Thursday, May 23, 2013

Manja yang Ikhlas




Bunyinya macam tak ada kena mengena je kan? Manja yang ikhlas...Jom kita teliti baik-baik maksud disebalik ungkapan nie... Sebenarnya perkataan nie Mr.H dapat dari seorang sahabat baru di facebook dan dunia blogger nie iaitu Cik Nina... Mr.H baru lagi kenal dengan Cik Nina nie dan masa bergurau dengan Cik Nina nie tiba-tiba muncul perkataan Manja yang Ikhlas. So menarik jugak la bagi Mr.H untuk jadikan tajuk entry kali nie... 

Manja ialah suatu sifat yang tak kira lelaki mahupun perempuan ada sifat nie... Tapi adakah manja yang terbit dari seseorang itu adalah semula jadi atau sengaja dibuat-buat sekadar ingin mencuri perhatian.. Ikhlas pulak adalah suatu perasaan yang lahir dari hati tanpa paksaan. Jom kita kaji sama-sama dua sifat nie... Ok lah, manja yang semula jadi nie kadang-kadang memang susah la kita nak nampak kan? Tapi cuba kita bayangkan bila kita bersama ibu kita. Haaa tak kan kita nak buat-buat manja je kan? Ibu kita tu. Mesti manja yang wujud itu adalah datangnya dari hati kita yang ikhlas...  

Manja yang dibuat-buat nie mudah sangat kalau korang nak tengok... Buka je facebook dan add budak-budak umur bawah 18 tahun. Lepas tu tunggu diaorang update status... Mesti akan jumpa status-status macam kat bawah nie...

Errr... hahaha best kan status-status nie... Tiada kena mengena dengan yang hidup atau yang telah tiada.. Sekadar gambar hiasan...


Kadang-kadang rasa menyampah pun ada bila penuh newsfeed Mr.H dengan status-status sampah macam tu... Setiap berapa minit nak update je, tapi kadang-kadang jadi hiburan jugak bila baca... Mengalahkan artis pulak budak-budak nie bila tengok like pada setiap status diaorang nie... Tapi status-status pada gambar diatas nie adalah bukan setakat manja yang dibuat-buat tapi boleh dah masuk dalam kategori gediks.

Bagi Mr.H la, manja yang ikhlas ada 3 kategori la... pertama, of course la dengan parents kita... Manja dalam kategori pertama nie memang susah nak dinafikan la dan pastinya kita sendiri dapat mengetahui samada bila kita bermanja dengan mereka... Selalunya of course la anak lelaki akan lebih manja dengan emak dan anak perempuan akan manja dengan ayah... Macam la Mr.H nie pun... Hehe ok lah. Yang kedua, bermanja dengan kekasih(awek atau pakwe). Kalau perempuan nie nak bermanja dengan pakwe selalunya bila cakap hanphone la... 

Dengar awek paggil abang, B, abang cayunk, dan lain-lain lagi panggilan org bercinta nie pun boleh buat si pakwe nie cair dan tergoda je sampai kadang-kadang tengah cakap hanphone tu tak sedar ape yang jadi kat sekeliling dah... Sama la bagi si awek jugak, bila pakwe tu panggil sayang, baby, dan lain-lain terus lemah gemalai jadinya... Tambah-tambah tengah gayut tu masa baring atas katil. Mau tergolek-golek sampai jatuh katil pun boleh gelak lagi walaupun sakit...

Bila pakwe tanya, "bunyi ape tu sayang?"... Awek plak jawab "nangka jatuh la abang". Hahahaha... Merepek je Mr.H nie... Dan yang ketiga, sahabat karib / kawan biasa... Mesti la antara perempuan dengan perempuan... Kalau lelaki dengan lelaki "kau gay ke". Silap banyak la nak manja lelaki dengan lelaki. Mr.H pun geli... Kalau kawan perempuan nie selalunya manja kita boleh nampak la dalam status facebook dan realiti pun ada... Selalunya BFF la yang akan manja macam tu...

Apa-apa pun manja yang ikhlas nie susah kita nak nampak kecuali kita sendiri yang merasainya kan? Dalam hidup kita nie, setiap apa yang kita lakukan biarlah ada keikhlasan dari hati ok? Sebab setiap apa jua perkara yg kita lakukan dan didatangkan dengan keikhlasan hati insyaallah hasilnya adalah sesuatu yang sangat berbaloi... Tanam sifat keikhlasan dalam hati, buang perasaan riak dan dengki pasti hidup kita akan lebih tenang dan bahagia... setakat itu sahaja coretan Mr.H untuk kali nie... Thanks for reading....

Sekian Coretan Hati....

No comments: