Friday, June 21, 2013

Chan Rak Ter... Aku Cinta Kamu. (Novel Review)


Syukur alhamdulillah akhirnya selesai jugak Mr.H membaca novel Chan Rak Ter... Aku Cinta Kamu karya Sara Aisha. Seperti biasa Mr.H akan buat ulasan tentang novel yang telah Mr.H baca seperti yang sebelum ini iaitu Jodoh Itu Milik Kita... Jom tengok sikit cover novel nie...




Cantik kan? Beridentitikan ciri-ciri keadaan di Thailand. Apa-apa pun sebelum meneruskan ulasan Mr.H jom kita baca dulu sinopsis novel nie...
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Sinopsis Novel

“Kadang-kala kita ingin sekali meneka, menduga dan mengubah suratan yang terhampar di hadapan mata.  Namun siapalah kita untuk menolak takdir-Nya yang tidak terduga?”

Antara Dian Damia dan Karn Klaharn, pertemuan mereka yang istimewa melahirkan sebuah persahabatan yang bersulamkan tawa riang, keindahan dan kebahagiaan. Bagi Dian, Karn adalah peneman di bumi asing Thailand. Bagi Karn pula, Dian adalah teman yang menyenangkan hatinya.

Namun siapa sangka satu tragedi akhirnya memusnahkan segala-galanya. Kerana masa yang salah, tempat yang salah dan bersama orang yang salah, Dian akhirnya terjebak dalam satu konspirasi yang tidak pernah langsung terlintas dalam fikiran warasnya.

“You’re more than just Karn Klaharn. Siapa….siapa sebenarnya awak? Apa awak nak daripada saya? Kenapa saya mesti terbabit dengan semua ini?!” – Dian Damia

Kerana dia, Dian Damia yang menerima akibat. Kerana dia, Dian Damia takkan pernah tersenyum lagi. Dan untuk itu, dia akan membetulkan segala-galanya. Walau apa sekalipun yang harus dia lakukan, tidak akan sekali-kali dia teragak. Yang penting, Dian harus diselamatkan!

“Izinkan saya jaga awak…izinkan saya lindungi awak, Dian…” – Karn Klaharn

Dalam usahanya ‘menyelamatkan’ Dian, tanpa sedar hati lelaki Karn Klaharn mula berkocak hebat. Inikah yang dinamakan cinta? Namun bagaimana kalau rasa cinta ini akan membawa Dian ke penghujung nyawanya? Mampukah Karn menyelamatkan pemilik hatinya sebelum segala-galanya terlambat? Apa pula yang akan terjadi tatkala Krissada muncul di antara mereka berdua? Sungguh! Antara cinta dan nyawa, mungkinkah ada yang menjadi korban?

“Tangan ni dah pernah rampas nyawa manusia lain. Dan saya takkan teragak-agak untuk buat perkara yang sama demi Dian Damia. I would do anything for her"
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Kalau baca dari sinopsis novel nie mesti korang tak kan faham kan? Well rasanya korang perlu baca keseluruhan novel yang best nie... Di dalam prolog novel, memaparkan satu situasi genting yang perlu dihadapi oleh watak utama novel nie... Kalau tak silap Mr.H la, scene tu dalam bab 10 kebawah la...

My Review
Watak dan Perwatakan

Dian Damia

Seorang novelis yang ingin mencari idea dalam penulisan novelnya(mesti Kak Sara Aisha imagenasi dirinya sendiri.. hehe). Merupakan seorang yang ceria, slumber, kelakar(bila pertanyaan kepada Karn Klaharn tentang bagaiamana dia tau becakap bahasa Melayu), bertudung, fokus(bila melihat keadaan sekeliling yang buatkan karn menganggap seorang novelis mempunyai fokus yang tinggi semasa mencari ilham untuk novelnya), anak yatim, mempunyai kakak angkat iaitu Liza, mudah mesra(perkenalan beberapa hari bersama karn dirasakan seperti sudah bertahun mengenalinya). Seorang yang menjadi penguat semangat kepada suaminya(sewaktu karn dilanda masalah sehingga berfikir untuk melarikan diri, Dian menjadi pendorong untuk suaminya itu terus bertahan meskipun dia turut merasakan ketakutan dengan masalah yang melanda mereka berdua). Tidak menganggap dirinya sebagai puan besar walaupun sudah bergelar isteri kepada Karn.

Karn Klaharn

Seorang pewaris kepada golongan bangsawan(diceritakan sendiri oleh karn sewaktu dia diculik dan Dian Damia meminta penjelasan siapa dia sebenarnya), dimusuhi oleh Sakda yang ingin memiliki kesemua harta milik keturunan Thanasukolwit(payah sungguh eja nama yang belakang tu, boleh rujuk bab 8 mukasurat 55 untuk kepastian.. haha), perkenalan dengan Dian Damia di hotel The Weene(sewaktu Dian Damia ternampak Karn sedang terjun ke dalam kolam renang, bab 2 mukasurat 9), menjadi orang yang dipercayai oleh Dian Damia setelah Dian hilang ingatan disebabkan dibelasah teruk oleh Manop, (bab 14 page 102), seorang yang bertanggungjawab, bersifat terlalu melindungi(sewaktu menerima hadiah perkahwinan dia dan dian, beliau mengambil keputusan untuk tidak membenarkan dian keluar walaupun sekadar di taman), tahan maki(sewaktu dimarah oleh kakak angkat dian atas apa yang terjadi selepas mereka diselamatkan dari penculikan).

Ada beberapa lagi watak sampingan dalam novel ini iaitu Uncle Sukrit, Liza(kakak angkat Dian), Mak Teh(ketua pembantu rumah Karn di Mayuree Villa), Sakda(musuh Karn), Manop, Pong dan Chen(penjahat suruhan Sakda). Nie antara watak yang Mr.H ingat la... hehe selebihnya korang layan sendiri la novel nie.. Jom kita ke plot jalan cerita pulak... hehe

Plot Novel

Ok la... Permulaan novel nie kita dibawa masuk ke situasi dian yang ingin bercuti di thailand untuk mendapatkan ilham bagi menyiapkan novel. Seterusnya kita ditunjukkan situasi sewaktu Karn dan Dian diculik oleh penjahat suruhan Sakda dimana pistol betul-betul diacukan dikepala Dian... (Fuh time suspen nie.. hehe) Komen Mr.H la, kalau prolog nie ambil part yang masa Dian nak kena pukul dengan besi oleh Manop tapi Karn dapat menembak dengan 4 das tembakan tu... Rasanya best jugak... Hehe sekadar pendapat... Si penulis mungkin ada reason sendiri kenapa pilih part tu sebagai Prolog novel...Apa-apa pun Mr.H suka...

Permulaan bab kita diceritakan dengan watak Dian Damia yang merupakan seorang novelis yang ingin bercuti ke Thailand untuk mendapatkan ilham bagi penulisan novel terbarunya.. Dalam awal bab nie, kita ditonjolkan dengan watak ceria Dian, seorang yang suka bergurau(situasi bila melambai pada kakak angkatnya bab 1 page 4), dalam permulaan bab nie jugak dibawa dan mengenali dengan beberapa bahasa Thailand. 

Pada bab yang berikutnya penulis membawa kita kepada situasi dimana Karn dan Dian diculik oleh orang suruhan Sakda seperti yang diceritakan di dalam prolog. Terdapat beberapa insiden yang cukup dramatik semasa mereka berdua diculik, dimana Karn mengorbankan dirinya untuk dipukul untuk membantu Dian meloloskan diri dari cengkaman orang suruhan Sakda. Namun Dian akhirnya ditangkap dan dibelasah teruk oleh orang suruhan Sakda iaitu Manop. Semasa riwayat Dian hampir ditamatkan, Karn muncul dengan melepaskan beberapa das tembakan ke arah Manop yang akan membunuh Dian dengan batang besi.

Setelah kejadian itu, Dian mengalami keadaan trauma dan hilang ingatan sementara. Dan hanya Karn menjadi orang yang Dian percaya. Oleh kerana itu Karn mengambil keputusan untuk membawa Dian pulang ke Pak Chong. Disini kita diperkenalkan dengan watak orang gaji Karn iaitu Mak Teh. Semasa Dian dalam proses pemulihan. Mak Teh memainkan peranan yang penting jugak untuk menjadi penenang kepada Dian Damia. Semasa di sini jugak, ada situasi genting yang berlaku dimana Dian mengamuk sewaktu Krissada yang cuba menghulurkan salam perkenalan kepada Dian. Situasi ini menimbulkan konflik diantara Karn dan Kris.

Selain itu, semasa Dian dalam pemulihan, watak doktor yang membantunya turut memainkan peranan dalam membantu Dian disamping Karn yang sangat mengambil berat terhadap Dian. Dan ini sedikit sebanyak menimbulkan bibit Cinta diantara Karn dan Dian. Dalam masa yang sama, Krissada juga turut menyimpan perasaan Cinta terhadap gadis yang pertama kali menangkap pandangan matanya itu. Setelah beberapa lama, Dian semakin pulih dari sakitnya dan ini menimbulkan ketakutan buat Karn yang sudah mula mencintai Dian. 

Hal ini membuatkan dia sanggup membuat apa saja asalkan Dian Damia kekal berada disisinya yang akhirnya membawa kepada lamaran Karn terhadap Dian dan Karn sanggup untuk memeluk agama islam seterusnya melepaskan Le Grand kepada Krissada. Sewaktu mereka merancang perkahwinan mereka, pelbagai halangan dan dugaan yang mendatang yang membuatkan tarikh pernikahan mereka dipercepatkan dua minggu lebih awal.

Terdapat juga situasi dimana Dian merasakan dirinya dikurung dan terpenjara di dalam mahligai indah dek kerana Karn yang kuatir akan keselamatan Dian. Semasa Karn ke Bangkok untuk bertemu dengan penyiasat persendirian untuk mencari Sakda, Krissada membawa Dian ke Le Grand untuk mencuba anggur-anggur terbaik disitu. Hal ini mencetuskan konflik dan kemarahan teramat sangat oleh Karn yang bimbangkan keselamatan isterinya kerana telah terjadi 1 pembunuhan semasa ketiadaannya di Villa.

Sewaktu majlis perkahwinan mereka berlangsung. Kawalan keselamatan diperketatkan kerana bimbang akan diuji dengan permainan Sakda yang mungkin akan muncul sewaktu hari bahagia mereka. Namun ternyata jangkaan mereka meleset kerana Sakda tidak muncul semasa majlis itu berlangsung. Tapi setelah majlis itu tamat. Rumah-rumah pekerjanya dibakar oleh Sakda. Semasa situasi ini. Watak Dian sangat penting kerana menjadi penguat semangat Karn untuk terus tidak mengalah dengan masalah yang sedang mereka hadapi.

Dian juga menunjukkan watak keberaniannya apabila merancang untuk mengeluarkan Sakda dari persembunyiannya dimana tindakan ini membuatkan Karn semakin takut dan bimbang akan kehilangan isteri tercintanya sehinggalah suatu ketika Karn tergesa-gesa menyuruh Dian untuk mendapatkan perlindungan di Bangkok. Disaat ini mereka diserang bertubi-tubi oleh orang-orang Sakda yang akhirnya membawa mereka ke suatu tempat.

Disini segalanya telah terjawab dimana Sakda telah munculkan dirinya dan ternyata sesuatu yang tidak dijangkakan. Sakda adalah Krissada Sakdikul iaitu sepupu Karn dan orang yang sangat dia percayai. Ternyata pada mulanya keinginan Krissada hanyalah untuk memiliki kesemua harta Karn namun kini Dian menjadi keutamaannya. Hinggalah pada suatu saat Dian ditembak oleh orang suruhannya sendiri lalu Dian yang bernafas lemah memohon untuk Krissada melepaskan suaminya. Situasi ini sangat menyentuh perasaan Karn kerana disaat ini Dian masih mengutamakan suaminya dari dirinya sendiri yang akhirnya Krissada melepaskan mereka berdua.

Pada akhir bab kita dibawa oleh penulis semasa Dian sedang hamil dan berada di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur untuk sesi bertemu peminat novel Chan Rak Ter... karyanya sendiri. Disini jugak Dian berasa sakit untuk bersalin dan akhirnya seorang bayi perempuan bernama Irisa. Dalam bab nie jugak ada moment sweet semasa Dian dan Karn menantikan kehadiran jururawat untuk memberikan bayi mereka. Dan tangisan bahagia diluahkan semasa Dian menggendong puterinya.

Dalam epilog novel ini, kita dibawa kepada 5 tahun selepas kejadian itu. Dian dan Karn membawa Irisa bermain-main di Pak Chong. Ada jugak babak-babak romantis dan sweet dalam bab nie.. Alhamdulillah tamat sebuah cerita indah...

Komen dan Ulasan..

Novel nie pada mulanya macam tak menarik je tapi bila Mr.H dah dibawa dengan watak Dian Damia, mulalah jatuh Cinta dengan watak nie... Siap oleh terbayang lagi siapa pelakon Malaysia yang sesuai bawak watak nie... Yang Mr.H nampak of course la Eja atau Lisa Surihani. Diaorang sesuai rasanya. Antara part yang Mr.H suka bila Karn sanggup mengorbankan dirinya untuk melepaskan Dian pergi. Kat situ kita dapat lihat bertapa bertanggungjawabnya seorang lelaki... Alahai.. Berangan jugak nak jadi macam tu. hehehe 

Kemudiannya watak Dian yang menitikberatkan soal agama yang menarik perhatian Mr.H. Fuh.. Mudah-mudahan dikurniakan seorang wanita yang sangat menjaga aurat dan lain-lain yang berkaitan dengannya. Sejuk hati nie taw. hahaha antara part yang sweet bila Karn menarik Dian untuk mandi bersama. Well terbayang-bayang dah nie, hehe bukan nak menggatal tapi moment nie jarang la k0t suami isteri nak buat. Tapi seriously nampak bahagia dan sweet sangat la... 

Terdapat 1 perumpamaan "Secebis rumput yang melekat pada istana" page 256, perghhh memang mendalam maksudnya. Tinggi betul bahasa-bahasa novelis nie yerk? Alahai nak jugak tulis cerpen yang ada guna bahasa-bahasa indah macam tu. Haaaa bab 34 jugak best sebab kita diceritakan dengan lamaran Karn terhadap Dian. "Will you.... Marry me?" Sporting giler watak Karn nie. Kalau Mr.H la, mau ketaq lutut jugak nak cakap macam tu. hehehe dan akhirnya lamaran Karn tu diterima pada mukasurat 262. 

Dan dalam novel nie ada berlaku 1 je typing error iaitu pada Bab 67 page 515. "Tuan Kalaharn cuma terlalu sayangkan [tuan], dan tak sanggup kalau apa-apa jadi kepada puan". Perkataan dalam kurungan tu je ada silap sikit... Hehehe sorry kalau terlalu detail. Mr.H memang minat dengan karya Kak Sara Aisha nie.. So review kali nie Mr.H bagi 4 bintang la dari jalan cerita yang menarik, situasi romantik, keadaan kemuncak dan ending yang mendamaikan. Tahniah. 

Sekian Ulasan dan Komen.. Thanks for reading. ^^

No comments: