Showing posts with label malu. Show all posts
Showing posts with label malu. Show all posts

Monday, April 7, 2014

Daku Kehilangan...


Lamanya Mr.H tak meluah perasaan disini. Maklumlah kesibukan kerja dan kehidupan sekarang memang membataskan waktu untuk Mr.H menghabiskan masa disini. Tapi walau macam mana sibuk sekali pun Mr.H akan cuba curi sedikit masa buat Diari kesayangan ini dari terus menyepi tanpa cerita kehidupan Mr.H.

Ada dua kisah yang Mr.H ingin luahkan disini. Kedua-duanya bagi Mr.H suatu kisah yang buat Mr.H sedih dalam kehidupan Mr.H nie. Ok lah. Kisah pertama nie diantara Mr.H dengan seorang sahabat nie. Lama sudah kami terputus hubungan sejak satu situasi yang Mr.H tersalah sebut nama seorang sahabat Mr.H nie iaitu bekas kawan baik dia jugak. Mr.H tak faham la kenapa nak take it so serious sangat pasal tu sampai tak nak contact Mr.H langsung.

Yang nak musuh tu antara dia dan bekas kawan dia je. Bukan dia dengan Mr.H. Tak kan la semua musuh-musuh dia perlu jadi musuh untuk Mr.H jugak? Tak ke pelik? Entah la. Pening bila fikirkan. Mr.H tak mampu nak puaskan hati semua orang. Apa yang termampu Mr.H cuma diamkan diri dan tunggu je respond dari dia lepas nie. Sekarang pun dah berapa bulan tak berhubung. Terpulang la pada dia untuk pilih apa yang dia nak. 

Mr.H ini jenis pasif. Cuma menanti untuk ditegur. Lagipun dalam keadaan nie rasanya, Mr.H tak ada problem apa pun dengan dia. Hope dia dapat fikir dengan lebih positif la kalau Sayangkan Hubungan Persahabatan nie. Kita kenal dengan cara baik, so kekalkan hubungan nie dengan sebaiknya. Mr.H harapkan kesimpulan yang terbaik diantara kami berdua. Hope semuanya kembali seperti dulu.

Kisah kedua pula, hampir sama dengan kisah yang pertama, cuma berbezanya situasi kali nie diantara seorang sahabat yang dah hampir 10 tahun Mr.H kenali. Konflik diantara kami disebabkan kesilapan Mr.H jugak yang tak boleh faham kehendak dan keadaan dia. Mr.H akui memang salah Mr.H sebab terlalu mendesak dia dalam keadaan serta dunia baru dia. Mungkin tak perlu Mr.H huraikan apa yang sebenarnya terjadi diantara kami tapi suatu perkataan terakhir yg terbayang-bayang dalam fikiran Mr.H ialah "saya benci awak".

Terucap jua kata keramat itu sebagai pengakhiran persahabatan kami. Tak mampu berkata apa apabila dia sendiri menyatakan perkataan itu sebab dia benar-benar maksudkan apa yang diucapkan. Apa yang mampu Mr.H katakan. Mr.H tak pernah membenci sesiapa yang pernah bahagiakan hidup Mr.H suatu ketika dahulu. Pada Mr.H, biar orang benci diri nie, dari diri nie mula terbitkan rasa benci pada orang lain. 

Masih adakah harapan untuk pulihkan lagi hubungan nie? Entah la. Susah nak berharap untuk sesuatu yang mustahil. Biarkan waktu untuk menentukannya. Siapa tahu mungkin setahun, 10 tahun atau berpuluh tahun lamanya hubungan ini akan dipulihkan semula. Hanya menanti yang terbaik buat kami. Memang Mr.H akui puncanya dari Mr.H sendiri. 1 perkara yang buatkan Mr.H rasa sayang dengan hubungan ini adalah Mama si dia. 

Bila fikirkan mama si dia, rasa macam mama Mr.H sendiri dah. Rasa macam tak seronok bila hubungan kami sebegini kalau nak berhadapan dengan mama si dia lepas nie. Semoga kesudahan hubungan ini bukan sebegini penamatnya. Susah untuk kita bina hubungan yang telah lama terjalin, dari kenal nama sehingga kenal segalanya. Cuma mengharapkan segalanya kembali pulih. Mr.H cuba untuk ubah diri ini seperti dulu. Seperti seorang sahabat yang mula ciptakan perasaan sayang akan sebuah persahabatan.

Dua kisah ini membuatkan hidup ini sunyi, dan kosong kerana sebahagian hidup Mr.H di warnai dengan kehadiran mereka ini. Bila keduanya hilang, anda sendiri dapat bayangkan keadaan si celik yang hilang penglihatannya kan? Itu yang Mr.H rasakan sekarang. Tapi andai ini Noktah kedua insan ini dalam kehidupan Mr.H, semuanya mungkin perancangan terbaik dariNya. Daku redha. Sekadar meluahkan rasa hati yg terbeban dengan keadaan ini. Thanks for reading sahabatku.

Sekian Coretan Hatiku... 

Sunday, September 29, 2013

Coretan Cinta Buat Insan Terindah...

Melihat status-status di facebook menceritakan keindahan bila mempunyai pasangan... Kadangkala terasa ingin menikmati rasa itu jua, namun apabila memikirkan kenangan lalu, keinginan itu lenyap hanya dalam sekelip mata. Kenapa begitu? Mungkin kenangan lalu telah mencalarkan segala rasa indah untuk bertapak dihati ini lagi. Luka lalu yang diriku ukirkan terlalu sukar untuk aku lupakan. Bak kata orang "Cinta pertama sukar untuk dilupakan". Luka itu jua yang mengajar untuk menghargai seseorang dan erti sebuah Cinta yang aku sia-siakan. Usia mudaku membuatkan aku mentah dalam menilai sebuah Cinta. Aku belum bersedia untuk merasai Cinta yang sebenar-benarnya diketika itu. Cuma mengikut keadaan sekeliling yang ingin mempunyai pasangan dihati. Kini semua yang berlalu, hanyalah catatan sejarah dalam segenap ruang hidupku. Aku sendiri disaat ini tanpa sesiapa yang yang menghuni daerah hati nie. Biarlah rasa ini berkekalan sehingga si dia yang telah ditentukan untuk melengkapkan sekeping hati ini tiba pada TakdirNya. Mungkin esok, 5 tahun lagi atau 10 tahun lagi si dia akan muncul tiba. Dimana, siapa dan bilakah akan bertemu hanya Dia yang Maha Mengetahui apa yang tertulis dalam Takdirku... Aku akan terus menantinya. Andai Jodoh ini bukanlah dengan insan yang bergelar Hawa. Aku redha jika Jodohku berakhir dengan hembusan nafas yang terakhir. Pasti itu yang terbaik dariNya buatku... Cinta yang paling indah adalah Cinta padaNya yang Maha Berkuasa. Usah jadikan Cinta sesama manusia melebihi segalanya kerana itu hanya sementara... Jangan dek kerana Cinta kita buta untuk menilai diantara kaca dan permata. Kerana salahnya langkah kita, pasti impaknya akan terpahat dalam kehidupan kita buat selamanya. Belajarlah dari salahku ini agar dirimu tidak tersalah langkah dalam berCinta. Biarlah orang lain berkata-kata pada dirimu yang keseorangan tanpa pasangan. Dari memulakan suatu noktah dosa yang akan membawa kepada suatu sesalan dalam hidupmu. Matangkan dahulu dirimu dengan kehidupan, belajarlah menCintai ibu bapamu sebelum mencintai orang lain, langkah mulamu biarlah mengenali Cinta padaNya yang Esa kerana semua itu akan membawamu kepada insan yang benar-benar memberikanmu dengan sebuah Cinta yang sejati.... To My Future... Dimana awak berada, siapa diri awak, dan bila kita akan dipertemukan sebagai Jodoh dariNya, saya harap awak sentiasa dilindungi, diberi kesihatan yang baik dan simpan Cinta awak untuk saya. Semoga awak adalah Jodoh yang terindah untuk saya. Insyaallah dengan izinNya kita pasti bertemu. Saya Sayang awk!!! ^_^

Sekian coretan nota-nota dari hati ini...




Sunday, September 15, 2013

Kisah Mingguan Indah (7-14 September 2013)...


Hoho alhamdulillah masih lagi berkesempatan untuk jari-jemari ini mencoretkan kisah kehidupan Mr.H. Minggu nie tak banyak sangat kisah kehidupan Mr.H untuk dikongsikan bersama. Ok lah. Kita mulakan dengan hari sabtu (7 September 2013). Cuaca pagi nie hujan dengan lebatnya. Mr.H pulak ada kelas ganti untuk cuti raya hari tu. So dalam dilema la nak pergi ke tak kelas hari tu. Kalau tak pergi masalahnya subjek tu ada lab work so malas la nak kena buat sensorang. Fikir punya fikir, akhirnya ambil keputusan pinjam kereta mama je la balik rumah sewa. Hehe mama macam tak nak bagi. Ye la anak teruna nie tak berapa cekap sangat. Alhamdulillah sampai jugak dekat rumah sewa, terus salin baju dan kebetulan Min baru sampai jugak kat rumah sewa. 


Habis lencun dia sebab bawak motor. Tak lama lepas tu ada salah seorang kawan kitaorang nie call bagitau yang kelas pagi nie batal... Ya Allah sabaq je la, penat je balik pagi nie. So apa lagi terus balik ke rumah mama je la. Hari yang sia-sia... Next day, tak ada apa sangat la yang menarik sangat. Cuma masa hari rabu ada kelas Microwave Device. Hujan turun dengan lebatnya.Petang tu ada presentation plak. Hadoi dengan slide yang tak siap memang rasa malas giler nak pergi kelas pun... tapi dah kerja berkumpulan tak best pulak lau tak pergi kan? so pergi jugak la dengan malasnya... sampai je kat poli tak ada plak kelas hari nie. Bahagianyaaaa... hahaha macam orang mengantuk disorongkan bantal je. Memang semua lecturer busy dengan Majlis Konvokesyen yang ke-27 pada hari rabu (11 September 2013).

Bila kelas tak ada so 1 kelas semua berkumpul kat kedai makan nie...Kedai makan akak cun nie.. haha dia selalu pandang bila Mr.H pergi beli makan kat kedai sebelah. Mungkin sebab Mr.H selalu sangat beli makan kat kedai mak cik sebelah kot? Hahaha Lepak dan santai kejap sebelum balik rumah. Dalam pukul 5.00 petang Mr.H dah sampai rumah dan relax kejap. Bila pengang fon tengok ada miss call dari Cik Pieja. So Mr.H call la balik Cik Pieja. Owh. Nak datang rumah dan copy movie rupanya. So tunggu je la sehingga Cik Pieja sampai... Tak banyak sangat stok movie Mr.H untuk minggu nie... Maklumlah internet slow so setakat 1-2 movie tu ada la... Sementara copy tu kalau tak bergurau dan berborak memang tak sah la kami berdua nie.

Masa tengah rancak berborak tu tetiba Cik Pieja macam ada sesuatu yang sentap mood ceria dia... Heran jugak takut Mr.H ada tersalah cakap ke masa bergurau dengan dia... Rupanya ada mamat sebelah rumah Mr.H nie usyaa je kat Cik Pieja nie. Dia memang pantang orang lelaki yang pandang dia lama-lama. So dia pandang je mamat tu sampai mamat tu blah. Rasa lawak pun ada. Tapi ye la, rasa tak selesa jugak orang pandang kita lama-lama tanpa sebab kan? Biasa la orang comel nie selalu jadi perhatian. Maksud Mr.H, Cik Pieja la. Nanti korang ingat Mr.H pulak perasan comel. Hahaha cerita untuk hari berikutnya iaitu khamis (12 September 2013). Kelas pagi nie cuma Engineering Math je. Berat jugak la kepala nie rasanya sebab susah jugak subtopic untuk hari nie.

Habis je kelas terus call Nurul Shaidatul @ Yu. Salah seorang sahabat fb yang Mr.H jumpa di politeknik. Lama dah tak jumpa dengan dia. So dating kejap la kat kedai mamak nie sampai tengahari jugak la sebab dia nak copy movie. Banyak jugak la movie yang Mr.H copy untuk dia. Tapi nak copy running man la paling lama... Tu pun tak sempat nak habis sebab baterry netbook Mr.H dah habis. Apa-apa pun seronok jugak dapat jumpa dia... Lepas rasa rindu kat sahabat. Banyak jugak cerita dikongsikan bersama. 

Hari yang berikutnya adalah jumaat dimana plan nak dating dengan adik angkat Mr.H yang kedua iaitu Syiera. Alhamdulillah tercapai jugak hasrat Mr.H nak jumpa si adik nie yang dah 4 tahun terpisah. Ye la last jumpa masa zaman persekolahan dulu. Terkejut jugak masa jumpa dia sebab ingatkan dia datang seorang je. Rupanya dia bawak cousin dia Fazera @ kawan 1 kelas Mr.H. Memang meriah jugak la dengan sifat Fazera yang memang happy go lucky sejak zaman sekolah lagi... Hari yang indah buat Mr.H hari nie... Terima kasih Ya Allah telah mempertemukan kami semula... Semoga hubungan abang dan adik ini akan terus berkekalan sehingga akhir hayat.

Tapi silapnya Mr.H lupa nak snap gambar. Entah la. Segan nak mintak ambil gambar bersama. Mana tau nanti pakwe si adik nie jeles tak pasal boleh gaduh pulak. Pagi sabtu pula adalah coretan terakhir buat Mr.H untuk entry kali nie. So pagi nie Mr.H ditegur oleh Miss.Lia. Ada la gurau senda seperti biasa antara kami berdua. Mr.H jugak ada la bagi pendapat untuk Miss.Lia yang dalam dilema untuk sambung study. So Mr.H just share apa yang Mr.H tau. Alhamdulillah. Terubat jua rindu seketika bila dapat chat dengan Miss.Lia.. Lama jugak kitaorang tak bertegur sapa. Mr.H nak mulakan memang tak la. Bukan sombong cuma segan. Sekadar Menanti.... 

Lepas dah habis chat je terus pergi ke pasar hari untuk cari Clariderm. Clariderm nie la Mr.H gunakan untuk hilangkan parut jerawat. Memang berkesan sebab ada 1 parut jerawat kat pipi nie... So nak hilangkan la... Lepas dah selesai ke pasar hari, mama suruh Mr.H ke bank pulak untuk cash out duit. Alahai saje je mesin atm nie nak menguji kesabaran den nie haaa... Duit tak cukup la resit tak ada la. Dan mesin yang terakhir jugak yang berfungsi. Masa berjalan nak balik dari bank Mr.H sempat pandang seorang awek cun nie. Rasa macam kenal je. Laaaa seorang adik kat fb nie rupanya... Alahai comelnya. Mr.H ada follow dia jugak. Aina Shafina. Ingatkan dia tak kenal Mr.H. Insyaallah ada peluang boleh kita berkenalan ye dik. 


Itulah kisah kehidupan Mr.H untuk minggu lepas. Hari nie dah ahad. Isnin dah habis cuti. Alahai tak bestnya. Apa-apa pun semuanya bagi Mr.H untuk Mr.H sweet la. Seronok dapat lalui hari-hari yang indah. Hope keceriaan seperti ini akan berterusan. Setakat itu sahaja coretan Mr.H untuk minggu ini... See you next entry ok? Thanks for reading. 

Sekian Coretan Hati....


Sunday, June 30, 2013

Coretan 23-27 Jun 2013 & Selamat Kembali Samprit Ungu


23 Jun 2013

Pagi nie Mr.H kelam kabut bangun dari tidur dan terus mandi. Terlewat pulak terjaga padahal dua-dua handphone dah kunci alarm. Nie gara-gara semalam la yang punya angkara. Plan nak tidur pukul 1, tapi dekat pukul 3 jugak baru mata nie lelap. Kelam kabut bukan sebab apa, ingat nak masuk kelas Engineering Math pukul 8 pagi nie. So jadual Mr.H dapat dipadatkan dan disingkatkan kepada hari rabu je. Khamis dah tak ada kelas. Tapi dah terlewat so join 1 kelas nie je la... 

Masa on the way nak balik tu, slow jugak la bawak sebab mata pun still mamai lagi. Sampai la kat 1 traffic light nie, ada sebuah kereta vios hitam nie main potong sebelah kiri je, nyaris-nyaris nak langgar Mr.H dan beberapa buah motosikal lain. Nasib la Mr.H hon kuat-kuat, tau pulak dia cuak. Tau la awak tu naik kereta, hormat la orang lain jugak. Bahayakan orang lain je. Patut la berat je hati nie nak balik pagi nie... Syukur alhamdulillah, masih dilindungi Illahi. Selalu sangat jadi macam nie. Walaupun dah sehabis berhati-hati pun still hampir dengan perkara-perkara yang mengundang kecelakaan nie. Mohon dijauhkan la. Takut tak sempat nak grad nanti. 

Sampai je kat rumah sewa je tengok kawan-kawan Mr.H masih dibaluti selimut. Cis, ingatkan diaorang pergi kelas pagi nie. Rupanya diaorang dah plan nak masuk kelas math yang lain. Hadoi penat je balik awal-awal pagi nie. Tak tau nak buat ape tau tak kat sini. Bosan giler. Layan raja lawak je la sampai pukul 11 sebelum keluar ke kedai print untuk tempah Cop company mama untuk buat account bank. So kena ada cop company baru boleh buat. Dah siap je terus pergi beli makan tengahari. Menu hari nie, daging dan bergedel je. Selepas makan mata pun layu la kejap, so terlelap sampai pukul 2 petang sebelum bangun, mandi, solat dan bersiap untuk ke kelas jam 3.15 petang. 

Mr.H jalan sorang-sorang je pergi ke kelas. Nak tunggu kawan-kawan diaorang lambat sikit la. Mr.H memang on time, tak nak la lewat-lewat. Lagipun first kelas so kena jaga disiplin dan sikap kan? Sampai je kat kelas dah nampak dah group trio Mr.H... Hehe hadoi kena perli dengan Cik Kamila dah pasal spek baru nie. Sebelum lecturer masuk kelas, Cik Pieja ada mintak nak tengok jadual Mr.H, kali nie kena dengan Cik Pieja pulak. Ye la, Mr.H kan jenis tak suka tak teratur. So jadual pun kena la kemaskan dan buat elok-elok. Masa lecturer nie masuk cuma bagi penerangan sikit-sikit je. 

Tetiba je "Hazwan". Lecturer tu panggil nama Mr.H. Terkejut jugak. Dia tanya Mr.H pernah dia ajar tak sebelum nie. So Mr.H geleng kepala je. Lecturer tu cakap macam pernah nampak muka Mr.H. Amboi terasa famous seketika. wawawa hahaha *perasan je. Kawan Mr.H ada bagitau kat lecturer tu yang dulu puan tu pernah jaga kelas Mr.H masa kuiz semester 5 dulu. Lebih kurang 20 minit macam tu la perjumpaan bersama lecturer tu dan kelas bersurai. Lepas tu berjalan la sorang-sorang Mr.H nie ke parking motor. Masa sampai kat motor je rasa lain macam je bila naik. Laaaa pancit pulak tayar motor nie. Tapi still ok lagi. Nasib la sempat sampai di kedai motor. Dugaan, dugaan. Malamnya aktiviti Mr.H cuma gayut bersama Shada dan kawan Mr.H je. Bosan giler tak tau nak buat apa. Esok kelas awal so nak tidur awal la. Tak terjaga macam pagi nie habis la.. akan bersambung...

24 Jun 2013

Pagi nie dimulakan dengan bangun time subuh la. Tapi terawal la dari alarm dan kawan Mr.H pun ada jugak tolong kejutkan di handphone. Thanks sahabat. Pagi nie memang awal la bersiap dan sampai di poli. Maklumlah, hari nie kelas yang paling digeruni oleh semua geng DEP nie. Kelas Puan Rohana, perghhhh memang terbaik la. Dua jam non-stop dia bercakap. 30 minit dah introduction je, dan masuk belajar bab 1 dah. Part paling best dah bagi assignment dan nak buat kelas tambahan hari sabtu nie. Hadoi susah la kalau dapat lecturer tahap professor nie. 

Dua jam dalam kelas Mr.H dah rasa pening dan nak termuntah je. Serius tak tahan la sebab kepala nie macam tak bleh nak accept apa-apa lagi minggu nie. Lepas je kelas terus Mr.H lepak dengan kawan-kawan kelas di kedai bawah pokok yang selalu kitaorang lepak sementara nak tunggu kelas Engineering Math so breakfast la dulu. Kawan-kawan semua makan nasi lemak tapi Mr.H tak ada selera pulak. Cuma minum segelas Milo Kosong je. Memang selalu order air tu je bila minum dekat situ.

Dalam pukul 10.45 pagi semua kawan-kawan dah bergerak semula ke politeknik. Dalam kepala Mr.H cuma terfikir je siapa yang akan mengajar subjek math nie. Risau sangat takut Puan Saadiah yang semester lepas je. Sebab Mr.H dan kawan-kawan pernah kena halau k0wt sebab dia tak nak terima student drop paper dan carry paper. Setelah jam pukul 11.15 pagi, lecturer pun muncul dan syukur alhamdulillah bukan dia. Puan Asmaniza kot nama lecturer tu. Boleh tahan la. Rasa selesa la bila dalam kelas dia setakat 1 jam 30 minit tadi.

Selesai je kelas terus pergi beli makan tengahari dengan menu yang sama seperti kelmarin. Dan sampai je kat rumah terus makan dan layan movie Resident Evil sorang-sorang. Dalam pukul 2 petang terus mandi, solat dan tidur kejap sebab kepala dah rasa berat sangat. Cuaca pun panas semacam je hari nie. Sehinggalah jam 4 petang ada call dari Cik Kamila yang nak datang rumah sewa Mr.H. Kelam kabut la Mr.H bangun. Laaaa nak copy movie rupanya. So layan la dia copy movie dari external hardisk Mr.H kejap. Mak cik depan rumah nie tengok semacam je. Hadoi segan la. 

Ye la tak elok kan anak dara datang rumah budak bujang dan macam tu la sebaliknya. Tak ape la. Lepas nie kena ajak lepak mana-mana la. Tak best la jiran tengok macam tu. So lepas dah habis copy dan Cik Kamila balik. Mr.H masuk dalam bilik dan relaks kejap sementara tunggu waktu asar. So lepas waktu asar, macam biasa la, Mr.H akan pergi keluar cari makan malam di kedai Mak Cik Om dan menu hari nie Nasi Kawin ler. Selesai je beli, terus balik rumah sewa dan layan Bunga Merah Punya. Ala citer yang kat tv9 tu la. Mr.H tak sempat nak tengok so baru je habis download so time bosan-bosan layan je la.

Layan 2 episod dah rasa bosan. Kawan ada ajak pergi jogging di Tasek Darualaman. Tapi rasa malas nak keluar la pulak so tengok kat halaman rumah nie ada lalang yang dah sama tinggi dengan Mr.H so cabut je la sorang-sorang. Dan hasilnya nampak macam ada penghuni sikit la rumah sewa nie. Tangan Mr.H pun luka jugak sebab kena lalang. Bila kena air, pedih beb. hahaha aktiviti malam nie layan lagu je sehinggalah ada sms dari Cik Pieja mintak nak pinjam baju bengkel. Nasib la ada awek-awek cun sebelah rumah nie yang baik hati pinjamkan baju diaorang. Boleh la Cik Pieja tidur lena. Kalau tak confirm pening pikirkan nak masuk makmal esok tak boleh gara-gara tak ada baju bengkel. Pieja, Pieja. Hehehe rasanya setakat tu je coretan hari nie. Hope esok akan lebih indah dari hari nie...  

25 Jun 2013

Pagi nie agak bengang la bila Mr.H sampai di poli. Nak tau kenapa? Kelas pagi nie cancel... Uwaaa sakit hati tau tak? Dah la kelas nie je untuk hari nie, cancel pulak tu, Mr.H pun dah sampai poli. Arghhh geram sungguh. Kenapa la lambat sangat lecturer nie bagitau. Kalau tau nak batal, tak mandi lagi pun tak ape awal-awal pagi nie. Hishh. So balik rumah sewa terus on netbook dan layan movie je sampai la ke petang. Eh tengahari makan ape? Lupa nak citer. menu hari nie daging masak kuning-kuning dan bergedel je. Tak tau nak ambil lauk ape sebab menu sama je. Alahai bosan.

Hari nie tak ada yang menarik sangat. Cuma ada 1 situasi la dimana seorang sahabat nie sms untuk mengundurkan diri dari kehidupan Mr.H. Sedih pun ada tapi mungkin itu yang terbaik la untuk Mr.H dan dia. Thanks for the momory. Hope awak sukses dengan kehidupan awak dan kalau perlu Mr.H awak tahu kan dimana nak cari. Memang berat je nak lepas dia pergi tapi itu jalan yang dia pilih dan sebagai sahabat Mr.H hormati keputusan itu dengan seadanya. Mungkin bila kita hilang perhubungan kita tak akan lukakan hati yang lain. Yang lain tak ada yang menarik sangat pun untuk kehidupan Mr.H hari nie, cuma sakit kepala nie je masih teruk. Bersambung esok...

26 Jun 2013

Hari nie bertambah 30% tahap kebosanan sebab kelas cuma petang nanti jam 3 petang. So apa Mr.H nak buat pagi-pagi nie? Nak tidur lama-lama memang tak la kalau kat rumah sewa nie. So pergi mandi dan keluar beli nasi lemak kat traffic light. Sampai je dekat gerai mak cik tu terus "geleng tangan". Geleng tangan? Mesti pelik kan? Maksud Mr.H ala simbol macam nak bagitau "tak ada" tu la... Awal pulak nasi lemak kat situ habis. Hadoi, nie mesti budak-budak kolej islam dekat dengan gerai mak cik tu la yang beli sampai habis nie. 

So dah tak ada kat situ Mr.H pun beli dekat dengan rumah sewa Mr.H je la. Alahai sambal dia tak best tapi no choice kan? so beli je la. Balik je kat rumah sewa tetiba je hilang selera makan nie. Pelik jugak sebab jarang jadi macam nie. So layan movie je la sampai pukul 12 baru la makan nasi lemak tu. Tu pun tak habis pun makan. Serius tak ada selera. Kelas pada petangnya pun rasa malas je. Tapi rahmat Allah hujan turun dengan lebat jugak. Sejuk sikit rasanya bumi Jitra. Kepala Mr.H semakin berdenyut sampai timbul urat-urat di kepala. Kelas pulak 2 jam penuh dengan teori je. Rasa macam nak menangis je tahan sakit.

Habis je kelas terus balik rumah sewa, solat asar dan telan panadol active fast 2 biji. Serius macam nak pecah je kepala nie. Dasyat sungguh migrain kali nie. Dah lama tak kena attack macam nie. Aktiviti malamnya sekadar layan drama bersiri "Bunga Merah Punya" sampai tamat 13 episod. Best jugak sebab lagu-lagu dalam drama nie memang sedap dan layan je jiwa nie. Antara lagu yang Mr.H suka adalah "sampaikan rindu" la. Tenang dan sedih je. wawawa itu je untuk hari nie. Tak banyak sangat story. Bersambung...

27 Jun 2013

Wah dah khamis rupanya, awal jugak Mr.H bangun hari nie. Ye la kelas pukul 9.15 pagi so kena la ready awal. So sampai je di kelas terjumpa dengan Puan Sharita iaitu ketua program diploma elektronik perhubungan dan Puan Nurol Huda (Ketua Jabatan Elektrik). Terus Mr.H dipanggil oleh lecturer tersebut untuk bantu diaorang lekatkan kertas hitam pada cermin banggunan. Maklumlah, langsir poli tengah dicuci so panas la kelas dekat banggunan 7 tingkat tu. So Mr.H, Cik Pieja, Cik Kamila dan semua kawan-kawan kelas Mr.H bantu lecturer nie lekatkan kertas-kertas nie bersama-sama. 

Selepas tu barulah kami semua ke kelas Math untuk sesi pembelajaran. Topik hari nie ok la, tak susah sangat. Biasa la bab 1. Dan bila habis kelas je baru teringat Mr.H ada pinjamkan dua pisau lipat Mr.H  masa lekatkan kertas tadi tapi terlupa nak ambil balik so nak masuk dekat jabatan tu memang segan la. So mintak Cik Pieja temankan Mr.H dan akhirnya jumpa jugak pisau tu. Thanks Puan sebab tolong simpankan. Ingatkan dah hilang dah. So kami bertiga berjalan bersama-sama ke parking motor. Perghh lama k0t tak berjalan bersama macam nie. Ye la cuti semester hampir dua bulan. Masing-masing sibuk dengan hal masing-masing.

Masa tengah berjalan bersama tu, Cik Pieja ada la mintak nak copy movie dari Mr.H. Macam biasa la Mr.H nie memang pengumpul movie pun so cakap la kat Cik Pieja suruh datang ambil kat rumah sewa. So Mr.H pun terus balik ke rumah sewa dan tunggu awek berdua nie datang untuk copy movie. So masa tengah copy tu ada la pakwe adik sebelah rumah nie datang dating dekat rumah adik nie. Hadoi nak tergelak pun ada tengok telatah orang bercinta nie. Yang Cik Pieja dok senyum-senyum pandang Mr.H sambil dok perli. 

Besa la orang bercinta tapi tak kena gaya la dating kat depan rumah kawasan kejiranan macam tu, segan bila jiran-jiran tengok. Mr.H pun bila geng trio nie datang pun rasa segan jugak bila akak depan rumah nie tengok dan senyum je kat Mr.H. Sorry ye kak. Kawan je. Bukan awek pun. Lepas je geng trio nie balik terus Mr.H kemas barang dan balik ke rumah mama dengan segera. Bosan la dok rumah sewa. Tak tau la kenapa. Hujan turun jugak tapi Mr.H redah je hujan sampai la ke rumah mama. 

Entah kenapa terdetik hati nie nak online kembali facebook samprit ungu tu. Dan akhirnya, setelah lama deactive, Mr.H kembali online seperti biasa. kerinduan terubat buat semua kawan-kawan disitu... rasanya setakat itu je coretan mingguan Mr.H. Thanks for reading.


Sekian Coretan Hati



Tuesday, June 11, 2013

Menanti dari Mencari...

Hidup ini kadang-kadang terasa sunyi bila sendiri,
Melihat orang lain berpacaran,
Aku juga punya keinginan yang sama,
Melihat orang lain ceria dan kelihatan bahagia bersama orang tersayang,
Terdetik juga di hati ini ingin merasainya,
Namun aku sedar siapa diri ini,
Hanya insan sepi yang tidak punya apa-apa,
Cuma punya keinginan untuk memiliki sebuah rasa,
Rasa yang pastinya terindah dalam kehidupanku,
Pernah suatu masa dahulu,
Aku dibuai rasa dengan rasa yang tidak pernah aku rasakan sebelumnya,
Suatu rasa yang amat indah,
Itulah rasa Cinta yang membuatkan dunia ini cuma milik aku sahaja,
Tapi semua itu sekadar awan cerah yang hadirnya cuma seketika,
Sebelum hadirnya awan gelap yang melenyapkan segalanya,
Benarlah kata orang Cinta itu tak selalunya indah,
Bila bahagia, Kau Aku cuma kita yang ada dalam dunia kita,
Walaupun saat indah itu cuma untuk seketika,
Kenangan yang tercipta cukup kuat untuk terpahat dihati ini buat selamanya,
Kerana senyumanmu, gelak tawamu, sentuhanmu sentiasa berlegar diingatanku,
Kini kau tiada lagi bersamaku,
Melenyapkan janji kita yang dulu,
Kau pergi meninggalkan aku dengan 1001 kenangan,
Sedih...
Namun itu cuma seketika,
Kerana aku tidak mahu terus sakit menanggung derita yang kau tinggalkan,
Tak guna untuk terus bersedih dengan pemergianmu,
Kerna mungkin ini adalah takdirku,
Pertemuan kita adalah suatu permulaan,
Sebelum aku menemui insan yang benar-benar mengerti diriku ini,
Biarlah kenangan itu menjadikan aku lebih matang dalam hidupku,
Aku yakin suatu hari nanti aku akan temuinya,
Insan yang pastinya melengkapkan kehidupanku ini,
Seseorang yang akan buatkan bahagia dalam kenangan bersamamu,
Berulang kembali dengan keindahan yang jauh lebih indah,
Sehinggakan aku mampu tersenyum disaat hembusan nafas terakhirku ini,
Kini aku sendiri dalam kehidupan ini,
Masih menanti ketibaan insan yang dinanti,
Tidak ingin lagi aku untuk mencari,
Biarlah hadirnya dengan sendiri,
Ingin aku bercinta lagi,
Tapi bukan seperti Cintaku yang telah berlalu,
Aku idamkan Cinta dalam ikatan,
Suatu perasaan yang pastinya lebih bermakna antara aku dan dia,
Kerana dia adalah insan terakhir dalam hidupku,
Insan yang kekal abadi sebagai Takdirku,
Akan ku tunggu saat kau tiba wahai Jodohku.




Sekian Coretan Hati....


Monday, May 27, 2013

Akhirnya Kita Bertemu...



Entry nie sepatutnya semalam(26 May 2013) tapi disebakan terlalu busy dengan chat dari Miss.A dan adik angkat baru so pagi nie jugak baru sempat update entry kali nie... Macam best je kan tajuk kat atas tu.. dah macam tajuk novel je... Chewah... Ok lah, Mr.H nie dah hampir 2 minggu berkenalan dengan seorang kawan perempuan nie... 
Alahai, menarik hati Mr.H nie untuk terus berkenalan dengan dia nie... Dan Mr.H gelarkan dia sebagai Miss.A. So hari sabtu tu Mr.H ada la bergurau nak berjumpa dia pada hari ahad(26 May 2013) nie... Ingatkan gurauan Mr.H kat chat tu sekadar gurauan je. Tak sangka pulak Miss.A anggap sebagai sesuatu yang serius....



Kalau la Mr.H tak baca status kat atas nie rasanya tak perasan jugak yang Miss.A betul-betul nak jumpa Mr.H hari ahad nie...



Hahaha tengok gambar kat atas nie, baru beberapa hari je perkenalan kami nie.. So agak nervous jugak la kalau nak jumpa dalam masa terdekat nie... Tapi cool je Mr.H ok? Jangan gemuruh sangat ye... hehehe *sedapkan hati jap.... Pada pagi ahad nie ada la borak dan chat dengan Miss.A... So sempat la tanyakan tentang status tu... dan setelah berbincang, kami bersetuju bertemu di KFC dekat dengan rumah Mr.H nie.

Sebelum nak jumpa tu, Miss.A ada sms Mr.H untuk maklumkan pertemuan kami pada jam 3:15 petang... Mr.H nie jenis yang on time so 5 minit sebelum tu dah pun sampai di sebelah klinik berhampiran dengan KFC nie.. Setelah 15 minit menunggu, Mr.H call dan Miss.A baru sahaja sampai.... So Mr.H memulakan langkah menuju ke KFC. Dan bila hampir sampai, langkah Mr.H terhenti seketika... Ternanti untuk lihat Miss.A buat pertama kalinya... Dan Akhirnya Kita Bertemu... Wahh mimpi dah jadi kenyataan... hehehe

Pandangan Mr.H tertumpu pada baju Miss.A pakai, Merah terang dan Mr.H pulak pakai baju berwarna biru tua yang agak menyerlah jugak la... Memang nampak Kontra sangat... So menuju ke dalam KFC, Mr.H jalan mendahului Miss.A yang berada di belakang Mr.H... Rupa-rupanya Miss.A sedang memerhatikan Mr.H yang kelihatan gugup dan gemuruh yang agak teruk... Lepas je masuk Miss.A panggil Mr.H dan meminta untuk lihat sesuatu... "tengok tangan... jangan ketaq, relaks la... *sambil gelakkan Mr.H". Hanya tersenyum malu bila ditegur oleh Miss.A...

Miss.A mengambil tempat duduk sementara Mr.H pergi beli makanan... Dah siap je terus Mr.H menuju ke tempat duduk dimana Miss.A berada... Sambil makan sambil berborak bersama-sama. Banyak topik-topik yang kami bincangkan bersama... Tapi Mr.H lebih banyak mendiamkan diri dan merenung je mata Miss.A nie... Seronok tengok telatahnya bila berbicara... Dalam masa pertemuan kami selama 1 jam 30 minit sememangnya Miss.A lebih banyak bercakap dari Mr.H yang lebih banyak diam dan mendengar Miss.A bercerita.

Antara yang kami bualkan bersama ialah tentang kenangan cinta lalu masing-masing, kenangan zaman persekolahan Miss.A, family dan lain-lain lagi la.. Tapi comel la bila Miss.A cakap tentang syarat ayahnya letakkan untuk calon menantu tu... Sampai sekarang Mr.H tersenyum sorang-sorang bila ingat balik... Tapi rugi 1 je kelmarin tak ambil gambar langsung masa dating kelmarin. Ye la, first time jumpa so lau ada gambar tu best jugak kan buat kenangan... Tapi Mr.H punya layan Miss.A bercerita sampai tak sedar pun masa cepat je berlalu pergi...

Haaaa masa kat KFC nie jugak, ramai pulak mata yang memandang kearah Mr.H dan Miss.A nie... Padahal ramai jugak couple yang ada kat situ... Heran jugak... Ye la, rasa tak ada yang pelik pun... hehe mesti ingat kitaorang couple kan?? Sebenarnya tak pun... Mr.H dan Miss.A dah setuju nak berkawan dalam konteks mesra dan saling memahami... Maksudnya tak nak mengongkong kehidupan masing-masing macam orang bercinta tu... Dan bebas untuk berkawan dengan sesiapa pun... Bunyinya macam tak ada apa-apa hubungan je kan? Tak ada la.. Maksudnya rapat tapi tidak dalam bentuk Couple...

Sedang rancak berborak tu baru Mr.H sedar dah pukul 5 petang dah... Alahai masa nie jeles betul la. Rasa macam tak puas je jumpa dengan Miss.A nie... Tak ape la... Lain kali kita lepak + dating lagi ok? Nanti Apit(Mr.H) nie tak segan sangat dah k0t... First time nie je nervous lebih sikit... hahaha apa-apa pun hari yang sangat indah buat Mr.H.. Nanti kita lepak sambil makan ais kacang pulak... Wah sweet swet gitu... hahaha rasanya entry kali nie pun dah cukup panjang dah.... Thanks for reading ok? 

Tersenyum bila membaca status nie... hehe


Sekian Coretan Hati...


Monday, May 20, 2013

Luahan Hati & Ciri-Ciri Wanita Idaman Mr.H




Terkadang rasa sunyi jugak bila keseorangan nie... ramai orang cakap "couple is trouble, single is simple". Tapi bagi orang yang dah pernah couple kemudian single, mulanya akan berasa ok je, tapi bila kenangan datang mengusik minda. Mula la berfikir sunyi juga bila single nie... Nak cari kawan baik? Mungkin boleh tapi untuk dapatkan dalam masa yang segera adalah sukar rasanya. Bila nak cari couple nie, untuk orang lain mungkin mudah untuk Mr.H nie lain dari yang lain. Entah la... Mungkin dah kembali kepada basic habit... Hahaha pendiam, pemalu dan sukar nak mulakan sesuatu perkara... 3 element nie dah cukup untuk membuktikan siapa Mr.H a.k.a Samprit Ungu nie yang sebenarnya... 

Pendiam nie memang dah jadi kebiasaan la untuk Mr.H dari kecik lagi, memang rasa susah je nak bercakap... Macam-macam yang Mr.H akan fikir sebelum nak bercakap nie... Ye la, perkara yang paling Mr.H risaukan ialah sakitkan hati orang la... Kita nie kan manusia biasa yang kadang-kadang terlepas jugak cakap samada kita sedar atau tak, kita telah melukakan hati dan perasaan seseorang. Pemalu? Sifat lelaki nie selalunya kalau bab-bab mengorat nie pemalunya tak la tebal sangat la kan? Setakat "Hai awk, hai comel, boleh berkenalan?" Itu ayat normal la bagi lelaki nak mengorat awek-awek nie kan? Mungkin bagi ramai lelaki rasa itu normal la kan? Bagi Mr.H pulak errr, entah la. Rasa segan pulak nak cakap macam tu... 

Hahaha susah la kan nak kenal-kenal dengan awek tu, kalau nak menyapa pun dah segan. Kalau dalam facebook pun nak tegur orang pun malu-malu apatah lagi kat luar kan? Mesti ramai orang akan cakap sombong la mamat tu, budget la, dan macam-macam lagi la kan k0men-komen negatif kat Mr.H nie... Berkenalan dulu baru tau Mr.H macam mana... Dah start borak, ada je topik-topik yang boleh dikongsikan bersama. Takut untuk memulakan sesuatu perkara adalah salah satu simptom yang melekat dalam diri nie... Tapi part nie rasanya dah plan-plan mula berubah... Dulu masa bercinta, nak sms dengan awek pun selalunya awek yang akan sms Mr.H dulu... Dua tahun lebih bercinta, beberapa kali je Mr.H sms dia dulu. 

Bukan apa, takut mengganggu je. Untuk Mr.H pulak, walau dalam keadaan busy macam mana pun selagi Mr.H mampu layan memang akan ada masa untuk sesiapa sahaja... Suka sangat nak berkawan nie sebab dalam hidup nie kawan yang tetap tu tak cukup, tapi ia perlu ditambah kan? Biar kawan kita ada beribu-ribu orang pun dan bercinta biarlah setia hanya untuk si dia seorang... Chewah ayat macam orang ada awek je kan? Tak ada la.... Mr.H still single sejak hampir 2 tahun putus Cinta nie... Tahun 2013 nie, rasa macam nak bercinta lagi macam lagu mojo tu "andaiku bercinta lagi untuk tahun ini". Hahaha suka-suki je tukar tajuk lagu favourite Mr.H tu... 

If nak cari awek / calon masa depan lepas nie kretiria paling penting mama Mr.H perlu diutamakan, bila mama Mr.H cakap "Mama Suka", baru awek tu melepasi ujian saringan peringkat pertama.. hahaha.. Ciri-ciri wanita idaman Mr.H adalah seperti berikut:


  • Menerima Mr.H seadanya
    • Sebagai lelaki, mengharapkan Cinta seorang wanita itu umpama memandang langit yang tinggi dan berharap dapat menggapai awan disana... Tinggi sangat sampai kadang-kadang susah nak jumpa perempuan yang dapat menerima lelaki itu dengan sepenuh dan seikhlas hatinya. Bila muka ala-ala Kpop, muka macam cina sikit, kulit cerah, tinggi, dan macam-macam lagi la kretiria-kretiria yang wanita inginkan... Mr.H tak ada la semua ciri-ciri tu kerana diri ini lebih banyak kekurangannya... Tapi yang sudi itu semoga dia insan yang terbaik untuk mengisi hati ini...
  • Menutup Aurat dengan sempurna
    • Part nie mesti ramai orang fikir nak kena pakai purdah ke, tudung labuh ke?. Senang cerita wanita itu wajib tutup aurat dengan sebaik mungkin... Tak guna muka cantik rambut masih nampak... Kahwin nanti dosa si lelaki jugak nak tanggung... Tapi Mr.H suka tengok perempuan tudung labuh la... Nampak sweet je. Tapi jangan fikir yang tudung labuh je kerja ustazah je. Mind set tu dah kena ubah dah. Tak semestinya tudung labuh tu ustazah je. Orang kerja nursery or office pun ada jugak tudung labuh... Entah la bagi Mr.H, tudung labuh tu adalah sesedap mata ini memandang... wawwawa
  • Hormati parents Mr.H dan ahli keluarga Mr.H yang lain
    • Insyaallah, bila seseorang tu ikhlas menerima Mr.H dengan seadanya pasti orang tu dah bersedia untuk menerima keluarga Mr.H jugak kan? Well bila cakap soal hormat menghormati nie susah jugak sebab nie element penting untuk seorang wanita yang baik. Kadang-kadang si wanita nie hanya sukakan pada si lelaki tapi nak terima mertua seperti ibu bapanya agak sendiri susah. Hope insan di masa depan Mr.H tak macam tu... hehehe amboi besaqnya harapan....
  • Seorang yang manja dan pandai memujuk
    • Hahaha yang nie Mr.H demand sikit la kan? Nak buat macam mana. Wanita yang manja nie dapat menyejukkan hati la.. .Serius betul apa yang Mr.H cakap nie... Dulu Mr.H ada kawan yang ada kategori manja nie... Perghhh bayangkan la tengah stress dengan masalah boleh lupakan kejap masalah tu... Memang hebat penangan sifat manja nie... Pandai memujuk, yang nie kalau ada memang terbaik dan bonus la... Tapi insyaallah,  wanita nie dilahirkan dengan sifat lemah lembutnya kan? Mesti part nie akan ada untuk si dia yang terindah buat Mr.H...
  • Pandai memasak
    • Wahhh demand lagi Mr.H nie...  untuk kategori nie banyak yang FAIL k0t sebab ramai tau update status fb dan twitter je "Penad titew masyak taw". Eeeerrr... Padahal mak jugak yang masak...update status dan instagram, yang tu pandai...  Hehe gurau je. Memasak nie tak semua yang mahir la kecuali mak kita je, tapi untuk jadi mahir kena la selalu practice. Practice make perfect right? hehehe dan kalau nak tambat hati suami dan anak-anak mesti la dari masakan... walaupun cuma ayam masak kicap, telur dadar dan sup sayur je. Itu pun dah memadai kerana yang penting masakan dari air tangan seorang isteri tu memang terbaik la. Hahaha bukan apa, Mr.H nie jenis suka makan dirumah, so tak kan nak makan lauk kedai je kan? hehehe tak sedap pun tak ape, pelan-pelan belajar sampai bagi sedap... Eh cerita bab awek dah terus kepada isteri... Hahaha tak sedar menaip... 


Rasanya itu je ciri-ciri utama yang Mr.H letakkan untuk seseorang yang akan jadi insan yang teristimewa dalam hidup Mr.H... Walaupun macam demand je tapi semua tu adalah demi masa depan kan? Tapi kalau tak ada semua ciri-ciri tu pun tak ape, kita hanya manusia biasa kan? Banyak lagi kekurangan yang perlu kita lengkapkan. Mencari kesempurnaan itu adalah impian, sebab tu tak semua impian kita akan jadi kenyataan kan? Sekadar perkongsian dan luahan hati serta impian Mr.H la untuk masa akan datang... Semoga tercapai dengan izinNya.. Insyaallah... hehehe panjang pulak Mr.H membebel dalam entry blog kali nie... Thanks for reading sahabat semua... 

Sekian coretan hati....


Sunday, April 28, 2013

Kenangan Kelakar Mr.H Kembali Memandu...


Salam,

Hahaha tengok tajuk pun dah tau entry kali nie Mr.H nak cerita tentang apa... Ok la straight to the point je la... Hari Isnin (29 April 2013) parents Mr.H akan pulang ke rumah dari menunaikan Umrah... Semalam pun mama ada call dari Makkah bagitau yang mama akan sampai di KLIA jam 1:00 petang esok dan kemungkinan akan sampai di Kedah pada waktu petang la. Rindu sangat nak dengar suara mama. Lega dapat cakap kejap kelmarin. Dengar macam tak berapa sihat. Mungkin faktor cuaca agaknya... Mudah-mudahan perjalan mereka dipermudahkan dan selamat sampai di sini... Amin... Mama dah nak balik so siapa yang nak jemput? Masa hantar hari tu tak apa la kakak ada, dan dia tolong hantarkan. Nie nak balik, siapa pulak nak pergi jemput diaorang? Kakak-kakak dan abang sibuk dengan hal masing-masing... 

Sms dari kakak Mr.H tentang keadaan mama dan abah
Bila fikir balik memang tak ada siapa la yang dapat jemput diaorang sebab semua kerja... So Mr.H terpaksa la jemput diaorang... Mr.H nie ada lesen kereta. Tapi rasanya dekat 3 tahun tak pernah bawak lepas habis je kerja masa tengah tunggu result SPM dulu... So faham-faham je la bila lama tak bawak. Confirm tak cekap langsung kan? huhuhu sedih pun ada tapi nak buat macam mana. Mr.H nak belajar bawak balik. Tapi mama la tak bagi takut jadi apa-apa. Biasa la mama tak pernah lagi tengok anak teruna dia nie memandu... Masa ambil lesen dulu pun dekat Penang dan kali terakhir bawa kereta pun masa pergi ke Hulu Selangor... Memang dah lama sangat kan?

Pagi nie(28 April 2013), Mr.H tekad jugak nak bawak kereta mama nie. Ye la, kalau tak practice bawak sampai bila rasa takut tu tak hilang... So start la enjin dan kunci rumah dan buka pintu pagar... Seriously Mr.H tak pernah drive kereta auto nie... Nie first time la nak cuba bawak... So dah siap dan nak mula bawak... Part yang kelakar sekali bila time nak masuk gear tu tak boleh pulak... Hairan jugak... Kan Mr.H cakap tak pernah bawak so memang tak tau la... Nak call kawan rasa malu la. Nak call kakak pun takut diaorang risau Mr.H buat pandai-pandai nak drive sendiri nie... Last-last pak cik google di hanphone jugak Mr.H tanya... Laaaaa tak tekan brek dulu. Memang tak boleh masuk gear la... Hahaha nampak sangat tak tau langsung kan?

PKR tu.. haha bawak jugak walaupun takut... 
Yang tengah baca nie confirm tengah gelak depan laptop tu kan? Jangan gelak sangat. Malu la Mr.H.. Hahaha tapi kenangan untuk Mr.H la kan yang baru nak belajar bawa semula setelah 3 tahun tak bawak... So da boleh bawa pelan-pelan... Cuma kaki nie still kaku lagi la nak tekan brek dan minyak... Nak kena selalu bawak la baru cekap sikit. So pagi tadi dapat la round kejap. Rasanya tak ada la susah sangat pun... Kenapa la dari dulu lagi Mr.H tak buat berani macam nie... Kalau tak dah lama cekap... Apa-apa pun memang kenangan paling kelakar la nak bawak kereta nak kena tengok google... Menunjukkan bertapa pentingnya internet buat kita kini kan? Thanks for reading...

Sekian coretan hati.... 

Friday, April 26, 2013

Coretan Mingguan (23 dan 24 April 2013)

Salam,

Coretan untuk dua hari serentak... Tidak banyak coretan dan kisah yang menarik hari nie...


23 April 2013

Hahaha maaf atas entry diatas yang dah termasuk untuk cerita hari ini, seronok bercerita sampai tak sedar dah terlajak... Ok la, coretan hari ini bersambung bila Mr.H terjaga dari tidur jam 11 pagi. Terus mandi dan buka laptop untuk tengok facebook. So buka la fanpage untuk blog nie Diari Samprit Ungu, masih tetap dengan 6 likers. Hadoi bila la nak capai 100 orang je target Mr.H... Bukan apa, sekadar suka-suka... Teringat balik kepada follower blog nie. Masa tu baru beberapa belas orang je follow blog Diari Samprit Ungu nie... Rasa macam sunyi je. Mood nak menaip pun rasa malas je. Tapi hari demi hari Mr.H cuba dan terus cuba akhirnya ramai jugak follower yang singgah dan follow disini... Terima kasih semua... 

Sambil facebook tu breakfast la dengan nasi lemak yang dibeli masa lepas subuh tadi... Aktiviti hari nie cuma berfacebook saja dan blogwalking sambil-sambil ditegur oleh Miss.Lia. Lama jugak kami chat sehingga petang. Tengahari Mr.H tak lunch sebab dah lewat breakfast so masih kenyang lagi... Dalam pukul 3:30 petang dengar macam ada orang bagi salam dekat pintu belakang... Owh Ustaz yang tinggal belakang rumah yang datang, tanya Mama dan Abah ada telefon tak dari Makkah. Ada, tapi call kakak Linda je la... Adik beradik lain cuma dapat sms je dari kakak kalau mama dan abah kirim salam. Dah pukul 5:00 petang terus hujan dengan lebatnya. Solat asar dan kembali chat bersama Miss.Lia dan Cik Eida pun muncul sama... 

Hujan masih lebat diluar. Perut nie rasa lapar la pulak, terus pergi dapur dan keluarkan bebola dari freezer. Mr.H panaskan air di atas dapur dan terus rebus bebola tu... Tak suka sangat goreng sebab ia akan meletup masa menggoreng, Mr.H lebih suka makan bebola yang rebus. Dah siap je terus masukkan dalam tupparware nak bawak balik rumah sewa... Kembali semula di laptop dan teruskan chat bersama Miss Lia dan Cik Eida sebelum mintak izin untuk undur diri sebab perlu jugak balik ke Jitra malam nie... First reason, Mr.H dah janji nak bagi kat Cik Pieja soalan Embedded System untuk Cik Pieja buat revision. Second, sebab Mr.H takut tak dapat tidur macam semalam dan takut jugak kalau dapat tidur Mr.H akan terlewat jaga untuk paper final Data Communication keesokkan harinya. So untuk menepati janji dan elakkan dari terlewat jaga Mr.H balik jugak ke Jitra dengan meredah hujan yang renyai-renyai dan lebat di sesetengah kawasan... 

Hampir jam 7:00 baru Mr.H bertolak dari rumah mama... Sebenarnya takut nak balik sebab ye la dah dekat magrib tak elok keluar rumah time macam tu... Tapi kalau malam risaukan mata nie pulak silau dan rabun yang agak teruk... Alhamdulillah selamat jugak sampai di rumah sewa. Lega sangat-sangat... Terus pergi mandi dan solat magrib. Malamnya Mr.H keluar makan bersama-sama kawan rumah sewa di kedai makan belakang Pusat Herba Prima(Dr.Rozmey). Sampai je kat situ ada 1 group awek tengah study nie pandang semacam je... Hairan jugak. Ada yang tak kena ke dengan Mr.H nie... Tapi tak perasan sangat yang mana 1 comey. Sebab Mr.H tak pakai speck masa keluar tu... So kabur je la mata nie... Hahaha saja malas nak pakai... Menu makan malam Nasi Goreng Daging dan Milo O Ais. Teringat pada Dahlia Darius... Dia suka milo ais nie... hehehe siap je makan terus kembali ke rumah sewa dan study sehingga jam 1:00 pagi Mr.H terlelap dengan teramat nyenyak... Hari yang meletihkan badan bila hujan... Alahai... bersambung lagi...

24 April 2013 

Ya Allah, macam mana boleh tak jaga nie... Serius macam tak percaya je apa yang jadi pagi nie... Terus bangun dan mandi serta bersiap untuk ke poli. So dah siap je sempat la buka nota kejap. Rancangannya macam nie, Mr.H memang dah penat sangat semalam, so tidur pun awal la... Mintak seorang sahabat nie tolong kejutkan jam 5.30 pagi sebab nak continue study... Last-last terlewat jugak jaga... Terus kelam kabut pergi mandi dan buka nota.. Sebelum tu check jugak dekat handphone 24 misscall?? Ya Allah, maaf ye sahabat... Memang tak sedar langsung... Mungkin penat sangat agaknya semalam... 



So paper pagi nie Data Communication... Antara subjek yang Mr.H takut jugak la sebab banyak sangat teori nak kena hafal... So masuk bilik exam macam biasa la.... Off handphone, baca doa dan terus jawab. Soalan boleh tahan la... Ada yang susah, ada yang senang... Mr.H keluar 30 minit sebelum masa menjawab tamat... Tak larat nak stay lama-lama... Sebab dua soalan terakhir tu memang Mr.H tak study langsung so daripada buang masa terus balik dan berehat... Dalam pukul 11, Mr.H keluar beli makan tengahari dan balik makan dirumah sebelum jam 11.30 pagi Mr.H kembali terlelap sehingga jam 2:30 petang... Bangun je dari tidur terus check handphone dan ada sms dari Cik Pieja pukul 1:00 petang tadi... "Salam, wan makan dak lagi", Adesss tak sedar langsung tidur. Biasa la, lepas makan, rehat kejap terus terlelap la sebab rasa stress jugak masa jawab soalan tadi... Cik Pieja nak ajak temankan dia makan la tu sebab dia ada paper pukul 2:00 petang... Sorry nah Cik Pieja... Mr.H tak berapa sedap badan la... 

Terus bangun solat zohor dan kembali baring di tempat tidur... Lemah je badan nie... Tinggal esok paper yang terakhir sebelum merdeka... Aktiviti petang Mr.H cuma layan movie Nikita je sehingga dapat sms dari Cik Pieja ajak study bersama Cik Kamila dan Zalina.. Mr.H ok je kalau nak study bersama nie... So lepas solat magrib Cik Pieja sms yang dia dah sampai dekat rumah sewa Mr.H.. Hujan memang lebat sangat-sangat malam nie... Cik Kamila pulak pergi ambil Zalina.. So Mr.H dan Cik Pieja dulu la yang sampai di kedai meeting kitaorang D'Aman Cafe... Hujan lebat so terpaksa la gunakan payung untuk ke kedai tu... So berjalan la kami berdua sambil berpayungkan payung yang warna pink.... Dah la Cik Pieja pakai fully pink malam nie... Hadoi comey sangat speck mata bingkai plastik tu... Memang tergoda kalau lelaki mana pun tengok... Hahaha so sementara tunggu Cik Kamila dan Zalina sampai order la air dulu dan buat analisis soalan semester lepas sambil-sambil bergurau kami berdua... Dan tak lama lepas tu Cik Kamila dan Zalina pun sampai... So diaorang pun order air... Bila sampai je gelas diaorang berdua... tapi tak sama macam Mr.H dan Cik Pieja punya gelas... Alahai, kami berempat nie.. bab gelas pun jadi isu...

Mesti la gelas comey tu Mr.H dan Cik Pieja punya... hehe

So study la bersama-sama tentang tajuk thvenin's theorem dan laplace transform sehinggalah pukul 10 malam... Lepas tu Cik Kamila dan Zalina dah mengundur diri... So tinggallah Mr.H dan Cik Pieja berdua sambil bluetooth lagu yang diminta oleh Cik Pieja sambil-sambil tengok facebook di handphone Cik Pieja... Hampir jam 10:30 malam baru kami pulang.... So dah selesai bayar, Mr.H pergi ambil payung dan Cik Pieja pulak cari kunci kereta dalam beg dia... Masa kami lalu, ada 1 family nie, pak cik dan mak cik pandang je Mr.H dan Cik Pieja... Masa Mr.H payungkan Cik Pieja menuju ke kereta tu mak cik tu lagi la pandang... Hahaha nampak macam orang tengah bercinta kan mak cik?? Sweet dak?? haahaha Perasan betul Mr.H nie.. 

Haippp, jangan nak gatai.. Awek orang tu... Rasa mak cik berkenan kat payung tu sebab payung tu warna pink k0wt.... hahaha, so Cik Pieja pun hantar la Mr.H balik ke rumah sewa... Sejuk jugak kena sikit masa sampai rumah tadi... Buka je pintu rumah sorang pun tak ada dekat ruang tamu. Masuk je bilik Mr.H penuh orang. Semua berkumpul dalam bilik tu... Hairan jugak... Ruang tamu punya luas, last-last yang berkumpul dalam bilik Mr.H yang sempit tu kenapa la... Ada Nur(cahaya) k0wt dalam bilik tu... Hehehe so Mr.H pun masuk bilik terus mandi dan study bersama diaorang sebelum call dan borak dengan seorang sahabat nie... Jam 1:00 pagi, rasa lapar la pulak so apa lagi nasi kedai mamak la Mr.H bungkus... Kuah kari dekat sini tak cukup power la dengan nasi lemak royale...



Selesai je makan terus rehat kejap sebelum pegang nota dan study... Jam 2:00 pagi Mr.H tak mampu lagi menahan mata yang terlalu keletihan kena hujan tadi... Sebelum terlelap, sekali lagi teringatkan masa Mr.H dan Cik Pieja ke D'Aman cafe tu.. Entah kenapa teringatkan kembali saat itu... Malam yang memenatkan... 
Bersambung lagi....