Saturday, June 22, 2013

Aku Kehilanganmu...

Terkadang bila aku sendiri
Bayangmu muncul kembali
Menghiasi segenap ruang mindaku ini
Kau datang dengan secebis senyuman 
Semakin hampir kau mendekatiku
Lalu kau hulurkan tanganmu buatku menyambutnya
Tika aku sedang cuba menyambut tangan itu
Kau hilang hanya dalam sekelip mata,
Aku cuba mencari dirimu,
Namun apa yang aku temui sekadar realiti kehidupanku kini,
Realiti yang aku kehilanganmu buat selamanya,
Sayang,
Memori lalu adalah sesuatu yang amat indah buatku,
Kau telah memahat hati ini dengan sejuta kenangan,
Terlalu indah untuk aku padamkan,
Kerana ia akan terus bercahaya,
Menerangi kegelapan hidupku tanpa dirimu lagi,
Pemergianmu adalah suatu tragedi dalam hidupku,
Telah tersurat takdir buat kita cuma sekadar disini saja,
Kan ku doakan dikau tenang disana,
Setiaku padamu bukanlah kata yang dilafaz pada bibir sahaja,
Engkau tetap dalam hatiku buat selamanya.
Kenangan kau dan aku akan abadi hingga hujung nyawa.


Sekian Coretan Hati...


No comments: