Tak sabar rasanya menantikan bulan Julai nie. Hadoi excited lebih plak. hahaha so nak story tentang 1 Julai 2013 la. Aktiviti Mr.H untuk hari pertama di bulan Julai nie. Selepas tertidur dengan tab Mr.H semalam, pagi nie Mr.H terjaga awal jugak la daripada kebiasaan. Eh kenapa yang tertidur dengan tab tu? Nie gara-gara game candy crush saga dan bad piggies nie la... Sampai tak sedar mata nie terlelap. Rasa macam berhantu pulak dua-dua game nie.. Hehe tapi serius best la kalau layan time bosan.
Dua game bikin gila hidupku... hehe |
Nak balik semula ke rumah sewa memang tak la. Ape lagi, lepak dengan Cik Pieja, Cik Kamila dan Zalina je la sampai la pukul 10:55 pagi. Masa tengah lepak tu, macam-macam topik la kami berempat borak, biasa la bila geng yang boleh faham kita nie seronok la berborak sambil-sambil tengok fesyen dan trend pakaian junior-junior yang kadang-kadang agak over jugak la bagi kitaorang. Pukul 11:15 pagi kami semua ada kelas Engineering Math. Ya Allah, sabar je la time tu kepala nie macam nak tersembam dekat meja dah. Mengantuk sungguh dengan hujan kembali turun.
Habis je kelas terus balik rumah sewa kemas beg dan terus balik ke rumah mama sebab hari selasa kelas pada selasa dibatalkan. Story kat rumah tak ada apa sangat kot. Cuma online makan dan borak dengan mama je la. Masa online tu ada la chat dengan my BFF @ aweks lama nie... Ada plan something... adakah menjadi apa yang dirancangkan? Nantikan update " 2 Julai Kenangan Terindah 2013". Apa-apa pun kehadiran bulan Julai adalah suatu penantian yang amat dinantikan buat Mr.H. ^+^
Sekian Coretan Hati...
p/s: Sorry lambat update...
No comments:
Post a Comment