Tuesday, July 23, 2013

Coretan 21 & 22 Julai 2013




21 Julai 2013 

Haiii, alhamdulillah masih diberi kesempatan kehidupan untuk hampir dengan dua minggu dalam bulan ramadhan nie... Coretan kali nie Mr.H nak update tentang 21 Julai 2013. Haaa tarikh nie antara tarikh yang penting dalam hidup Mr.H. Nak tau kenapa? Sebab 21 Julai nie adalah ulang tahun kelahiran Ex Girlfriend Mr.H @ Sahabat baik Mr.H la. Yehaaa dia pun dah cukup umur 21 so dah tak boleh panggil Mr.H tua lagi ok? Awak pun sama.

So malam 20 Julai, Mr.H ada la send sms wish birthday dekat dia tapi terlewat sikit dari selalu sebab ada kerja nak buat. Tapi nasib la dapat jugak send sms tanda ingatan. Pagi 21 Julai, awal-awal pagi lagi Mr.H dah bertolak balik ke rumah sewa. Kelas pukul 3 petang tapi saje je balik awal walaupun mata nie mengantok tahap gaban kot. Ye la, gara-gara menuggu untuk chat dengan kawan sampai pukul 3:15 pagi. Last-last dia tak online. So Mr.H tidur dan bangun sahur pukul 4:45 pagi... Lepas subuh ada cuba nak tidur, tapi takut pulak terlajak sampai tengahari. Mata nie pun dipaksa buka la sampai Mr.H ke rumah sewa.

Sampai je kat rumah sewa, terus letak beg dan tidur tanpa kata. Seriously mengantok sangat-sangat. Siap dengan selimut k0t. Hehe tapi heran jugak sebab masa Mr.H nak balik tu. Ada la lalu kat satu kampung nie. Kabus tebal giler kot sampai jarak pandangan pun kurang 30-40 meter je. First time dapat tengok keadaan macam tu. Rasa pelik sebab selalu jugak balik jalan tu masa pagi-pagi tapi tak pernah jumpa lak keadaan macam tu.

Lama jugak la Mr.H tidur sampai dekat pukul 11:30 pagi, kawan rumah sewa Mr.H bagitau yang kelas petang nie CANCEL. Aduhai, penat je balik tau. Kalau lepak kat rumah mama pun lagi best. Bosan jugak la bila kelas batal. Tak tau nak buat apa selain mengadap netbook dan layan movie je. Dalam pukul 3 lebih, kawan Mr.H ajak pergi Sentosa Alor Setar(Pusat Telefon Bimbit) untuk survey model handphone yang boleh guna Rebate Rm200 tu. Mr.H memang tak larat la bila puasa-puasa nie. Dengan demam yang tak OK lagi. So kawan Mr.H la yang bawak motor. Mr.H duduk belakang. 

Hahaha serius sakit pinggang bila jadi pembonceng dari penunggang nie. Tambahan pulak puasa-puasa nie. Lagi sakit la kat perut nie sebab otot kat perut nie macam bengkak sikit gara-gara bersenam semalam. Alahai. Tak ape la. Yang penting bukan Mr.H bawak. Memang tak larat. So Mr.H la jadi penunjuk arah walaupun tak berapa cekap sangat dengan jalan-jalan di Alor Setar nie. Sampai je kat Sentosa tu terus ronda-ronda sambil tanya la tentang model hanphone nie. Mak Aiii banyak sangat sampai tak tau nak pilih. Mr.H suka tengok fon clone. Memang sama macam original. Terbaik la...

So dah puas survey terus Mr.H dengan kawan nie balik ke rumah sewa. Jalan pun nak jammed dah sebab ramai nak menuju ke bazar di perkarangan Stadium Darul Aman. Masa dekat dengan Kepala Batas tu nyaris-nyaris nak kena himpit dengan sebuah kereta nie. Suka suki dia mai masuk je ke lorong motosikal. Bahaya betul. Pukul 5:00 petang, selamat sampai jugak kami ke rumah sewa. Terus Mr.H bersiap untuk solat asar dan keluar pergi beli juadah untuk berbuka. Menu hari nie, Nasi Lemak Royale, Roti John, Dadih dan Milo Kosong Ais. Hehehe jom tengok gambar.

Nasi lemak royale kuah banjir bertemankan Movie.

Akiviti pada malamnya cuma layan bola sepak diantara Skuad Kebangsaan menentang Chelsea. Tapi bila Team Malaysia dah bolos 3 biji terus Mr.H masuk bilik, buka buku latihan Microwave dan study. Sambil-sambil tu ada jugak study math untuk kuiz esok harinya. Akhirnya tak mampu jugak Mr.H memecahkan kepala nak selesaikan soalan susah teramat sangat. Terus kemas beg dan layan game di tab sampai tertidur. Hari yang penuh dengan cerita... Part best masa pergi ke Sentosa dengan kawan la. Lama tak ronda-ronda macam tu...

23 Julai 2013

Malas nak cerita apa sangat... Cuma tekanan kes Engineering Math 5 yang sangat buat hari Mr.H down sangat-sangat... So korang layan je la menu berbuka untuk hari nie... 

Sambal Udang Petai... *Menggoda tak udang tu? Hahaha

Masak Lemak Petola...

Ikan Masak Cabai... Special sikit sebab ada daun kunyit dimasukkan besama. Membangkit aroma...


Thanks for reading...

Sekian Coretan Hati...

No comments: