Sunday, September 29, 2013

Coretan Cinta Buat Insan Terindah...

Melihat status-status di facebook menceritakan keindahan bila mempunyai pasangan... Kadangkala terasa ingin menikmati rasa itu jua, namun apabila memikirkan kenangan lalu, keinginan itu lenyap hanya dalam sekelip mata. Kenapa begitu? Mungkin kenangan lalu telah mencalarkan segala rasa indah untuk bertapak dihati ini lagi. Luka lalu yang diriku ukirkan terlalu sukar untuk aku lupakan. Bak kata orang "Cinta pertama sukar untuk dilupakan". Luka itu jua yang mengajar untuk menghargai seseorang dan erti sebuah Cinta yang aku sia-siakan. Usia mudaku membuatkan aku mentah dalam menilai sebuah Cinta. Aku belum bersedia untuk merasai Cinta yang sebenar-benarnya diketika itu. Cuma mengikut keadaan sekeliling yang ingin mempunyai pasangan dihati. Kini semua yang berlalu, hanyalah catatan sejarah dalam segenap ruang hidupku. Aku sendiri disaat ini tanpa sesiapa yang yang menghuni daerah hati nie. Biarlah rasa ini berkekalan sehingga si dia yang telah ditentukan untuk melengkapkan sekeping hati ini tiba pada TakdirNya. Mungkin esok, 5 tahun lagi atau 10 tahun lagi si dia akan muncul tiba. Dimana, siapa dan bilakah akan bertemu hanya Dia yang Maha Mengetahui apa yang tertulis dalam Takdirku... Aku akan terus menantinya. Andai Jodoh ini bukanlah dengan insan yang bergelar Hawa. Aku redha jika Jodohku berakhir dengan hembusan nafas yang terakhir. Pasti itu yang terbaik dariNya buatku... Cinta yang paling indah adalah Cinta padaNya yang Maha Berkuasa. Usah jadikan Cinta sesama manusia melebihi segalanya kerana itu hanya sementara... Jangan dek kerana Cinta kita buta untuk menilai diantara kaca dan permata. Kerana salahnya langkah kita, pasti impaknya akan terpahat dalam kehidupan kita buat selamanya. Belajarlah dari salahku ini agar dirimu tidak tersalah langkah dalam berCinta. Biarlah orang lain berkata-kata pada dirimu yang keseorangan tanpa pasangan. Dari memulakan suatu noktah dosa yang akan membawa kepada suatu sesalan dalam hidupmu. Matangkan dahulu dirimu dengan kehidupan, belajarlah menCintai ibu bapamu sebelum mencintai orang lain, langkah mulamu biarlah mengenali Cinta padaNya yang Esa kerana semua itu akan membawamu kepada insan yang benar-benar memberikanmu dengan sebuah Cinta yang sejati.... To My Future... Dimana awak berada, siapa diri awak, dan bila kita akan dipertemukan sebagai Jodoh dariNya, saya harap awak sentiasa dilindungi, diberi kesihatan yang baik dan simpan Cinta awak untuk saya. Semoga awak adalah Jodoh yang terindah untuk saya. Insyaallah dengan izinNya kita pasti bertemu. Saya Sayang awk!!! ^_^

Sekian coretan nota-nota dari hati ini...




No comments: