Thursday, June 20, 2013

Coretan 18-19 Jun 2013


18 Jun 2013

Pagi nie awal jugak la Mr.H terbangun dari tidur. Lepas subuh memang tak tidur dah la. Sebab banyak perkara nak buat sebelum balik pagi nie ke rumah sewa di Jitra. Kalau ikutkan hati nak je balik waktu petang, tapi sebab dah janji dengan kawan-kawan rumah sewa nak bersihkan rumah so awal jugak la nak kena balik. Ye la, faham-faham la rumah bujang bila hampir 2 bulan ditinggalkan. Hehehe so pagi nie Mr.H dah plan nak kemas barang-barang nak bawak balik ke rumah sewa. Banyak jugak la walaupun separuh dah hantar masa hari sabtu hari tu. Biasa la Mr.H nie, cerewet sikit so macam-macam barang nak bawak. Hari nie jugak adalah hari lahir adik angkat Mr.H yang ke-4 iaitu Shada. Happy birthday adik. Well semalam Mr.H dah sms dah wish dekat dia. Hope dia enjoy la dengan hari yang paling indah dalam kehidupannya. 

Pagi nie jugak mama ada masak nasi goreng, tapi Mr.H tak sempat nak makan sebab terlalu sibuk dengan kemas barang dan download movie yang tak habis-habis. Yes, teduhan kasih episod 19 sempat jugak Mr.H download. Padahal tak sempat nak layan lagi. Terlalu padat masa Mr.H nie dengan aktiviti harian. Jam 10.45 pagi Mr.H dah nak bertolak balik ke rumah sewa. So macam biasa, salam dan cium mama dulu baru balik. hehe well itulah perkara wajib yang Mr.H akan lakukan. Lebih kurang jam 11.30 pagi Mr.H tiba dirumah sewa. Buka je pintu bilik. Wow. Dah macam rumah hantu je. Hahaha teruk kan? Banyak giler habuk. So ape lagi, masa untuk operasi mengemas la. Memang cepat sangat la Mr.H kemas. 

Tak sampai 30 minit pun dah bersih atas bawah. Atas bawah? Rumah dua tingkat ke? Tak ade la. Lantai dengan siling la. Jangan pikir lain plak. Hahaha Baru la selesa nak duduk, tidur, makan dan solat. Kalau tak geli kaki nak pijak pun. Bukan la nak tunjuk pembersih sangat. Tapi tak suka la habuk-habuk nie. Nak kata arlegik tu boleh la k0t sebab mudah selsema kalau ada banyak habuk. So dah selesai kemas ape lagi, dah tadi tak sempat nak breakfast so breakfast dan lunch terus la dengan bekal nasi goreng tadi. Memang terbaik la. Aktiviti petangnya kemas ruang tamu dan dapur la. Perghhh memang terbaik la dan penat giler. Tapi puas hati tengok rumah bersih sangat. Rasa selesa sangat. Malamnya aktiviti Mr.H bersambung lagi dengan mengemas nota mengikut subjek. Tak suka tengok sepah-sepah nie. Dan hasilnya... Taraaaaa...


Biru-Engineering Math,
Oren-Microwave System
Merah-Data Communication
Hijau-Circuit Analysis
Kuning-Entrepreneurship

Nie semua nota-nota semester lepas mengikut subjek. Nie cara Mr.H study, tak suka campur-campur nota dalam 1 fail sebab nanti susah nak cari. hehe Lepas habis je kemas, tak tau plak nak buat apa dan kembali sunyi la. Teringatkan kat Shada, so pegang handphone dan taip sms berbunyi macam nie "Assalamualaikum adk, tgh wat pe tu? Bz?" tengok jam macam awal lagi. So fikiran nie mula terfikirkan la mungkin dia tengah study kot, so tak jadi send sms tu dan simpan je dalam draft. Tak sampai beberapa saat je ada sms masuk inbox. Laaaa Shada rupanya. Kebetulan pulak kitaorang nie... So bergayut je la dengan dia sampai dekat jam 11 malam sebelum dia mintak izin nak solat isyak jap sebelum sambung borak sehingga jam 12 tengah malam. 

Rasa tenang sikit dapat lari kejap dari masalah seketika bila borak dengan Shada malam nie... Sebelum berborak dengan Shada tu, ada la 1 situasi yang buatkan Mr.H rasa hilang mood jugak la. Bila Mr.H dah percayakan seseorang so apa yang jadi rahsia Mr.H cukuplah Mr.H kongsikan dengan seseorang. Mr.H tak suka orang lain tau apa yang Mr.H buat walaupun orang tu Mr.H kenal pun. Sebab bila disebut sebagai rahsia, seseorang yang berikan rahsia tu percaya untuk kita jaga. Hope tak akan berulang lagi seperti malam nie. Apa-apa pun maaf dari Mr.H jugak kalau ada salah dan silap.

19 Jun 2013

Pagi nie Mr.H dikejutkan dengan suatu bentuk bayang yang tengah berdiri sebelah Mr.H. Biasa la bangun pagi, blur lagi mata nie. Laaa rupanya kawan Mr.H tengah solat subuh kat dalam bilik Mr.H. Mana la tak terkejut sebab dalam bilik tu Mr.H cuma tidur sorang-sorang je. So tengok handphone dan terus bangun untuk solat subuh dan relaks kejap sebelum mandi. Hari nie adalah hari pendaftaran untuk pelajar senior. Dalam pukul 9.30 pagi baru la Mr.H dan kawan-kawan kelas pergi ke poli. Mulanya ingat nak bawa motor, tapi keadaan cuaca yang gelap so tumpang kereta kawan la untuk pergi ke poli. Sampai je kat poli tengok dah ramai dah orang, dan terus Mr.H dan kawan-kawan ke bengkel pendawaian(bpen) dimana tempat kami sekelas rajin lepak dan tempat yang selalu Penasihat Akedemik(PA) kitaorang selalu buat meeting. Orang pertama yang Mr.H nampak adalah group trio Mr.H la iaitu Cik Pieja dan Cik Kamila bersama Zalina dan Miera yang tengah busy isi borang daftar kursus. Tengok diaorang dah daftar so Mr.H dan kawan-kawan lain cari la kitaorang punya PA nak serahkan slip pendaftaran dan ambil borang daftar kursus. 

Bila dah selesai je terus balik rumah sewa dan mandi terus sebab kena hujan. Well, bila kena hujan niie kena cepat-cepat mandi sebab antibody Mr.H nie adalah tersangat lemah dan mudah dapat penyakit 3 beradik nie (demam, batuk dengan selsema la.. hahaha). Lepas je mandi ape lagi, ambil netbook, on speaker dan layan cerita Sebenarnya Saya Isteri Dia dari episod 1-10 yang Mr.H download hari tu. Nak buat macam mana. Tak sempat nak layan dari awal so download je la dan layan sorang-sorang dalam bilik. Memang best la drama dari novel nie. Alahai, berangan kejap 5-6 tahun akan datang. Bestnya dapat wife macam tu... Hahaha comel sangat watak Tiz Zakyah dalam drama tu. 

Sampai ke asar jugak la Mr.H layan cerita nie. Lepas je solat asar terus salin baju, ambil handphone, wallet, kunci motor, cermin mata dan helmet barulah Mr.H keluar rumah untuk cari barang di Pasaraya. Sebenarnya tak ada beli apa sangat pun. Cuma mineral water bleu(favourite Mr.H), dedoran Nivea, dan exam pad. Lepas dah selesai beli barang di pasaraya, teringat pulak kat kedai Mak Cik Om. So terus la pergi cari makan malam. Dan menu pilihan Mr.H adalah Nasi Kahwin. hehe rindu la lama tak makan. Mak Cik tu pun senyum je bila tengok Mr.H datang. Biasa la, pelanggan tetap gerai mak cik tu la katakan. Hehehe aktiviti malamnya layan movie je sambil makan kuih samprit. Haaa nie stok kuih tahun lepas tau. Tapi rasanya tetap sama, gebu, manis dan sedap la... Cer tengok gambar kat bawah nie... 

Haha rupa dia hancur sikit la. Rasa maintain je. ^^

Apalah ertinya nama Samprit Ungu kalau tiada samprit bersamanya kan? hehehe haaaa malam nie jugak ada la sms dari Cik Pieja yang mintak resepi samprit mama Mr.H nie. So sempat la Mr.H usik dia. "kalau nak resepi, datang la umah mintak kat mama.. hehe". Hadoi segan pulak rasanya bila cakap macam tu. Tapi saje je nak bergurau dengan kawan-kawan kan? Cik Pieja segan la nak datang rumah sebab dia tau mama Mr.H macam mana... Ok la Pieja. Nanti wan mintak kat mama ok? hehehe ramai bebenor tanya pasal kuih samprit mama Mr.H nie. Tak tau la sempat buat ke tak tahun nie sebab rumah still under renovation lagi. Hope sempat la siap dan dapat jalankan business macam biasa. Ok lah semua. Mr.H dah mengantok nie. Esok pagi dah nak balik ke rumah mama dah... Thanks for reading Diari Catatan Kehidupan Samprit Ungu nie... 

Sekian Coretan Hati...

No comments: