Tuesday, July 16, 2013

Hari ke-6 berpuasa... Terbaik....


Hai sorry dah terlambat dah update... Sepatutnya entry nie Mr.H update sebelum pukul 12 tengah malam. Tapi sekarang dah masuk hari selasa dah. So dah 7 hari dah kita menjalani ibadah puasa kan? So dah lewat pun tetap nak story jugak tentang kisah kehidupan Mr.H dalam Diari Samprit Ungu nie. 

Coretan Mr.H bermula pada jam lebih kurang 5:25 pagi bila terjaga dari tidur. Eh dah lewat la nak bersahur nampak gayanya. Ape yang sempat cuma minum air dan kembali terbaring je menanti waktu subuh. Tapi dah biasa macam tu kalau kat rumah sewa. Memang malas nak bangun sangat. Sementara menunggu waktu subuh terbaring la seketika sehingga azan dari surau belakang rumah berkumandang. Malas nak buang masa lama-lama sebab mata masih lagi layu so terus solat dan terlelap kejap sebelum bersiap untuk pergi ke kelas. 

Bangun dari tidur rasa sakit je bahu sebelah kanan nie. Rasanya mungkin salah mengiring masa tidur nie. Hadoi serius sakit. Lebih kurang pukul 8:00 pagi dah sampai ke poli. Sampai je di makmal Telekom, lecturer pun sampai pada masanya. On time betul. Topik hari nie memang mengantok dan membosankan sebab teori je. Sampaikan rasa macam nak sembam muka kat meja nie. Lebih kurang pukul 9:45 pagi. Lecturer tu bagi rehat kejap dalam 5 minit. Ramai keluar pergi toilet. Mr.H stay kat meja je sambil tengok fon. 

Entah macam mana tergerak hati nie nak buka sms-sms lama dari Dahlia Darius. Tersenyum sensorang bila baca sms-sms tu. Antara sms yang best masa si dia kena balik ke Kuantan untuk daftar di KPTM dan sms semasa nak skype. Best sangat sebab baca je terbayang balik sweet memori tu seketika. 

Habis je kelas terus tunggu di bangku sementara geng trio dan zalina pergi ke toilet. Siap je terus Mr.H dan tiga orang kawan perempuan nie berjalan menuju ke banggunan tingkat 7 untuk kelas Engineering Math 5. Sampai je kat tingkat 5 kami lepak je kat kerusi depan pintu lift sebab kelas masih ada orang guna. Sambil-sambil tu sempat jugak la study math kejap sebab takut ada kuiz. Masa tengah study tu ada la seorang junior yang ramah nie tegur. Ingatkan muda lagi rupanya dah nak masuk 24 tahun umur dia. Budak Bridging rupanya. Dia kerja dulu dalam dua tahun sebelum sambung diploma. 

So dah pukul 11:15, semua kawan dah masuk ke kelas. Baru je duduk ada seorang lecturer bagitau, kelas batal sebab puan tu cuti. Hadoi reaksi pertama Mr.H tengok muka Cik Pieja dulu baru gelak. Hadoi gila punya happy k0t.Memang tak ready la untuk kelas hari nie. Macam tau-tau je puan nie. So kelas dah cancel terus Mr.H balik ke rumah sewa, salin baju dan terus balik rumah mama. Tak larat sangat bawak motor pun. Nasib la cuaca tak panas sangat. Laju jugak la Mr.H bawak sebab takut. Mana tak takutnya. Depan Mr.H lori tanah dan belakang pulak pun lori tanah. Bahaya duduk tengah-tengah nie. Sampai je suatu simpang lori tu belok. Fuhh lega. Bahaya bila ada diantara dua gergasi nie. Risiko tinggi.

Masa nak balik tu Mr.H ada la follow lori jugak. Tetiba je nampak 1 motor yamaha LC datang dari belakang. Laju jugak dia bawak so cucuk je dia dari belakang potong lori, kereta berapa biji entah. Memang laju giler la dan baru perasan. Bukan lelaki yang bawak motor tu. Awek rupanya. Mak Aiii laju sungguh. Akhirnya sampai jugak Mr.H kat rumah mama. Letak je beg terus online facebook sampai ke petang la Mr.H mengadap laptop nie. Sambil-sambil tu ada la jugak buka instagram. Sampai la dekat waktu berbuka ada la snap beberapa gambar menu untuk hari nie. Jom kita tengok... 

Dimulakan dengan Kurma...

Mee Kari Kak Zuraidah(Jiran Sebelah rumah)... Terbaik la...

Murtabak Masjid... Memang sedap.

Bubur Kanji Masjid...

Sambal Tumis Udang Petai...

Ikan Goreng...

Ayam Masak Merah ala mama....

Sup Ayam bersama ubi kentang....

Wah macam best je kan menu hari nie. Nasib la Mr.H balik. Tak ada la bosan sangat makan lauk beli je. Apa-apa pun dah seminggu kita berpuasa. Kejap je masa berlalu. Semoga kita mampu meneruskan sehingga ke akhirnya bulan ramadhan. Thanks for reading.

Sekian Coretan Hati...

No comments: