Monday, May 20, 2013

Luahan Hati & Ciri-Ciri Wanita Idaman Mr.H




Terkadang rasa sunyi jugak bila keseorangan nie... ramai orang cakap "couple is trouble, single is simple". Tapi bagi orang yang dah pernah couple kemudian single, mulanya akan berasa ok je, tapi bila kenangan datang mengusik minda. Mula la berfikir sunyi juga bila single nie... Nak cari kawan baik? Mungkin boleh tapi untuk dapatkan dalam masa yang segera adalah sukar rasanya. Bila nak cari couple nie, untuk orang lain mungkin mudah untuk Mr.H nie lain dari yang lain. Entah la... Mungkin dah kembali kepada basic habit... Hahaha pendiam, pemalu dan sukar nak mulakan sesuatu perkara... 3 element nie dah cukup untuk membuktikan siapa Mr.H a.k.a Samprit Ungu nie yang sebenarnya... 

Pendiam nie memang dah jadi kebiasaan la untuk Mr.H dari kecik lagi, memang rasa susah je nak bercakap... Macam-macam yang Mr.H akan fikir sebelum nak bercakap nie... Ye la, perkara yang paling Mr.H risaukan ialah sakitkan hati orang la... Kita nie kan manusia biasa yang kadang-kadang terlepas jugak cakap samada kita sedar atau tak, kita telah melukakan hati dan perasaan seseorang. Pemalu? Sifat lelaki nie selalunya kalau bab-bab mengorat nie pemalunya tak la tebal sangat la kan? Setakat "Hai awk, hai comel, boleh berkenalan?" Itu ayat normal la bagi lelaki nak mengorat awek-awek nie kan? Mungkin bagi ramai lelaki rasa itu normal la kan? Bagi Mr.H pulak errr, entah la. Rasa segan pulak nak cakap macam tu... 

Hahaha susah la kan nak kenal-kenal dengan awek tu, kalau nak menyapa pun dah segan. Kalau dalam facebook pun nak tegur orang pun malu-malu apatah lagi kat luar kan? Mesti ramai orang akan cakap sombong la mamat tu, budget la, dan macam-macam lagi la kan k0men-komen negatif kat Mr.H nie... Berkenalan dulu baru tau Mr.H macam mana... Dah start borak, ada je topik-topik yang boleh dikongsikan bersama. Takut untuk memulakan sesuatu perkara adalah salah satu simptom yang melekat dalam diri nie... Tapi part nie rasanya dah plan-plan mula berubah... Dulu masa bercinta, nak sms dengan awek pun selalunya awek yang akan sms Mr.H dulu... Dua tahun lebih bercinta, beberapa kali je Mr.H sms dia dulu. 

Bukan apa, takut mengganggu je. Untuk Mr.H pulak, walau dalam keadaan busy macam mana pun selagi Mr.H mampu layan memang akan ada masa untuk sesiapa sahaja... Suka sangat nak berkawan nie sebab dalam hidup nie kawan yang tetap tu tak cukup, tapi ia perlu ditambah kan? Biar kawan kita ada beribu-ribu orang pun dan bercinta biarlah setia hanya untuk si dia seorang... Chewah ayat macam orang ada awek je kan? Tak ada la.... Mr.H still single sejak hampir 2 tahun putus Cinta nie... Tahun 2013 nie, rasa macam nak bercinta lagi macam lagu mojo tu "andaiku bercinta lagi untuk tahun ini". Hahaha suka-suki je tukar tajuk lagu favourite Mr.H tu... 

If nak cari awek / calon masa depan lepas nie kretiria paling penting mama Mr.H perlu diutamakan, bila mama Mr.H cakap "Mama Suka", baru awek tu melepasi ujian saringan peringkat pertama.. hahaha.. Ciri-ciri wanita idaman Mr.H adalah seperti berikut:


  • Menerima Mr.H seadanya
    • Sebagai lelaki, mengharapkan Cinta seorang wanita itu umpama memandang langit yang tinggi dan berharap dapat menggapai awan disana... Tinggi sangat sampai kadang-kadang susah nak jumpa perempuan yang dapat menerima lelaki itu dengan sepenuh dan seikhlas hatinya. Bila muka ala-ala Kpop, muka macam cina sikit, kulit cerah, tinggi, dan macam-macam lagi la kretiria-kretiria yang wanita inginkan... Mr.H tak ada la semua ciri-ciri tu kerana diri ini lebih banyak kekurangannya... Tapi yang sudi itu semoga dia insan yang terbaik untuk mengisi hati ini...
  • Menutup Aurat dengan sempurna
    • Part nie mesti ramai orang fikir nak kena pakai purdah ke, tudung labuh ke?. Senang cerita wanita itu wajib tutup aurat dengan sebaik mungkin... Tak guna muka cantik rambut masih nampak... Kahwin nanti dosa si lelaki jugak nak tanggung... Tapi Mr.H suka tengok perempuan tudung labuh la... Nampak sweet je. Tapi jangan fikir yang tudung labuh je kerja ustazah je. Mind set tu dah kena ubah dah. Tak semestinya tudung labuh tu ustazah je. Orang kerja nursery or office pun ada jugak tudung labuh... Entah la bagi Mr.H, tudung labuh tu adalah sesedap mata ini memandang... wawwawa
  • Hormati parents Mr.H dan ahli keluarga Mr.H yang lain
    • Insyaallah, bila seseorang tu ikhlas menerima Mr.H dengan seadanya pasti orang tu dah bersedia untuk menerima keluarga Mr.H jugak kan? Well bila cakap soal hormat menghormati nie susah jugak sebab nie element penting untuk seorang wanita yang baik. Kadang-kadang si wanita nie hanya sukakan pada si lelaki tapi nak terima mertua seperti ibu bapanya agak sendiri susah. Hope insan di masa depan Mr.H tak macam tu... hehehe amboi besaqnya harapan....
  • Seorang yang manja dan pandai memujuk
    • Hahaha yang nie Mr.H demand sikit la kan? Nak buat macam mana. Wanita yang manja nie dapat menyejukkan hati la.. .Serius betul apa yang Mr.H cakap nie... Dulu Mr.H ada kawan yang ada kategori manja nie... Perghhh bayangkan la tengah stress dengan masalah boleh lupakan kejap masalah tu... Memang hebat penangan sifat manja nie... Pandai memujuk, yang nie kalau ada memang terbaik dan bonus la... Tapi insyaallah,  wanita nie dilahirkan dengan sifat lemah lembutnya kan? Mesti part nie akan ada untuk si dia yang terindah buat Mr.H...
  • Pandai memasak
    • Wahhh demand lagi Mr.H nie...  untuk kategori nie banyak yang FAIL k0t sebab ramai tau update status fb dan twitter je "Penad titew masyak taw". Eeeerrr... Padahal mak jugak yang masak...update status dan instagram, yang tu pandai...  Hehe gurau je. Memasak nie tak semua yang mahir la kecuali mak kita je, tapi untuk jadi mahir kena la selalu practice. Practice make perfect right? hehehe dan kalau nak tambat hati suami dan anak-anak mesti la dari masakan... walaupun cuma ayam masak kicap, telur dadar dan sup sayur je. Itu pun dah memadai kerana yang penting masakan dari air tangan seorang isteri tu memang terbaik la. Hahaha bukan apa, Mr.H nie jenis suka makan dirumah, so tak kan nak makan lauk kedai je kan? hehehe tak sedap pun tak ape, pelan-pelan belajar sampai bagi sedap... Eh cerita bab awek dah terus kepada isteri... Hahaha tak sedar menaip... 


Rasanya itu je ciri-ciri utama yang Mr.H letakkan untuk seseorang yang akan jadi insan yang teristimewa dalam hidup Mr.H... Walaupun macam demand je tapi semua tu adalah demi masa depan kan? Tapi kalau tak ada semua ciri-ciri tu pun tak ape, kita hanya manusia biasa kan? Banyak lagi kekurangan yang perlu kita lengkapkan. Mencari kesempurnaan itu adalah impian, sebab tu tak semua impian kita akan jadi kenyataan kan? Sekadar perkongsian dan luahan hati serta impian Mr.H la untuk masa akan datang... Semoga tercapai dengan izinNya.. Insyaallah... hehehe panjang pulak Mr.H membebel dalam entry blog kali nie... Thanks for reading sahabat semua... 

Sekian coretan hati....


No comments: