Monday, April 7, 2014

Daku Kehilangan...


Lamanya Mr.H tak meluah perasaan disini. Maklumlah kesibukan kerja dan kehidupan sekarang memang membataskan waktu untuk Mr.H menghabiskan masa disini. Tapi walau macam mana sibuk sekali pun Mr.H akan cuba curi sedikit masa buat Diari kesayangan ini dari terus menyepi tanpa cerita kehidupan Mr.H.

Ada dua kisah yang Mr.H ingin luahkan disini. Kedua-duanya bagi Mr.H suatu kisah yang buat Mr.H sedih dalam kehidupan Mr.H nie. Ok lah. Kisah pertama nie diantara Mr.H dengan seorang sahabat nie. Lama sudah kami terputus hubungan sejak satu situasi yang Mr.H tersalah sebut nama seorang sahabat Mr.H nie iaitu bekas kawan baik dia jugak. Mr.H tak faham la kenapa nak take it so serious sangat pasal tu sampai tak nak contact Mr.H langsung.

Yang nak musuh tu antara dia dan bekas kawan dia je. Bukan dia dengan Mr.H. Tak kan la semua musuh-musuh dia perlu jadi musuh untuk Mr.H jugak? Tak ke pelik? Entah la. Pening bila fikirkan. Mr.H tak mampu nak puaskan hati semua orang. Apa yang termampu Mr.H cuma diamkan diri dan tunggu je respond dari dia lepas nie. Sekarang pun dah berapa bulan tak berhubung. Terpulang la pada dia untuk pilih apa yang dia nak. 

Mr.H ini jenis pasif. Cuma menanti untuk ditegur. Lagipun dalam keadaan nie rasanya, Mr.H tak ada problem apa pun dengan dia. Hope dia dapat fikir dengan lebih positif la kalau Sayangkan Hubungan Persahabatan nie. Kita kenal dengan cara baik, so kekalkan hubungan nie dengan sebaiknya. Mr.H harapkan kesimpulan yang terbaik diantara kami berdua. Hope semuanya kembali seperti dulu.

Kisah kedua pula, hampir sama dengan kisah yang pertama, cuma berbezanya situasi kali nie diantara seorang sahabat yang dah hampir 10 tahun Mr.H kenali. Konflik diantara kami disebabkan kesilapan Mr.H jugak yang tak boleh faham kehendak dan keadaan dia. Mr.H akui memang salah Mr.H sebab terlalu mendesak dia dalam keadaan serta dunia baru dia. Mungkin tak perlu Mr.H huraikan apa yang sebenarnya terjadi diantara kami tapi suatu perkataan terakhir yg terbayang-bayang dalam fikiran Mr.H ialah "saya benci awak".

Terucap jua kata keramat itu sebagai pengakhiran persahabatan kami. Tak mampu berkata apa apabila dia sendiri menyatakan perkataan itu sebab dia benar-benar maksudkan apa yang diucapkan. Apa yang mampu Mr.H katakan. Mr.H tak pernah membenci sesiapa yang pernah bahagiakan hidup Mr.H suatu ketika dahulu. Pada Mr.H, biar orang benci diri nie, dari diri nie mula terbitkan rasa benci pada orang lain. 

Masih adakah harapan untuk pulihkan lagi hubungan nie? Entah la. Susah nak berharap untuk sesuatu yang mustahil. Biarkan waktu untuk menentukannya. Siapa tahu mungkin setahun, 10 tahun atau berpuluh tahun lamanya hubungan ini akan dipulihkan semula. Hanya menanti yang terbaik buat kami. Memang Mr.H akui puncanya dari Mr.H sendiri. 1 perkara yang buatkan Mr.H rasa sayang dengan hubungan ini adalah Mama si dia. 

Bila fikirkan mama si dia, rasa macam mama Mr.H sendiri dah. Rasa macam tak seronok bila hubungan kami sebegini kalau nak berhadapan dengan mama si dia lepas nie. Semoga kesudahan hubungan ini bukan sebegini penamatnya. Susah untuk kita bina hubungan yang telah lama terjalin, dari kenal nama sehingga kenal segalanya. Cuma mengharapkan segalanya kembali pulih. Mr.H cuba untuk ubah diri ini seperti dulu. Seperti seorang sahabat yang mula ciptakan perasaan sayang akan sebuah persahabatan.

Dua kisah ini membuatkan hidup ini sunyi, dan kosong kerana sebahagian hidup Mr.H di warnai dengan kehadiran mereka ini. Bila keduanya hilang, anda sendiri dapat bayangkan keadaan si celik yang hilang penglihatannya kan? Itu yang Mr.H rasakan sekarang. Tapi andai ini Noktah kedua insan ini dalam kehidupan Mr.H, semuanya mungkin perancangan terbaik dariNya. Daku redha. Sekadar meluahkan rasa hati yg terbeban dengan keadaan ini. Thanks for reading sahabatku.

Sekian Coretan Hatiku... 

Post a Comment