Tuesday, July 30, 2013

Selamat Tinggal Kenanganku...































































































































































Macam sayu je kan tajuk entry kali nie. Well memang agak sedih dalam gembira la... Mungkin entry sebelum nie ada Mr.H perkenalkan satu watak yang menceriakan hidup Mr.H. Kalau korang ada baca entry-entry sebelum nie mesti korang perasan ada suatu ketika Mr.H ada update tentang seseorang yang bernama Miss.A. Haaaa baru-baru nie Mr.H ada la jalan-jalan di blog Miss.A nie. Memang setiap kali online memang wajib la blogwalking kat situ. So kebetulan ada la ternampak 1 update dari Miss.A nie yang dah jumpa insan yang dicari.






























































































































































































































































Bila baca entry tu ada dua perasaan la dalam fikiran Mr.H... Pertama, sedih jugak sebab rasa macam kehilangan pun ada bila Miss.A nie dah dimiliki orang lain. Namun jauh-jauh Mr.H cuba lenyapkan perasaan tu sebab tak nak nanti lain pulak jadinya. Anggap je hubungan Mr.H dan Miss.A nie lebih sesuai berkawan sahaja. Dan perasaan kedua pulak, rasa gembira @ tumpang gembira bila akhirnya ada jugak pengganti yang mampu membuatkan Miss.A nie ceria dan happy semula. Hope lepas nie boleh la Miss.A lupakan kenangan-kenangan bersama orang lain dan ceria je bersama si dia yang tersayang.































































































































Dari Mr.H, apa yang boleh dikatakan cuma, Mr.H harap, hubungan Miss.A dengan orang baru akan lebih indah dan berkekalan. Mr.H akan sentiasa doakan yang terbaik buat Miss.A walaupun kita dah jarang nak bertegur sapa... Blog Miss.A pun akan sentiasa Mr.H lawat untuk tau serba sedikit perkembangan Miss.A kat situ. Mungkin kita ditakdirkan berkenalan cuma seketika... Namun ianya cukup memberi makna dalam kehidupan Mr.H buat selamanya. Insyaallah Mr.H harap akan dapat temui insan yang akan lebih memahami Mr.H. Amin...































































































































Sekadar meluahkan coretan hati yang menumpang kebahagiaan orang lain. Terima Kasih atas perkenalan yang begitu bermakna untuk tahun 2013 ini. Semoga akan ada lagi coretan-coretan indah dalam Diari Samprit Ungu ini...































































































































Sekian Coretan Hatiku...























































































































































































































































No comments: