Saturday, July 13, 2013

Kisah 3 Ramadhan...


Alhamdulillah, dah pun masuk hari ke-3 kita semua berpuasa. Korang macam mana? Ada yang dah start ponteng ke? hehe gurau je. Kita semua kuat kan. So tak mungkin la ada yang berbuka time azan Zohor. Ok lah. Mr.H nak share sikit aktiviti Mr.H pada hari ke-3 berpuasa nie. Mama, macam tau-tau je Mr.H memang teringin nak makan kari ayam campur kentang. Awal pulak tu mama masak. Macam untuk makan tengahari je. Haippp puasa-puasa... Hairan jugak sebab awal sangat mama masak hari nie. Selalu dalam pukul 4 petang baru nak masuk dapur.

Rupa-rupanya mama nak buat kuih, patut la awal je masak lauk untuk berbuka hari nie. Haaaa sebelum terlupa ada sedikit story la semasa solat jumaat. Macam nie ceritanya. Masa solat jumaat nie, ada la seorang bapa nie bawa seorang anak kecil lebih kurang 3-4 tahun umurnya. Apa yang Mr.H nak luahkan, tak salah untuk bawa anak-anak kecil ke masjid, tapi seeloknya letakkan mereka pada saf yang belakang bersama anak-anak kecil yang lain. Sebab ini akan mengelakkan dari mereka mengganggu orang lain untuk kusyuk dalam solat. Apa yang Mr.H perhatikan ramai orang seolah-olah tak selesa akibat kenakalan budak nie yang mengganggu para jemaah lain yang sedang solat.


Part yang menguji kesabaran bila budak nie duduk betul-betul di hadapan tempat sujud Mr.H. Ya Allah, ujian apa untukku nie. Terpaksa sujud jugak la walaupun budak tu duduk kat situ. Sebab tu la tempat saf kanak-kanak disediakan di masjid untuk elakkan dari perkara-perkara macam nie berlaku. Apa-apa pun situasi kelmarin memang menguji kesabaran la. Tambahan pulak Mr.H memang jenis tak suka budak kecik. Lagi la menguji kesabaran nie. Pak Cik yang ada disitu pun pandang dengan muka tak puas hati je bila budak nie buat perangai dan bising. Ingat ye, fikirkan orang di sekeliling anda jugak.


So balik je dari sembahyang jumaat terus Mr.H salin baju dan duduk depan tv. Mama dah suruh balut popia yang dah siap masak pun intinya. So jom tengok hasilnya...



Inti popia dihiasi Carrot dan Sengkuang tanpa Taugeh.. hehe

Aucak!!! Baru siap dua... Fuhh...

Mr.H tengah letak inti... Senyum itu sedekah.. :P

Tudia bila lelaki balut popia... *Tangan berurat teruk tak boleh nak cakap apa la... Mama pun teguq. #Segan.. :3

Balut oh balut... Sambil lekatkan kulit popia dengan telur... Jom..

Lepas dah siap popia nie. Ingatkan dah habis la assignment Mr.H. Rupa-rupanya ada lagi 1 menu. Karipap la pulak. Perghhh yang nie memang memenatkan la bila nak canai tepung nie atas papan pencanai nie.. Serius penat dan lenguh sangat pinggang nie... Akhirnya siap jua karipap kentang yang memang tak ada sesedap buatan mama Mr.H nie... Inti tu yang paling best... Setakat nie tak pernah lagi la jumpa karipap yang inti dia rasa pedas dan terasa karinya macam nie. Tudiaaa... Sakan... hahaha



Nak mencanai macam tepung yang tengah sangkut kat tepi besen tu penat wooo....

Inti karipap yang pedas... Makan dengan roti keping gardenia pun boleh... hehe

Nindia karipap yang dah siap... sedia untuk digoreng untuk judah berbuka puasa... hehe

hahaha apa-apa pun dugaan hari ke-3 berpuasa nie memang terbaik la.. Penat tapi menyeronokkan. Cerita kelmarin tapi hari nie baru update.. Nampak sangat kesibukan Mr.H nie.. Thanks for reading... 


Sekian Coretan Hati...

No comments: