.H nie gila bayang... Tapi seriously kadang-kadang Mr.H akan hidup dalam dunia Mr.H sendiri seperti hari nie... Tanpa sebarang gangguan dan cuma ada Mr.H dan imagenasi Mr.H sahaja. Arghhhh... Tak faham dengan diri nie... Biarkan Mr.H bersendirian seketika... Perlukan waktu dan ketenangan untuk diri ini.... Semoga dapat Mr.H padamkan segala kenangan lalu ini agar tidak dibayangi lagi dengan kesedihan yang ditinggalkan.. Mungkin ada hikmah atas apa yang telah terjadi...

Rasanya akan tiba suatu saat Mr.H perlu padamkan segalanya tentang Miss.Lia dari hidup nie. Sms-sms tu yang pastinya perlu Mr.H padamkan. Kerana setiap kali terfikirkan tentang si dia... Sms itu akan Mr.H baca berulang kali... Sampai bila diri ini terus mengharapkan pada yang tak sudi... Lebih baik terus bersendiri dari terus hidup dalam memori lalu... Berikan kekuatan untuk melepaskan segala ingatanku dari terus memikirkannya... Pasti boleh... Insyaallah... setakat itu saja coretan untuk kali nie... Maaf kalau rasa entry nie macam orang gila tengah bercakap sorang-sorang... memang meluahkan rasa pun... Thanks for reading...

Sekian coretan hati...


Tuesday, June 11, 2013

Menanti dari Mencari...

Hidup ini kadang-kadang terasa sunyi bila sendiri,
Melihat orang lain berpacaran,
Aku juga punya keinginan yang sama,
Melihat orang lain ceria dan kelihatan bahagia bersama orang tersayang,
Terdetik juga di hati ini ingin merasainya,
Namun aku sedar siapa diri ini,
Hanya insan sepi yang tidak punya apa-apa,
Cuma punya keinginan untuk memiliki sebuah rasa,
Rasa yang pastinya terindah dalam kehidupanku,
Pernah suatu masa dahulu,
Aku dibuai rasa dengan rasa yang tidak pernah aku rasakan sebelumnya,
Suatu rasa yang amat indah,
Itulah rasa Cinta yang membuatkan dunia ini cuma milik aku sahaja,
Tapi semua itu sekadar awan cerah yang hadirnya cuma seketika,
Sebelum hadirnya awan gelap yang melenyapkan segalanya,
Benarlah kata orang Cinta itu tak selalunya indah,
Bila bahagia, Kau Aku cuma kita yang ada dalam dunia kita,
Walaupun saat indah itu cuma untuk seketika,
Kenangan yang tercipta cukup kuat untuk terpahat dihati ini buat selamanya,
Kerana senyumanmu, gelak tawamu, sentuhanmu sentiasa berlegar diingatanku,
Kini kau tiada lagi bersamaku,
Melenyapkan janji kita yang dulu,
Kau pergi meninggalkan aku dengan 1001 kenangan,
Sedih...
Namun itu cuma seketika,
Kerana aku tidak mahu terus sakit menanggung derita yang kau tinggalkan,
Tak guna untuk terus bersedih dengan pemergianmu,
Kerna mungkin ini adalah takdirku,
Pertemuan kita adalah suatu permulaan,
Sebelum aku menemui insan yang benar-benar mengerti diriku ini,
Biarlah kenangan itu menjadikan aku lebih matang dalam hidupku,
Aku yakin suatu hari nanti aku akan temuinya,
Insan yang pastinya melengkapkan kehidupanku ini,
Seseorang yang akan buatkan bahagia dalam kenangan bersamamu,
Berulang kembali dengan keindahan yang jauh lebih indah,
Sehinggakan aku mampu tersenyum disaat hembusan nafas terakhirku ini,
Kini aku sendiri dalam kehidupan ini,
Masih menanti ketibaan insan yang dinanti,
Tidak ingin lagi aku untuk mencari,
Biarlah hadirnya dengan sendiri,
Ingin aku bercinta lagi,
Tapi bukan seperti Cintaku yang telah berlalu,
Aku idamkan Cinta dalam ikatan,
Suatu perasaan yang pastinya lebih bermakna antara aku dan dia,
Kerana dia adalah insan terakhir dalam hidupku,
Insan yang kekal abadi sebagai Takdirku,
Akan ku tunggu saat kau tiba wahai Jodohku.




Sekian Coretan Hati....


Tuesday, June 4, 2013

Selamat Tinggal Kenangan~~~


Hai semua, aduhai penatnya balik dari Putrajaya nie... Ingat nak update kisah di Putrajaya tu tapi disebabkan gambar yang belum sempat nak transfer rasanya nanti je la... Bila dah deactive facebook nie, hidup Mr.H rasa bertambah sunyi pulak... Ye la, kalau kat facebook tu ada jugak orang tegur dan borak-borak, kalau tak pun, mesti ajak skype. Now dah tak ada facebook cuma sekadar update di Page dan Twitter je la...

Rindu jugak nak aktifkan semula tapi bila ingatkan kenangan-kenangan sedih kat situ kadang-kadang mengalir jugak air mata nie tanpa dipinta... Alahai mudah sangat touching Mr.H nie... Mana la orang boleh tahan dengan sikap macam nie... Biarlah Mr.H bersendirian dari dunia maya nie.. Apa-apa rasa nak luahkan, Mr.H coretkan diblog nie je... Tak akan ada yang terasa hati dengan Mr.H.... Dah tak sanggup dah nak hadapi perkara yang sama seperti apa yang Mr.H lalui bersama Miss.Lia dan Miss.A...

Susah sebenarnya hati nie nak mula simpan perasaan kat seseorang... Tapi bila dah sayang, memang terlalu sayang sangat... Tapi sikap sensetif nie yang buatkan kadang-kadang orang rimas dan rasa susah bila bersama Mr.H... Buat yang luahkan perasaan kat Mr.H, maaf ye. Mr.H cuma boleh anggap korang sekadar adik-adik Mr.H sahaja... Buang la perasaan tu jauh-jauh... Tak nak sebab perasaan tu akan buatkan Mr.H akan kehilangan lagi sahabat... 

Tak sabar nak masuk semula politeknik dan mulakan hidup dan semangat baru kehidupan Mr.H pada 19/6 nie... Now biarlah perasaan sayu dan sedih nie melayan hati Mr.H nie... Apa-apa pun, Mr.H doakan buat Miss.Lia dan Miss.A, semoga bahagia dengan hidup masing-masing lepas nie.. Terima kasih atas kehadiran yang sangat membekas atas keceriaan yang diberikan... Suatu kenangan dalam kebahagiaan yang tak akan Mr.H lupakan... Mr.H abadikan semua tu di blog nie sebagai suatu kenangan terindah dalam kehidupan Mr.H... 

Mr.H dah tak nak beri apa-apa harapan lagi dalam hidup ini... Biar Allah yang tentukan yang terbaik buat kehidupan Mr.H....Now, focus to my study and work... Hidup tanpa Cinta mungkin akan lebih membahagiakan hidup ini... Doakan yang terbaik jugak buat Mr.H ok? Mr.H tetap anggap anda berdua sebagai sahabat meskipun kita tidak akan pernah berhubung lagi... Thanks for reading... 



Sekian Coretan Hati... :')

Thursday, May 30, 2013

2 Minggu Yang Terindah...


Ya Allah, kenapa diri nie rasa down sangat hari nie... Entah la... Dari semalam lagi rasa macam sedih sangat... Kenapa la hati nie je mudah sangat terasa dalam perkara yang remeh temeh nie... Si dia dah mintak maaf so terima dan lupakan je la... Kenapa la Mr.H nie nak panjangkan lagi hal-hal macam nie... Hurmm entah la...

Sekarang memang rasa kehilangan yang sebenar-benarnya sangat... Perkenalan yang seketika telah mengembalikan lagi sekali lagi duka dalam hidup Mr.H... Entah la, kenapa perlu sekali lagi Mr.H lalui saat-saat macm nie... Mungkin sebab sikap Mr.H yang terlalu sensetif dalam semua perkara yang buatkan ramai orang tak selesa bila bersama dengan Mr.H.

Alahai, lepas seorang demi seorang tinggalkan Mr.H... Sekarang giliran Miss.A pulak... Memang rasa sedih sangat bila jadi macam nie.. tapi nak buat macam mana memang silap Mr.H pun... Rasanya nie pengajaran yang amat bermakna la sebab dalam tempoh 2 minggu je perkenalan dah jadi konflik pergaduhan kerana hal yang kecik je. Hadoi, Mr.H nie, umur dah nak masuk 21 dah. Tapi tak matang-matang jugak..

Nie kalau kahwin nanti habis la si isteri asyik terasa je dengan Mr.H nie... Rasanya biarlah Mr.H mengudur diri buat seketika di facebook Samprit Ungu tu... Lagipun bukan ada siapa sangat nak tegur lepas Miss.A dah tak ada... Yang tinggal cuma page Diari Samprit Ungu je yang diuruskan oleh adik Shada.. Hope adik uruskan baik-baik la page tu ye.. Abang wan tak sempat dah nak uruskan...

Entah ada ke tak orang baca blog nie, Mr.H tak tau la... Tapi insyaallah Mr.H akan terus update dekat sini sentiasa.... Hope kalau kawan-kawan di facebook tu nak inform something tentang poli ke, nak share masalah ke dan hal-hal lain boleh je beritahu di fan page Diari Samprit Ungu or chatbox di sebelah kanan bawah nie... Sorry la last minit Mr.H tetiba je tutup account personal tu.. Tapi memang ada dalam perancangan jugak nak deactive buat seketika... Tak sangka hari nie jadi kenyataan jugak... 

Apa-apa pun buat Miss.A, terima kasih atas perkenalan kita selama 2 minggu yang penuh keceriaan dalam hidup Mr.H, semoga Miss.A berjaya dalam kehidupan akan datang... Sekali lagi Mr.H mintak maaf atas sikap Mr.H nie... Mungkin kita tak kan contact lagi lepas nie tapi doa-doa Mr.H buat Miss.A sentiasa berterusan... Teruskan keceriaan Miss.A bersama orang yang lebih faham dengan Miss.A ok??

Rasanya setakat itu saja coretan duka untuk hari ini... Hope lepas nie Mr.H dapat la mencari kesilapan diri Mr.H yang penuh dengan kekurangan dan kelemahan untuk diperbaiki... Terima Kasih untuk 2 minggu yang cukup indah dan bahagia buat Mr.H... Selamat Tinggal... Thanks for reading...



Sekian Coretan Duka...


Wednesday, May 29, 2013

Penantian yang Penuh Debaran...Berakhir Jua..


Alhamdulillah masih lagi berkesempatan untuk Mr.H mencoretkan kisah kehidupan disini... Ok lah, kali nie Mr.H nak share tentang keputusan peperiksaan yang telah diumumkan pada 28 May 2013 (kelmarin la). Semalam ingat memang nak update entry nie, tapi disebabkan masalah teknikal sikit so terpaksa postpone hari nie... 

Mr.H memang rasa berdebar sangat nak tunggu result nie keluar, bukan apa takut sejarah semester lalu berulang lagi... Tak sanggup la nak carry paper Circuit Analysis yang susah sangat tu... Malam pada 27 May 2013, Mr.H ada dapat sms dari seorang sahabat dari Politeknik lain yang bagitau Mr.H yang result dah keluar iaitu Cik Eida... Tapi Mr.H masa tu masih dalam perjalanan nak bertolak balik ke Manjung, Perak. So mintak la Cik Eida nie tolong semakkan, tapi result untuk Politeknik Mr.H nie lambat dikeluarkan...

Sampai je di Manjung, Perak dah pukul 1 pagi... Letak je beg terus on laptop dan cuba nak check... Tapi masih belum dikeluarkan lagi... Alahai penat menanti dalam penuh debaran dan kerisauan nie... Pukul 2 lebih baru Mr.H tidur kerana letih dalam perjalanan dari Kedah ke Perak nie... Keesokan paginya, Mr.H buka la facebook sambil-sambil menunggu untuk check result... Refresh kat news feed dan ternampak status kat bawah nie:

Rakan Politeknik Mr.H

Terus Mr.H log in untuk check result la... Ya Allah, risau sangat nak tengok... Bila buka je tgk sebelah kanan dulu... fuhh lega... Semua lulus... Syukur alhamdulillah... 

Semua subjek lulus....

Nak kata terlalu ok tu tak la... Tapi lebih baik la dari semester lepas... Lepas je check result terus cari handphone dan bagitau dekat sapa lagi kalau bukan kawan baik di Poli nie, Cik Pieja... So Cik Pieja pun mintak Mr.H tolong check kan result dia... Alhamdulillah dia pun lulus semua paper jugak... Tak sia-sia kita buat study group bersama kan?

Insyaallah next semester kita pulun macam yang kita plan tu... Mesti boleh punya...Lega sangat bila dah tau pasal result nie... Now boleh sambung cuti dengan ketenangan... Hari nie 29 May 2013, mood slow je. Entah la sebab apa... Rasa nak diam je.. So tiada status dari Mr.H untuk hari nie di facebook... Kepada Adik Shada, thanks sebab tolong promote page Diari Samprit Ungu nie... Yang mana belum like tu ringankan tangan untuk Like ye. >>KLIK SINI<< Terima kasih semua yang sudi baca dan like page nie.. Mr.H bukanlah orang yang pandai sangat dalam dunia blog nie... Masih dalam proses pembelajaran lagi... So support Mr.H k sahabat semua.. Love you all...

Sekian Coretan Hati... 


Wednesday, May 1, 2013

Selamat Hari Pekerja & Cuti Sem Di Penang....




Selamat pagi buat semua readers yang singgah disini... Hari nie 1 Mei 2013 merupakan hari pekerja. So ramai la yang bercuti kan hari nie.... Hadoi mood pagi nie macam tak happy je. Yes, sebab hari nie mungkin entry terakhir dari Mr.H sebelum bertolak dari Kedah ke Penang... Ye la, dah cuti semester pun hampir 1 bulan.. Kalau duduk di rumah tanpa buat apa-apa pun sunyi dan bosan jugak kan? Duit pun tak dapat. So Mr.H akan ke Penang la hari nie sehingga keputusan peperiksaan dikeluarkan pada 28 Mei 2013...

My mood now... Malasnya ....
Kiranya hampir sebulan jugak la Mr.H akan jadi orang penang... Dan kemungkinan jugak selama sebulan jugak tanpa facebook dan blog tersayang nie.. What!!! Sebulan tanpa blog dan facebook??? Macam tak dapat bayangkan je apa yang Mr.H nak buat tanpa kedua-dua nie... Tak apa la... Mr.H akan draft dulu la semua cerita-cerita Mr.H semasa berada di Penang nanti.. Kalau dapat online Mr.H akan publish buat tatapan semua... 

Actually, Mr.H malas nak pergi Penang nie... Faham-faham je la dengan keadaan kehidupan yang lebih kurang sama je kesibukan dengan Kuala Lumpur memang rasa tak seronok je dengan keadaan macam tu.... Tapi bila abang cakap kerja yang Mr.H kena buat nie tak susah sangat, rasa rugi pulak kalau Mr.H tak ambil peluang nie... Mana tahu kalau tamat Diploma hujung tahun nie, Mr.H dah boleh kerja dengan abang Mr.H terus. Sebab kalau ikut perancangan masa depan Mr.H pun memang nak kerja dulu sebelum sambung belajar kalau masih minat la... 

Kalau tak ada apa-apa halangan, petang nie Mr.H dah pun berada di Penang.. So kalau tak nampak Mr.H di facebook tu maksudnya Mr.H dah tak online la... Ada apa-apa masalah just sms di no celcom je ok? Sebulan yang penuh debaran sebab tak tau lagi macam mana pulak situasi kerja kali nie... Harapnya akan meninggalkan kenangan yang indah la untuk Mr.H... Semoga perjalanan Mr.H nanti dipermudahkan dan selamat sampai di sana... 

Andai entry kali ini adalah yang terakhir... Semoga ia akan menjadi suatu kenangan yang terindah buat semua sahabat yang Mr.H sayangi... Selamat tinggal blog kecik selama sebulan dari belaian Mr.H... Terima kasih kerana menjadi luahan hati Mr.H selama ini... Segala suka dan duka kita kongsikan bersama disini... Kita bertemu lagi nanti ye blog tersayang... Mr.H mengundur diri hanya buat seketika... Pasti akan merindukan kamu Diari Samprit Ungu...

*p/s: Orang buat dedikasi dekat awek, tapi Mr.H dedikasi untuk blog... Well sepi seorang penulis beginilah... Blog adalah cintaku kini sebelum kehadiran si dia yang terindah... :)

Sekian Coretan Hati....

Sunday, April 28, 2013

Kenangan Kelakar Mr.H Kembali Memandu...


Salam,

Hahaha tengok tajuk pun dah tau entry kali nie Mr.H nak cerita tentang apa... Ok la straight to the point je la... Hari Isnin (29 April 2013) parents Mr.H akan pulang ke rumah dari menunaikan Umrah... Semalam pun mama ada call dari Makkah bagitau yang mama akan sampai di KLIA jam 1:00 petang esok dan kemungkinan akan sampai di Kedah pada waktu petang la. Rindu sangat nak dengar suara mama. Lega dapat cakap kejap kelmarin. Dengar macam tak berapa sihat. Mungkin faktor cuaca agaknya... Mudah-mudahan perjalan mereka dipermudahkan dan selamat sampai di sini... Amin... Mama dah nak balik so siapa yang nak jemput? Masa hantar hari tu tak apa la kakak ada, dan dia tolong hantarkan. Nie nak balik, siapa pulak nak pergi jemput diaorang? Kakak-kakak dan abang sibuk dengan hal masing-masing... 

Sms dari kakak Mr.H tentang keadaan mama dan abah
Bila fikir balik memang tak ada siapa la yang dapat jemput diaorang sebab semua kerja... So Mr.H terpaksa la jemput diaorang... Mr.H nie ada lesen kereta. Tapi rasanya dekat 3 tahun tak pernah bawak lepas habis je kerja masa tengah tunggu result SPM dulu... So faham-faham je la bila lama tak bawak. Confirm tak cekap langsung kan? huhuhu sedih pun ada tapi nak buat macam mana. Mr.H nak belajar bawak balik. Tapi mama la tak bagi takut jadi apa-apa. Biasa la mama tak pernah lagi tengok anak teruna dia nie memandu... Masa ambil lesen dulu pun dekat Penang dan kali terakhir bawa kereta pun masa pergi ke Hulu Selangor... Memang dah lama sangat kan?

Pagi nie(28 April 2013), Mr.H tekad jugak nak bawak kereta mama nie. Ye la, kalau tak practice bawak sampai bila rasa takut tu tak hilang... So start la enjin dan kunci rumah dan buka pintu pagar... Seriously Mr.H tak pernah drive kereta auto nie... Nie first time la nak cuba bawak... So dah siap dan nak mula bawak... Part yang kelakar sekali bila time nak masuk gear tu tak boleh pulak... Hairan jugak... Kan Mr.H cakap tak pernah bawak so memang tak tau la... Nak call kawan rasa malu la. Nak call kakak pun takut diaorang risau Mr.H buat pandai-pandai nak drive sendiri nie... Last-last pak cik google di hanphone jugak Mr.H tanya... Laaaaa tak tekan brek dulu. Memang tak boleh masuk gear la... Hahaha nampak sangat tak tau langsung kan?

PKR tu.. haha bawak jugak walaupun takut... 
Yang tengah baca nie confirm tengah gelak depan laptop tu kan? Jangan gelak sangat. Malu la Mr.H.. Hahaha tapi kenangan untuk Mr.H la kan yang baru nak belajar bawa semula setelah 3 tahun tak bawak... So da boleh bawa pelan-pelan... Cuma kaki nie still kaku lagi la nak tekan brek dan minyak... Nak kena selalu bawak la baru cekap sikit. So pagi tadi dapat la round kejap. Rasanya tak ada la susah sangat pun... Kenapa la dari dulu lagi Mr.H tak buat berani macam nie... Kalau tak dah lama cekap... Apa-apa pun memang kenangan paling kelakar la nak bawak kereta nak kena tengok google... Menunjukkan bertapa pentingnya internet buat kita kini kan? Thanks for reading...

Sekian coretan hati.... 

Tuesday, April 16, 2013

Luahan Rindu Untukmu...


Bila aq rindu, 
lalu kedua tangan ini ku tadahkan,
meluahkan rindu dalam setiap doa-doaku,
bagiku itu adalah yang terbaik,
dari aq meluahkan rindu secara terang-terangan,
pasti tidak akan membekas untuk suatu masa yang lama dihatimu,
biarlah aq menyampaikan rindu dalam sepi,
tapi ku yakin dengan cara ini pasti tiba rinduku dihatimu,
aq tidak meminta untuk kamu kembali merinduiku,
seperti mana aq merinduimu, 
cuma yang ku mahu jangan pernah lupakan aq dari ingatanmu,
kerana menjadi secebis dari ingatanmu tentangku adalah yang terindah buatku,
kita mungkin berjauhan dari sebuah pertemuan,
namun pasti tidak di taman hatiku ini,
selalu kurasakan paggilan namaku dari bibirmu bergema dihati ini,
mungkin rindu ini cuma aq yang terlalu merasakan,
kerana diriku sering menganggap insan-insan yang menggembirakan hati ini,
terlalu istimewa untuk aq terus menghargai, 
oleh sebab itu biarpun rindu ini tidak berbalas,
aq tetap akan terus merindui insan-insan yang membahagiakan hidupku ini,
kerana aq terlalu menghargai setiap detik kehidupan ini,
andai rinduku ini kembali berbalas,
sejuta bintang dilangit sebagai tanda terima kasih aq ucapkan,
semoga perasaan ini tidak pernah pudar dari segenap ruang hati,
biar ia terus menyinari hati ini dan mencetus keceriaan diri ini,
aq hanya insan biasa yg penuh dengan rasa rindu...
Dan rinduku ini hanya untukmu... 



Sekian Coretan hati~~~

Saturday, April 6, 2013

Aku yang menati....


Sunyi...
Suatu perasaan yang akan membawa aku kepada memikirkan sesuatu
samada ianya sesuatu yang menggembirakan atau menyedihkan
cuma aku yang dapat mengerti sepi yang melanda di hati ini
Ianya hadir tanpa diminta
sekadar singgah dihati ini dikala aku sendirian
membawa memori-memori lalu bersama kembali
bercampur aduk rasa dijiwa ini
memori-memori indah memulakan cerita dikala ini
terkenang kembali saat-saat indah dimasa lalu
senyum dan gelak tawa adalah teman sejati dikala hati sedang dicintai
tidak pernah lekang pabila saat kita bersama
terasa dunia dihiasi keceriaan dari kita berdua
dan pabila keceriaan itu tiba pada kemuncaknya
luka lama terasa kembali berdarah diingatan
terkenang kembali saat kau melafazkan kata perpisahan
tanpa sebab dan alasan pemergian kau dari hidupku
hanya 1 sms sebagai tanda pengakhiran dari sebuah kebahagiaan
yang telah kita ciptakan bersama
Aku mencari apa salahku
dan kini aq masih belum menemuinya
kan ku tunggu jawapan darimu suatu hari nanti
andai jasad ini masih lagi teguh berdiri
bukan niat untuk mengungkit sejarah kita
sekadar ingin mengerti sebuah persoalan yang telah lama kucari
KENAPA?
jawablah dengan seikhlas hati
jika kau masih lagi bersimpati 
kepada diriku yang masih setia menanti
dengan penuh sabar dan tanpa jemu
kerana aq mengerti kesetiaan itu terlalu indah untuk dikhianati...

Aku yang menati....


Friday, April 5, 2013

Coretan Mingguan 31 Mac hingga 4 April 2013

Salam,

Syukur alhamdulillah, masih lagi berkesempatan untuk meluahkan perjalanan kehidupan di minggu nie... 


31 Mac 2013

Huraghhh mengantoknya pagi-pagi nie, nak bangun pun rasa malas je. Hampir jam 3 pagi mata ini melabuhkan tirainya selepas selesai skype dengan Miss.H dan kemas barang-barang... So pagi nie, pukul 8.30 jugak la Mr.H bertolak pulang dari rumah mama... Mama bising jugak sebab dia dah masak nasi banyak, tapi nak buat macam mana, Mr.H ada kelas jam 11 pagi... Hadoi bawak moto pun rasa mengantok je tau, dengan jalan pun lengang je pepagi nie... Selalunya pasang jugak lagu dekat telinga nie, tapi pagi nie rasa malas nak dengar lagu... So jam 9 pagi Mr.H sampai di rumah sewa... So letak je beg terus keluar semula beli nasi lemak, tapi kali nie Mr.H tak beli dekat mak cik yang berniaga dekat dengan traffic light tu tapi beli dekat mak cik yang dekat dengan kedai runcit nie... Tak best sangat la sambal nasi lemak nie.. Manis macam gula sangat... Masa tengah beli tu sempat jugak la berborak... Aiii pantang jumpa mak cik-mak cik je mesti diaorang akan tegur dan borak dengan Mr.H nie... Hahaha kadang-kadang borak tu macam dah kenal lama pun ada... Aii pelik betul... Dah selesai breakfast terus kemas beg dan bersiap untuk ke poli... Sambil-sambil bersiap tu ada la sms dari Cik Pieja, dia tak masuk kelas Entrepreneur hari nie, ada hal sikit katanya... Tinggal Mr.H dan Cik Kamila berdua je la nampaknya... Kelas hari nie cuma buat presentation untuk bisness plan yang telah kitaorang hantar proposal hari tu. Group Mr.H bersama Cik Kamila dan Cik Pieja akan present hari selasa nie... So cuma tengok kawan-kawan je la present untuk hari nie... Habis je kelas Entrepreneur Mr.H balik ke rumah sewa jap, mandi dan datang balik ke poli sebab nak jumpa Cik Pieja pukul 1.15 petang.. Ada kerja sikit nak kena selesaikan bersama... So Mr.H tunggu je sorang-sorang di bengkel pendawaian sampai Cik Pieja dan terus kami menuju ke kafe kering. Cik Kamila dan Zalina dah lama tunggu kitaorang kat situ... Letak je beg terus Mr.H dan Cik Pieja pergi beli air... Ada 1 group budak lelaki pandang je Mr.H dan Cik Pieja, cuma senyum je la Mr.H berikan... Hahaha dan masa nak kembali ke tempat duduk tu, dari jauh Mr.H lihat seseorang nie... Akhirnya dia melambaikan tangan... Yes memang dia... Fatin la... Selalu hari ahad Mr.H akan nampak dia lalu kat situ... Ok la dia dah kenal... Kalau tak jalan buat bodoh je... Tak sempat nak tegur pun sebab sibuk berborak dengan kawan dia je... Lantak la... hehe masa tengah leka borak dan bergurau dengan Cik Pieja tetiba je Yu(Nurul Shidatul) pulak yang muncul depan mata nie... haii ramai pulak yang Mr.H terjumpa hari nie... Yang Yu nie tak sombong sangat, dia sempat borak sepatah dua... kawan-kawan dia tengok dan senyum-senyum je bila Yu berjumpa dengan Samprit Ungu nie... hehe so kembali kepada Mr.H dan kawan-kawan kelas. Rancangan nak siapkan End Of Chapter Circuit Analysis dah jadi masa berborak je sampai la pukul 2 petang. Mereka bertiga ke kelas Embded System dan Mr.H ke kelas Engineering Math... Alahai mengantoknya mata nie... Sampai la pukul 4 petang terus balik rumah terus sebelum keluar semula beli makan... Tengahari rasa kenyang je, so balik je dari kelas math memang lapar la... Menu hari nie Nasi Goreng Cina dan sirap Bandum. Macam biasa bungkus je dan makan kat rumah... Dah selesai makan entah macam mana mata nie terlelap dan pukul 6.30 jugak la baru bangun. Rehat jap dan mandi. Lepas solat magrib Cik Kamila sms ajak Mr.H buat slide presentation untuk Entrepreneur dan tolong dia buat report projek. So dalam pukul 8.15 malam, dia datang ambil Mr.H kat rumah sewa. Mulanya ingat memang malas nak keluar dah sebab berdua je, selalu Cik Pieja ada sekali... Tapi malam nie kami berdua sahaja. Tempat biasa kami di D'Aman Cafe la... Lama jugak la kami buat kerja di situ sampai pukul 10 malam Mr.H dah tak tahan rasa pening sangat kepala nie... Terus mintak Cik Kamila hantarkan balik... Sampai je kat rumah terus ambil wuduk dan solat isyak... Ya Allah, masa nak sujud tu rasa macam kepala nie dihempap batu je. Sakit sangat, Mr.H dah rasa loya semacam je... Last-last terus muntah... Yes migrain datang lagi... Selalu kalau kena attack dengan migrain memang macam nie la petanda untuk Mr.H... Rasa sakit kepala yang berganda-ganda dari sakit kepala biasa dan mesti akan muntah... Terus Mr.H selimut dan pejam mata, tapi tak boleh sebab terlalu sakit... Terus minum air masak, tak sampai 10 minit kembali muntah... Badan nie dah lembik rasanya sebab air pun dah tak boleh nak masuk dah... Memang teruk la migrain kali nie, 3-4 kali muntah sampai jam 2 pagi.... adesss... hope esok ok la... 

1 April 2013

Pagi nie Mr.H bangun awal.. jam 5.30 pagi jugak mata nie dah terjaga.. So sementara nak tunggu waktu subuh tu mata nie terus terbuka tanpa melakukan apa-apa, sakit kepala disebabkan migrain masih lagi terasa. Memang sakit sangat. Lebih kurang jam 6.30 alarm handphone ini berbunyi dan terus Mr.H bangun untuk mandi dan solat subuh. Selepas selesai solat, tiada apa yang mampu dilakukan melainkan terbaring semula kerana sakit kepala yang teramat sangat... Kelas Data Communication Mr.H terpaksa ponteng. Nasib la hari nie cuma presentation tajuk yang diberikan Puan Ju minggu lepas. Dalam jam 9.00 pagi, Mr.H terjaga dari tidur dan perlahan-lahan cuba bangunkan diri nie... Memang longlai je badan nie sebab muntah teruk semalaman... So keluar kejap ke kedai berdekatan cari air 100 plus. Ini je ubat sementara nak bagi tenaga kat badan nie... Balik je rumah terus minum dan terbaring kejap. Mr.H ingat nak sambung buat slide presentation yang tak sempat nak habiskan dengan Cik Kamila semalam, baru 10 minit Mr.H buka netbook terus sakit kepala nie kembali teruk dan kembali terlelap sehingga jam 12 tengahari... Jam 12 tengahari, Mr.H terus pergi mandi dan kemas beg, walau tak larat macam mana pun kelas petang nie terpaksa gagahkan diri untuk pergi sebab kalau tak pergi confirm tak boleh nak jawab kuiz minggu depan... Dah selesai solat zohor terus Mr.H pergi ke poli dan naik ke banggunan tingkat 5. Seperti biasa group trio Mr.H (Cik Pieja dan Cik Kamila) dah sampai di dalam kelas. Sambil berborak tu memang tak sah la kalau tak bergurau, tapi Mr.H agak slow la sebab kepala nie macam orang separuh sedar je... Cik Pieja ada belikan roti dan paksa Mr.H makan tapi memang tak ada selera langsung tekak nie... Last-last cuma secubit je Mr.H makan, tu pun rasa loya tekak nie... Part gurau dengan Cik Pieja bila kami masing-masing keluarkan minyak cap kapak la... Hadoi, bab minyak cap kapak pun boleh jadi gurauan kami berdua... Sorang keluarkan botol kecik, sorang lagi keluarkan botol besar punya.. hehe Topik untuk petang nie memang susah dan memeningkan la... Dah la dengan keadaan tak sihat nie, belajar pulak topik level gila macam nie... Adesss.... Dari jam 2 petang sampai jam 4.30 petang... Tangan nie asyik sapu minyak cap kapak kat kepala nie... Memang tak reda-reda sakit nie.... Habis je kelas Cik Pieja ada ajak keluar malam nie tu pun kalau Mr.H ok la untuk sambung buat slide presentation bisness plan tu... Mr.H cakap tengok keadaan je la... Takut jugak sebab sakit kepala nie tak tentu, ada masa rasa sakit yang ringan je, kadang-kadang dia datang attack macam 10x daripada sakit kepala biasa... Selalunya hari first kena rasa paling teruk sekali... So balik dan terus solat asar sebelum sekali lagi mata nie terpejam... Malamnya Cik Pieja dah sms tanya samada Mr.H ok ke tak? rasanya dah reda sikit la lepas terlelap kejap... Beberapa minit kemudian Cik Kamila call yang dia dan Cik Pieja dah on the way nak datang ambil Mr.H kat rumah sewa, so Mr.H bersiap dan prepare netbook untuk buat slide presentation... Thanks group trio yang sudi jemput dan hantar Mr.H.  Tempat meeting kitaorang macam biasa la dekat D'Aman Cafe... Kedai yang selalu kami bertiga dating ber-assignment... Masa dekat D'Aman Cafe tu, Mr.H dan Cik Pieja geram sangat kat kucing menikus nie... Hadoi, siap duduk atas kerusi Mr.H, raba-raba lutut Mr.H nie... Terkejut la jugak rasa macam ada yang main-main kat lutut nie, mana la tak melatah sampai dua tiga kali, yang Mr.H nie pulak boleh tahan jugak latahnya, asyik gelak je la Cik Pieja dan Cik Kamila... Jinak sangat kucing tu, tapi bagi Mr.H melampau sangat la sampai mengganggu macam tu... Part yang Mr.H dan Cik Pieja tak larat gelak bila ada customer lain pegang tengkuk kucing tu, lawak sungguh bila kucing tu keras macam tak hidup je... Mulanya Mr.H buat kerja dulu sementara Cik Pieja makan malam dan berborak dengan Cik Kamila, dah siap je, terus Mr.H pass netbook dekat Cik Kamila untuk edit, dan Mr.H dan Cik Pieja main dengan baby yang duduk belakang kerusi kitaorang, tapi baby tu tak bagi respond terus kami berdua buat tak layan walaupun baby tu comel.. hahaha dah selesai je kerja dalam 10.30 malam diaorang berdua hantar Mr.H balik ke rumah sewa... Masuk je rumah terus solat isyak sebelum buka nota Data Communication study untuk kuiz esok, baca dalam 15 minit terus mata nie terpadam bersama mimpi... Hari yang tak begitu menyeronokkan sebab keadaan kesihatan yang tak mengizinkan... Langsung tak makan apa-apa dari pagi sampai malam, cuma air je la yang bagi tenaga kat badan nie untuk terus berfungsi hari ini... Adesss... Semoga esok keadaan akan menjadi lebih baik.. Insyaallah... tak larat la macam nie...  Ujian dari Allah...  Rindu pulak rasanya kat Miss.H... alahai..

2 April 2013

Hari nie pun sekali lagi Mr.H bangun awal dari alarm, dah selesai mandi dan solat subuh, terus panaskan enjin moto, ambil wallet, handphone, kasut, helmet, 1 botol air mineral bleu dan cermin mata sebelum keluar. Masa nak keluar tu, ringtone st12-putih-putih melati dah berbunyi... Aiii sapa pulak nak call pagi-pagi nie... Selalunya Cik Pieja je nak call pun tapi nie no maxis so angkat la.. Salah no rupanya... Apee daaa... Terus bergerak ke poli, mak aiii pagi-pagi nie memang banyak la kereta dekat jalan nie... Dengan kereta menuju ke Poli, Institut Perguruan, Kolej ape ntah dekat dengan Institut Perguruan tu... Rasanya tak kurang dari beribu orang lalu jalan kat situ pagi-pagi... Sampai je poli, lock motor, tengok cermin jap terus berjalan ke kelas, on the way nak ke kelas tu, Mr.H singgah kejap dekat kafe kering beli breakfast, alhamdulillah hari nie, tekak nie dah mula boleh terima makanan. So beli la sandwich dan terus naik tangga ke tingkat 5. Saja tak nak gunakan lift sebab jam 8 pagi macam tu memang penuh dengan students dan lecturers. Sampai je kat tingkat 5 ada dua orang budak kelas dah sampai... Budak sem 5 la... Untuk kelas Circuit Analysis nie Mr.H tumpang kelas DEP5A, maklum la subjek carry so kena la study dengan junior... So sementara tunggu Cik Pieja, Mr.H berdiri la dekat koridor. Bosan duduk dalam kelas. Puan pun tak sampai lagi... Tak lama lepas tu, ada mesej dari Cik Pieja. Cari kelas dekat mana... So kelas yang sepatutnya pukul 8 akhirnya bermula pukul 9 jugak... hadoi, buat penat je datang awal. Habis je kelas lepak kejap dengan geng trio nie dekat bengkel pendawaian, Cik Pieja dan Cik Kamila dah habis dah kelas diaorang, Mr.H je yang ada kelas lagi jam 11... Diaorang pun bosan tak tau nak buat apa, nak balik pun rasa macam awal lagi... last-last diaorang temankan Mr.H borak sampai jam 11 pagi, thanks sahabat, tak ada la bosan sangat Mr.H duduk sensorang dekat situ. Kebetulan masa tu, Cik Kamila pergi toilet kejap dan tinggal la Mr.H dan Cik Pieja berdua... Masa tu jugak la kawan kitaorang lalu, nama dia Mr.H tak tau, yang gurlz tu Mr.H kenal la, Asyikin dan yang lelaki tu Cik Pieja panggil K-pop... Diaorang tegur kitaorang siap usik sekali... "amboi asyik berdua ja"... Mr.H senyum je dan kebetulan Cik Kamila datang balik. Terus Cik Pieja balas "Kami bertiga nahh" hahaha walaupun diaorang kelas DET tapi jenis students poli yang tak sombong macam diaorang yang mudah untuk berkawan... Kalau tak nak tegur pun cukuplah dengan seukir senyuman... Itu pun dah cukup kan? So jam dah pukul 11 Mr.H bergerak ke kelas dan dua orang aweks Mr.H nie pun dah nak balik. Chewah, aweks la sangat... Diaorang BFF forver je... Sampai je kat kelas terus call Seow cari kelas. kelas hari nie cuma buat presentation dan kuiz je... mr.h tak datang kelas kelmarin so tak tau sangat nak present ape hari nie, main belasah je la... Nasib Puan dan kawan-kawan paham... Dah habis kelas terus pergi kat moto dan bila sampai kat moto je tengok ada orang buang sampah dalam raga moto, hehehe sabaq je la... Mesti budak junior yang tak cukup akal punya kerja la nie... Sampah je kan? malas nak bising... Doa je la supaya orang buang sampah tu dapat balasan aniaya orang sakit macam Mr.H nie... Dalam hidup nie kita apabila diuji jangan mengeluh dan lepaskan geram melalui cacian tapi kita kena banyak bersabar dan anggap itu sebagai ujian, serta berdoalah kepadaNya semoga yang terbaik buat kita... Sabar itu indah sebenarnya... Alhamdulillah hari nie Mr.H dah kembali ada selera untuk makan, so masa on the way nak balik tu singgah la beli nasi kerabu lauk ayam bakar dan ikan celup tepung... Banyak jugak la Mr.H makan walaupun tak habis. Biasa la, nak dapatkan kembali selera pun ambil masa jugak... Tapi masalahnya lepas je Mr.H makan, terus datang angin dalam badan nie naik ke kepala dan sakit kepala jadi teruk balik... Masuk je waktu zohor terus mandi dan solat sebelum terbaring lagi... Sebelum tu Mr.H ada sms Cik Pieja mintak dia bagitau Cik kamila bawak laptop untuk presentation petang nie dan bagitau dia yang Mr.H tak dapat datang kelas... Nasib la dia paham keadaan Mr.H macam mana... Thanks sahabat... Petang tu cuma terbaring dan lelapkan mata nie sehingga azan asar kedengaran dari belakang rumah sewa nie... Terus bangun solat dan terbaring sambil ditemani lagu-lagu... Kebosanan dan kesunyian teramat sangat dirasakan... Selalunya Mr.H update jugak status facebook via mobile, tapi minggu nie tak ada mood nak o9... Status-status yang Mr.H update pun masa keluar dengan Cik Pieja dan Cik Kamila je... Malamnya Mr.H beli nasi lemak royale, tapi makan still tak habis walaupun order yang biasa je. Tak macam selalu Mr.H order nasi tambah... Entah la, selera tak betul-betul pulih lagi agaknya... Esok kelas pukul 4 petang so malam nie cuma santai layan movie je la... Tak ada mood nak study, badan still lemah lagi... Harap cepat la pulih seperti sediakala, malam nie rasa bengang pun ada sebab ada kawan hisap rokok dalam bilik, Mr.H memang pantang orang hisap rokok dalam bilik nie, rasa tak selesa sangat... So apa lagi, 1 bilik Mr.H sembur perfume... Yang penting tak bau asap tu sudah la... Sakit dada, bagi orang yang merokok tak apa la... But for me as not a Smoker, I don't like it... sambil layan movie tu ada la terdengar lagu ape ntah dalam movie tu, lirik lagu tu macam kat bawah nie... Tengah sunyi-sunyi nie mula la Mr.H dapat ilham untuk cipta entry bertajuk Semoga Kau yang Terindah dan Sepiku Keranamu... Sunyi sangat rasanya sampai boleh keluar semua ayat-ayat macam tu... Tidur Mr.H ditemani lagu Kekasih-Devotees yang mengingatkan kepada insan yang memperkenalkan lagu nie untuk Mr.H... 

telah ku lalui
telah ku lukai
dibuai mimpi-mimpi
mengasyikkan inderaku
semua yang sempurna

demiku sendiri
yang segala cinta
sebuah reali bernoktah disini

semua yang sempurna 
hanyalah dimata
tangis lalu berbisik ku sendiri
izinkan diriku lenyapkan segala
namun tak terdaya ku melupakan segalanya
kiniku sendiri
hilang segala cinta
sebuah realiti bernoktah disini

3 April 2013

Hari nie Mr.H dibangunkan dengan azan subuh yang kedengaran dari surau belakang rumah, terus capai towel dan mandi time subuh nie... Masa terjaga dari tidur, rasa sakit kepala nie kembali teruk, habis timbul urat di kepala seolah-olah nak pecah je, memang sakit. Lepas je mandi terus solat subuh dan terbaring kembali. Hari nie rabu so kelas jam 4-5 petang nanti. Dapat la Mr.H berehat kejap sebab sakit disebabkan migrain kembali melanda Mr.H hari ke-4 nie... Serius sakit yang memang tahap teruk la. Panadol activefast pun tak mampu bagi kesan kat Mr.H nie... Cuma pejam mata dan tidur je penahan sakit sementara sakit nie hilang kejap... Dalam pukul 8.30 pagi Mr.H kembali terjaga dari tidur. Alhamdulillah dah berkurangan sikit. Yang tak bestnya kali nie, bukan setakat migrain je, demam+ulser+sakit gigi sekali k0wt. Memang terbaek la... Pagi nie Mr.H ada dapat sms dari seorang sahabat nie, thanks sebab sms Mr.H pagi-pagi nie tanya keadaan diri nie... Rasa terharu bila ada juga sahabat yang ambil berat time Mr.H tengah sakit nie... Minggu nie memang tak online facebook la dekat handphone... Tak ada mood bila sakit-sakit nie... Mengadap lappy untuk tulis draft nie pun tahan je dengan mata berair. Adesss... Jam 12.45 tengahari terus Mr.H mandi dan bersiap untuk solat zohor sebab jam 2.00 petang, Mr.H ada Seminar dari MARA untuk subjek Entrepreneurship. Dah la kelas petang kelmarin tak pergi, ini kalau seminar nie tak pergi memang nak kena dengan pensyarah tu la... So dah selesai solat zohor terus bergerak ke poli. Entah kenapa la moto Mr.H rasa semacam je dua tiga hari nie, tak sihat macam tuan dia jugak agaknya... Balik minggu nie nak kena buat maintenance la. Lagipun dah lama tak service. Nak kena bagi ubat batuk(tukar minyak hitam) agaknya.. Hahaha so sampai je kat poli pensyarah Entrepreneur kelas Mr.H dah suruh masuk ke Dewan Kuliah 1. Ceramah dari jam 2.30 petang hinggalah ke pukul 4.30 petang... Memang membosankan la... Kat tangan Mr.H nie pengang minyak cap kapak je kat kepala nie... Still pening lagi kepala nie... Dalam jam 3 lebih macam tu, sahabat yang sms pagi tadi sms lagi tanya keadaan Mr.H, dah makan ke belum? dah ok ke pening kepala tu? pakai baju warna apa? Hadoi macam-macam dia tanya... So jawab je la satu per satu persoalan dia nie... Dari pagi tadi tak makan, still pening lagi, pakai baju warna hitam... Hehe ok la dia sms, tak la mengantok sangat dengar Pegawai Mara tu present. Habis je terus balik ke rumah sewa dan solat asar sebelum keluar semula ke bank dan beli makan. Menu petang nie Moi Sup Ayam je. Dan untuk kesekian kalinya, Mr.H tak dapat habiskan semua makanan untuk minggu nie... Hadoii, selera makan tak stabil lagi... Dah selesai makan hujan turun dengan lebatnya... Nasib la sempat balik rumah dulu... Aktiviti Mr.H lepas tu cuma layan movie dan main game sampai la dengar azan magrib. Terus ambil towel, mandi dan solat sebelum kembali di tempat tidur dan melayan lagu-lagu je di lappy. Kebosanan mula menghantui dan menjadi sahabat karib Mr.H... Mulalah keluar idea untuk mencoretkan kata-kata sepi dari hati ni.... Lepas je selesai menaip terus pasang lagu-lagu sedih je... Melayan perasaan sekejap.. Rindu Miss.H dan Lia... Dua-dua busy agaknya... Terus shut down netbook dan continue dengar lagu kat handphone sehingga mata ini terlelap.... Hari yang sunyi dan tak begitu banyak untuk Mr.H ceritakan...

4 April 2013

Hari nie Mr.H terjaga jam 6.40 pagi, terlewat pulak pagi nie... So terus mandi dan solat subuh sebelum bersiap ke poli. Sampai je kat poli slow je badan nie berjalan ke kelas dan bila sampai je seorang pun tak ada... Selalu Cik Kamila dan Cik Pieja awal jugak.. Nie dah 7.50 seorang pun tak nampak. Berdiri je la mr.H depan pintu kelas tunggu diaorang berdua nie. Dan akhirnya Cik Kamila sampai dan terus kami berdua pergi ke kafe kering nie. Masa Mr.H dah selesai bayar Cik Pieja muncul dan tunggu la dia kejap sebelum kami bertiga berjalan menuju ke kelas semula... So dalam kelas masing-masing buka nota dan study untuk kuiz terakhir... Puan dah bagitau seminggu dah. Tapi biasa la, study last minit macam tu pilihan kami semua... Soalan kuiz banyak tanya tentang definition dan konsep... Memang teori la... Bab nie memang Mr.H suka sebab suka explain teori-teori nie... Dah habis kelas Microwave nie terus semua geng kelas pergi ke bengkel projek untuk kemas dan buat susun atur alat-alat. Maklum la senior, dah selesai buat projek kena la kemas semula bengkel tu... So macam-macam aktiviti kitaorang buat, ada yang pasang tape, mengecat dinding dan lantai... Tapi Mr.H ikut pensyarah je bagi dia idea nak susun atur.. Dah macam perancang hiasan pulak, well puan tu guna jugak idea Mr.H... Hahaha ada gaya nak jadi macam Eric Leong nie... Yang perempuan ramai jugak yang mengecat, Mr.H cuma berdiri dekat rak dan tengok je sambil susun contoh buku laporan akhir projek. Seronok tengok diaorang mengecat. Mr.H nak cat memang tidak la... Bau cat pun dah pening, minyak cap kapak sentiasa bersama Mr.H minggu nie... jom tengok sikit gambar yang sempat bluetooth dari hanphone kawan nie... 

Mr.H & Eyna sedang buka masking tape....
Kerjasama 1 kelas
Eyna dan Miera
Azira model cat...
Group Trio Mr.H(Biru-Cik Kamila & Hijau-Cik Pieja.... hehe
Perempuan buat kerja... Lelaki tengok.. Bagus tak?hehe
Wakil kelas bagi arahan....
Lekat jangan tak lekat
Cik Pieja dan Mr.H *gambar kasut Mr.H je yang nampak.. Kureng asam betul...
Puan tengah bagi arahan...
Am dan Lee
Mr.H, Mien, Miera dan Zalina

Dah selesai je kerja di bengkel projek terus lepak kejap di bangku dekat bengkel pendawaian(Bpen) bersama Cik Kamila dan Cik Pieja... Berborak dan bergurau la kejap sampai la Penasihat Akedemik dan Puan Ju datang join.. Ada berita nak disampaikan untuk Mr.H dan group trio nie.... Hari isnin kitaorang ada full program tentang taklimat tentang sesi temuduga yang bermula jam 8 pagi hingga 5 petang... dan hari selasa Jabatan Kejuruteraan Elektrik ada buat macam annual dinner la tapi untuk kali nie buat time tengahari di hotel kat Alor Setar, kelas DEP A,B dan C akan jadi AJK untuk program tu... Kelas B akan jadi penyambut tetamu... Dan kelas C iaitu kelas Mr.H akan jadi photographer... Serius macam tak ada tugas lain je diaorang nak bagi... Selesai je borak, terus Mr.H balik rumah sewa dan kemas beg untuk balik ke rumah mama, sebab kelas tamadun islam jam 2.30 petang dibatalkan... Sampai je rumah mama dah pukul 1, terus rehat, mandi dan solat zohor sebelum mengadap facebook dan blog... Jam 6 petang jiran taman dah sampai untuk pasang khemah untuk kenduri esok so termasuk Mr.H pun join sekali la pasang khemah... Gila berat besi khemah nie, urat tangan timbul habis k0wt... dengan meja yang boleh tahan jugak la beratnya.. Sampai tangan nie pun nak pegang gelas air pun jadi terketar-ketar... Siap je pasang khemah terus rehat dan mandi... malamnya cuma buat pengubahsuaian diblog dan skype dengan Miss.H.. Seminggu tak ada sms dari dia... Rasa rindu sangat. Tidur dalam mimpi yang indah.... 

Setakat itu saja cerita dari Mr.H... Banyak luahakan tentang sakit je minggu nie... Memang tak betul-betul sihat lagi pun Mr.H nie... hehe thanks for reading...

Sekian Coretan dari Hati....