Friday, September 27, 2013

Lawatan ke RTM, Airport, Test Math... Coretan 23-26 September 2013.



Hai semua, Mr.H kembali lagi mencoretkan kisah kehidupan disini. So minggu nie adalah minggu getir buat Mr.H sebabnya ada test math yang paling Mr.H takut. Bukan apa sebab test kedua nie memang kena score habis-habisan sebab test pertama boleh dikategorikan hancus la. Khamis(26/09/13) adalah hari yang dinantikan. Tapi nanti la Mr.H story. Kita start dengan hari isnin dulu. Pagi nie (23/09/13) adalah hari yang paling tak best sebab kelas awal dan subjek yang berat kepala la.

Tapi best tak best tetap kena pergi jugak kan? so sampai awal jugak la sebab tak nak kena halau dengan lecturer. Disiplin kan poli nie? Dah macam sekolah menengah dulu je. So pagi nie subjek microwave system ada buat lab work. So Mr.H la punya tugas catat report dan ahli group Mr.H yang lain relax dan borak-borak je. Alahai, nampak muka nie je, mesti Mr.H jugak yang kena buat. So catat je la hasil lab work tu dan selebihnya Mr.H serahkan kat ahli yang lain. Habis je lab, Mr.H temankan geng trio Mr.H(Cik Pieja dan Cik Kamila) tengah kelam kabut siapkan assignment math yang nak kena hantar.

Copy paste je la Mr.H punya assignment. Nasib la Mr.H punya kerja dah settle sebelum tidur semalam. Kalau tak kelam kabut jugak dibuatnya. Masa kelas Engineering math cuma buat tutorial exercise saja. Best jugak sebab soalannya memang buatkan diri ini stress sampai hilang selera nak makan tengahari. Dalam pukul 4:00 petang baru ada selera nak makan. Hadoi teruk betul.Hari selasa punya cerita kelas Mr.H batal so kiranya cuti la hari nie. Tak tau nak buat apa seharian di rumah sewa. Pukul 8:30 pagi Mr.H dah merempit ke UTC Alor Setar untuk buat kad pengenalan baru. Lama dah rancang nak buat. Tapi asyik ada halangan je. Tekad jugak la nak pergi buat hari nie.

Resit buat IC
Mr.H dengan Alor Setar nie tak berapa familiar sangat dengan jalan di sini. So sms Cik Pieja je la mintak pandu arah. Akhirnya tiba jugak di UTC. Alhamdulillah Allah permudahkan urusan Mr.H sebab tak ramai sangat orang pagi nie, so tak perlu tunggu lama-lama...Selesai je urusan di UTC so terus balik rumah. Hujan rintik-rintik turun. Ape lagi laju jugak la Mr.H bawak moto. Kejap je dah sampai Jitra. Kawan umah sewa yang baru bangun tidur pun heran Mr.H pergi mana awal-awal pagi nie. Diaorang ingatkan Mr.H balik rumah mama Mr.H. Sebab selalunya macam tu la bila tak ada kelas. Ingat nak balik, tapi bila difikirkan assignment yang tak siap memang tak sempat la nak balik. Malamnya memang sibuk dengan assignment la sampai jawab soalan kawan-kawan pun dalam sms je. Hehe siapa lagi kalau bukan Cik Pieja. Maklumlah nota untuk soalan tu ada dekat Mr.H so kena la bantu dia. Jam 2 pagi jugak mata ini terlelap.

Hahaha nie ja cara yang dapat tolong...
Pagi rabu Mr.H dan rakan kelas ada lawatan ke RTM Kedah dan Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim untuk subjek wireless... Seramai 21 orang yang terlibat dalam lawatan kali nie. Actually Mr.H dah pernah pergi semasa semester lepas tapi semester nie lecturer suruh pergi lagi so pergi je la. Tapi tak bestnya Cik Pieja dan Cik Kamila tak ikut so kesorangan je la hari nie... Aduhai sedey la... Sedey la sangatttt(tangan atas bahu mata ke atas). Dalam bas pun still sms Cik Pieja lagi...hewhewhew.. So bas gerak dalam pukul 8 pagi tapi Mr.H perlu ke Jabatan Kejuruteraan Elektrik untuk hantar assignment semalam tu dulu. Kelam kabut jugak la pagi nie. Part paling penat nak kena naik tangga sehingga tingkat 5. Hadoi, pagi-pagi dah bersenam. Masa masuk dalam Jabatan tu ada lecturer tegur. "eh awak bukan terlibat dengan lawatan pagi nie ke? kenapa tak pergi lagi?" Eh kenal pulak puan nie kat Mr.H. Slumber je la Mr.H jawab. "On da way puan, on da way puan". hahaha

Sepanjang perjalanan Mr.H cuma layan lagu di fon dan duduk sensorang je. Malas nak bertegur sapa. Depan Mr.H ada seorang awek yang comel tengah snap gambar dengan BFF dia. Bila tengok dia teringat kat Ex Mr.H. Hehe akhirnya sampai jugak di RTM Kedah. Sementara menunggu orang yang akan mengiringi kami semua melawat di sekitar kawasan Operasi, Mr.H terserempak dengan seorang akak yang rasa macam pernah tengok je. Laaaa Kak Nurul rupanya. Kak Nurul nie sahabat Mr.H di facebook dan merupakan senior Mr.H zaman sekolah dulu. Tak sangka Mr.H dapat jumpa kat sini. Lecturer dengan kawan-kawan pun heran sape la yang borak dengan Mr.H tu. Selepas tu kami di bawa melawat ke Main Control Room(MCR) dan dapat berada di Konti radio yang tengah Live bersiaran bersama DJ. Memang best sebab semester lepas kami tak dibenarkan masuk.

Dalam bas...
Nak kena lintas jalan.. Depan tu je RTM..
RTM... dua lecturer pengiring.. Puan Nui dan Puan Harisson...
Rakan Sekelas... 
Tak ingat nama apa mesin nie.. tapi kiranya alat yang sangat penting la...
Penerangan oleh kakitangan RTM tentang peralatan dalam konti...
Sesi penerangan rakaman berita wilayah yang selalu ke udara petang-petang tu... hehe
Selesai lawatan di RTM, kami meneruskan lawatan ke Airport pulak. Hadoi, mentang-mentang la Mr.H dah pernah pergi lawatan nie. Lecturer asyik bertanya je dekat Mr.H, "Hazwan, hari tu pergi kat mana dulu, Hari tu ada lecturer ada bawak surat kebenaran tak? Sampai airport dalam pukul berapa?" Macam-macam soalan nak kena jawab. Ai maklum la, Mr.H supersenior kat poli tu. Hahaha so lawatan di Airport kali nie agak berbeza sikit. Kami cuma dibenarkan melawat di Menara Bomba sahaja kerana tiada surat kebenaran untuk ke Menara Kawalan. Tapi pengalaman di sini lagi best sebab ada demonstrasi dari pegawai bomba tentang jentera yang digunakan untuk memadamkan kebakaran sekiranya berlakunya kemalangan pesawat terhempas. Memang terbaik dan jarang kita dapat lihat. Terpesona seketika melihat kecanggihan jentera yg bernilai hampir RM5 juta ini beroperasi...

Pesawat MAS yang baru mendarat...

Rakan yang mencuba baju bomba airport..

Jentera yang digunakan bomba airport...

dua orang tu kawan kelas Mr.H... Tan dan Zati...
Mungkin nasib kami agak baik hari nie bila dapat tengok pesawat MAS yang mendarat di lapangan terbang nie. Cuma tak bestnya tak dapat tengok macam mana komunikasi antara menara kawalan dengan pilot tu disebabkan tak boleh melawat menara kawalan tanpa surat kebenaran. Apa-apa pun banyak info yang dapat dipelajari semasa berada disini... Lebih kurang jam 2 petang kami selamat sampai di Politeknik. Penatnya tapi best sebab pengalaman baru dapat diperolehi dalam lawatan kali nie. Turun dari bas terus ke parking motor dan gerak balik rumah. Memang tak lunch dah sebab kepala pening so selera nak makan pun hilang. Balik je rumah sewa terus mandi dan gerak ke UTC untuk ambil IC.

Hehe horrayy dah pun siap... Tapi standard la. Gambar IC tetap tak boley blah punya. Sabar je la... Cuaca pun nak hujan so merempit la Mr.H di jalan Istana Anak Bukit nie. Lama kapcai nie tak test speed so try je la dekat jalan nie. Tapi tak macam dulu la performance dia. Mungkin nak kena buat maintenance agaknya. Maksimum cuma 130 km/j sahaja yang mampu. Saje je tak ada kerja kan bawak lelaju macam tu? Hahaha sampai je kat rumah terus on netbook dan layan KL Zombie sampai la KL Zombie tu tengok Mr.H balik. Eh tak sedar mata nie terlelap. Kepenatan yang teramat sangat jelas terasa... Malamnya memang sibuk la dengan siapkan assignment lagi dan study untuk test math pada khamis. 

Oh assignment... -_-
Mr.H sensorang je study dalam bilik manakala kawan-kawan lain semua study kat luar. Bukan apa, bilik Mr.H nie bising sikit bila Mr.H buka lagu kat speaker nie. Memang tak boleh fokus la kalau terasa gema lagu jiwang dan dangdut nie.. Hahaha Mr.H ok je study dalam keadaan macam tu. Tapi Mr.H nie kategori budak poli yang nakal jugak la dalam diam. so soalan test untuk esok, malam nie dapat soalan ramalan dari rakan kelas lain. Hehe so boleh la fokus study bab-bab yang penting kan? Maklumlah bab untuk test esoknya ada 5 subtopik, so Mr.H fokus 3 subtopik yang mudah je la. Thanks untuk kawan kelas lain yang sudi share. Sebelum jam pukul 12 tengah malam ada reminder kat handphone nie berbunyi. Laaaa hari lahir Miss.H rupanya. So cepat-cepat prepare ucapan untuk si dia. Tak ada la jiwang sangat. Sekadar ucapan kepada seorang sahabat. hehe

Khamis yang ditunggu telah pun tiba. Ketaq tu tetap ada la sebab tak confirm lagi soalan ramalan tu betul atau tak... Alhamdulillah bentuk soalan tu sama cuma nilai je berbeza, dapat jugak la jawab dengan sebaik mungkin. Hope sukses la dengan izinNya. Insyaallah. Habis je kelas nak hantar assignment tetiba Cover page Mr.H dan Cik Pieja tersalah la pulak so kena print out kat luar la. So keluar la kami berdua ke kedai print yang tak jauh dari poli nie. Dah settle je kembali ke Jabatan untuk submit assignment nie. Penat jugak la berjalan. Masa dekat bengkel ada lecturer nie tegur Mr.H dan Cik Pieja. "Haaa pi mana berdua tu? hehe". Boleh pulak lecturer nie perasan kami lalu dekat situ."Hantaq assignment ja Encik". 

Bagi Mr.H minggu nie agak penuh jugak dengan aktiviti Mr.H. Pergi buat IC, lawatan, assignment dan test. Dengan harapan yang tinggi semoga segala kenangan ini akan terus abadi disini... Bila check semalam, bulan 8 adalah bulan yang paling sikit Mr.H update sebab sibuk sangat. Hope bulan 9 akan lebih banyak coretan Mr.H disini. Setiap saat dalam hidup Mr.H adalah terlalu bernilai untuk dibiarkan begitu sahaja tanpa coretan kenangan... Thanks sudi baca kisah hidup Mr.H disini... Insyaallah Mr.H akan kembali update lagi lepas nie... 

Sekian Coretan Hati....

No comments: