Friday, July 12, 2013

UPU oh UPU...


Status-status rakan-rakan di facebook pada 11 Julai 2013 dari pagi kebanyakan update pasal result UPU je... Dari pagi lagi dah boleh tengok macam-macam status dekat newsfeed personal facebook Mr.H nie... Disebabkan Mr.H pun buzy dengan kemas stor hari nie so dekat nak buka puasa tadi baru dapat online... Ramai jugak yang update happy bila dapat tawaran masuk ke Universiti dan tak kurang jugak ada yang kecewa kerana tak dapat... Dan Mr.H ada la terbaca status Miss.A. Syukur alhamdulillah, berjaya jugak Miss.A untuk sambung study di Universiti Malaysia Sabah.





Mr.H tumpang gembira sebagai sahabat... Ada jugak antara sahabat Mr.H yang dapat di Kelantan dan tak kurang jugak yang meluahkan kekecewaan di status bila permohonan UPU mereka mendukacitakan... Antara yang gagal adalah sahabat kesayangan Mr.H nie Miss.Lia. Nak buat macam mana... Tak ada rezeki agaknya. Mulanya Mr.H cuba nak bantu Miss.Lia check dekat online tapi tak tau pulak mohon U yg mana 1 so Mr.H cuba la guna sms untuk bantu semakkan. Dan hasilnya mendukacitakan.




Kadang-kadang tak semua orang bernasib baik kan? Biasa la, kebanyakan lepasan SPM dan STPM je yang banyak dapat... Tapi lepasan politeknik dan lain-lain IPT yg level diploma untuk masuk ke Universiti memang susah sikit la nak dapat sebab saingan untuk tempat di IPTA nie terhad dan saingan yang cukup tinggi. Cuma mereka yang bernasib baik je akan dapat masuk. Tak ape la. Bukan rezeki awak agaknya Miss.Lia... At least dah cuba apply jugak kan? Apa-apa pun malam nie terubat sedikit kerinduan buat Miss.Lia yang lama menyepi dari chat dengan Mr.H. Banyak jugak la gurauan bersama yang menceriakan sedikit kesunyian di hati ini.. Suatu kenangan indah buat Aariz Danial(AD @ Mr.H)... Thanks for reading...



Sekian Coretan Hati...

No comments: