Sunday, September 15, 2013

Kisah Mingguan Indah (7-14 September 2013)...


Hoho alhamdulillah masih lagi berkesempatan untuk jari-jemari ini mencoretkan kisah kehidupan Mr.H. Minggu nie tak banyak sangat kisah kehidupan Mr.H untuk dikongsikan bersama. Ok lah. Kita mulakan dengan hari sabtu (7 September 2013). Cuaca pagi nie hujan dengan lebatnya. Mr.H pulak ada kelas ganti untuk cuti raya hari tu. So dalam dilema la nak pergi ke tak kelas hari tu. Kalau tak pergi masalahnya subjek tu ada lab work so malas la nak kena buat sensorang. Fikir punya fikir, akhirnya ambil keputusan pinjam kereta mama je la balik rumah sewa. Hehe mama macam tak nak bagi. Ye la anak teruna nie tak berapa cekap sangat. Alhamdulillah sampai jugak dekat rumah sewa, terus salin baju dan kebetulan Min baru sampai jugak kat rumah sewa. 


Habis lencun dia sebab bawak motor. Tak lama lepas tu ada salah seorang kawan kitaorang nie call bagitau yang kelas pagi nie batal... Ya Allah sabaq je la, penat je balik pagi nie. So apa lagi terus balik ke rumah mama je la. Hari yang sia-sia... Next day, tak ada apa sangat la yang menarik sangat. Cuma masa hari rabu ada kelas Microwave Device. Hujan turun dengan lebatnya.Petang tu ada presentation plak. Hadoi dengan slide yang tak siap memang rasa malas giler nak pergi kelas pun... tapi dah kerja berkumpulan tak best pulak lau tak pergi kan? so pergi jugak la dengan malasnya... sampai je kat poli tak ada plak kelas hari nie. Bahagianyaaaa... hahaha macam orang mengantuk disorongkan bantal je. Memang semua lecturer busy dengan Majlis Konvokesyen yang ke-27 pada hari rabu (11 September 2013).

Bila kelas tak ada so 1 kelas semua berkumpul kat kedai makan nie...Kedai makan akak cun nie.. haha dia selalu pandang bila Mr.H pergi beli makan kat kedai sebelah. Mungkin sebab Mr.H selalu sangat beli makan kat kedai mak cik sebelah kot? Hahaha Lepak dan santai kejap sebelum balik rumah. Dalam pukul 5.00 petang Mr.H dah sampai rumah dan relax kejap. Bila pengang fon tengok ada miss call dari Cik Pieja. So Mr.H call la balik Cik Pieja. Owh. Nak datang rumah dan copy movie rupanya. So tunggu je la sehingga Cik Pieja sampai... Tak banyak sangat stok movie Mr.H untuk minggu nie... Maklumlah internet slow so setakat 1-2 movie tu ada la... Sementara copy tu kalau tak bergurau dan berborak memang tak sah la kami berdua nie.

Masa tengah rancak berborak tu tetiba Cik Pieja macam ada sesuatu yang sentap mood ceria dia... Heran jugak takut Mr.H ada tersalah cakap ke masa bergurau dengan dia... Rupanya ada mamat sebelah rumah Mr.H nie usyaa je kat Cik Pieja nie. Dia memang pantang orang lelaki yang pandang dia lama-lama. So dia pandang je mamat tu sampai mamat tu blah. Rasa lawak pun ada. Tapi ye la, rasa tak selesa jugak orang pandang kita lama-lama tanpa sebab kan? Biasa la orang comel nie selalu jadi perhatian. Maksud Mr.H, Cik Pieja la. Nanti korang ingat Mr.H pulak perasan comel. Hahaha cerita untuk hari berikutnya iaitu khamis (12 September 2013). Kelas pagi nie cuma Engineering Math je. Berat jugak la kepala nie rasanya sebab susah jugak subtopic untuk hari nie.

Habis je kelas terus call Nurul Shaidatul @ Yu. Salah seorang sahabat fb yang Mr.H jumpa di politeknik. Lama dah tak jumpa dengan dia. So dating kejap la kat kedai mamak nie sampai tengahari jugak la sebab dia nak copy movie. Banyak jugak la movie yang Mr.H copy untuk dia. Tapi nak copy running man la paling lama... Tu pun tak sempat nak habis sebab baterry netbook Mr.H dah habis. Apa-apa pun seronok jugak dapat jumpa dia... Lepas rasa rindu kat sahabat. Banyak jugak cerita dikongsikan bersama. 

Hari yang berikutnya adalah jumaat dimana plan nak dating dengan adik angkat Mr.H yang kedua iaitu Syiera. Alhamdulillah tercapai jugak hasrat Mr.H nak jumpa si adik nie yang dah 4 tahun terpisah. Ye la last jumpa masa zaman persekolahan dulu. Terkejut jugak masa jumpa dia sebab ingatkan dia datang seorang je. Rupanya dia bawak cousin dia Fazera @ kawan 1 kelas Mr.H. Memang meriah jugak la dengan sifat Fazera yang memang happy go lucky sejak zaman sekolah lagi... Hari yang indah buat Mr.H hari nie... Terima kasih Ya Allah telah mempertemukan kami semula... Semoga hubungan abang dan adik ini akan terus berkekalan sehingga akhir hayat.

Tapi silapnya Mr.H lupa nak snap gambar. Entah la. Segan nak mintak ambil gambar bersama. Mana tau nanti pakwe si adik nie jeles tak pasal boleh gaduh pulak. Pagi sabtu pula adalah coretan terakhir buat Mr.H untuk entry kali nie. So pagi nie Mr.H ditegur oleh Miss.Lia. Ada la gurau senda seperti biasa antara kami berdua. Mr.H jugak ada la bagi pendapat untuk Miss.Lia yang dalam dilema untuk sambung study. So Mr.H just share apa yang Mr.H tau. Alhamdulillah. Terubat jua rindu seketika bila dapat chat dengan Miss.Lia.. Lama jugak kitaorang tak bertegur sapa. Mr.H nak mulakan memang tak la. Bukan sombong cuma segan. Sekadar Menanti.... 

Lepas dah habis chat je terus pergi ke pasar hari untuk cari Clariderm. Clariderm nie la Mr.H gunakan untuk hilangkan parut jerawat. Memang berkesan sebab ada 1 parut jerawat kat pipi nie... So nak hilangkan la... Lepas dah selesai ke pasar hari, mama suruh Mr.H ke bank pulak untuk cash out duit. Alahai saje je mesin atm nie nak menguji kesabaran den nie haaa... Duit tak cukup la resit tak ada la. Dan mesin yang terakhir jugak yang berfungsi. Masa berjalan nak balik dari bank Mr.H sempat pandang seorang awek cun nie. Rasa macam kenal je. Laaaa seorang adik kat fb nie rupanya... Alahai comelnya. Mr.H ada follow dia jugak. Aina Shafina. Ingatkan dia tak kenal Mr.H. Insyaallah ada peluang boleh kita berkenalan ye dik. 


Itulah kisah kehidupan Mr.H untuk minggu lepas. Hari nie dah ahad. Isnin dah habis cuti. Alahai tak bestnya. Apa-apa pun semuanya bagi Mr.H untuk Mr.H sweet la. Seronok dapat lalui hari-hari yang indah. Hope keceriaan seperti ini akan berterusan. Setakat itu sahaja coretan Mr.H untuk minggu ini... See you next entry ok? Thanks for reading. 

Sekian Coretan Hati....


No comments: