Wednesday, July 17, 2013

7 Hari di Bulan Ramadhan... Mee Kari Ala Mama...


Syukur alhamdulillah dah masuk 7 hari kita berpuasa pada 16 Julai 2013 nie. Kejap je masa berlalu kan? Mr.H still ok lagi walaupun ada jugak sehari dua terlepas untuk bersahur, namun puasa tetap diteruskan. So update hari nie macam biasa la. Nak share tentang aktiviti dan perjalanan diari kehidupan Mr.H. So pagi nie Mr.H ada kelas pukul 9:15 pagi. So bertolak dari rumah mama dalam pukul 7:35 pagi. Tapi cuaca pagi nie memang terbaik la. Sejuk macam duduk dekat Cameron Highland. Tambahan pulak perjalanan nak balik ke Jitra nie kena lalu sawah padi dan bukit tinggi. Memang sejuk la. Pakai sweater pun masih terasa kowt kesejukannya.

Dalam pukul 8 lebih Mr.H sampai dirumah sewa. Kawan-kawan masih lagi tidur lepas sahur tadi. So sementara nak tunggu nak pergi kelas sempat la layan game dan movie di tab nie. Kelas hari nie cuma buat lab je. Tapi sementara nak tunggu giliran nak buat lab tu bosan jugak la. So bergurau senda je la bersama Cik Pieja, Cik Kamila dan Zalina. Well Mr.H je satu-satunya lelaki dalam group nie... Hehehe so masa buat lab tu Mr.H cuma tolong bagi board yang perlu dimasukkan pada alat untuk detect function setiap board tu je. Cik Pieja tukang catat hasil kajian dan Cik Kamila serta Zalina sebagai pemerhati dan tolong buat ayat untuk report.

Dalam pukul 11:30 pagi kelas dah habis dan terus Mr.H balik ke rumah sewa. Nak balik cuaca macam nak hujan lebat je so tak berani nak ambil risiko dan lepak kejap la kat rumah sewa sambil layan movie di tab. Tetiba ada sms masuk inbox dari Cik Kamila nak mintak tolong tengokkan lappy dia. So Mr.H pun tolong settlekan masalah antivirus dia tu. Hehehe tapi masa Cik Kamila datang rumah sewa tu. Ada seorang nenek kat depan rumah nie tengok je dari Cik Kamila datang sampai la dia nak balik. Jangan risau ye nek, Mr.H tak bawak masuk perempuan dalam rumah pun. Errrr...

Akhirnya dalam pukul 12:30 cuaca dah kembali panas dan terus Mr.H balik ke rumah mama. Sampai je terus on netbook adik sebab dia ada bagitau yang netbook dia slow sangat. So on la kejap. Mak Aiii memang tahap dewa punya slow netbook dia. Biasa la perempuan dengan laptop macam nie la jadinya. Lepas je buat cleanup dan difragment pastu delete apa yang tak perlu baru ok sikit. Kalau tak asyik loading je nak buka facebook pun. Mata nie pun dah penat sebab berulang alik dari Jitra ke rumah mama, akhirnya lepas mandi dan solat zohor mata nie terus terlelap dengan nyenyaknya. 

Jam 5:30 barulah terjaga dari tidur. Ya Allah tak sedar langsung masa tidur tadi. Punya la nyenyak. Nampak sangat Mr.H penat. Hehe so lepas je solat asar, terus keluar pergi topup kejap sebelum online semula sehinggalah waktu berbuka. Dan menu untuk hari nie cuma 1 je iaitu Mee Kari Special Ala Mama... 

Segala Bahan-Bahan... Hehe *gambar kari dircect dari periuk tuuu... 
Mee Kari Ala Mama... *telur rebus tak berapa nak beku... haha 

Keje makan udang je Mr.H nie... Yummie... hehe
Memang terbaik la. Sebab tu rasa nak berulang je dari poli ke rumah mama. Best sangat masakan mama dalam bulan puasa nie... hehe sempat jugak upload gambar kat facebook. Orang yang akan komen of course la kakak Mr.H yang duduk jauh kat Perak tu. Sabar je la. Weekend nie kita jumpa. Itu sahaja perkongsian Diari Samprit Ungu untuk hari nie.... Thanks for reading.. 

Sekian Coretan Hati....

No comments: