Sunday, June 30, 2013

Coretan 23-27 Jun 2013 & Selamat Kembali Samprit Ungu


23 Jun 2013

Pagi nie Mr.H kelam kabut bangun dari tidur dan terus mandi. Terlewat pulak terjaga padahal dua-dua handphone dah kunci alarm. Nie gara-gara semalam la yang punya angkara. Plan nak tidur pukul 1, tapi dekat pukul 3 jugak baru mata nie lelap. Kelam kabut bukan sebab apa, ingat nak masuk kelas Engineering Math pukul 8 pagi nie. So jadual Mr.H dapat dipadatkan dan disingkatkan kepada hari rabu je. Khamis dah tak ada kelas. Tapi dah terlewat so join 1 kelas nie je la... 

Masa on the way nak balik tu, slow jugak la bawak sebab mata pun still mamai lagi. Sampai la kat 1 traffic light nie, ada sebuah kereta vios hitam nie main potong sebelah kiri je, nyaris-nyaris nak langgar Mr.H dan beberapa buah motosikal lain. Nasib la Mr.H hon kuat-kuat, tau pulak dia cuak. Tau la awak tu naik kereta, hormat la orang lain jugak. Bahayakan orang lain je. Patut la berat je hati nie nak balik pagi nie... Syukur alhamdulillah, masih dilindungi Illahi. Selalu sangat jadi macam nie. Walaupun dah sehabis berhati-hati pun still hampir dengan perkara-perkara yang mengundang kecelakaan nie. Mohon dijauhkan la. Takut tak sempat nak grad nanti. 

Sampai je kat rumah sewa je tengok kawan-kawan Mr.H masih dibaluti selimut. Cis, ingatkan diaorang pergi kelas pagi nie. Rupanya diaorang dah plan nak masuk kelas math yang lain. Hadoi penat je balik awal-awal pagi nie. Tak tau nak buat ape tau tak kat sini. Bosan giler. Layan raja lawak je la sampai pukul 11 sebelum keluar ke kedai print untuk tempah Cop company mama untuk buat account bank. So kena ada cop company baru boleh buat. Dah siap je terus pergi beli makan tengahari. Menu hari nie, daging dan bergedel je. Selepas makan mata pun layu la kejap, so terlelap sampai pukul 2 petang sebelum bangun, mandi, solat dan bersiap untuk ke kelas jam 3.15 petang. 

Mr.H jalan sorang-sorang je pergi ke kelas. Nak tunggu kawan-kawan diaorang lambat sikit la. Mr.H memang on time, tak nak la lewat-lewat. Lagipun first kelas so kena jaga disiplin dan sikap kan? Sampai je kat kelas dah nampak dah group trio Mr.H... Hehe hadoi kena perli dengan Cik Kamila dah pasal spek baru nie. Sebelum lecturer masuk kelas, Cik Pieja ada mintak nak tengok jadual Mr.H, kali nie kena dengan Cik Pieja pulak. Ye la, Mr.H kan jenis tak suka tak teratur. So jadual pun kena la kemaskan dan buat elok-elok. Masa lecturer nie masuk cuma bagi penerangan sikit-sikit je. 

Tetiba je "Hazwan". Lecturer tu panggil nama Mr.H. Terkejut jugak. Dia tanya Mr.H pernah dia ajar tak sebelum nie. So Mr.H geleng kepala je. Lecturer tu cakap macam pernah nampak muka Mr.H. Amboi terasa famous seketika. wawawa hahaha *perasan je. Kawan Mr.H ada bagitau kat lecturer tu yang dulu puan tu pernah jaga kelas Mr.H masa kuiz semester 5 dulu. Lebih kurang 20 minit macam tu la perjumpaan bersama lecturer tu dan kelas bersurai. Lepas tu berjalan la sorang-sorang Mr.H nie ke parking motor. Masa sampai kat motor je rasa lain macam je bila naik. Laaaa pancit pulak tayar motor nie. Tapi still ok lagi. Nasib la sempat sampai di kedai motor. Dugaan, dugaan. Malamnya aktiviti Mr.H cuma gayut bersama Shada dan kawan Mr.H je. Bosan giler tak tau nak buat apa. Esok kelas awal so nak tidur awal la. Tak terjaga macam pagi nie habis la.. akan bersambung...

24 Jun 2013

Pagi nie dimulakan dengan bangun time subuh la. Tapi terawal la dari alarm dan kawan Mr.H pun ada jugak tolong kejutkan di handphone. Thanks sahabat. Pagi nie memang awal la bersiap dan sampai di poli. Maklumlah, hari nie kelas yang paling digeruni oleh semua geng DEP nie. Kelas Puan Rohana, perghhhh memang terbaik la. Dua jam non-stop dia bercakap. 30 minit dah introduction je, dan masuk belajar bab 1 dah. Part paling best dah bagi assignment dan nak buat kelas tambahan hari sabtu nie. Hadoi susah la kalau dapat lecturer tahap professor nie. 

Dua jam dalam kelas Mr.H dah rasa pening dan nak termuntah je. Serius tak tahan la sebab kepala nie macam tak bleh nak accept apa-apa lagi minggu nie. Lepas je kelas terus Mr.H lepak dengan kawan-kawan kelas di kedai bawah pokok yang selalu kitaorang lepak sementara nak tunggu kelas Engineering Math so breakfast la dulu. Kawan-kawan semua makan nasi lemak tapi Mr.H tak ada selera pulak. Cuma minum segelas Milo Kosong je. Memang selalu order air tu je bila minum dekat situ.

Dalam pukul 10.45 pagi semua kawan-kawan dah bergerak semula ke politeknik. Dalam kepala Mr.H cuma terfikir je siapa yang akan mengajar subjek math nie. Risau sangat takut Puan Saadiah yang semester lepas je. Sebab Mr.H dan kawan-kawan pernah kena halau k0wt sebab dia tak nak terima student drop paper dan carry paper. Setelah jam pukul 11.15 pagi, lecturer pun muncul dan syukur alhamdulillah bukan dia. Puan Asmaniza kot nama lecturer tu. Boleh tahan la. Rasa selesa la bila dalam kelas dia setakat 1 jam 30 minit tadi.

Selesai je kelas terus pergi beli makan tengahari dengan menu yang sama seperti kelmarin. Dan sampai je kat rumah terus makan dan layan movie Resident Evil sorang-sorang. Dalam pukul 2 petang terus mandi, solat dan tidur kejap sebab kepala dah rasa berat sangat. Cuaca pun panas semacam je hari nie. Sehinggalah jam 4 petang ada call dari Cik Kamila yang nak datang rumah sewa Mr.H. Kelam kabut la Mr.H bangun. Laaaa nak copy movie rupanya. So layan la dia copy movie dari external hardisk Mr.H kejap. Mak cik depan rumah nie tengok semacam je. Hadoi segan la. 

Ye la tak elok kan anak dara datang rumah budak bujang dan macam tu la sebaliknya. Tak ape la. Lepas nie kena ajak lepak mana-mana la. Tak best la jiran tengok macam tu. So lepas dah habis copy dan Cik Kamila balik. Mr.H masuk dalam bilik dan relaks kejap sementara tunggu waktu asar. So lepas waktu asar, macam biasa la, Mr.H akan pergi keluar cari makan malam di kedai Mak Cik Om dan menu hari nie Nasi Kawin ler. Selesai je beli, terus balik rumah sewa dan layan Bunga Merah Punya. Ala citer yang kat tv9 tu la. Mr.H tak sempat nak tengok so baru je habis download so time bosan-bosan layan je la.

Layan 2 episod dah rasa bosan. Kawan ada ajak pergi jogging di Tasek Darualaman. Tapi rasa malas nak keluar la pulak so tengok kat halaman rumah nie ada lalang yang dah sama tinggi dengan Mr.H so cabut je la sorang-sorang. Dan hasilnya nampak macam ada penghuni sikit la rumah sewa nie. Tangan Mr.H pun luka jugak sebab kena lalang. Bila kena air, pedih beb. hahaha aktiviti malam nie layan lagu je sehinggalah ada sms dari Cik Pieja mintak nak pinjam baju bengkel. Nasib la ada awek-awek cun sebelah rumah nie yang baik hati pinjamkan baju diaorang. Boleh la Cik Pieja tidur lena. Kalau tak confirm pening pikirkan nak masuk makmal esok tak boleh gara-gara tak ada baju bengkel. Pieja, Pieja. Hehehe rasanya setakat tu je coretan hari nie. Hope esok akan lebih indah dari hari nie...  

25 Jun 2013

Pagi nie agak bengang la bila Mr.H sampai di poli. Nak tau kenapa? Kelas pagi nie cancel... Uwaaa sakit hati tau tak? Dah la kelas nie je untuk hari nie, cancel pulak tu, Mr.H pun dah sampai poli. Arghhh geram sungguh. Kenapa la lambat sangat lecturer nie bagitau. Kalau tau nak batal, tak mandi lagi pun tak ape awal-awal pagi nie. Hishh. So balik rumah sewa terus on netbook dan layan movie je sampai la ke petang. Eh tengahari makan ape? Lupa nak citer. menu hari nie daging masak kuning-kuning dan bergedel je. Tak tau nak ambil lauk ape sebab menu sama je. Alahai bosan.

Hari nie tak ada yang menarik sangat. Cuma ada 1 situasi la dimana seorang sahabat nie sms untuk mengundurkan diri dari kehidupan Mr.H. Sedih pun ada tapi mungkin itu yang terbaik la untuk Mr.H dan dia. Thanks for the momory. Hope awak sukses dengan kehidupan awak dan kalau perlu Mr.H awak tahu kan dimana nak cari. Memang berat je nak lepas dia pergi tapi itu jalan yang dia pilih dan sebagai sahabat Mr.H hormati keputusan itu dengan seadanya. Mungkin bila kita hilang perhubungan kita tak akan lukakan hati yang lain. Yang lain tak ada yang menarik sangat pun untuk kehidupan Mr.H hari nie, cuma sakit kepala nie je masih teruk. Bersambung esok...

26 Jun 2013

Hari nie bertambah 30% tahap kebosanan sebab kelas cuma petang nanti jam 3 petang. So apa Mr.H nak buat pagi-pagi nie? Nak tidur lama-lama memang tak la kalau kat rumah sewa nie. So pergi mandi dan keluar beli nasi lemak kat traffic light. Sampai je dekat gerai mak cik tu terus "geleng tangan". Geleng tangan? Mesti pelik kan? Maksud Mr.H ala simbol macam nak bagitau "tak ada" tu la... Awal pulak nasi lemak kat situ habis. Hadoi, nie mesti budak-budak kolej islam dekat dengan gerai mak cik tu la yang beli sampai habis nie. 

So dah tak ada kat situ Mr.H pun beli dekat dengan rumah sewa Mr.H je la. Alahai sambal dia tak best tapi no choice kan? so beli je la. Balik je kat rumah sewa tetiba je hilang selera makan nie. Pelik jugak sebab jarang jadi macam nie. So layan movie je la sampai pukul 12 baru la makan nasi lemak tu. Tu pun tak habis pun makan. Serius tak ada selera. Kelas pada petangnya pun rasa malas je. Tapi rahmat Allah hujan turun dengan lebat jugak. Sejuk sikit rasanya bumi Jitra. Kepala Mr.H semakin berdenyut sampai timbul urat-urat di kepala. Kelas pulak 2 jam penuh dengan teori je. Rasa macam nak menangis je tahan sakit.

Habis je kelas terus balik rumah sewa, solat asar dan telan panadol active fast 2 biji. Serius macam nak pecah je kepala nie. Dasyat sungguh migrain kali nie. Dah lama tak kena attack macam nie. Aktiviti malamnya sekadar layan drama bersiri "Bunga Merah Punya" sampai tamat 13 episod. Best jugak sebab lagu-lagu dalam drama nie memang sedap dan layan je jiwa nie. Antara lagu yang Mr.H suka adalah "sampaikan rindu" la. Tenang dan sedih je. wawawa itu je untuk hari nie. Tak banyak sangat story. Bersambung...

27 Jun 2013

Wah dah khamis rupanya, awal jugak Mr.H bangun hari nie. Ye la kelas pukul 9.15 pagi so kena la ready awal. So sampai je di kelas terjumpa dengan Puan Sharita iaitu ketua program diploma elektronik perhubungan dan Puan Nurol Huda (Ketua Jabatan Elektrik). Terus Mr.H dipanggil oleh lecturer tersebut untuk bantu diaorang lekatkan kertas hitam pada cermin banggunan. Maklumlah, langsir poli tengah dicuci so panas la kelas dekat banggunan 7 tingkat tu. So Mr.H, Cik Pieja, Cik Kamila dan semua kawan-kawan kelas Mr.H bantu lecturer nie lekatkan kertas-kertas nie bersama-sama. 

Selepas tu barulah kami semua ke kelas Math untuk sesi pembelajaran. Topik hari nie ok la, tak susah sangat. Biasa la bab 1. Dan bila habis kelas je baru teringat Mr.H ada pinjamkan dua pisau lipat Mr.H  masa lekatkan kertas tadi tapi terlupa nak ambil balik so nak masuk dekat jabatan tu memang segan la. So mintak Cik Pieja temankan Mr.H dan akhirnya jumpa jugak pisau tu. Thanks Puan sebab tolong simpankan. Ingatkan dah hilang dah. So kami bertiga berjalan bersama-sama ke parking motor. Perghh lama k0t tak berjalan bersama macam nie. Ye la cuti semester hampir dua bulan. Masing-masing sibuk dengan hal masing-masing.

Masa tengah berjalan bersama tu, Cik Pieja ada la mintak nak copy movie dari Mr.H. Macam biasa la Mr.H nie memang pengumpul movie pun so cakap la kat Cik Pieja suruh datang ambil kat rumah sewa. So Mr.H pun terus balik ke rumah sewa dan tunggu awek berdua nie datang untuk copy movie. So masa tengah copy tu ada la pakwe adik sebelah rumah nie datang dating dekat rumah adik nie. Hadoi nak tergelak pun ada tengok telatah orang bercinta nie. Yang Cik Pieja dok senyum-senyum pandang Mr.H sambil dok perli. 

Besa la orang bercinta tapi tak kena gaya la dating kat depan rumah kawasan kejiranan macam tu, segan bila jiran-jiran tengok. Mr.H pun bila geng trio nie datang pun rasa segan jugak bila akak depan rumah nie tengok dan senyum je kat Mr.H. Sorry ye kak. Kawan je. Bukan awek pun. Lepas je geng trio nie balik terus Mr.H kemas barang dan balik ke rumah mama dengan segera. Bosan la dok rumah sewa. Tak tau la kenapa. Hujan turun jugak tapi Mr.H redah je hujan sampai la ke rumah mama. 

Entah kenapa terdetik hati nie nak online kembali facebook samprit ungu tu. Dan akhirnya, setelah lama deactive, Mr.H kembali online seperti biasa. kerinduan terubat buat semua kawan-kawan disitu... rasanya setakat itu je coretan mingguan Mr.H. Thanks for reading.


Sekian Coretan Hati



No comments: