Friday, July 5, 2013

2 Julai Kenangan Terindah 2013



Haaaa amboi tajuk macam gempak je kan? 2 Julai 2013, ada apa yang terindah sangat tu ye. Ok sebelum tu nak mention sikit... Today is Holiday. Chewah. Banyak la hang punya holiday Mr.H Oi. Nak buat macam mana kelas Mr.H cuma dua jam je untuk hari nie dan lecturer pun dah membatalkannya. So memang home sweet home la. Tak larat Mr.H nak menganga je kat rumah sewa tu. Bukan apa, ada intenet ada jugak aktiviti nak buat kan?

So apa yang jadi pada 2 Julai 2013 nie, pertama sekali Mr.H nak ucapkan selamat hari lahir yang ke-23 buat Kak Noor Atikah Binti Ramli @ Kak Ika Puk Puk. Siapa Kak Ika nie? Mesti hairan kan? Kak Ika nie seorang blogger la tapi jenis tak sombong dan kelakar la... Kalau nak tengok blog Kak Ika nie boleh tengok dalam kotak kat sebelah kanan nie... Apa-apa pun Selamat Hari Lahir Kak Ika sorry lambat sikit wish...



So pagi 2 Julai 2013 nie aktiviti Mr.H pada hari cuti of course la mengadap laptop je la sambil memikirkan rancangan semalam bersama my BFF. Entah jadi ke tak pun tak tau la... Dalam pukul 11 lebih macam tu la. Dia ada chat suruh Mr.H call mama dia bagitau nak keluar sebab mama dia percayakan kalau Mr.H yang ajak(hehe nak tergelak pun ada bila dia cakap macam tu). Segan la nak call mama dia, so Mr.H mintak dia sendiri la dapatkan kebenaran dari parents dia untuk keluar. Wahh susah bebenor kan nak ajak keluar jalan-jalan pun. Ye la, lagipun dah setahun lebih dah tak berjumpa secara realitinya.

Akhirnya lebih kurang pukul 12 tengahari barulah dapat izin dari parents dia. Sebenarnya Mr.H plan nak pergi ambil nota-nota Mr.H yang terlampau banyak di rumah sewa tu. Ye la, kalau simpan je kat sana lama-lama pun bukan nak guna sangat pun nota-nota semester lepas. So baik bawa balik dan packing masuk dalam kotak je. Alang-alang dah nak keluar, best jugak kalau ajak jumpa. Rindu rasanya nak jumpa my BFF nie. Dalam pukul 12:30 tengahari Mr.H sampai di rumah my BFF nie. Wah lama tak jumpa dia tetap macam dulu. Hehe so kitaorang pun teruskan la perjalanan ke Jitra.

Destinasi pertama Mr.H of course la rumah sewa sebab nak ambil siap-siap nota tu. Kawan rumah sewa macam terkejut je tengok Mr.H balik. Hehehe tetibe je kan? So dah selesai target di rumah sewa, kami terus ke Jitra Mall. Omak Aii parking penuh je walaupun hari nie hari berkerja. Dan akhirnya dapat jugak parking tapi dekat hujung-hujung la... Tapi masa nak paking, korang jangan gelak la sebab Mr.H parking senget je. Hahaha macam budak lepas spm baru pass lesen je. Ye la, dah 3 tahun lebih dah Mr.H tak drive.

Just Focus... hahaha
Target pertama kitaorang of course la tiket wayang. Ada dua movie je yang betul-betul on time dengan kitaorang punya plan iaitu "Man Of Steel" dengan "Monster University". So Mr.H cadangkan layan "Monster University" je la. Best sikit rasanya sebab Mr.H nie memang suka sangat movie "Monster Inc" dulu. So tiket dah dapat dan masa ada lebih kurang 30 minit lagi sebelum movie start. Nak merayau mana pun rasa macam malas je so terus ajak lepak di kedai makan Cina Muslim berhadapan dengan Jitra Mall nie. Kedai nie rasanya baru 2 kali Mr.H datang. Kali pertama masa semester lepas la bersama Cik Pieja dan Cik Kamila untuk buat assignment.



Jam dah dekat pukul 2:30 petang so terus pergi ke panggung wayang semula. Sementara tu sempat la kitaorang snap gambar sikit. Hahaha santai je. *Tengok citer lain, bergambar dengan background lain... Pun boleh je.. hahaha

My BFF
Mr.H
Lama jugak la movie nie, sedar tak sedar dah dekat pukul 4:30 dah... Memang best la citer nie sebab lawak sangat. Part yang paling best bila siput tu lambat nak pergi ke kelas. Hadoi, tak larat nak gelak. Tak ramai sangat yang tengok, biasa la hari berkerja. Ada 1 je family dan yang lain semua couple. So lepas habis wayang, plan nak duduk santai tepi tasik. Malangnya hujan la pulak. Alahai. Itu plan utama sebenarnya. Sebab Mr.H pun dah lama tak lepak Tasik Darulaman nie.

Hujan pun kitaorang pergi jugak la sekadar meronda. Kalau boleh duduk tepi tasik sambil menikmati suasana petang memang lagi best la. Lebih kurang jam 5 petang, mama dah call tanya Mr.H kat mana. So mama suruh balik cepat sebab mama nak guna kereta pulak. Lepas hantar my BFF nie balik terus Mr.H balik ke rumah. Wah serius penat sangat sebab dah lama tak drive dan hari nie jugak first time tengok wayang dengan orang lain. Maksud Mr.H selain family la. hehe

Apa-apa pun persahabatan itu indah bila kita saling memahami antara 1 sama lain... Kadang-kadang tak perlu pun bercinta tapi kita tetap rasa ceria bila bersama si dia. Semoga hubungan persahabatan ini akan terus berkekalan sehingga akhir hayat. Insyaallah.. Thanks for reading...

Sekian Coretan Hatiku...

No comments: