Friday, March 22, 2013

Coretan Diari 17-21 Mac 2013...


Salam,

Coretan Diari Samprit Ungu untuk minggu ini... hehe  thanks for reading... sayang ampa... :D

17 Mac 2013

Pagi ahad dimulakan dengan kelas Tamadun Islam jam 8 pagi. Tapi aq tak masuk kelas sebab dah plan dengan kawan cina aq nak settlekan projek yang belum print out pcb layout lagi. Memang dah kesuntukan masa sangat-sangat untuk siapkan kesemuanya sebelum minggu persembahan projek pada 25 Mac 2013 nanti. Hampir jam 10 pagi kerja untuk projek aq dan kawan cina nie buat tapi tak dapat nak siapkan jugak sebab komputer dekat lab projek buat hal. Rasa bengang jugak la sebab time terdesak nie la nak meragam. Dah tak boleh nak buat apa so aq pergi la ke tepi Bengkel Pendawaian. Kat sini selalu geng trio(Cik Faeizah dan Cik Kamila) lepak. Tapi diaorang tak ada pulak masa aq pergi... Yang ada cuma Zalina, Miera dan Azira. So lepak la dengan diaorang sementara tunggu kelas Entrepreneur jam 11 pagi... Masa tu aq ada call Cik Pieja tanya dia pergi mana... Rupanya diaorang keluar dari poli pergi mana entah. Lama jugak la aq habiskan masa dengan diaorang sebelum dapat sms dari seseorang yang membawakan keceriaan kembali dalam hidupku. Meh aq nak perkenalkan, Miss.H atau nama penuhnya untuk huruf H tu bermaksud Miss Hanies. Mungkin ini adalah hikmah atas pengakhiran hubungan aq dan Lia... Tetiba rasa nak ubah nama Mr.H la pulak... haaa gataiii noh aq nie... Saja ja... dapat je sms dari Miss.H nie terus aq tersenyum sendirian. Tak tau la aura apa yang masuk dalam diri aq bila aq bersama dia... Adakah ini Cinta yang sebenarnya?? Masih terlalu awal untuk aq menilai... Mungkin kehadirannya sekadar menjadi sahabat baik seperti Lia... Biar masa yang tentukan yang terbaik buat kami. Semoga akan ada sesuatu yang lebih baik dari masa-masa silamku. Jam dah dekat pukul 11, Cik pieja ajak aq ke kafe macam selalu la... Cari breakfast sebelum masuk ke kelas. Kelas Entrepreneur pun sejam je, bosan je... Yang geng trio aq nie keja melawak ja. Aq terpaksa fokus la sebab lec nie memang suka bagi perhatian kat aq... Tak tau la kenapa. Hehe kalau la aq ponteng nampak sangat lec nie akan perasan punya. Alhamdulillah bisness plan untuk group aq dah boleh submit hari nie.. Rasa puas hati aq fokus 16 jam untuk siapkan assignment tu... Petangnya ada test math, hehe thanks untuk kawan yang da bagi hint bentuk soalan. So aq sempat la study sikit sebelum jawab test tu... Habis je kelas aq menghabiskan masa sms bersama Miss.H je. Dan malamnya pun masih sms bersama Miss.H sampai pukul 3 pagi k0t... Melampau sungguh aq sms, well aq dah lama tak rasa ceria macam nie... Tekanan study pun boleh hilang tau... Semoga keceriaan ini berterusan untukku... Lia dah pergi meninggalkanku, tapi Allah kirimkan Miss.H untuk temani sepiku ini... "seperti kata-kata yang selalu kita dengar, Allah letakkan awan hitam untuk turunkan hujan, tapi selepas itu kita akan dihadiahkan dengan keindahan pelangi kan??" Semoga Miss.H adalah pelangi disebalik hujan diantara kisah aq dan Lia dulu... Insyaallah.... Happy mood & Life now... Amin...

19 Mac 2013

Isnin, kelas aq jam 9.00 pagi. So lepas subuh aq akan baring dan dengar lagu je sementara nak mandi pukul 8.00 pagi. 3 lagu je aq pilih untuk aq dengar pagi nie, lagu pertama Merah-merah Melati-ST12, Tuhan Berikan Aku Cinta-Ayushita dan Andai Ku Bercinta Lagi-Mojo. Semua lagu favourite aq. Jam 8.50 pagi aq dah terpacak dipoli sementara tunggu jam pukul 9 pagi sempat la menelaah muka buku kejap. Kalau buku, tak ada makna aq nak buka pagi-pagi nie... So dalam kelas Data Communication pagi nie cuma buat soalan tutorial je mengikut kumpulan. Macam biasa la group aq selalu semua awek-awek la... Azira, Wawa, dan Amalina. hehe dah siap jawab soalan aq on lappy dan study untuk test pukul 12 pulak bersama Puan NurolHuda @ Ketua Jabatan Elektrik. Sementara tunggu test aq lepak dengan kawan cina aq nie dan budak india 3 orang nie... Aq sorang je budak melayu... Budak lelaki lain entah hilang kemana aq tak tau la... Malas nak amek port. So dah dekat pukul 12 aq dan kawan-kawan bukan melayu nie bergerak la ke kelas di tingkat 7. Alhamdulillah sebelum test bermula, KJ(ketua Jabatan) ada ajar semula cara nak kira untuk soalan End Of Chapter tu sebab soalan bemtuk yang sama. Hehe agak susah jugak la... sebab 10 markah k0t soalan tu, rugi sangat kalau tak jawab. dekat sejam jugak la jawab. tetiba dapat sms dari kawan fb nie... Sorry aq cuma sms bila time free je... time study dan test memang aq tak dapat layan.... Habis je test terus aq turun ke tingkat 5 untuk kelas yang seterusnya. Hadoi rasa tak selesa sangat sebab tak balik mandi. Rasa mengantok je... Heran jugak tak nampak bayang Cik Pieja. Selalu time macam nie dah melekat dah kat sebelah aq, so call la kejap tanya dekat mana... Kelas petang tu aq keja menguap je la, dengan kureng paham tajuk hari nie so memang mood tu kurang fokus la... Banyak gelak je dengan Cik Pieja, hilangkan mengantuk. Berita tak best aq dapat. Ada kelas hari jumaat nie pukul 9-12. So maksudnya aq balik lepas sembahyang jumaat la nampaknya... Habis je kelas terus balik rumah dan solat. Sebelum keluar cari lunch dalam pukul 4 petang. Menu hari nie nasi kawin je dengan Milo O ais. Part nie lawak la bila mak cik tu macam melatah sikit, nasi kahwin dengan air mak cik tu kira silap... Hehe sampai je kat rumah... Miss.H dah pun sms... Berbunga-bunga hati bak kata kawan fb aq tu... hehe memang aq nantikan je sms dari Miss.H nie. Banyak jugak la yang kitaorang berborak sampai magrib... Malamnya aq tunggu sms dari Miss.H tapi tak ada macam selalu. So aq send la dulu sms seperti yang dia mintak. Lama jugak la baru dia reply, so kitaorang sms dan berkongsi cerita sambil temankan dia buat slide presentation sehingga pukul 2.00 pagi sebelum aq yang terlelap... Sorry awak, tertidur tanpa ucapan undur diri...  1 Hari yang ceriakan lagi hidupku... Lia dalam kenangan tapi masih lagi berhubung dalam komen dan chat di facebook. Doa berterusan buat 2 insan istimewa dalam hidup Samprit Ungu kini. 

19 Mac 2013

5.45 pagi, aq terjaga awal daripada biasa, terlelap semasa ber-sms bersama Miss.H semalam. Netbook aq masih on sebab lupa nak shut down sebelum tertidur. Perkara pertama aq lakukan ialah mencari hanphone putih aq, dan akhirnya aq temui di kaki... Haiii semalam letak atas dada, entah macam mana boleh sampai ke kaki tuuu? Dah terjaga awal nie, kalau sambung tidur confirm subuh gajah nanti, so tahan la mata kejap sementara azan subuh jam 6.13 pagi. So dah selesai solat aq merebahkan kembali badan di tempat tidur. Dan handphone aq berbunyi menandakan sms masuk. Sms permulaan untuk hari yang ceria buat aq. Thanks awak buat diri ini kembali senyum. Suka sangat dapat sms time subuh macam nie... So kelas jam 9 pagi tapi 8.30 pagi aq dah pergi ke poli. Saja gerak awal sebab nak santai-santai jalan ke kelas di tingkat 5. Pagi nie aq menaiki tangga dari menggunakan lift. Nak exercise sikit... Hehe so kelas lambat lagi nak mula. So aq termenung di koridor melihat telatah students politeknik. Masuk je kelas tak ramai lagi students yang hadir. Cik Pieja pun tak nampak bayang pagi nie... Selalu aq dengan dia yang paling awal. Masuk je dalam kelas ramai pulak bertanya, "wan, pieja tak mai ka?". Ye la selalu kitaorang berdua dah terpacak dalam kelas tu... Hari nie tinggal aq sorang je la, dalam pukul 9 lebih muncul jugak Cik Pieja.. Lewat pulak dia hari nie... So time kelas Circuit Analysis nie memang bosan jugak la... Dalam bekas alat tulis aq letak handphone dan buka facebook sambil berkomen-komen dengan Lia a.k.a Cik Nina... Tamat je kelas pukul 10 terus aq ke kafe lepak bersama wawa, Azira, Miera dan Amalina... Untuk pertama kalinya aq berborak lama jugak dengan Amalina nie... Rasa segan pun ada jugak... Biasa la aq malu-malu jugak nak borak, tapi kalau gurlz tu dah start dulu. Layan je... So tak banyak topik pun kitaorang borak... Lagipun table yang aq duduk tu semuanya awek cun-cun yang duduk so ramai la mata students lelaki lain yang pandang... Haha slumber je aq pergi lepak dengan diaorang nie... dah selesai minum terus kami bergerak ke bengkel untuk buat projek final year. Mulanya jumpa PA kitaorang dulu, lepas tu baru pergi bengkel untuk etching board bersama Puan Ju. Hehe best jugak buat proses etching nie, tapi aq cuma tengok dan ambil gambar je untuk report... Sambil-sambil tu sempat jugak la aq berkomen dengan Lia nie di facebook... Adoi kelakar sangat la dia nie... Layan je la... Semoga dapat jumpa nanti ye Lia? So kelas petangnya cuma ada sedikit taklimat dari En.Sumazlin tentang presentation business plan yang aq dan group trio aq wat... 1 kumpulan 30 minit... Habis la aq nanti.. hehe sebelum balik aq jumpa kawan cina nie. Dia nak bagi penerangan untuk final report. So dengar je la apa yang dia bagitau... Dah kesuntukan masa sangat dah bab projek nie... Balik rumah sewa terus solat asar dan rehat kejap sebelum keluar dan cari makan malam. Menu hari nie nasi goreng cina je... Sampai je dekat rumah Miss.H dah sms. Tersenyum lebar aq... Memang aq nantikan je sms dari dia... Nak sms dulu takut mengganggu so tunggu je la.. Ala kesian dia sakit kepala. Mungkin sebab cuaca panas sangat... Biasa la kedah dan perlis lebih kurang je cuaca nie... So sempat jugak la bergurau senda dalam sms tu... Malamnya dia ada group discussion so aq tunggu je sms dari dia sambil menaip report yang banyak sangat... Pukul 2.30 pagi, aq masih terus menaip sambil mulut nie berkaraoke untuk hilangkan mengantok, suara time tu memang dah macam artis rock je... Mata pun berair macam orang menangis, maklumlah dah 6 jam lebih aq fokus dekat skrin nie. Ada harapan nak tukar speck baru lagi lepas projek akhir nie... Tiada sms dari Miss.H. Terlalu busy dengan kerjanya... Hehe it's ok... Students life macam tu la... 

20 Mac 2013

Hari nie aq sekali lagi terjaga awal daripada alarm yang aq set kan... Jam menunjukkan pukul 6 pagi... masih belum masuk waktu subuh. So seperti semalam jugak. Jam 7.45 pagi. Miss.H ada hantar sms beritahu tentang aktiviti dia hari nie dan dia mintak maaf sebab tak sempat nak sms langsung semalam... It's ok, SU faham la. Normal la kalau buzy tu.... Pagi nie aq mulakan dengan mandi dulu... Nak fokus kembali report yang tak siap semalaman kena segarkan badan yang terlalu keletihan. So dah selesai mandi terus aq on netbook nie dan mula sambung kembali report akhir tu.... Dah siap report dengan present projek nanti, rasa lega sangat-sangat macam baru habis final exam je rasanya walaupun lepas present projek nie nak kena fokus untuk final exam pulak.... Masa tengah menaip report tu tetiba rasa lapar pulak so macam biasa aq akan pergi beli nasi lemak dekat dengan traffic light nie. Kebetulan ada awek-awek dari kolej islam pun beli jugak nasi lemak nie... Fuhh cun-cun jugak, tapi dalam ramai-ramai tu aq suka tengok ada sorang tu yang pakai purdah, Ya Allah mata dia buatkan aq ingat kepada Lia, cuma awek tu pakai speck la.... Lepas breakfast aq kembali menyambung menaip report projek yang baru beberapa peratus siap... serius aq rasa perlu masa seminggu jugak la untuk siapkan semua nie... Tengaharinya rasa lapar so terus keluar beli nasi kerabu sedap dekat Jitra nie. Rm2.50 je tapi memang rasa puas hati la... Kelas aq pukul 4.00 petang, Ya Allah mata nie mengantok je, dengan rambut serabut dan panjang aq pergi poli, ada students pandang semacam je... Dengan kad matrik tak pakai, slumber je. Kalau jumpa lec yang tak bleh blah silap-silap boleh botak kepala aq... Kelas petang nie biasa-biasa je... Tak serius sangat sebab tajuk yang puan tu ajar sama dengan subjek lain, topik laplace transform... Habis je kelas terus aq balik, rehat dan solat asar sebelum santai-santai sebelum malamnya akan menyibukkan diri dengan report lagi... Dinner malam nie nasi lemak royale je.. tapi makan tak habis pun, badan terlalu penat dengan cuaca panas. Malamnya aq menaip je report sampai la jam berapa pagi pun tak tau la.. Sebelum tu pukul 12.05, Miss.H ada la sms. Tersenyum aq baca mesej, entah kenapa rasa happy je bila dapat sms dari dia, rasa macam waktu aq dan lia dulu je... Tapi apa-apa pun aq tak boleh terlalu ikutkan hati nie, nanti kecewa lagi seperti Lia... Macam Miss.H katakan dalam mesej dia la. "U r my bff". So SU jangan nak jatuh hati awal-awal ok? Keep mind to focus study dan buang jauh-jauh rasa nak bercinta tu. Kembalikan kata-kata penantian 7 tahun yang aq pernah cakap dulu lepas Lia tinggalkan aq. Hehe sedar kembali SU... Jangan dikecewakan lagi hati ini dek kerana menyimpan perasaan Cinta akan langit yang jauh meninggi, tapi berpijaklah pada bumi yang nyata dengan sebuah kenyataan ok??? Jom tidur, dah mengantok... 3.45 pagi(21/03/13).

21 Mac 2013

Pagi subuh yang agak terlewat buat aq gara-gara lewat tidur dek kerana menaip report yang melambak. Terus bersiap dan pergi ke Politeknik. Pagi nie aq harapkan dapat terserempak dengan Cik Fatin seperti minggu lepas tapi tak ada rezeki aq agaknya. Terus aq bergerak ke kelas. Sampai je dekat kelas aq yang terawal sampai, so tunggu je la sorang-sorang sebelum Cik Kamila dan Cik Pieja sampai... 5 minit sebelum jam 8.00 pagi, Cik kamila pun sampai dan terus kami bergerak ke kafe untuk beli breakfast sama-sama seperti selalunya... Selalu bertiga tapi Cik Pieja lewat pulak hari nie... So kelas pagi nie teori lagi bab 6 iaitu Radar System... Susah jugak dan ada kuiz ke-4 kot untuk kelas pagi nie... Hadoi soalan bab pengiraan tu tak dapat jawab sebab tak ingat formula... Rugi betul. So dah selesai kelas Microwawe Communication System nie terus bergerak ke bengkel untuk kelas Projek bersama penyelia group aq Puan Ju. Sementara tunggu puan ada la aq borak dengan Cik Kamila dan Cik Amalina kejap. Hehe tetiba makin ramah lak Cik Amalina nie, dulu nak senyum pun rasa segan k0wt. Tapi dia dah tegur aq dulu so macam biasa la. Aq nie kena orang mulakan dulu, baru aq respond dengan sebaik mungkin... So kelas projek bermula la dari jam 10.00 pagi sampai jam 1.00 petang... Dengan proses etching, soldering dilakukan oleh dua orang ahli group aq iaitu Phun dan Seow, manakala aq bersama Puan Ju untuk dapat penerangan bagi report dan slide untuk presentation. Aq tak boleh silap so kena buat dengan sebaik mungkin la report nie... 40% dalam tanggungjawab aq... hehe danger2... habis je kelas jam 1.00 petang Puan Ju cakap masih boleh sambung buat projek jam 2.00 petang. So aq terus balik rumah untuk mandi dan solat... Bagi fresh sikit badan nie... Lunch pun tak sempat dah sebab slera pun kurang fikirkan projek nie... Jam 2.00 petang aq dah sampai di poli bersama Pak Chong, Seow, Cik Miera dan Cik Pieja. So projek kitaorang bersambung sehingga jam 4.30 petang... Part yang buat aq nak nangis bila litar yang dah solder ada masalah pulak, so kena buat semula la dari proses etching... 6 jam masa terbuang macam tu je... Balik je rumah terus solat asar dan keluar cari makan. Menu petang nie nasi ayam special. So lepas makan santai je la sambil layan movie dan entah macam mana aq terlelap tanpa aq sedar... Terlalu penat dengan kelas hari nie agaknya. Orang azan magrib baru aq tersedar dari tidur. Ya Allah, lama aq tak tidur lepas asar nie... tapi hari nie tertidur jugak.. Lau kat rumah memang tak berani aq nak tertidur macam nie.. Confirm mama dan abah bising. Terus bangun, mandi dan solat. Jam 8.30 malam aq on netbook dan teruskan menaip report sampai la jam 11 malam. Rasa lapar la pulak. So keluar la makan sampai pukul 1 pagi... Sampai je kat rumah terus rehat, solat dan sambung menaip report sampai jam brapa pagi pun aq tak sedar... Tiada sms dari sesiapa.. Forever alone... :'(


No comments: