Hai semua, alhamdulillah masih lagi berkesempatan mencoretkan coretan kehidupan Mr.H disini. Oh ya, walaupun dah terlewat tapi tetap nak ucap Selamat Menyambut Hari Malaysia pada 16 September 2013 yang lepas. So maksudnya apa ye? Maksudnya dapat cuti laaa... Start dari hari Jumaat sehingga Isnin la cuti untuk minggu nie. Alhamdulillah lega sangat dan boleh la rehat panjang. Coretan kali nie rasanya tak panjang dan mungkin simple je kot sebab tak banyak sangat moment yang Mr.H dapat ingat. Kita mulakan dengan hari Isnin, keesokan harinya Mr.H dah start kelas so banyak la barang nak kena bawak balik ke rumah sewa. Kebetulan mama dan akak nak pergi ke Jitra so ikut sekali la pergi hantar barang kat rumah sewa.
Lepas je hantar terus mama dan akak ke Nagoya Jitra untuk shopping kain nak buat baju kurung. Haha masuk je kedai tu rasa macam nak juling mata nie tengok banyak sangat kain. Macam-macam jenis. Dan dalam kedai tu boleh dikatakan 98 % orang perempuan la. Haha cuci-cuci mata je la Mr.H tengok salesgirl kat situ. Tapi bukan awek la. Kebanyakan macam akak-akak yang berpangkat isteri orang la... Hahaha ada seorang dua je yang macam budak lepas spm. Cer tengok gambar yang sempat Mr.H snap.
Mama dan Akak yang tengah pilih kain |
Donut yang sangat lembut |
Gerai tepi jalan berhadapan sekolah dan mahkamah... |
Ramai jugak la yang kena hentam hari nie... Tak terlepas dari yang kena adalah Cik Pieja la. Hadoi sabaq ja la dengan karenah seorang lecturer yang klakar nie. Pada khamis pulak seperti biasa ada kelas Engineering Math la. Awal pulak Mr.H sampai hari nie. Dah la pakai baju sama warna dengan Lecturer math nie. Masa kelas math nie jadi target lecturer nie la nak tanya soalan. Ada 1 soalan tu Mr.H tak dapat nak jawab. Lecturer tu cakap, "Hazwan, kalau awak tak boleh jawab soalan nie tak boleh Kahwin". Mr.H heran jugak la sebab kenapa cakap macam tu pulak. Apa kena mengena math dan kahwin? Adakah tok kadi nak tanya Formula untuk cari Sin, Tan dan Cos masa akad nikah? Hahaha senyum tanda ketenangan je la....
Haaaa cerita hari khamis jugak masa Mr.H nak pergi hantar external Hardisk dekat Yu di First Copy, entah macam mana boleh terserempak dengan Zati(kawan sekelas Mr.H). Mulanya tak perasan lagi. Tengah leka borak dengan Yu, baru nampak macam ada awek pakai tudung biru kat dalam kedai pandang Mr.H. Yu pun ada tanya Mr.H, "budak kelantan kan?". Hehe ye, Zati nie orang kelantan jugak. Mesti dia ingat Yu tu awek Mr.H. Hehe kami kawan baik je la... Apa-apa pun best jugak la kenangan-kenangan untuk minggu nie. Part present tu memang akan Mr.H kenang buat selamanya. Setakat itu saja untuk minggu ini... Thanks for reading.
Home Sweet Home |
Sekian nukilan hati...
No comments:
Post a Comment