Thursday, March 28, 2013

Coretan 24-28 mac 2013


Salam,

Alhamdulillah, masih lagi dapat meng-update lagi blog kecil ini untuk perkongsian diari kehidupan Samprit Ungu... TQ sudi baca coretan pajang berjela nie.. hehehe keep support me k sahabat-sahabat semua...

24 Mac 2013

Hari nie kelas aq dibatalkan sehingga petang, jadi masa aq sepenuhnya diberikan kepada projek akhir aq yang akan dipersembahkan esok. Jam 9 pagi aq dah sampai di poli bersama Cik Kamila. So kami terus ke Unit Exam, tempat penyelia aq selalu buat perbincangan dengan para pelajarnya. So tunggu agak lama kat situ sambil berborak dengan Cik Kamila, beberapa ketika kemudian Puan Ju call dan suruh Cik Kamila jumpa di bengkel projek. Aq pun turut sama pergi ke sana. Di bengkel projek Seow tengah bincang pasal program yang akan dimasukkan dalam PIC projek kitaorang dan Phun pulak membuat proses drilling pada circuit board. Lepas Seow dah selesai bincang tentang program, aq pulak sambung bincang dengan Puan Ju tentang slide show dan report akhir. Disamping tu ada jugak tips dan hint bentuk soalan yang sering ditanya sewaktu pembentangan projek. Cik Kamila pulak mengambil tempat aq selepas selesai sesi aq bersama Puan Ju untuk bincang tentang program projek dia... Aq membantu Seow dan Phun untuk siapkan casing projek dengan memotong prospek. Jam 12.30 tengahari aq dapat sms dari kakak. "Nak pizza tak?".. hehe kata orang rezeki jangan ditolak. Terus aq cakap hantar dekat rumah sewa, so dah selesai kemas barang dekat bengkel projek terus aq balik ke rumah sewa... Hehe dalam 15 minit macam tu la, kakak sampai dengan pizza. Hahaha panas-panas pizza tu dan makan lak time lunch lak kan? memang layan habis la... Tu ada dua slice lagi tu... Tolong habiskan ok? Dah kekenyangan nie... 




Jam 2.00 petang Phun dan Seow sampai kat rumah sewa aq sebab nak siapkan casing projek kitaorang. Fuh mencabar jugak nak pasang litar projek nie dalam casing prospek nie... Cloroform digunakan untuk lekatkan... Rumah aq memang jadi pusat projek Geng Dep6C la dari petang nie sampai subuh keesokan harinya.. Projek group aq siap dalam pukul 5 petang... Kawan-kawan lain masih meneruskan projek mereka, dengan laporan dan slide presentation. Lelaki ada perempuan pun ada. Memang meriah la time tu. Rasa macam kerja gotong-royong. Rasa macam nak ambil gambar. Tapi keadaan rumah sewa dah macam bengkel time tu dengan bahan-bahan projek untuk 3 kumpulan pun dah pening aq tengok. Hehe biasa la, budak politeknik nie kerja mesti mau gempak punya. Aq habiskan masa sorang-sorang dalam bilik dengan mengadap slide presentation sambil menggegarkan bilik dengan lagu-lagu dari speaker nie.. Siap ada permintaan lagu dari Cik Pieja lagi... Hiburan untuk hilangkan tekanan projek disaat terakhir. Jam 2 pagi jugak aq terlelap lepas selesai slide presentation group aq. Kawan-kawan lain aq rasanya tak tidur sehingga subuh rasanya sebab Jam 5 pagi aq terjaga dari tidur sekejap dan aq tengok kawan-kawan masih bertungkus lumus menyiapkan projek diaorang... Aq dah tak mampu bertahan dah, dari petang lagi mata aq dah mengantok sampai Cik Miera pun gelak tengok aq... Memang dah letih sangat-sangat hari nie... Semoga penantian 3 tahun untuk present projek akhir esok sesuatu yang berbaloi buat aq dan kawan-kawan... Insyaallah. Opsss hampir terlupa. Ada somebody special wish best of luck for me... Ahaks. Miss.H la. Thanks ingat jugak kat wan... Rindu sms anis tau... Tersenyum je hati nie... hehe bersambung esk.....


25 Mac 2013

Pagi subuh aq dikejutkan dengan alarm yang menjerit ditelingaku. Terus bangun solat dan relak kejap sambil tengok kawan-kawan yang masih membuat pemeriksaan terakhir projek dan slide pembentangan projek diaorang. Diaorang antara group pertama yang akan dinilai pagi nie iaitu diantara jam 9.00 pagi sehingga jam 9.30 pagi. Manakala group aq adalah sesi terakhir pada jam 10.30 pagi sehingga 11.00 pagi. Ada yang memakai baju kemeja dan ada yang hanya memakai baju bengkel sahaja... Tapi untuk aq, tips yang Puan Ju berikan, pakai bagi nampak kemas, so of course baju kemeja la. Well pilihanku, kemeja putih berjalur purple bersama tali leher hitam membuatkan aq kelihatan seperti pelajar Akauntansi saja(skema abesss). Hehe jam 9.00 pagi aq dah sampai di politeknik untuk membuat perbincangan bersama ahli kumpulan yang lain mengenai slide yang aq dah buat serta penyusunan giliran bagi membentangkan bahagian masing-masing. Tapi apek dua orang nie pulak lambat sampai, so duduk sorang-sorang la aq di bengkel pendawaian elektrik tu. Dalam 10 minit macam tu la, Puan Ju ternampak aq dan terus duduk kat bangku yang aq duduk. Puan Ju memberikan panduan pemarkahan untuk penilaian markah kali nie dan aq masih dalam gemuruh seperti selalu. Semasa aq dan Puan sedang berbincang Seow dan Phun pun sampai dengan kemeja berwarna cerah seperti aq jugak... Haha cuma beza aq sorang sahaja melayu. So cadangan Puan Ju, Phun akan mulakan present dengan Introduction, Problem statement, Scope Of Project, Objective of Project dan Methodology(Proses Projek) manakala aq akan memberi penerangan tentang Litar lengkap dan operasinya, Seow pulak akan present tentang program yang digunakan dalam projek serta kesimpulan... Hehe Puan cadangkan macam nie bukan apa, Phun nie bab penerangan dia tak berapa ok, puan pun risau kalau pensyarah penilai tak paham apa yang dia cakap so part yang paling mudah diberikan pada dia. Dan part yang agak rumit dan susah diserahkan kepada aq dan seow. Mulanya aq pun tak yakin nak bagi penerangan tentang proses perjalanan litar nie sebab memang susah la nak explain dengan gambar je. Bayangkan slide untuk aq cuma 1-2 slide je. Text dalam slide tak ada so memang kena bantai ayat sendiri la jawabnya... Nak buat macam mana, aq yang buat slide so tanggung sendiri je la. Lagipun kalau nak masuk text rasanya tak seronok pulak nak present kalau membaca je. So time aq present tu memang just tengok litar dan aq explain pelan-pelan je kat pensyarah dua orang sampai diaorang paham konsep projek group aq nie. Mulanya risau jugak sebab masa first group present aq tengok macam teruk jugak diaorang kena komen dengan pensyarah yang akan menilai group aq nie... Aq dah ketaq dah tapi mungkin Allah nak permudahkan dan terima doa aq agaknya, langsung tak kena komen teruk-teruk dan siap dapat cadangan dari pensyarah tu sendiri lagi... "projek awak nie ok, kenapa tak cari pensyarah dekat JTMK(Jabatan Teknologi Maklumat Dan Komputer) untuk bantu buat program nie? Jabatan kita(JKE) memang tak ada yang mengajar program untuk RFID nie, sayangnya, present dah cantik dah, model projek pulak tak berfungsi kalau dak nak calonkan dah untuk projek inovasi". Aq dan group hanya tersenyum. Memang aq tengok lecturer tu berminat sangat dengan projek kitaorang cuma program je yang masalah. Adesss rugi betul. Haaa time present tu jugak aq la paling banyak kena tanya, biasa la analisis litar aq yang buat so setiap apa dalam litar tu aq kena explain. Nasib la aq prepare baekk punya... Hope markah 4/5 untuk bahagian soal jawab dapat la. 


Projek group aq yang separuh siap... serabut je kan tengok wayar tu... hahaha cuba bayangkan aq explain macam mana...


Lepas je habis present tu rasa lega dan nak menjerit je dekat banggunan tingkat 7 tu. Selesai jua penantian aq sejak semester dua lagi untuk present projek nie... Terus kami pergi ke bengkel pendawaian dan ambil nasi yang disediakan untuk students yang present projek untuk Jabatan Kejuruteraan Elektrik. Dah siap ambil nasi terus aq balik rumah sewa dan rehat kejap sebelum pergi kenduri kahwin rumah Cik Kamila. Jam 12 lebih macam tu la, Cik Pieja sampai kat rumah sewa kitaorang dan terus Aq dan kawan-kawan lain pergi ke rumah Cik Kamila. Menu untuk nasi kenduri ada nasi putih dan nasi minyak, ayam masak merah, daging masak hitam, gulai daging campur kentang dan ape ntah lagi 1 aq pun tak ingat... Laksa pun ada jugak. Pencuci mulut pulak ada oren, rojak dan tapai. Aktiviti aq pada petang nie layan movie je, sebab kelas Circuit Analysis dibatalkan. Habis je movie terus solat asar dan entah macam mana aq terlelap smpai pukul 7 jugak la... Adess.. Malamnya terus beli lunch dan mengadap report projek yang nak kena hantar hari khamis nie... Kawan-kawan lain semua pergi main futsal, aq je duduk sensorang buat report. Sunyi k0wt... Buka facebook dan update status kejap sambil komen-komen dengan Lia. Ingat nak call dia tapi dia macam busy je... So tak ape la... Lepas nie tak akan tanya dah macam tu... Akhirnya si Dia yang aq tunggu tiba. Miss.H dah sms. Hadoi tersenyum sorang-sorang baca sms dia smbil kawan sebelah pandang semacam je. Tak peduli dah orang kiri kanan bila mata fokus dekat handphone nie... Banyak jugak la gurau senda termasuk formula cinta yang aq bagi kat dia... Hehe Insyaallah aq habis final paper 25/4 dan dia pun start cuti mid sem 20/4 so boleh la dating dekat KFC belakang rumah aq tu... Nak ajak datang rumah dia pulak segan. Ala bukan mama aq tak kenal. Kami membesar bersama dulu... Hahaha thanks sudi temankan sms hampir jam 2.00 pagi.. Aq pun terus dibuai mimpi indah bersama sms-sms dari Miss.H... Suatu hari yang terindah untuk aq... 25 Mac 2013 dalam kenangan....

26 Mac 2013

Pagiku dimulakan dengan solat subuh dan terbaring seperti selalunya, hanya membuka facebook dan membaca mesej dari Miss.H semalam, entah kenapa pagi-pagi nie terfikirkan si dia... Ah jauh aq mengelamun membayangkan pertemuan di KFC nanti... haha SU2.. Macam dah teruk ja aq nie... Rasa macam saat bersama Lia dulu je... Punya la rindu dan sayang macam orang gila, last-last ending jugak... Sedeyh je kan? Biasa la tu. Sebab tu ada pesan pernah berkata, "Jika kita sayangkan seseorang jangan terlalu berlebihan kerana suatu hari nanti, jika kita membencinya, kita tidak akan terlalu membencinya kerana dia jugak pernah buatkan kita bahagia suatu ketika dahulu". Back to my life story for today, jam 8.00 pagi aq mandi dan bersiap untuk ke kelas Circuit Analysis. Rasa tenang sangat hari nie lepas segala beban projek akhir dah lepas kelmarin... Rasa macam kosong kepala nie dari memikirkan tentang projek... So dalam pukul 8.35 pagi aq dah siap dan panaskan enjin moto, terus ambil wallet, dua handphone kesayangan, kad matrik, beg, helmet dan cermin mata sebelum meninggalkan bilik. Belum sempat aq nak gerak kawan rumah sewa panggil dan bagitau kelas dibatalkan... Hahaha nasib la aq tak gerak lagi. Kalau tak memang bengang abes la... Dah kelas batal, so masuk rumah dan on netbook dan main facebook kejap sementara kelas seterusnya jam 11 pagi... Rasa lapar la pulak. Ape lagi terus keluar cari nasi lemak la... Haha hari nie tak ada pulak awek-awek kolej islam yang selalu beli nasi lemak dekat mak cik nie... Macam biasa la, kalau tak borak memang tak sah la... Mak cik nie mintak no telefon pulakk??? Hai tak kan nak mengorat aq pulak... Teettt jangan perasan dan jangan buat hipotesis atau kesimpulan lagi ok? Mak cik nie mintak no telefon tuan rumah sewa aq, sebab nak bagi awek-awek kolej islam sewa dekat situ lepas aq dan kawan-kawan rumah sewa nie keluar nanti. hahaha bikin suspen je. dah selesai beli nasi lemak aq singgah kat kedai makan dekat dengan rumah sewa aq jugak beli air. Teh O ais... Tapi rasanya nak kata manis tak sangat, nak kata tawar pun tak jugak, apa  yang aq boleh komen teh O ais mak cik nie rasa PELIK je... hehe lain macam je. Tak rasa teh O ais langsung... Balik je rumah sewa aq kembali fokus kepada movie sambil makan nasi lemak. Kelas jam 11, aq dan kawan-kawan dah sampai ke Poli, masa tengah parking ada la kawan kitaorang yang call bagitau kelas cancel. Alahai memang aq cuti la hari nie nampaknya... Penat je datang poli... Sementara tunggu kawan yang call tu datang dekat parking, ada dua orang kawan aq nie bergurau nak sorokkan moto kawan yang call nie... Hadoi lawak sangat, diaorang angkat moto kawan yang call tadi dan letak kat tempat parking kereta... Memang gila betul... Students lain tengok semacam je, dan ada jugak yang gelak tetibe je ada sebiji moto dekat parking kereta... Bila kawan yang call tadi sampai dekat parking, aq dan kawan-kawan lain pandang kat tempat lain je. Tak tahan nak gelak tengok muka cuak dia bila tengok moto dia tak ada. Ini kalau time masing-masing dah kerja dan buat balik reunion 10 tahun lagi confirm tak larat nak gelak bila ingat balik semua nie... So lepas tu aq terus balik rumah, tukar baju dan keluar balik pergi beli lunch. Menu hari nie Nasi Kerabu dan Teh Bunga... Hehe macam biasa time makan mesti kena ada movie depan mata... Dah terbiasa macam nie, so susah nak ubah sikap nie... Time kahwin nanti la k0t nak ubah pun sebab makan depan isteri. Kalau time kahwin pun buat perangai macam nie, ada harapan nak tengok pinggan terbang time makan... hahaha mengarut je aq nie... Petangnya aq tidur agak lama la, rasanya lepas solat zohor je aq terus terlelap sampai pukul 5.15 petang. Bangun je terus solat asar dan keluar cari makan malam. Selalu dinner kat sini dalam pukul 6.30 la... Jarang nak makan lepas pukul 8.00 malam. So keluar la cari menu makan malam, dalam dilema jugak petang nie. Nak makan nasi goreng or nasi lemak royale, dan akhirnya aq pilih nasi goreng cina je sebab rasa tak lapar sangat petang nie... Malamnya tak ada aktiviti menarik sangat yang aq lakukan, update status facebook, sambung menaip report projek dan layan bola dengan kawan-kawan. Perlawanan antara Malaysia Vs Palestine. Aq layan gitu-gitu je, tak fokus sangat sebab sibuk dengan edit report projek yang banyak lagi tak siap... Alahai, penat-penat... Dah tak larat edit report terus aq stop dan main facbook kejap, dan ada mesej dari miss.H ... hanya tersenyum aq membaca mesej dari miss.H nie, lalu ku capai hanphone no celcom dan terus reply mesej dia tu... Saja malas nak reply kat facebook sebab dia dah out... Dah tak ada sapa nak layan aq kat facebook tu terus out dan main game je la sampai pukul 3.45 pagi... mata nie segar sangat sebab time buat projek dulu dah lewat tidur, campur pulak petang tadi baik punya tidur... Hasilnya tak dapat tidur awal... Lebih kurang jam 4 pagi baru mata nie dilelapkan... Mimpi yang indah di KFC bersama miss.H. Hadoi lawak betul mimpi tu.... 

27 Mac 2013

Hehehe eh kenapa pulak aq mulakan entry hari nie dengan gelak dulu?? dah la tidur lewat, dapat pulak mimpi best kan? Tu yang bangun subuh pun boleh gelak dalam gelap nie... hahaha tak apa, lepas paper final jadi realiti la mimpi tu SU... So dah selesai solat subuh, mata nie masih lagi terasa mengantok dek kerana 2 jam lebih je tidur, so kembali lelap kejap mata nie sehingga jam 8.30 pagi... Terdengar macam ada orang masuk bilik yang buatkan aq terjaga dari tidur. Rupa-rupanya kawan sedang bersiap untuk ke kelas Jam 9.00 pagi... Nasib la hari rabu nie sejam je kelas aq so boleh la bermanja dengan bantal lama-lama... Dah dikejutkan dari tidur memang susah nak sambung balik la. Terus on laptop dan main game lagi sampai pukul 10 pagi. Kawan-kawan lain semua tengah sweet dreamz lagi, entah pukul berapa diaorang tidur semalam aq tak tau la.. Yang ada kelas pagi nie cuma dua orang je... kami berempat je kelas petang... So pukul 10 aq pergi mandi dan kembali baring dan baca sent item dekat handphone nie... Entah kenapa tergerak hati nie nak baca sms-sms lama dekat handphone maxis aq nie.. Ada la 1 sms tu buat aq touching bila membacanya semula (14/01/2013 jam 01:12) "Tidurlah sygku, bce doa sblum tdo ok, nanti abg msuk dlm mimpi syg. Abg akn ada 24 jam dlm ingatan syg. Nite and Sweet dreamz. Abg da mula jatuh dgn cinta yg sbnar tp msih menanti syg. Smoga ada yg menyambutnya. Amin. Jgn sdey2. Smile always. Love you so much. <3 font=""> Terus tanpa diminta jatuh air mata nie. Entah kenapa rasa sebak dan sedih bila baca sms tu... Alahai, tu la masalah bila duduk sensorang nie... Mula la nak feeling sorang-sorang... Tak apalah, yang berlalu biarkan berlalu, doa untuk si dia tak akan putus kerana sebuah nilai persahabatan yang terindah... Dalam pukul 10.50 pagi aq keluar pergi beli lunch. Menu hari nie nasi putih, sambal telur puyuh, sayur bersama bebola, bergedel, kuah kari dan air oren susu... Mulanya nak beli nasi kerabu lagi tapi akak kelantan tu selalu datang 11.30 pagi... Tak larat nak tunggu so makan dulu la kat taman siswa nie... Jemu betul menu kat sini... Hadoi... Macam biasa la aq beli bungkus je, tak adenye nak makan kat situ kecuali Cik Pieja dan Cik Kamila ada... Tak pun kalau ikut kawan-kawan lelaki, tu pun bila aq ada mood nak makan kat situ... Entah la, rasa selesa makan kat rumah rasanya... Dah selesai beli terus balik rumah, dan mengadap laptop sambil makan... Tabiat-Tabiat... haha time tengah makan tu dengar bunyi enjin kereta, laaa Cik Pieja rupanya cari kawan rumah sewa aq... Ingatkan cari aq.. Cehhh perasan la SU nie... Tak ada maknanya... So aq continue je makan sampai selesai dan kembali terbaring di bantal sambil pasang lagu sekuat mungkin dekat speaker aq nie... Lagu dah pasang so belasah nyanyi la duduk sensorang dalam bilik nie, sekarang nie lagu andai ku bercinta lagi-mojo, saat-saat terindah-rama band, mahligai air mata-lestari dan romantis-spring memang lagu wajib la sambil gelak memandang kipas... Terus update status dan Lia pun like, dalam pukul 1 lebih dia ada miss call... Heran jugak, tak pernah-pernah miss call tetiba je ada miss call dari dia(Lia)... So aq pun call dan gayut kejap dengan dia, 30 minit borak pun tak lekang dengan gelak. Hadoi, tak ada la topik sangat pun tapi seronok bila dapat dengar suara dia. Ada ke patut dia cakap suara aq sengau? Memang la sengau sebab SU tak sihat dan tak cukup tidur hari nie. Tapi part last bila nak letak fon nie still macam dulu jugak, aq jugak kena mengalah letak dulu, kalau tak sampai bila pun tak stop gelak kitaorang nie... Opss haaaa Lia call nie sebab dia terbaca status yang aq update seolah-olah mimpi dia semalam...Lia nie adalah seseorang yang pelik sikit sebab dia susah nak dapat mimpi tapi semalam dia mimpikan yang hampir sama dengan status yang aq update. Aq puntak tau kenapa tergerak hati nie nak taip status tu... Macam ade link plak kitaorang nie... :3... Rasa macam realiti pulak status tu... Kakak angkat aq pun ada tegur jugak... Maybe sebab sad ending k0t untuk love story yang menunjukkan bertapa kesetiaan seorang lelaki itu tak perlu diragui apabila dia telah meletakkan nama orang yang dia sayang dalam hatinya, walau hingga akhir hayatnya, insan yang istimewa dalam hidupnya akan sentiasa dia ingati, aq pun berharap akan jadi macam watak lelaki yang aq ciptakan tu, kesetiaan tu tak dapat dibeli kerana ia suatu anugrah yang hanya orang tertentu yang dapat miliki dan hanya wanita yang paling istimewa sahaja yang layak mendapatkannya dari hati seorang lelaki yang ikhlas mencintai, menyayangi dan merinduinya tidak kita sebagai kekasih atau sahabat... Alamak, nie la masalah bila SU berkata-kata, habis keluar ayat-ayat jiwang... hahaha Insyaallah sms-sms lia dulu aq akan transfer dari fon ke netbook nie nanti, takut jugak memory full dan ter-delete pulak... Biasa la... Aq nie jenis hidup dalam kenangan so setiap yang indah itu aq akan simpan dalam memori kehidupan nie... Dah selesai gayut, terus ambil tuala, mandi dan solat zohor serta bersiap-siap untuk ke kelas pukul 4.00 petang... Cuaca petang nie, mak aii panas sangat... So dalam kelas tunggu je pensyarah tu masuk dan mengajar sampai pukul 5... Balik rumah terus solat asar dan salin baju. Rehat kejap dan terus pergi cari mineral water, test pad, sabun, dan coklat polo. Dah selesai beli singgah kejap kat tempat biasa beli makan malam. Menu malam nie nasi kahwin dan teh o ais... Mulanya nak order milo ais, entah macam mana boleh tersasul pulak... Hadoi.. SU2... Time tengah tunggu makanan siap. Ada sorang awek nie, comey la tapi datang dengan pakwe dia la... Hadoi, sayangnya dia naik moto dengan balak dia... Hahaha Reject trus... FAIL buat awek kalau macam tu... Dulu mungkin la aq suka jenis-jenis macam tu, tapi manusia boleh berubah kan? Tapi serius awek tu cun la bila dia buat muka ala-ala stress tadi. Dugaan SU dugaan.. hahaha...  Yang balak dia usha semacam je kat aq... Awek cantik depan mata, peduli apa aq balak dia tak puas hati pun... Bukan laki dia pun... Just sekadar hiburan je, tak ada niat pun nak couple-couple nie.. Aq kan pemalu, tunggu je awek datang mengorat... Lepas tu aq terima je... hahaha nampak gaya macam nie je la sampai tua... Aktiviti malamnya sekadar main game, tengok-tengok report sikit dan dengar lagu je... Alahai bosannya hidup aq nie... Kawan-kawan main futsal, aq tak join sebab kurang minat... Lagipun aq nie jenis tak boleh bersukan sangat... Cepat cedera... selalu kalau bersukan pun main bola dekat netbbook je, berpeluh jugak bila main dengan stress.. hahaha jam dah pukul 12.30 pagi, mata tak mengantok lagi, perut pulak lapar, hujan pun rintik-rintik, so keluar la cari makan. Ingat nak pergi kedai mamak je tapi tak jadi pulak so singgah dekat burger bakar don. Hehe kawan rumah sewa aq cakap sedap, so try je la. Rm5 je sebiji. Boleh tahan la... Lembut je ayam dia.... Hehe so dah kenyang perut nie baru mata nie rasa layu-layu nak tidur. Pukul 2 pagi jugak la aq terlelap.... Hari yang penuh keceriaan untukku... Syukur Alhamdulillah....

28 Mac 2013

Pagiku dibangunkan dengan sendirinya, alarm yang aq kunci langsung tak menyedarkan aq, nie la akibatnya bila tidur dalam kekenyangan. Bila aq pandang sebelah rasa macam ada orang yang tidur, tapi disebabkan terlalu gelap so aq pun tak sure siapa yang tidur sebelah aq semalam, terus aq bangun dan solat subuh... Dan selesai je baru perasan kawan aq, min yang tidur sebelah. Selalu tidur sorang je, tetiba bangun je ada orang kat sebelah, terkejut la jugak.. Dah selesai bersiap terus aq ke poli sendirian sebab memang kalau hari khamis aq akan pergi awal, masa on the way nak sampai dekat poli tu aq ternampak 1 excident dekat dengan pintu pagar poli, teruk jugak la moto tu, kalau tak silap budak Kejuruteraan Awam rasanya semester 1 atau 2 aq tak sure... Sebab students tu pakai baju poli bridget... Aiii pagi-pagi tengok excident nie buat aq rasa lemah je nie... So dah selesai parking terus aq berjalan ke kelas. Masa lalu dekat kafe aq ternampak Fasha, budak Akauntansi, lama tak tengok dia... Dulu masa semester dua aq selalu duduk belakang dia masa sama-sama dalam kuliah Bulan Sabit Merah Malaysia(BSMM) dulu... dia akan duduk dengan Along kot kawan baik dia tu dan aq akan duduk sebelah arwah izzam(ikan bilis). Teringat balik kenangan kejap sambil senyum sorang-sorang(pagi lagi so tak ada orang sangat, tak ape senyum sorang-sorang, hahaha). So perjalanan ke kelas diteruskan. Sampai je kat kelas aq dapat miss call dari Cik Pieja, eh tetiba je miss call, pelik jugak. So aq sms la tanya kenapa. Tak sampai beberapa minit Cik Pieja dan Cik Kamila dah sampai. Dia cakap salah tekan... Ingatkan ada ape la tadi... So macam biasa, group trio nie akan breakfast sama-sama la. Tapi pagi nie lain sikit la, Teh o ais aq rasa teh o ais limau pulak... Suruh Cik Pieja rasa & dia cakap kafe nie selalu macam tu... Kelas pagi nie kelas Microwave System, belajar tentang radar system sehingga habis bab... Fuh dua jam full dengan teori.. Habis je kelas terus aq berjalan ke unit exam sorang diri sebab nak jumpa Puan Ju tentang report projek yang aq tak sure format dan susunannya... So dah jumpa puan Ju, tapi time tu dia sibuk pulak so postpone 10.30 pulak aq nak jumpa... Lepak kejap la dekat bangku dekat dengan dewan Sri Mas nie... Tetiba ternampak seorang sahabat yang dah lama aq tak jumpa di Poli nie... Nur Barirah Ishak... Kawan yang aq kenal di myspace dulu lagi sebelum jumpa di realiti nie... Dia nie junior aq kat poli nie tapi kos Mekanikal la.. So borak kejap dengan dia, hadoi rasa segan pulak sebab lama tak borak. Dia nie macam seorang lagi sahabat yang aq kenal di facebook sebelum jumpa di poli iaitu Yu(Nurul Shaidatul). Haaaa hari nie jugak aq nampak Yu dengan baju kurung biru, sama warna baju dengan aq... Ramai pulak orang pakai baju warna biru hari nie... Heran betul... Bosan jugak duduk sensorang dekat situ, so aq bergerak kat kelas area koperasi dan jumpa kawan masa sem 5 dulu, awek kelas DET6A, senyum je diaorang bila tengok aq. Semester lepas aq ada tumpang kelas diaorang untuk subjek Embded system so kenal la jugak dengan diaorang... Masa tengah tunggu kelas jugak, sempat la aq memerhatikan gelagat budak-budak poli especially junior la... Hadoi, macam-macam gaya. Ada yang comel-comel, ada yang gelagat kelakar, yang budget hot dan macam-macam lagi la.. Dan tak lama lepas tu kawan aq dari kelas DEP6A, Rambo datang tegur aq dan tanya pasal present projek... Sempat la borak kejap, hadoi tak larat nak gelak bila ada yang kantoi masa present project. Pukul 10.30 pagi, kawan cina aq call dan kami pergi ke Unit Exam semula untuk jumpa puan Ju sekali lagi... Kelas pukul 10.30 kitaorang cancel sebab ramai yang tak datang... Dah selesai jumpa Puan Ju terus aq balik dan nak cari lunch siap-siap... Tapi sayangggg(gaya saleem iklim) akak nasi kerabu tak jual la pulak hari nie... So terpaksa tukar menu nasi putih, sayur bersama bebola dan ayam bakar serta oren susu... hehe dah selesai makan terus rehat jap dan terlelap mata nie sampai jam 1.20 petang... Terus bangun mandi dan solat zohor seterusnya bersiap untuk ke kelas jam 2.30 petang... Kelas petang nie cuma presentation slide je... aq tak buat lagi... postpone next week je la... Habis je kelas terus kemas beg dan balik ke rumah mama... Masa on the way nak balik nie, dua kali jugak la nyaris-nyaris nak excident... hehe tapi dah biasa macam tu so tak ada apa sangatlah... rasa macam cepat jugak aq sampai rumah mama, selalunya 40 minit jugak la, tapi hari nie, tepat-tepat 30 minit.. Maybe traffic light banyak yang kebetulan hijau masa aq lalu agaknya... Sampai rumah mama terus singgah kat stesen minyak nak isi minyak siap-siap sebab esok nak merempit balik Jitra balik sebab ada kelas... So time isi minyak nie, slumber je mak cik nie potong Q... Nasib la mak cik, kalau bukan mak cik aq baling dengan kunci tayar nie... Sabaq-sabaq... Senyum je lah... Malamnya tak ada buat apa sangat... Mengadap je blog dan facebook nie... Ada orang tegur chat aq layan je.. lau tak ada blogwalking je la kat blog-blog lain... Dan ada seorang sahabat nie call kejap tadi ucapkan terima kasih atas bantuan aq, it's ok.. aq akan cuba membantu apabila diperlukan kerana aq Samprit Ungu... Chewah ayat.. hahaha.. Itu je kot untuk hari ini... Thanks for reading kisah hidupku sahabat semua... Love you so much... 

Sekian Coretan dari Hati seorang insan yang Sepi.... 

No comments: